Tuesday, December 30, 2008

Outing uncle-uncle


Outing untuk uncle-uncle. Not really lah... it was an outing with the uncle. Weekend Christmas/Awal Muharram break tu, aku balik Ipoh. Then, Mak ajak ke Bukit Merah Laketown Resort nak bawa anak-anak Along aku. Yang sempoi sangat tu sebab Mak dapat kupon diskaun untuk ke Waterpark. With the coupon, admission is just RM10 per person instead of RM22 for adults and RM18 for children. For senior citizens, admission is RM8, so tak payah pakai kupon tu.

It was my first time to BMLR tu. Dekat je rupanya, keluar tol je tak jauh dah. Unlike A Famosa Resort or Sg Klah. Aku tak mandi pun kat situ just celup paras pinggang ke bawah je. Aku lebih teruja nak amik gambar. So, ke sana sini lah dalam kolam tu aku usung kamera. Ok laa that place. Ada three pools, ada several levels of slides. Untuk budak-budak, aku rasa 1/2 hari memang dah boleh habis spend time kat Waterpark je.

Ada juga attractions lain macam Orang Utan Island, Eco Park, chairlift ride. For more information about BMLR, click here for the official site.

Nothing much to update. Ni gambarnya.



Untuk full pictures bagaimana the Uncle melayan anak-anak buahnya berposing (actually aku yang paksa diorang pose and how to pose... hahahahha), click sini.


Monday, December 29, 2008

Nasi kandar craze


Aku nak balik JB hari ni. The next time aku balik SA/KL maybe during CNY break. So, sebelum aku balik ke JB, the land of no nasi kandar, aku nak update satu entry pasal nasi kandar. At least bila aku di JB nanti dan aku rindu-rinduan kepada nasi kandar, tengok je entry ni balik, hopefully boleh lah terubat rindu aku kepada nasi kandar. Tapi jangan laa buatnya aku termengidam, hari tu jugak aku drive balik SA/KL semata-mata nak makan nasi kandar punya pasal.

Two of my favorite nasi kandar places macam aku dah pernah cerita sebelum ni ialah Nasi Kandar Pelita (anywhere in town) dan Nasi Kandar Utara kat SS15, Subang Jaya. Nasi Kandar Kayu pulak tak boleh masuk dengan aku. Aku dah cuba satu kat USJ Taipan dan satu lagi kat Tesco Extra Shah Alam, dua-dua tak ngam! Nasi kandarnya yang tak berapa melentokkan, pricey sebab siap ada government tax dan pekerja-pekerjanya yang super lembab dan berlagak macam Nasi Kandar Kayu ni on top of the world.

Back in my hometown, in Ipoh. Ada few kedai nasi kandar yang meletop dan melentok. One of them dekat tepi Sungai Kinta (near DBI flat), ada a row of kedai makan. Daripada kedai tu, boleh get a view of Hoover Cinema - panggung wayang yang dulunya tayangkan cerita-cerita blue (entah lee ni orang cakap kat aku). Dah lamaaaa sangat aku tak gi makan kat situ, dan tak sure Hoover tu ada lagi ke tak? Aku rasa takde kot, sejak-sejak boleh download je cite blue dari internet. Opppsss...

Dan satu lagi kedai nasi kandar yang meletopppp habis tip top pasti lentok tiga hingga empat jam lepas makan ada kat Jalan Yang Kalsom. Nama kedai ni ialah Kedai Nasi Kandar Ayam Merah. Tapi dia ni menyewa kat dalam satu kopitiam, Yong Suan Coffee House. Kedai ni pun dikenali sebagai kedai Nasi Ganja sebab kebolehannya melentokkan pemakan-pemakannya. Ada juga orang panggil Nasi Vanggeh, mungkin sebab bila korang sampai kat pintu kedai tu, pelayan-pelayan situ akan panggil, "Vanggeh, vanggeh..." maksudnya "mari, mari..." ataupun "masok, masokkk..." untuk kiahronggeng



Kalau time makan tengahari, dari luar lagi korang boleh perasan kedai ni penuh sesak dengan customers tengah berbaris amik nasi. Sesaknya mengalahkan kedai nombor ekor. Makanannya... perghhhh korang kena cuba laaa... Tapi waktu nak order tu, korang tak boleh terhegeh-hegeh baru nak fikir nak makan lauk apa. Korang ke be very impromptu, korang kena preset kepala otak korang nak makan apa sebab queue panjang so, pelayan dia tak nak buang masa melayan sorang je customer sampai berjam-jam.

Ni gambar lauk-lauk yang ada kat situ. Boleh kata semua ada laaa... ayam, ikan, sotong, telur ikan, telur rebus. Typical lauk kedai nasi kandar lah ni.



Kuahnya a bit pedas. So, kena tahan laa sikit kepada yang tak kuat makan pedas tu. Dan spare laa tisu banyak-banyak kot-kot hingus meleleh, kuah yang pedas jadi masin pulak sebab hingus meleleh termasuk dalam mulut. Macam Pak aku hari tu, mulanya dia komplen pelayan tu tak bubuh kuah banyak-banyak. Sekali... haaa amik pedasnya walaupun kuah dia sikit. Aku rasa pelayan tu memang dah sukat sesedap dan sepedas rasa waktu dia tabur kuah tu ke atas nasi.

