Friday, January 30, 2009

Year of Ox - lagi?!!


Demam CNY tak habis-habis lagi nih...
This weekend aku balik Shah Alam lagi. Yahooooooooo!!! Sejak aku bersihkan apartment aku last weekend sehinggakan secalit debu pun takde, aku rasa rindu sangat dengan apartment aku. Sebelum ni, dah berapa kali dah aku dok terfikir dan berkira-kira bajet, rasa macam nak total makeover je apartment aku tu. Tapi, lepas aku pulun kemaskan, buang banyak barang-barang yang tak bersentuh for the past 4 years, aku rasa tak payah total makeover lah, cantek jugak. Ekekekeke...

Dan aku rasa, cuti empat hari memang ngam-ngam soi. Tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Sebabnya, Jumaat lepas kerja aku gerak dari JB. Then Sabtu, aku uruskan benda-benda yang memerlukan aku berurusan waktu office hours macam bayar maintenance rumah, gi post office. Then, Ahad aku boleh pulun kemas rumah sampai petang. Ahad malam, boleh berpoya-poya. Isnin pagi boleh berpoya-poya gak sampai petang sebelum balik ke JB semula. So, afdalnya kalau kerja 3 hari seminggu je lah, ek? Kalau cuti 5 hari, dah aku mati kutu. Masuk internet pun dah tak tau nak surf apa dan kepala dok ingat kerja je dan deadlines. Huhuhuh....

This weekend, aku tak plan nak balik Shah Alam. Aku cuma plan nak balik waktu cuti Thaipusam je. Tapi, aku kena jugak balik this weekend. Apsal? Ada majlis ke? Hehehehe... aku ambik cuti hari Isnin, yang cuti ganti Hari Wilayah tu. Bukan ada apa. Cuma, aku nak tengok Superbowl XLIII je sebenarnya. Huhuhuhu.... nak tengok team Nek Rock main, first time masuk Superbowl!!! Wakakakakak....

Dan bukannya aku tak boleh tengok di JB. Masalahnya, kat JB ni aku tak subscribe Astro sebab aku boleh pakai kad astro aku yang di Shah Alam tu di JB. Dan masalahnya lagi, kad astro aku tinggal di Shah Alam, terlupa nak cabut waktu balik hari tu. Adehhhh... sia-sia lah cuti aku kalau tak dapat tengok Superbowl XLIII, kan? So balik laa aku lagi ke Shah Alam weekend ni.

Ada jugak alasan aku nak makan nasi kandar. Ada jugak alasan aku nak gi Sunway Pyramid. Ada jugak alasan aku nak makan beef chili fries kat Carl's Jr. Adehhhh meleleh segala macam air nih...

Anyway, ni gambar CNY deco yang aku amik kat Sunway Pyramid last weekend.



Suka aku gi sana time CNY hari tu. Orang tak ramai walaupun kedai tak semuanya bukak. Sampaikan dua kali laa aku ke sana, bukan ada buat apa-apa atau tonton wayang atau apa. Dalam dua kali aku ke sana, aku makan kat Carl's Jr, dengan beli sepasang kasut badminton dan tiga pasang stokin je. Dan juga, aku dah ada Jusco Card!!! Hehehehe... kena plan annual leave ni selaras dengan JCard Members' Day ni. Hahahahaha....


Thursday, January 29, 2009

Year of Ox - Ong kah?


Ini bukan pasal Ong Ka Ting atau Ong Tee Keat nak lompat parti dari BN/MCA ke DAP. Bukan juga pasal Ong Chee Keng nak lompat parti dari DAP ke BN/MCA. Isu lompat-lompat parti dah lapok macam bapok! Tapi kat Perak, ahli politik dah jadi lapok dan macam bapok juga. PKR kata orang BN nak lompat masuk parti diorang, BN kata orang PKR pulak nak masuk parti diorang (baca sini). Hey, pigi daaaaahhhh..... dalam zaman kegawatan ekonomi ni, eloklah kalau diorang ni bincang isu-isu berkenaan ekonomi, pemberhentian kerja atau paling tidak pun, bincanglah isu Norman Hakim - Memey - Abby Abadi. Ekekekek...

Semalam, mula kerja dalam Year of Ox. Eloklah hujung tahun lepas, aku beli sepasang Converse made of Ox leather. Maknanya, tahun ni tahun aku melaram Converse aku ek? Hehehehe... masuk kerja pagi semalam, ada tiger lion dance kat depan office aku, siap masuk ke dalam ofis, naik setiap tingkat, pusing-pusing dalam ofis. Kasi ong kah! Lantak le, aku tak kisah. Ong ke tak ong ke, cukup tahun, ongkos untuk bonus kena ada...

