When: Januari 2002.
Where: MRR2, berdekatan Zoo Negara
Who: Nasir dan aku, dua orang finalist 'The Most Eligible Bachelor' di tempat kerja lama aku (jika wujud benda seumpama itu di tempat kerja lama aku laa...)
What: Bertendang, lari dari kebosanan Shah Alam.
Aku dan Nasir, tiada haluan. Yang pasti, kita kena ke mana-mana. Mesti keluar dari Shah Alam. Baru hujung minggu ada ertinya. "Hari panas ni, kita buat kebajikan nak?" aku. "Boleh juga, tambah pahala," dia.
Terus, Gombak ditujui. Batu berapa tak ingat, yang pasti di tepi tembok tinggi Lebuhraya Karak. Kami berlenggeng, tinggal seluar mandi tanpa baju. Bare chest, without a single hair and fur. Dada telanjang, tanpa sehelai bulu dan seutas benang.
"Kau kata nak buat kebajikan?" dia. "Aku tengah berusaha lah ni. Tengah tunggu ni. Kan aku dah bukak baju ni?" aku. Puas kami berendam, sampai kecut-mecut, tiada juga sesiapa perintah kami buat kebajikan.
Dia, "aku tahu kenapa kau tak dapat lagi perintah buat kebajikan? Sebab kau tak lukis S kat dada kau yang un-bulus tu." Aku, "kalau aku lukis S di dada aku pun, 8TV* belum wujud lagi, habis siapa yang nak keluarkan perintah buat kebajikan?"
"Ye tak ye," dia. "Jom blah," aku.
==
Nasir, one of my bestest friend, is now in Kedah helping out his FIL's business. All the best, bro! I didn't take his pictures as he used up all the 4 remaining films to take the same picture of me in the same position and same pose!
Syarikat televisyen 8TV mengenakan hukuman khidmat komuniti selama enam bulan ke atas Faizal Tahir dan menahan wang royalti serta wang daripada hasil nyanyiannya untuk sementara waktu berikutan tindakannya menanggalkan pakaian ketika menjayakan konsert ulangtahun keempat stesen televisyen berkenaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia turut tidak membenarkan 8TV membuat siaran langsung dan tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari 2008. SKMM juga menggantung penyanyi terbabit daripada mengadakan persembahan secara langsung di stesen TV swasta lain juga selama tiga bulan mulai tarikh yang sama.
*8TV ditubuhkan oleh Metropolitan TV pada 8 Januari 2004.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
ada kah itu pose supekebajikanman yg paling ensem?? waduhhhh terkesima le penjenayah nengok ko nanti....
ila de cute,
tak cukup cute ke pose tu? hahahaha.... penjenayah pun tak sanggup dekat wo...
Post a Comment