Ni gambar lauk aku, which serving mengingatkan aku kepada Nasi Restoran Saudiah, kedai hujung kat bazaar Stesen Bas Kuala Kangsar.



Dan Mak serta Pak aku tengah menjamu selera.



Mak tengah tahan pedas sebenarnya tu tapi sempat lagi senyuuummm je. Biasalah Mak, dulu sambil senyummmm je dan senyap-senyap dia cubit ada sorang anak Benggali yang tengah bising-bising time orang kenduri. Ekekekekek.....

Ok. Lepas makan nasi kandar apa lagi yang sedap untuk dessert kalau bukan cendol, kan?



So, kalau korang dah makan Nasi Vanggeh tu, let's head to Lim Garden, Ipoh. Just about 50m outside of SM Tarcisian Convent, korang boleh jumpa kedai/motor cendol bergerak ni. Nama kedai/motor cendol ni "CANDOL ASLI". Nanti kalau korang ternampak kedai/motor cendol tapi tak sure, whether it's the one I'm talking about here, korang boleh hafal plet nombor motor tu AAQ3914 ataupun print saje gambar ni dan cam kan muka brother tu, manalah tau brother candol tu upgrade motor dia ke kan?



Haaa... siapa kata Ipoh takde apa?
Vanggeh, vanggeh!!!
Hahahahah....


Sunday, December 28, 2008

Seating dilemma


Aku kat dalam keretapi ni. Ekspres Senandung Malam Ipoh ke KL, koc K1, seat number 1B. Seat aku betul-betul depan pintu otomatik yang duk terbukak katup, terbukak katup ni. Seat aku, aisle seat so kalau aku tidur ternganga, orang yang lalu lalang nampak je laa. Peduli apa kan? Dan walaupun seat aku nombor satu, tapi seat aku bukan depan sekali tapi belakang sekali dalam koc tu. So, aku bergerak in reverse gear (mengundur) lah ni sampai ke KL nanti.

Yang aku pelik dan geramnya, ada orang naik keretapi ni tak reti-reti nak duduk diam. Berjalan je kerjanya, kejap-kejap terbukak pintu otomatik tu. Kalau orang lain-lain takpe jugak, ini orang yang sama je yang lalu lalang. Tak tau apsal. Sakit perut gamaknya asyik ke jamban je. Kadang-kadang tu, seat diorang dibiarkan kosong je dari awal sampai lah tiba ke destinasi. Kalau nak jalan-jalan, baiklah diorang berjalan kaki je ikut highway ataupun ikut jalan keretapi tu, kan?

Aku baru gerak mengundur ni, baru je keluar dari stesen Ipoh. Dah mula rasa nak tidur dah. Itulah aku ni, mudah sangat tidurnya. Baik dalam keretapi, dalam bas ataupun dalam flight. Pernah aku naik bas ke pantai timur dari Stesen Putra KL, belum keluar KL lagi aku dah tidur. Naik flight pun sama, belum take-off lagi aku dah boleh tidur. Itu nikmat yang diberikan kepada aku, kata sesetengah orang.

Cuti Krismas/Awal Muharam ni, aku decided untuk drive JB-SA-JB. Dan naik keretapi KL-Ipoh-KL. Malas nak drive sebenarnya, lagipun aku rasa perjalanan KL-Ipoh tu sungguh lah membosankan dan tak mind challenging. Kalau JB-SA tu, sesekelip mata je dah sampai Ayer Keroh, sesekelip mata lagi dah sampai PD. Mana taknya, kepala dok melilau fikir apa-apa program yang patut dan tak patut dibuat setibanya di SA dan sesambil tu jugak aku dok bersms dan calling-calling kerabat-kerabat dan konco-konco aku di SA/KL.

Ahh... melalut pulak. Back to the title of this entry, "Seating Dilemma". KL-Ipoh aku try amik yang 1st Class seat, which is RM22 more expensive than the 2nd Class yang aku biasa amik. Saje aku nak merasa. Aku amik yang seat solo. It's like buses yang executive class tu, 3 seats in a row (twin and single). Tapi waktu aku nak booking 1st Class solo seat tu, terdilema jugak aku jadinya.

Aku terfikir gak kot-kot kalau ada peluang duduk sebelah an interesting person, yang aku boleh sembang sampai ke Ipoh, boleh ketawa terbahak-bahak sampai orang lain tak boleh tidur. Ataupun yang boleh sama-sama buat Sudoku. Ataupun yang boleh dibawa ke jinjang pelamin. Fewwiitttt... and at the same time, aku nak merasa naik 1st Class coach. Sudahnya, return ticket Ipoh-KL tu aku amik yang 2nd Class, yang duduk berdua. Hopefully, ke Ipoh takde yang interesting tapi yang ke KL nanti, siap ada yang boleh duduk atas riba. Heheheheh....

Luckily waktu balik ke Ipoh, takde anyone yang aku nampak interesting enough for me to regret choosing the single seat. Cuma, takde langsung nampak keciri-cirian 1st Class nya. Sarung kusyen buruk, lusuh, kusam. Seat pun takde laa lebar mana (mungkin aku tak terasa sebab saiz ponggong aku tak macam ponggong orang lain) dan tak lah seempuk mana pun (seat, not ponggong aku).