Cerita pasal ong dalam Year of Ox ni. Aku start kerja dengan kenaikan pangkat. Oppsss bukan naik pangkat. Tapi naik tingkaaattttt... Dulu, di tingkat 2 berdepan dengan bilik Si Puaka (teringat drama radio No. 5 Persiaran Satu, di depannya masjid, di belakangnya mini market... ekekekekek). Sebab aku dah dapat transfer ke jabatan baru ni, aku pun kenalah naik ke tingkat 3 (nota: Ofis aku takde lif).

Bermaknanya, hilanglah juga Si Puaka dari pandangan aku. I'm sure I'm gonna miss the antics of Si Puaka. Dengan style dia duduk kat kerusi tu bend sampai 270 darjah sambil satu tangan di belakang kepala dan satu tangan menggaru tengkuk. Walaupun most of the time, sakit sungguh hati aku tengok Si Puaka tu tapi nak jugak tengok. Kot-kot sambil dia bend kerusi tu, jatuh terlentang ke kan? Anyway, kerusi dia dah patah, dan kena diganti baru. First of such cases, ok!

Walaupun aku kena menapak setingkat lagi nak ke workstation baru ni, aku bersemangat sungguh. I wasn't dragging my feet. Aku ingat lagi ex-boss aku pernah cakap, "The day when you feel like dragging your feet to work, it is the day you quit the job." Dia boss boleh laa cakap macam tu, ek? Tapi, for people like you and me, "The day when you fell like dragging your feet to work, it is the day you call in for MC..." hahahah boleh? Tak pun, "...it is the day you start updating your CV" laaa...

After almost a month kat jabatan baru ni, aku bersemangat ni nak gi kerja. Bersemangat nak jumpa boss (boss aku bukan seorang wanita yang cantik...). Bersemangat nak discuss idea aku dengan boss. Bersemangat nak go through apa kerja yang boss aku suruh aku buat malam semalam. Haaa amik, bersemangat gitu for the first month. Sampaikan Si Puaka tengok aku terkebil-kebil dan confused sebab aku balik lewat, datang awal, gelak ketawa, senyum sokmo, bawak files here and there...

Hopefully aku akan bersemangat terus sampai ke Year of Tiger lah ye. Biarlah Year of Ox ni aku dapat naik tingkat je, tapi Year of Tiger nanti naik pangkat pulak, kan?

Ok, all the best to you!


Sunday, January 25, 2009

Boring, penat, ngap ngap


Aku is boring, penat dan ngap ngap...

Apa tu? Hahahaha...
First sekali (ikut style artis yang ajar masak tomyam dalam Nona tadi). Dah first, sekali pulak kan? Kenapa aku tengok Nona?! Errr... aku tertengok ye, tertengok. Aku mengemas rumah hari ni, so tv tu dari start aku mengemas terpasang channel TV3 sampai laaa aku siap mengemas, malas aku nak tukar-tukar channel.

Sampailah ke cerita Nona, pastu ke filem melayu lama yang Salleh Yaacob berlakon, yang dia nyanyi, "One and two, two and three, three and one, one and two... I love you..." tu. Boikot TV3 apa cerita pulak?! Ahhhh... sedangkan KFC, McDonald's dan Pizza Hut pun aku tengok dah kembali penuh.... hari tu bukan main suruh boikot kan? Huhuhuhu...

Boring, kawan-kawan aku tak kelihatan kat Shah Alam. Balik kampung masing-masing. So terperap lah aku. Pastu, dah most of the time terperap je kat rumah, mulalah mata aku ni nampak debu kat bucu situ, habuk kat sudut sana, spider web kat atas tu, telur cicak kering kat celah-celah sinun. Berkemas laa aku. So, penat le ni. Makan tengahari pun belum lagi.

Sementara nak tunggu petang sikit baru nak keluar makan tengahari (boleh save duit dinner, huhuuhu...), aku pun ngap ngap laa apa yang ada kat rumah ni. Ngap lah kacang Tong Garden yang aku beli semalam. Rumah aku kat Shah Alam ni dah takde stok makanan atau minuman dah. So, everytime aku balik dari JB aku akan singgah dulu beli stok makanan-makanan dan minuman-minuman untuk ringan-ringan.

Last entry tentang Edamame atau pod beans kan? Hari ni tentang kacang.



