Tuesday, January 01, 2008

Yang dicuci lagi menyucikan


Hajat di hati nak sambut tahun baru di Kota Singa not so down under.
Tapi, selepas khutbah Jumaat lepas yang menyelar sambutan tahun baru secara keterlaluan, termenung aku seketika.

Sehinggakan mimbar Jumaat terpaksa menyeru kepimpinan negara agar memastikan sambutan berkadar dengan status sebuah negara Islam.
Biarlah, kalau kepimpinan negara tidur waktu khutbah Jumaat, aku ambillah juga seruan itu sebagai satu azam.

Sungguhpun begitu, hati aku melonjak-lonjak juga nak menyambut tahun baru.
Mujurlah juga TV3 anjurkan konsert di perkarangan Stadium Shah Alam, ramai datang menderu-deru.
Untuk aku, berjalan kaki pun boleh, tak perlu memandu.
Jimat pula petrol sebab dah isi full tank risaukan harga petrol naik RM2.40 seliter, extra 52 sen dari harga dulu.

Hebat juga sambutan di Shah Alam!
Dapat juga menjamu mata dalam kelam.
Walaupun buah-buahan tak sesegar dan seranum di Kota Singa, yang gamaknya bisa buat aku tak tidur malam.

Yang ramai terhibur tengok konsert, yang menghibur, yang berjoget-joget, yang bersesak-sesak, yang masih dalam kereta mencari parkir, yang berbelanja beli kacang rebus, yang beli lampu lampu dipakai di kepala, di tangan, di kopek yang berpeluk-peluk geli-geli sana sini sikit-sikit, yang usung anak kecik separuh tidur, yang sarat nak terberanak, semua ada... ramainya yang kulit macam warna Presiden UMNO kita...

Harimau mati meninggalkan belang, yang kulit macam warna Presiden UMNO kita sambut tahun baru meninggalkan...


Nampak juga yang kulit macam warna Presiden MIC kita, yang berumur pun ada, masing-masing pakai tag di tengkuk. Dalam hati berkata, tak mungkin diorang ni selebriti ataupun penari atau penyanyi latar, tak mungkin juga diorang ni security. Rasa macam nak tengok apa yang ditulis di tag diorang. Lepas dah semua yang kulit macam warna Presiden UMNO kita berasak-asak balik, barulah semua yang kulit macam warna Presiden MIC kita ni ambil tempat...


Merekalah yang menyucikan...
Tapi kenapa diorang kata diorang yang kena cuci?
Entah?!

Tapi, mana perginya semua yang kulit macam warna Presiden MCA kita?
Tak main ke Shah Alam bagi mereka?
Ehhh... jangan lupa, diorang senyum sahaja...

Tiga minit bunga api dah cukup membuatkan yang kulit macam warna Presiden UMNO kita senyum kepuasan, tengkuk lenguh mendongak itu belakang cerita balik rumah isteri picitkan.

Bunga api tu semua, yang kulit macam warna Presiden MCA lah yang kaut untungnya...
Aku pun suka tengok bunga api tu... tapi tengkuk aku memang dah lama pun lenguhnya...


Habis, perlu lagi tanya apa azam tahun baru?
Tahun datang dan pergi, tak kenal-kenal juga tong biru...
Hidup saja lah di bumi ini selagi Tuhan beri waktu...



1 comment:

Nutra Health Pro said...


wellbeing isn't without problems forgotten.
To wit, it will not hurt a piece, i hope. when the rubber meets the street i will truely try to desist from it whenever i'm able to. amassing wellness is a ardour for a zillion destiny leaders.

https://www.nutrahealthpro.com

https://www.facebook.com/nutrahealthpro

https://twitter.com/nutrahealthpro

Related Posts with Thumbnails