TV pun nun jauh ke depan. Satu coach ada dua je TV, takde personal screen. Pastu takde pulak disediakan air mineral ataupun roti. Keretapi Jakarta-Bandung pun siap kasi air dan roti. Dan takde lah pulak pramugari datang tolong selimutkan aku atau angkat kepala aku letakkab bantal. Penat je aku buat-buat tidur. Hampeh.... mahal je lebih.

Dan hari ni, balik KL. Aku amik yang double seat. Dalam sejarah aku, tak pernah laa yang bila aku duduk kerusi sebelah-sebelah ni, aku dapat duduk sebelah orang yang interesting. Bosan! Anyway, I wasn't born to talk pun. Baiklah aku tidur, kan... errr... aku ni born to sleep ke pulak?! So, takde bezalah kalau aku nak amik 1st class ke 2nd class ke bunk ke room ke, bukan ada orang yang interesting pun, baik aku tidur kan?

Dan, aku belum pernah cerita lagi kan waktu aku amik seat yang tidur (bunk) KL-Tanah Merah dan aku dapat bedmate (a stranger yang tidur katil bawah) duk kentut berbau je sepanjang perjalanan dan kentut dia menyelinap naik ke katil aku. Siot je! Waktu tu bukan lagi born to sleep dah. Jadi born to smell someone else farts pulak.

Ok aku nak tidur ni.
"Mr. Checker! Can you please wake me up 15 minutes before reaching KL Sentral? Thanks..."


Tuesday, December 23, 2008

My first G-Shock!


Hahahahaha...
Holiday mood, shopping mood, kemut-kemut.
Aku dah kata, aku ni pantang kalau tinggal kat hotel (ala-ala vacation), memanglah nafsu shopping tu datang mencanak-canak.

Ingat tak yang aku excursion kat Batu Pahat hari tu, aku gi shopping for my first Converse? Haa... sekarang ni pun aku tinggal kat hotel ni. Kat Johor Bahru je. Hahahah... apa ke halnya kan? Housemate aku bawak his family datang JB. So, instead of the family staying in hotel, yang dah sure kena amik at least one family suite around RM400-RM600 per night, housemate aku sponsor aku je duduk kat hotel for three nights sebelum aku balik Shah Alam for Christmas/Awal Muharram break.

Yang bestnya, siap aku boleh demand nak hotel yang serve breakfast in bed, ada newspapers depan pintu, ada gym segala macam laa... hahahahaa... padahal hari-hari biasa yang lain, takde laa sempat nak breakfast ataupun sesape nak hantar suratkhabar depan pintu. Aku saje je demand tu, bukan serius pun. Walaupun aku akhirnya tinggal kat hotel yang bukan full-service (tak sampai hati nak cakap budget hotel), housemate aku siap datang check bilik tu ok ke tak. Hahahahah...

Pastu the first night tu sebab bilik banyak dah penuh, aku dapat bilik yang tak bertingkap. Itu pun dah RM90++. Terus, the next day dia upgrade ke bilik yang bertingkap around RM120. Mahal gak kan budget hotel, pun. Dan walaupun hotel tu seblock away je dari office aku, still aku rasa macam vacationing sebab duk kat hotel. So, nafsu shopping aku mencanak-canak lah.

Petang semalam, waktu dalam mengantuk-ngantuk kat office lepas makan asam pedas kat Kg Pendas, aku terfikir. Dah sesebulan aku jogging pagi-pagi, ada ke logik aku bawak handphone untuk dijadikan jam aku? Tak sesuaaaaiiii sungguh... Adakah logik kalau aku ada sports watch yang ada stopwatch, ada timer, yang rubber strap. Aku terbayang-bayang je nampak cun dan sesuuuuuaaaaaaaiiiii sungguh kalau aku pakai sports watch waktu berlari tu. Dan tiba-tiba terpacul G-String dalam kepala aku... oppsss maksud aku, G-Shock.

Dicouplekan kesesuaian aku berlari memakai G-Shock dengan nafsu shopping aku yang mencanak-canak, aku pun cruising for G-Shock malam tadi. Aku masuk satu kedai ni. Aduuuhhh... stim aku tengok berbagai-bagai G-Shock dalam cermin tu. Pastu amoi yang layan aku pulak tolong pakai-pakaikan jam-jam tu kat tangan aku, pastu terlaga-laga jari-jari dia kat tangan aku kan?

Mata aku terus tertancap pada G-Shock Giez. Mak aiiiiii cun nya.... harga pun boleh dikatakan dalam kemampuan aku laa. Pastu amoi tu kata pulak ada diskaun 30%. Perghhh... itu dah jimat RM210. Adehhh... nyaris je aku nak tangkap satu. Tapi bila difikir balik kepraktikalan jam tu, aku rasa tak berbaloi laa... sebab jam tu analog, termasuklah stop watch nya pun analog. So, susah laa nanti aku tengah-tengah jogging, nak perati jarum tu dah berapa lama aku jogging ke, macam tu, kan?

Akhirnya, dalam terstim-stim aku tengok G-Shock Giez, aku masih berfikiran waras dan aku ended up with G-Shock G7710-1. Aku tak kira laaa ini model lama ke, korang nak kata murah ke, aku tak kisah. Janji the practicality suits my needs. Dan aku suka je, malam tadi pun tidur tak bukak jam. First night le, katakan. That's my first G-Shock.

Dan pagi tadi waktu jogging kat Danga Bay, aku rasa lajuuuuuuuuuuuuuuu je aku lari. Ahaks!