Aku tak sure dengan orang lain. Tapi bagi aku, kalau makan kacang jenis ni... ada cara dan tertibnya. Mula-mula, aku akan makan kacang yang separuh, yang tak berkembar, yang takde pasangan. Tak kira lah samada kacang tu dalam mangkuk ke, dalam balang ke atau dalam pinggan ke, aku akan cari kacang yang tak berkembar, yang solo, yang single macam aku.

Lepas dah habis semua kacang single, baru laa aku ngap yang berkembar, yang ada pasangan. Entah le macam mana aku ter'adopt' style makan kacang macam ni, tapi memang dah lama aku perasan. Kalau korang tengok dalam gambar kat atas tu, kacang dah tinggal setengah balang je kan? Yang tinggal pun, geng-geng berkembar, geng-geng berpasangan je sebab yang single, aku dah ngap. Huhuhuhu...


Thursday, January 22, 2009

Me and Edamame


Korang yang membesar dengar Juara Lagu kat TV3 tu (jeling kat Jijo) ataupun membesar sambil mendengar carta lagu Pujaan 10 Nescafe di Radio 1 di pagi Ahad, sure kenal siapa Zur Eda ataupun siapa di Sharifah Sheril Aida. Hehehehe.... sure korang kenal? Kenal tak?

Tapi,korang kenal tak Edamame?

Sejak aku exercise regularly dan religiously since mid November (I'm talking about doing minimum 5km on the elliptical trainer at the max difficulty level, yang kat gym aku ni no. 8), aku amat tertarik dengan Edamame. Walaupun Edamame ni tak le cantik sangat rupa luarannya, tapi dalamnya... emmmmm lazaaattt.... selain menyegarkan, meringankan dan membantu aku dari segi kesihatan.

Edamame boleh dibeli di pasaraya berhampiran. Kalau kat Jusco, harganya RM2.50 sepaket. Sampai di rumah, korang mandikan/bilas dengan air si Edamame ni. Rebus air dalam periuk. Bila air dah mendidih/menggelegak, masukkan Edamame-edamame ke dalam periuk berisi air yang mendidih/menggelegak tadi. Tunggu sehingga 10 minit.

Toskan Edamame-edamame yang telah direbus tadi. Taburkan garam secukup rasa. Dan, ngapppp!!! Ataupun, korang tunggu Edamame yang telah direbus tadi sejuk, pastu masukkan dalam tupperware dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap juga dimakan ketika sejuk. Note: makan isinya sahaja ya, jangan makan kulitnya (macam makan kacang Ngan Yin).

Sungguh berkhasiat! Sesuai juga dimakan ketika menonton Zur Eda menyanyi atau ketika menonton Juara Lagu ataupun ketika menonton Puaka Niang Rapik. Ternyata khasiatnya melebihi daripada makan kuaci ataupun pop corn.

Hehehehe... kalau korang tak tau apa benda Edamame ni, korang klik sini. Tapi, kalau ini first time korang nak beli Edamame, jangan pulak korang terbeli green peas sebab bentuk diorang lebih kurang je, mak diorang sama, bapak lain-lain kot? Tapi kalau tersilap beli pun, green peas tu boleh jugak dikunyah jadikan snack. <-- macam pernah terjadi kepada aku je, huhuhuhu....

(from Wikipedia) Edamame beans contain higher levels of abscisic acid, sucrose, protein than other types of soybean. They also contain a high source of vitamin A, vitamin B and calcium. It also helps prevent mood fluctuations by keeping blood-sugar levels steady. Edamame also contains protein, which further helps stabilize blood sugar, and omega-3 fatty acids, which have been shown to combat depression

So, kalau korang tengah depress kena lay-off ke, kilang nak tutup ke, boss lahanat macam Si Puaka ke ataupun korang tak makan nasi kecuali waktu weekend tapi berat badan masih tak turun-turun ke, silalah menCOBA (mood AJL lagi nih.. heheheh) makan Edamame


Tuesday, January 20, 2009

Kerabat diraja?


Korang tau kan the latest Sultan/YDP Besar kat Malaysia ni, Tuanku Muhriz. Melalui apa yang aku baca, lepas bapa saudara Tuanku Muhriz , i.e. Tuanku Jaafar dipilih jadi YDP Besar ke-10, Tuanku Muhriz ni lived a normal life, macam orang kebanyakan. (read: Tuanku Muhriz a low-profile royal). Tak ramai pun tau, termasuk aku, tentang Tuanku Muhriz ni. Sampailah kemangkatan Tuanku Jaafar baru-baru ni, bila Tuanku Muhriz ni menjadi salah seorang calon untuk YDP Besar ke-11.

