Friday, January 25, 2008

6" pun cukup...


Aku simpan duit. Untuk hari tua. Dalam tabung tu. Francisca Peters kata, 'Kerna Terpaksa." Tapi, aku tetap berharap. Berharap agar boleh dapat 6! Orang kita kata, dapat 6 inci pun cukuplah, dah puas dah tu...

Satu hari tu. Kak Eton kata, "Aku boleh bagi kau lebih dari 6. Aku berani jamin!"

Aku skeptikal. Kak Eton ni tak siuman ke apa? Boleh ke nak bagi lebih? Nak bayar upah dia lagi, bayaran iklan lagi? Yang satu itu tak payah susah-susah gajikan wakil jualan macam Kak Eton. Duduk gesel-gesel dan garu-garu telor kat ofis sekalipun. Tiap-tiap bulan minimum 20% masyuuukkk. Setiap seorang yang berpendapatan. Berpendapat sahaja tak cukup. Macam bulan jatuh ke riba. Macam tahi jatuh *plop* ke dalam mangkuk tandas. Mat Rempit yang pergi Kutub Utara pun boleh jadi CEO, tak payah yang berkelulusan Oxbridge pun boleh.

Aku kata pada Kak Eton, "Mana ada yang lebih bagus daripada yang satu itu?! Yang satu itulah yang diwajibkan. Yang satu itulah yang diluluskan lama dahulu. Yang satu itulah yang diamalkan turun temurun. Mestilah yang satu itu yang terbaik. Pasaran kita pun yang terbaik. Satu Asia, yang mata sepet, yang mata bontang tengok pasaran kita. Orang lain turun, kendur. Kita punya tegak je, menegang je... Orang Asia lain pelik, apa rahsia orang Bukit Kewangan?"

Kak Eton tak cakap apa.

Kelmarin. A day before yesterday. Dey! Yennadey?!

Aku ingatkan ini logo parti politik baru. Rupanya satu rekod baru. Orang kita memang suka cipta rekod. Nanti senang dapat Datuk.

Tepuk! tepuk! tepuk!

Bukan pada bahu, tapi pada dahi! Pelik. Macam mana Kak Eton boleh bagi lebih dari 6? Nak bayar upah Kak Eton lagi, bayaran iklan lagi?" Siang nanti mesti Kak Eton akan telefon aku seraya mengilai, "Itu laa.. kau tak unit trust aku! Ini Kak Eton laa... lembah dan lurah ku lewati, ketenangan yang ku cari telah kutemui!"

Ebby Saiful dan Ogy kata, "Rela menanti walaupun parah, walau berdarah. Rela menanti walau terhalang, walaupun malang..."

Situ pecah rekod, sinun pecah kelapa, sini pecah kepala...



5 comments:

Anonymous said...

Deo, future value of money bila tua nanti kena tak consideration juga inflation..so last-last nanti bila nak terima duit..number besar tapi nilai..????..Tak apa janji ada simpanan untuk masa tua..

Brother Lans said...

Rul aslkum.
Ning kata "Naluri hati ku barkata...Pastiiiiii"
hehehe :-) Selamat berhari minggu.

Deo said...

joq,
inflation inflation takut bocor je, spare tire pun lupa check angin... aduuuuhhhhh

brother lans,
salam.. apa pas pas ni?! hari minggu ada sehari lagi gap laaa... hahahaha

Jingga Studies said...

oh tak penah check pulak epf ni...mmm...interesting lah...eh ko ade esok?

Deo said...

jingga studies,
aduuuhhhh ni semua ni harap duit pencen lah ni... hahahah esok aku takde, ada hal lain.

Related Posts with Thumbnails