Friday, December 19, 2008

Fesyen Batu Pahat


Malam nanti company aku buat Annual Dinner. Mulanya, bajet besar gak. Dengar cerita artis jemputannya, Faizal Tahir dan sorang dua superstars yang lain. Superstars ke? Ptuiiii.... Tema pun bling bling bling. Mulalah aku terfikir-fikir apa yang aku nak pakai waktu dinner tu nanti. Mulalah wajah P. Diddy bermain-main di fikiran aku. Paling koman pun, aku akan pakai rantai silver pastu kat rantai tu, aku gantungkan cd, jadikan loket. Dah macam 4U2C dulu-dulu pulak pakai cd gantung kat leher. Bling bling bling...

Waktu aku pergi Batu Pahat, aku ada gak laa survey-survey kat situ apa benda yang nak dipakai waktu dinner ni. Walaupun aku tak berapa confident laa Batu Pahat ni ada jual benda-benda bling bling, aku usha-usha gak laaa... ternyata sangkaan aku meleset! Waktu aku jalan-jalan kat Batu Pahat Mall tu, aku ternampak fesyen budak-budak Batu Pahat. Oooo mak ai... ada gaya P Diddy laaa. Tak sangka aku! Tak percaya, tengok gambar ni....



Dan mulalah aku terbayang sorang-sorang kawan-kawan aku yang ada kena-mengena dengan Batu Pahat ni...

Aku terbayangkan Hamid, husband si Farra kalau balik kampung kat Batu Pahat, pakai macam tu ke ataupun dulu waktu nak meminang Farra, Hamid pakai macam tu. Pastu aku terbayangkan laa, agaknya sity29 dulu jatuh cinta kat husband dia, sebab husband dia dressed macam tu kot. Pastu, aku bayangkan lagi Lan Bingka bila balik kampung time raya, pakai macam tu gi jalan-jalan rumah sedara-mara. Pastu, paling tak tahan bila aku bayangkan Cik Cak Jojet mencangkul kat Parit Haji Ali Darat pakai macam tu. Ya ampuuunnnnnn.....

Tapi, sebelum imajinasi aku merayau lebih jauh, company aku keluarkan satu email. Tema annual dinner tahun ni, casual je... bajet kena potong separuh kekdahnya... hmmm... tak jadilah aku dressing macam P Diddy. Jadi Jalil Hamid je laaa....


==
Gambar-gambar aku kat Batu Pahat...
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini.


Thursday, December 18, 2008

Sun*** di Jalan Rahmat


Kalau korang membesar (bersekolah rendah) sekitar tahun 1980an, korang sure pernah main card games yang ada banding-bandingkan characteristics macam kapal laut, kereta kebal, lori/trucks. Takde pulak gambar aku google nak letak sini. Contohnya, untuk card game yang bermotifkan jet pejuang, yang sape punya turn to draw the card akan pilih kriteria yang paling hebat pada jet pejuang on the card to be drawn tu. Sebagai contoh, speed/kelajuan. Of all the players, kad sape yang jet pejuang dia paling laju, akan menang that round dah it's his turn to draw the next card. Sampailah one player possess all the cards, dia pemenang.

Kalau korang ingat, ada certain time yang the manufacturer (I assume) of the cards takde details for some of the criteria. Contohnya, ada satu kad tu, dekat speed nya akan tulis "N/A", aku assume kelajuannya tak dapat dikenalpasti or data is simply not available. But at that time, entah sape yang create the rules, whoever have the N/A will win. For reasons aku sendiri tak tau. Mungkin waktu tu kita ingat N/A tu kalau for speed, laju gila nak mampos laaa, can't be captured. Maybe...

Di Batu Pahat, along Jalan Rahmat. Ada banyak bangunan lama. Some dah refurbished, some memang dah berubah in total. Ada pulak, yang tingkat atasnya klasik habis tapi tingkat bawah kedai moden habis, glass wall segala. Dan yang paling klasik, dekat some of the old buildings tu, ada tertulis tahun building tu dibina. Aku tak sure kat bandar lain pun macam ni. Tapi, kat Batu Pahat you can find buildings like in the picture below.



Dan berbalik kepada card game tadi, buildings yang ada ditulis tahun dibina tu pun, ada juga yang tak diketahui dibina tahun berapa. In the end, just like in the card game, diorang just letak "N.A." So, kalau ada card game yang bermotif bangunan-bangunan lama kat Batu Pahat, bangunan dalam gambar bawah ni dikira sebagai 'mother of all Batu Pahat buildings' laaa.... aku assume je... hehehehhehe



Tapi, dalam banyak-banyak bangunan kat Batu Pahat. Mata aku tertancap pada bangunan ni. Bukan sebab architecture nya atau keklasikan ye ataupun bukannya bangunan ni 'mother of all Batu Pahat building'. Cuma, for reasons I don't know why, aku rasa tak sesuaaaaaiiiiii sangat nama kedai ni.



Aku wonder ramai tak customers dia and what type of insurance diorang offer?! :p


==
Gambar-gambar aku kat Batu Pahat...
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini.