Tuanku Muhriz ada tiga orang putera. Yang sulung ialah Tunku Ali, director di KNB, also fondly known as T.A. Aku pernah meeting dengan T.A. sekali. Tak ramai pun tau, termasuk aku, yang menyangka T.A. ni keturunan diraja and probably he is the second in line for the YDP Besar takhta. Sampailah kemangkatan Tuanku Jaafar baru-baru ni, bila ayahanda T.A. ni dilantik menjadi YDP Besar ke-11.

Silap-silap gaya, T.A. ni akan jadi DYMM YDP Agong yang ke-entah berapa bila next round YDP Besar Negeri Sembilan jadi agong lah. So, aku pun mula laa mengenen-ngenen kawan-kawan perempuan aku yang masih bujang ni, mana lah tau kena gayanya, salah seorang kawan perempuan kat ofis aku ni akan jadi the future DYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Heheheh...

Ok, itu cerita kerabat NS. Ni cerita aku pulak.

Tak ramai pun tau, termasuk aku. Yang aku ni pun keturunan diraja jugak. Ekekekeke... oppsss kerabat diraja kena control gelak, gelak yang bertamadun sikit. Hmm hmm hmmm hmmm (gelak sambil tutup mulut dan suara dibulatkan dalam mulut). Macam mana yang aku boleh discover benda ni? Tiada siapa yang mangkat dalam penemuan aku ni.

Kalau aku di Johor, ni kedai gunting rambut rasmi aku...



Keturunan diraja, aku nih! Hmm hmm hmmm hmmm (gelak sambil tutup mulut dan suara dibulatkan dalam mulut). Siap ada barber khas lagi untuk aku. Walaupun ada tiga orang barbers kat situ, aku tetap nak diguntingkan rambut aku dengan sorang barber tu. Tak kisahlah kalau the other two barbers tengah free dan aku kena tunggu giliran aku. Sebab malas aku nak explain nak gunting macam mana tiap kali aku ke situ.

Note: Ni entry merapu @ 6.20pm, sementara tunggu nak mengadap boss aku ni. Adehhh... sejak aku dapat transfered ke division lain ni selepas Si Puaka meninggal, opppssss maksud aku selepas meninggalkan Si Puaka, sibuk sikit laa aku jadinya. Tapi yang penting, aku HAPPY sampai syurga!!!


Sunday, January 18, 2009

#*@!?8€%÷¤!!!!!


*#@+"!?^%£€÷¤ !!!!!!
}&[«$•÷X:j)#@? !!!!!!

Haaa amik... last week, bukan main bergenang air mata aku tengok Lee Chong Wei menang Malaysian Open. Mengalahkan orang berumur je ek, nak bergenang-genang air mata ni.

Minggu ni, haa... berbakul maki. Ekekekek... mengalahkan remaja belia yang belum pergi PLKN lagi. (kan ke iklan PLKN tu dapat membentuk remaja menjadi berakhlak, bermoral... choi!!). Lee Chong Wei, the world no 1 kalah dengan Peter Gade, the world no 5 dalam final Korean Open.

Anyway, it is ok Chong Wei. It's just a minor setback.

Macam Timbalan PM cakap lepas BN kalah pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu semalam. "It is just a minor setback..." bontot kau minor! Nak tunggu sampai Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan negara, baru nak dikira major setback?!

Kalau Chong Wei dapat sebakul maki aku, Najib and BN... nah amik sedozen bakul maki! Note: aku bukan produk PLKN.


Saturday, January 17, 2009

The hipocricy of TV3 (hmm rhyme!)


Jam sekarang 9.49pm. TV3 masih belum siarkan (not even the crawler at the bottom of the screen) keputusan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Dalam keefektifan TV3 buat ulasan tentang kemelut di Gaza dan sekurang-kurangnya dua kali lintas langsung liputan dari Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya, TV3 tak mampu buat lintasan langsung selama kurang 5 minit untuk pengumuman rasmi keputusan pilihanraya.

Oh ye, waktu ni ada rancangan Majalah 3, tak boleh diberhentikan, nanti penaja lari ataupun viewers rating akan menurun, agaknya?! Surprisingly, they're the last one to report after TV1, Bernama TV, channel 108, nasib baik aku tak dengar radio, entah-entah channel Lite & Easy pun dah announced, entah-entah channel ESPN atau MTV pun dah announced.

That's the hipocricy of TV3. So, boikot TV3?! Macam Israel pulak TV3 ni ek, nak kena boikot-boikot ni? Israel kah TV3?!

Anyway, keputusan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu: calon PAS Abdul Wahid Endut meraih 32,883 undi menewaskan calon BN Wan Ahmad Farid Salleh yang meraih 30,252 undi (majoriti 2,631 undi). Calon Bebas Azharudin Mamat meraih 193 undi.

p/s: kepada peminat-peminat TV3 macam Jijo, korang diberi kelonggaran untuk boikot TV3 lepas AJL esok. Ahaks!


Badminton ke?


Malam tadi, aku tertengok satu rancangan di Astro Prima 105. Anne, kalau aku yang cakap terrrrrtengok, kau percaya kan? Ahahaha...

Mula-mula aku nampak hosts rancangan tu, mamat Johan dengan Zizan. Lepas tu aku nampak Zaibo. Belakang Zaibo, aku nampak Roslin Hashim, pemain badminton negara.

Ehhh... ada liputan badminton Korean Open ke malam-malam jam 10 macam ni? Lee Chong Wei tengah berentap ke yang Roslin Hashim bukan main asyik sampai ternganga tengok tu?

Oh tidak! Itu rancangan Raja Lawak di Astro. Agaknya Roslin Hashim tengah study dan plan untuk life after badminton kot? By the way, kalau Roslin Hashim nak masuk Raja Lawak musim depan pun dah boleh dah, dah boleh pencen le dari badminton... ahai...

Jangan lupa tengok Lee Chong Wei bertarung di Korean Open, hari ni semi final lawan Wacha Premy...watchamacallit aku tak tau nama dia. Esok, kalau masuk final akan bertarung dengan Peter Gade atau Simon Santoso. Malaysia boleh!

Adakah esok akan bergenang lagi kah air mata aku? Huhuhu....


Tuesday, January 13, 2009

Kek kawen


Ye ye... speku lah speku.
Hari tu beli berlian, pastu senyap takde update (buat persiapan kononnya), ni cerita pasal kek kawen pulak, kan? Tak payahlah kerah keringat korang yang entah dah berapa tahun tak keluar bertitisan tu ataupun menggunakan ruang otak korang yang sememangnya dah tinggal sedikit je daripada kapasiti yang sedikit tu nak speku pasal aku. Hehehe...

Tapi aku kena blog pasal ni. Entah sebab apa, tapi it's something unique that really caught my attention.

Entah tiba-tiba tadi lepas lunch, aku dengan colleague aku tercerita pasal majlis Mawi kawen. Oh ya, baru teringat. Kitorang passed by Jakel, pastu termasuk bab Jakel sponsor fabric baju-baju kawen Mawi. Then termasuk bab Mawi kawen banyak gila sponsorship yang aku rasa Mawi only fork out around 10% daripada total cost. Dan aku rasa, even sampai mas kawen pun ada yang nak sponsor.

Dan aku pun teringat yang last Sunday waktu aku flipping channels, aku tertengok majlis kawen Mawi kat POGH. It was unique, I can say. With the Arabian 1001 nights punya theme, dengan naik carriage semua tu. Tapi aku cakap kat colleague aku, kalau ada duit semua tu tak mustahil kalau nak buat. It's all about money.

Yang amaze aku and drop jaw aku about the wedding that night was the CAKE! Oh shit! The CAKE was damn cool!!! Masa pengacara cakap ada majlis memotong kek dan macam manalah agaknya rupa kek diorang tu, aku terfikir yang kek tu mesti lah grande!, bertingkat-tingkat, mungkin tujuh tingkat ataupun bentuk Taj Mahal ke. Macam tu laa...

Sekali.....
Kek bentuk bantal, beb!!! Yang aku tak terfikir pun sebelum tu. Tak tercapai akalku, bak kata Elyana. Korang imagine korang kumpulkan cushion pillows kat office atau kat rumah korang. Tapi jangan lah kumpulkan cushion pillows yang dah lasam atau yang covernya yang berkerak. Termasuk bantal bulat (bolster) yang kecik. Then, korang stack these cushion pillows. Cuma cushion pillows korang tu tak boleh dimakan lah, kan.

Aku cuba cari gambar dari internet, tapi yang aku jumpa cuma yang kat bawah ni je dari Berita Harian.



Trust me, the CAKE looks much much better waktu kat tv, especially ada pulak bantal peluk kecik at the side. Dalam gambar ni tak nampak grande sangat. So, korang belilah majalah-majalah hiburan hujung minggu ni, kot-kot ada gambar-gambar kek tu yang lebih cantik dari gambar atas tu. Dan bagi aku, the CAKE is the only thing in all majlis kawen Mawi yang aku rasa tak terimagine. The rest, like pakaian, kuda, helicopter, jawa, ayam penyet pecelele, kad jemputan, artis menyanyi semua tu, boleh difikirkan lah jugak.