Wednesday, December 17, 2008

My first Converse


Waktu aku remaja (ptui….), takdelah aku teringin nak pakai kasut Converse. Mungkin waktu tu aku tau mana kemampuan aku. Lagipun waktu sekolah menengah dulu, ada sepasang 'black warriors' pun jadi laa. Alaaa… kasut brand Warriors tu. Cuma yang bestnya kat sekolah aku dulu, budak-budak lebih gemar pakai yang warna hitam (sebab malas nak basuh kot?) daripada putih, kecuali budak-budak Form 1 laa yang takde immunity lagi nak pakai warna hitam.

Tapi, aku tak minat brand Warriors, aku prefer Carefree yang in-sole dia ada gambar bunga-bunga kecik-kecik tu. Sama je bentuk Cuma brand lain-lain. Kasut 'black war' ni lah yang setahun ada lah tukar dalam tiga-empat pasang sebab tapak dia haus buat training/main basketball. Dan kasut 'black war' ni laa jugak yang bawak team aku menang basketball Piala Tun Hamdan mengalahkan budak-budak SAS yang kasut diorang branded habis.

Bila masuk PPP/ITM, aku bergaya dengan Reebok hi-cut hitam aku. 2 ½ tahun kat PPP/ITM aku pakai kasut tu, lenjan habis. Then di US, setakat Converse ni aku tak berapa heran sangat la. Sebab kasut yang aku pakai untuk ke kelas dan kerja dan jalan-jalan, ialah sepasang boot Timberland aku. Kelasss siot time tu, college student pun dah pakai Timberland boot.

Sekarang ni, dah kerja pun aku tak mampu nak pakai kasut Timberland original lagi. Hahahaha… waktu tu aku ada jugak sepasang Nike basketball shoes, sama macam Jeff Hornacek (Utah Jazz) pakai. Kasut ni untuk dipakai waktu basketball class aku, waktu gi tengok college basketball games dan jugak waktu gi jalan-jalan pada bukan waktu Winter.

Entah bila agaknya yang aku start terfikir yang aku tak pernah ada kasut Converse? Mungkin waktu lalu-lalu kat Kota Raya ke ataupun lepas baca blog Suhaimi Sulaiman pasal Converse dia. Tapi aku tak peduli sangat pasal ni sebab aku rasa macam tak kena je orang usia macam aku ni pakai Converse. Jangankan kata Converse yang ada design huru-hara dan carik barik yang macam kena gigit tikus tu, yang simple design yang ada bulan sabit dengan bintang tu pun aku rasa tak sesuai sangat. Terus aku pun terfikir yang aku takkan memiliki sepasang Converse dan takde makna sangat bagi aku kalau tak pernah ada Converse ni.

Last weekend waktu ke Batu Pahat, aku ter-lalu satu kedai kasut dan pakaian-pakaian untuk remaja ni. Kedai tu ada laaa pulak jual Converse shoes. Kan waktu tu aku tengah melancong di Batu Pahat? Aku ni, nafsu shopping memang mencanak-canak time aku melancong. Santai gitu… Aku pun belek-belek laa kasut-kasut Converse kat situ. Takde jugak satu pun yang aku rasa sesuai design nya dengan usia aku ni. Waktu aku nak keluar dari kedai tu, aku ternampak satu Converse yang body dia pakai kain corduroy. Perghhh… cun habes, merembes!!!

Tapi aku terfikir lah pulak, kalau terpijak air ke, time hujan ke, tak cun laa dan rosak lah jadinya nanti Converse corduroy aku tu. Tapi aku tetap tanya awek jaga kedai tu, “Ni kalau kena air rosak tak?” Awek tu cakap, “Sama je bang dengan kasut yang lain. Yang lain pun kain jugak, cuma yang ni kain corduroy.” Aku balas, “Hmmm… takpelah.” Dalam hati aku cakap, “Tak payah laa nak pakai-pakai Converse lagi…” Sepantas langkah pertama kaki aku keluar dari kedai tu, sepantas tu laa jugak awek tadi panggil aku, “Bang, bang… kalau abang risau kain rosak bila kena air, abang angkat yang leather laa…” Aku pun tanya, “Ada ke Converse leather?”

The rest is history.

So, at 32 years and 10 days old, I got my first Converse (dan yang terakhir laa jugak rasanya) - a pair of brown ox leather Converse…




Happy siot, siap aku terus beli socks dan pakai terus kasut tu. Aku pakai selipar je sebelum tu. Dan, at least ada laa something yang akan mengingatkan aku kepada Batu Pahat, selain Farra kan?

Kasut ini juga aku rasa sesuai dipakai bersama beraneka jenis pakaian dan pakaian dalam. Ia juga boleh dikenakan dengan pelbagai warna pakaian. Lepas ni, takdelah orang akan menyah-sesuaikan kasut Adidas hijau aku dengan baju melayu peach aku lagi. :p


==
Gambar-gambar aku kat Batu Pahat...
Yang ni kat photobucket... click
sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click
sini dan sini


Monday, December 15, 2008

Cik Gigi goes to Batu Pahat


Sejak aku dapat komen daripada Lan Bingka (blogger yang berasal dari Batu Pahat) last week, entah tiba-tiba je aku beria-ia nak ke ‘bercuti’ ke Batu Pahat. Dalam masa seminggu minggu lepas, aku dok google perihal Batu Pahat, tanya ex-colleague aku places to go and eat (penting ni…), google map. Tapi, takde lah extensive research sangat sebab alaa… Batu Pahat je. Kalau takde apa sangat kat situ ataupun tak jumpa jalan, aku balik lah ke JB kan, apa susah?

So, pagi Sabtu lepas aku bangun tidur awal dari biasa. Tengok ke luar tingkap, elok cerah je hari tu. Memang confirm aku akan ke Batu Pahat jadinya. Memang aku letakkan syarat macam tu. Kalau kat kawasan aku hujan pagi Sabtu tu, aku tak akan ke Batu Pahat (walaupun Batu Pahat mungkin berlainan cuaca). Dalam jam 9.30am aku pun gerak ke Batu Pahat.

Senang jugaklah jalan ke Batu Pahat ni. Dari JB, exit di Ayer Hitam, teruuuuuuuuussssssss je sampai nampak mercu tanda Batu Pahat (ini aku cakap je laa… hahaha), Batu Pahat Mall yang baru bukak tu. Tapi aku tak stop kat Mall tu sebab perut lapar gila, tak breakfast pun. Terus aku ke pusat Bandar, cari signage Hospital Batu Pahat sebab colleague aku recommend Nasi Bariani Power kat Taman Soga dekat dengan hospital.

The rest…
Is history. Aduuhhh malas aku nak cerita kisah weekend aku di Batu Pahat ni. Tapi memang best laaa jugak Batu Pahat ni. Maksud aku, untuk one weekend excursion tu, best lah sebab aku rasa jadual aku padat betul, vrooommm sana vroooommm sini, perut pun tak sempat nak lapar dah disumbat lagi dengan macam-macam makanan enak-enak. Tapi, kalau suruh aku tinggal situ dalam seseminggu ke, mau keras aku dalam bilik hotel. Mana taknya, bandar Batu Pahat tu dah 56 kali aku pusing, dalam masa seweekend tu. Kalau seminggu, mau aku hafal posisi setiap kedai kat Batu Pahat tu.

Places yang aku pergi (ikut kronologi):
Nasi Bariani Power Taman Soga… memang powerrr! Taman Rekreasi Tasik Y… ada dinosaur! Tengahari rembang time aku ke Tasik Y ni. Dataran Penggaram… ada tiang bendera kedua tertinggi di Malaysia (aku assume je) dengan tugu tangan menukul batu. Masjid Sultan Ismail… masjid biru, turquoise laaa ala-ala smaller version of Masjid Shah Alam. Batu Pahat Mall, saje tengok apa yang bestnya mall ni sampai Farra letak gambar dalam blog dia. Ok lah ada local coffee, Dagan… the Rengit Coffee. Kelassss Rengit!

Then, baru boleh check-in dalam jam 3pm. Aku lepak Katerina Hotel je laa.. alaaa hotel tuuu… alaaa yang ada cctv yang buat video tuuuu… mana laa tau kalau tiba-tiba video aku keluar di pasaran, ada chance aku jadi Timbalan Presiden UMNO kan? Anyway, hotel ni yang paling best kat Batu Pahat. Tapi gym tarak, swimming pool macam tak menyelerakan je, live band pun tarak. OUT. Lepak-lepak, golek-golek, strip-strip sat dalam bilik. Petang aku ke Benteng. Ini macam food arena, opposite Hospital Pakar Putera. Aku pekena mi racun dengan putu piring. Mi racun ni aku rasa laaa macam mi kungfu tapi base nya tomato paste.

Zasss… ke Pantai Minyak Beku, tengok sunset. Nice! Sayang tak berapa commercialized tempat tu except kat jetty yang pergi Tanjung Balai Karimun tu. Aku tak gi pun jetty tu. Nantilah nak gi Tanjung Balai one day. Ada jugak Perigi Batu Pahat kat situ. Ada history perigi tu yang bersangkut-paut dengan nama Batu Pahat. Lepas Maghrib, aku ke Pasar Lambak Pesta (member aku cakap). Pasar malam je sebenarnya. Like other pasar malam, ada aneka kuih, aneka buah, aneka sayur, aneka lauk – basah dan kering, aneka spender dan coli pun ada. Hahahaha….

Malam tu aku round-round cari bapok. Ramai gak melepak kat tugu tangan tadi tu. Rupanya ada skrin besar, tayang Sehati Sedansa… adehhh… aku pun jalan-jalan kat Batu Pahat Walk (ingat Bukit Bintang je ada Walk neh?). Takde laa apa sangat except food stalls. Aku ingat nak datang balik lepas aku tengok midnight movie nanti dalam jam 2am macam tu nak pekena sup. Lepas aku tengok “The Day the Earth Stood Still” yang sungguh hampeh (macam lancau tak naik walaupun Britney Spears bogel depan mata), aku lalu kat Batu Pahat Mall tu semula, dah tutup semua kedai-kedai makan tu. Balik bilik je laaa, hampa bak kata To’ki.

On Sunday, aku gi Hutan Lipur Soga Perdana. Perghhh… trekking kauuu… nak tercabut lutut. Aku rasa kalau nanti Batu Caves runtuh, Thaipusam boleh sambut kat sini. Tapi aku, slow-slow sampai gak kat Wakaf yang boleh tengok bandar Batu Pahat. Just make sure korang pakai a good pair of sports shoes laa kalau nak datang sini. Lepas check out at 12pm, aku round-round tengok shop houses yang lama-lama kat town area. Hari mendung je, hujan rintik-rintik tak berapa best nak amik gambar. Then, lepak Summit jap before lunch. Kali ni kat Nasi Bariani Mohd Shah kat Benteng. Power yang Taman Soga tu best lagi. Last sekali sebelum gerak balik JB, aku gi Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, cantik gak. Macam masjid Pasir Pelangi pun ada.