Itu je lah aku nak cerita. Tapi, takdelah sampai bergenang air mata aku bila tengok the grande CAKE ataupun bila tengok diorang kawen, macam ada orang tuuuu bergenang air mata tengok orang kawen. Hehehehe...


Monday, January 12, 2009

Crying and sensitivity


I cried many times in my life.
But, there are few times I cry or almost break down to tears bila aku melihat/mensaksikan satu detik kejayaan atau kemenangan, regardless aku terlibat secara langsung atau tidak.

The first time yang aku dapat ingat ialah waktu aku dapat result UPSR aku. Waktu tu aku tak ingat siapa yang ambik results UPSR aku dari sekolah, maybe abang aku. Aku waktu tu terbaring kat rumah, tak boleh bergerak. Ekekekeke aku baru lepas bersunat time tu. Lepas dari tu, dapat results SRP ke SPM ke dapat degree ke, takde laa aku ingat yang aku menangis.

Then, another time yang aku dalam keadaan macam tu (keadaan almost menangis, bukannya baru lepas bersunat) yang aku ingat sangat ialah waktu kat Stadium Malawati Shah Alam. Waktu tu aku kerja kat Proton and it was the launch of Proton Waja in 2000. Entah waktu aku tengok Tun Mahathir (kalau tak silap aku) unveil the car, aku rasa macam bangga sangat. Logik lah sebab waktu first launch of Proton Saga in 1985 circa, aku ada jugaklah bangga gila.

Eventhough I was in Standard Three, aku ingat lagi yang ada konvoi Proton Saga merentasi Jambatan Pulau Pinang, pastu few years later Proton launched Proton Knight, pastu ada demonstrasi segala macam tu. Then, aku dengar cerita mak aku sibuk-sibuk join geng-geng UMNO dia gi majlis pecah tanah kilang Tanjong Malim dengan tempat tu panas gila pastu kena menapak sebab bas parking jauh. So, I could say it was one proud moment lah to be part of the team.

Sekarang ni pun, ada lah few occasions yang buat aku bangga dan nak menangis. Mungkin sebab dah makin berumur ni, ada orang kata you become more sensitive when you gets older. Tapi kadang-kadang tu, rasa macam ridiculous pulak sebab occasion tahpahapa je nak menangis. Lee Chong Wei menang Malaysian Open pun aku rasa macam nak menangis, boleh?!

Dah tua agaknya, aku ni?
Tapi buatnya Lee Chong Wei kalah, maki hamunnya mengalahkan remaja laa pulak!
Hahahahahaha......


Monday, January 05, 2009

Australia - best!


Best! 2 thumbs up! 4 thumbs up laa, sekali dengan ibu jari kaki!

Aku nonton Australia semalam. Sejuk! Aircond kuat kat TGV tu. 170 minit aku menahan kesejukan. Nasib tak sampai terkincit. Dan sepanjang 170 minit tu, takde seminit pun aku rasa boring. Dan ada jugak beberapa ketika, aku nonton tanpa menyandar ke kerusi aku, aku slant forward. Macam nak masuk ke skrin, macam nak tengok dekat-dekat movie tu (nak tahan sejuk pun ada jugak tu... hehehehe).

Tapi, kalau korang tanya apa yang best nya? Aku takde jawapan yang tepat. Ceritanya hanya berkisar krisis dalam penternakan lembu di Australia sebelum perang dunia kedua dan sedikit tentang kisah Australian aborigines.

Mungkin sebab value for money i.e. RM11 for 170 minit, equivalent to 6.5 sen seminit. Ataupun sebab jalan cerita yang aku rasa dah habis bila sampai half-way (waktu dah deploy the cows into the ship), tapi tak habis-habis lagi. Ataupun sebab keindahan pemandangan dalam cerita ni. Takde laa indah mana pun sebab most of the time ditunjukkan pemandangan muka bumi yang kering kontang je.

Ataupun mungkin juga disebabkan kejelitaan Nicole Kidman yang melakonkan watak Lady Sarah Ashley. Ini tak dapat dinafikan lagi lah. Dan aku rasa Nicole Kidman gorgeous sangat lakonkan watak Lady Ashley, pastu berpakaian ala-ala outback aristocrat. Dengan long boots nya, topi dia pastu riding the horse. Perghhh... aku terbayang Nicole Kidman pakai long boots dia pastu letakkan kaki dia atas peha aku. Oppsss!