So, itu je laa cerita ‘percutian’ aku yang tak seberapa ni kat Batu Pahat. Tapi aku just masuk bandar je, takde aku pergi ke kampong-kampung, Parit-Parit kat situ. Sure lagi best.

Kalau korang malas baca, korang tengok gambar je laa…
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini

Ooo ye… apsal Cik Gigi? Sepanjang trip aku ni, kat Era radio asyik keluar iklan “Cik Gigi, Cik Gigi… kenapa gusi berdarah?” Adehhhh hampeh nok! Sakit jiwa aku dengar “Cik Gigi, Cik Gigi… Cik Gigi, Cik Gigi… Cik Gigi, Cik Gigi…”


Sunday, December 14, 2008

Cheers on Sunday!


Pause my music playlist at the bottom right hand of this page.
Turn on your speaker volume to the max.
Click on the play button of the video below.
Enjoy this video!





Have a good Sunday!



Saturday, December 13, 2008

Ayam katok... ehh ayam penyet laa!


Dulu-dulu. Kalau kat US, haram makan ayam katok! Ayam yang dipenggal kepala (tak sembelih) yang dijual di kedai-kedai serbaguna macam Safeway semua tu. So, kitorang kena lah order ayam halal daripada pak-pak arab through phone dan pak arab ni akan hantar order tu sekali dalam seminggu macam tu. Harganya pun mahal sikit laa daripada yang dijual kat Safeway.

Macam aku ni, yang jenis sekor ayam boleh tahan 2-3 minggu, takdelah aku call Pak Arab tu untuk order, tapi aku tumpang order through budak-budak perempuan satu universiti dengan aku laa. Kadang-kadang, aku tumpangkan terus ayam aku tu dalam freezer diorang. Siap tumpang kuali, tumpang periuk. Suruh diorang masakkan untuk aku terus. Hahahah... thanks Surya, Bess and Sueriey.

Hari tu aku ada ternampak some conversation kat chat room tanya apa rupanya ayam penyet yang banyak terdapat kat Johor dengan Singapura tu. So, ni aku nak letak gambar ayam penyet kat sini...




Cara masaknya aku tak tau laa tapi ayam tu digoreng garing. Lepas dah goreng tu, dikatok atau dipenyetkan dengan... aku rasa diorang pakai something heavy macam sebongkah kayu. Then, ditaburkan jintan-jintan atau rempah ratus goreng atas ayam tu. Then disajikan bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang, tomato, tempe goreng, kobis dan lain-lain beserta sambal, sup dan nasi.

Selamat menjamu selera!


Friday, December 12, 2008

Tragedi buah epal


Tajuk entry bukan main! Alaa macam cerita Melayu laaa, tajuk tu penting. Jalan cerita porak peranda, no problem. Cerita pasal filem lagi. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku ada orang berkata-kata cerita "Twilight" yang vampire putih macam tepung gomak tu best. Aku langsung tak faham dari sudut mana yang best tu? Aku rasa, kalau ada filem "Geng Bas Sekolah The Movie" pun lagi best dari "Twilight" tu.

Ohh mungkin syndrome membudayakan barangan import ni. Macam headline beritan sukan TV3 semalam yang lebih kurang macam ni bunyinya, "peminat-peminat bolasepak tempatan terus mengkritik prestasi skuad bolasepak negara sedangkan mereka mengagung-agungkan bolasepak BPL (liga Inggeris)." Aduuuuhhhh budak darjah tiga punya analisis ke ni?

Dah tentu laa. Korang pun kalau diletakkan baju brand Idexer atau D'urban dengan brand Polo RL atau Ferragamo, sure korang pilih yang Polo RL dengan Ferragamo. Sure korang kata apahal Idexer atau D'urban. Tapi, with the income yang korang ada, you have to make do with Idexer or D'urban laa. Sama jugak dengan bola. Like it or not, you have to support your national team la, which is Malaysia. Don't tell us untuk puji menggunung kalau nak dapat top 4 ASEAN pun tak dapat.
Lagipun, fair laa sebab hari tu menang Pestabola Merdeka walaupun teams yang bertanding tahpahapa je, kita dah puji menggunung.

Samalah tu dengan movie Twilight tu. Letak sikit balak-balak hensem omputih, awek-awek boleh tahan sikit, letak sikit pemandangan menghijau pokok-pokok, gunung-ganang, ada lautan sikit, hasilnya... BESSSTTTT laaaa cite Twilight tu.

Takde apa nak cerita pun pasal epal. Cuma dua malam lepas, aku mimpi makan epal. Epal hijau. Bukanlah epal tu sedap ke atau so special. Tapi dalam mimpi tu, setiap gigitan aku jelas sekali. Siap nampak bekas gigitan aku meraaaahhh je kat tengkuk. Tapi about to finish epal tu, mimpi aku bertukar. So, tak dapatlah aku tahu kesudahan tragedi epal tu like ke mana aku buang atau aku sambung makan another epal. Yang jelasnya, epal hijau.