Scene favorite aku, waktu Neil Fletcher and the geng jahat send the cows running wild and mad towards the cliff. Waktu tu, geng baik kena control/manouvre balik the cows (1,500) towards inland (so that they won't fall off the cliff laa). Apa punya review ni, hampeh!!! Anyway, best memang best. It's a combination of adventure, drama, romance... best laaa...

Siapa yang belum nonton cerita ni lagi, gi laa nonton. Pastikan, korang kencing dan buang apa yang patut sebelum masuk panggung. Kalau nak lagi jimat, korang nonton on Wednesday night at TGV cinemas, korang akan jimat 1.8 sen seminit. Ahaks!

"A life lived in fear is a life half lived" <--- hehehehe... baru je sebelum masuk panggung tu aku dok terbayang jatuh dari tingkat dua laa, terlibat jadi hostage dalam rompakan bersenjata kat Tomei laa... sekali, keluar this motto in the movie. Aduuuhhh... half live laa life aku ni macam telur setengah masak, tapi sedapppp...


Sunday, January 04, 2009

Weekend yang great!


Sekarang ni aku kat Tebrau City Mall. Kononnya mall yang paling happening kat JB. Namun, bagi aku tak sehebat Sunway Pyramid, mall favorite aku laa. Aku rasa setanding 1/3 je dengan Sunway Pyramid tu.

Weekend yang great? Best ke? So far, it has been great la. Mana taknya? Sabtu dengan Ahad aku duk tidur siang je. Dalam jam 11 pagi, terlentok-lentok sambil nonton tv, tidur sampai Zohor. Lepas Zohor, tidur lagi membawalah ke lepas Asar. Ya salammmm mana tak greatnya, hari-hari lain bukan dapat buat macam ni kan?

So, hari ni aku tekad untuk tak tidur lepas Zohor. Aku nak gi bioskop lah, tengok wayang. Dah le aku terlepas movie Body of Lies, takkan Australia pun aku nak terlepas jugak? Aku ni, jenis yang takde lah terkinja-kinja nak nonton filem on the opening day. Lagi lambat lagi bagus sebab tak berapa ramai orang dah. Biarlah semua orang dah tengok, dah kasi review. Aku tak kisah. Tapi, kekadang tu sampai dah tak main lagi lah filem tu kat bioskop jadinya. Lagipun, orang Malaysia ni kalau nonton ramai-ramai, banyak yang jadi perak macam tak pernah ke bioskop.

Sementara tunggu masuk waktu wayang ni, aku lepak kat bench berdepan Toys "R" Us ni. Dari luar aku tengok, kecik je kedainya. Tak sebesar yang kat Subang Parade pun.

Dalam waktu aku duduk sini, dah nak dekat sejam dah pun. Bersilih ganti orang duduk sebelah aku ni. Dan dalam waktu aku duduk ni, macam-macam yang aku terfikir. Buatnya aku sandar kuat-kuat, pastu kerusi kayu ni patah pastu cermin belakang ni pecah, pastu aku jatuh ke bawah. Adehhh.... pastu pulak, sebelah Toys "R" Us ni kedai Tomei. Aku tak nampaklah pulak security dia. Buatnya laa ada rompakan bersenjata, pastu aku dijadikan hostage. Adehhh... fobia berada di tempat awam dah jadinya aku ni.

Pastu, aku dok perati laa orang yang keluar dan masuk Toys "R" Us ni. Macam-macam barang diorang beli. Ada besar, ada kecik. Pastu, fikiran jahat aku pun tercetus. "Yang beli toys ni mesti Singaporean. Yang keluar berlenggang tak beli apa tu mesti orang Malaysia." Hiks, jahatnya fikiran aku ni. Kalau yang shopping kat KL tu orang Malaysia, kot?
Jangan marah beb.

Sebelum orang ke 30 datang duduk sebelah aku, aku gerak dulu laa gi kedai diamond. Sesuatu!


Friday, January 02, 2009

Dua hari di tahun baru


Hari ni. Tak jadi jogging in the park the morning. Aku bangun jam 6am, solat Subuh sat pastu teringat ada live coverage Rose Bowl: USC Trojans vs Penn State Nittany Lions. Apa lagi, aku buat teh o panas sekole 1.5 liter, mandi tidak, gosok gigi je udah, tengok lah aku Trojans membelasah Nittany Lions. Cukup half time, aku dah confident Trojans boleh menang. Aku pun mandi, gi office.

Hari kedua 2009.

Tak jadi jogging in the park the morning. Tapi, tengahari belasah briyani ayam pulak. Itupun nasib je briyani kambing takde. Kalau tidak, membriyani kambing aku tengahari ni. Nampaknya weekend ni aku kena triple-kan peng-jogging-an aku. Satu untuk qada' pagi tadi punya yang tak jadi. Satu untuk briyani ayam tengahari tadi. Satu lagi memang yang rutin untuk weekend. Adehhhh...

Malam semalam. Aku tengok filem Duyung. Pelakon: Apek, Maya Karin, Yassin, Yasmin Hani, Awie, etc. Entah, dalam aku meng-flip-flip channel Astro, aku ter-flip ke Astro Kirana. Ada cerita ni. Aku layan je laa... at least it made me laugh, real laugh. Dan aku rasa berfaedah sangat tengok Duyung ni. Maksud aku, berfaedah lah daripada aku menyertai Pesta Seks Tahun Baru, kan?

Banyak jugak laa part yang mencuit hati. Salah satu daripadanya waktu di penghujung cerita tu. Waktu Apek (Jimmy) dah kaya dan jadi tokey pulau tu. Part yang Awie (Kordi) picit-picit bahu Jimmy. Pastu Jimmy suruh Kordi nyanyi lagu Awie/Wings. Seperti kebiasaannya, Awie being a joker pun menyanyi, "...bola bola api..." Adehhh nak pecah perut aku dia nyanyi lagu Paling Comel yang Achik dengan Nana nyanyi tu. Hahahahaha....

Bagi aku, cute jugak laa cerita tu. Selain daripada Maya Karin yang ever cun yang melakonkan watak Puteri the Duyung, scenes kat dalam movie tu cantik-cantik lah. Especially waktu Puteri bawak Jimmy ke tempat tinggal dia, very nice - scene underwater.

Waktu tu jugak, aku terbayang muka sorang-sorang kawan-kawan aku yang aku rasa sesuai lakonkan watak Jimmy tu. Ekekekeke... sape lagi kalau bukan Jijo. Sesuai je aku rasa. Kalau ada audition untuk Duyung 2, aku nak suruh laa Jijo pergi audition untuk watak Jimmy. Paling kurang pun, kalau tak dapat watak Jimmy, dapat watak Orix kan? Ye laa.. takkan nak kasi Jijo pegang watak Kordi, seorang lelaki macho dan muscular? Hahahahah lariiiiiiiiii.......

Hari kedua 2009.

Jijo dah ada facebook. Klik sini. Ekekekekek....

Have a good hari ketiga dan keempat 2009!


Thursday, January 01, 2009

Tahun baru ke?


Hari ni 1hb Januari 2009.
Aku kerja hari ni. Mana ada triple OT?! Ye, Johor tak cuti pada 1hb Januari. Nanti Johor cuti pada Hari Hol (29hb Julai) dan Awal Ramadhan (22 Ogos), aku akan gelakkan korang. Heheheh...

Sekarang jam 7.32pm. 1hb Januari 2009. Masih ada orang kat office. Facebook-ing agaknya. Aku terdengar bunyi pili air. Ada orang ambil wudhu. Ok lah tu. Yang aku dengar bunyi coffee machine brewing tu apa? Ada lagi ke orang amik kopi jam-jam sebegini? Macam nak countdown 2hb Januari je gayanya tu. Aduuuhhhh...

Aku tak ingat bila last aku bekerja pada 1hb Januari. Tak mungkin dalam masa sembilan tahun lepas. Tak mungkin juga di University Dining 11 tahun lepas sebab semester belum dibuka lagi pada 1hb Januari. Mungkin 14 tahun lepas, waktu aku kerja lepas SPM di The Store Ipoh. Triple OT + kerja 11 jam pulak hari tu.

Malam semalam. Ada countdown di Dataran Festive Mall, JB. Company aku jadi co-sponsor. Ada macam-macam program. Artis pun ada - kumpulan Kristal, Def Gab C dan Wings. Agaknya diorang ni dah takde sape nak jemput untuk countdown show kat KL?! Anyway, aku tengok jugak bunga api. Tapi, dari atas katil aku je. Hari ni kerja, beb. Mental kena prepare, tidur awal.

Tengahari semalam. Waktu Malaysia. Oregon Ducks defeated Oklahoma State Cowboys 42-31 in Pacific Life Holiday Bowl, San Diego. Aku tak pergi San Diego. Tapi aku dengar live commentary je. Ter'pump fist' jugak aku bila Ducks dapat touchdown or first down or force Cowboys to punt. Jadi le...

Aku terdengar lagi. Satu suara, "balik laa... baca Yassin, malam-malam Jumaat ni!" Ok lah, aku balik dulu. Baca Yassin belum tentu, malam Jumaat dah tentu...

Selamat tahun baru 2009!


Related Posts with Thumbnails