Ok, this weekend, kalau tak hujan pagi-pagi esok, aku nak bercuti ke Batu Pahat. Few of the things yang aku nak buat, nak tengok tugu tangan yang macam Karl Marx tu, nak tengok best ke pantai Minyak Beku (siap standby bawak passport, kalau BP tak best aku nak gi TB laaa... korang carilaaa apa makna TB tu). Pastu nak try makan mi racun. Amende laa racun-racun tu? Yang paling penting, aku nak cari hotel yang tak pasang CCTV dalam bilik. Manalaa tau aku nak cabar KJ satu hari nanti, tak nak laa dia senang-senang menang hanya kerana rakaman video aku, kan?

Alright, have a good weekend.
Adios!


Wednesday, December 10, 2008

Batu Pahat


Aku belum pernah ke Batu Pahat. Dan aku tak terimajin macam mana pekan Batu Pahat tu? Atau berapa besar Batu Pahat itu sendiri? Atau berapa dalam 'parit-parit' yang ada di Batu Pahat?

Yang aku tahu, ramainya orang-orang di sekeliling aku ada kaitan dengan Batu Pahat. Samada dilahirkan di Batu Pahat. Balik beraya di kampung di Batu Pahat. Mak, ayah, datuk atau nenek tinggal di Batu Pahat. Paling busuk bau-bau bacin pun, ada sedare kat Batu Pahat lah.

Just to name a few, fellow blogger geng reban Farra, time raya je, balik Batu Pahat. Semalam ada sorang blogger, Lan Bingka, tinggal komen kat blog ni dan link blog ni (thanks!) Pun lahir kat Batu Pahat. Favorite player bola aku kat Proton, dulu dia pernah main untuk Johor sekali dengan geng-geng Boban pun orang Batu Pahat. Idola aku, director kat tempat kerja lama pun Batu Pahat. Colleague aku yang dah berenti ni pun Batu Pahat. Ramai lagi lah.

So, aku duk imajin besaaaarrrnya Batu Pahat ni. Ataupun diroang sebenarnya tinggal around (bukan dalam) Batu Pahat, tapi sebut tinggal di Batu Pahat. Macam orang yang tinggal kat Lembah Klang laa. Bila orang kampung tanya, tinggal mana atau nak balik mana? Sewenang-wenangnya jawab, KL. Padahal kat Sg. Buloh je, tak sampai pun KL lagi.

Anyway, one day aku kena pergi jugaklah ronda Batu Pahat tu. Tapi kalau pergi ronda je tak best laa. Nak buat ronda-ronda macam Maria Tengku Sabri, sambil makan-makan. Tapi takkan nak taste nasi beryani gam je sepanjang hari? Mau heart attack nanti. Apa lagi yang best Batu Pahat tu?

==
Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku arahkan segala pembangunan kat area Bukit Antarabangsa tu dipindahkan ke Batu Pahat. Antarabangsa jugak pe Batu Pahat tu? World!


Tuesday, December 09, 2008

Movie weekend, kononnya!


Kalau cerita pasal watching movies, aku ni can hardly finish even one movie at one go. Banyak lagi movies dalam iPod aku yang aku downloaded aku tak tengok lagi. Ini pun salah satu sebab aku dah stop buying DVDs sebab DVD yang ada dalam laci rumah aku kat SA tu pun belum tertengok. Tapi weekend baru ni yang panjang, aku berjaya tengok bukan satu, tapi dua movies. Kiranya, movie weekend laa...

Macam dalam entry lepas, aku cerita yang aku gi nonton midnight show kat Pelangi Leisure Mall. Aku nonton "Twilight". Mula-mula startingnya macam mengexcitedkan sikit laa sebab dia tunjuk awek ni pindah dari Arizona ke satu bandar kecil kat NY. So, aku agak ni mesti cerita pasal American life dengan latar belakang bandar-bandar kecik macam American Beauty, Ed, pastu yang tv series Superman tu.

Pastu ada pulak scene awek ni tukar sekolah, jumpa macam-macam karakter kat sekolah baru dia. So American laa movie tu, aku agak. Sekali, cerita pasal vampire. Vampire gi sekolah. Vampire putih tepung gomak. Vampire bercinta dengan manusia. Last sekali vampire berlawan dengan vampire. Macam hampeh! Yang part paling keji, waktu vampire tu expose diri dia kat cahaya matahari, badan dia berkilat-kilat macam berlian. Awek tu teruja gila. Pada aku, just berkilat macam tabur benda kilat-kilat waktu parties tu je. Hampeh sangat cerita "Twilight" tu.

Kesimpulannya, balak yang bawak awek dia yang tarik muka tak puas hati main bowling malam tu, patutnya bawak awek dia tengok cerita "Twilight" ni lagi bagus. Dalam cerita macam hampeh tu, boleh lah suap-suap pop corn. Pelik aku macam ni cerita macam ni pun boleh tayang kat sini?!

Malam tadi, lepas tengok bola Piala Suzuki Malaysia lawan Vietnam, aku terus hilang selera makan dan selera nak keluar rumah. Bila laaa pemain-pemain bolasepak Malaysia nak insaf? Kalau bolasepak tu dinilai dari segi amalan baik atau buruk, berdosa besar pemain-pemain bolasepak Malaysia ni.

Anyway, aku pun tertengok laaa cerita Anak Halal. Mulanya aku ingat ini cerita hantu yang budak kecik yang Ida Nerina berlakon tu. So, aku budget tengok kejap je laa. Rupanya bukan. Pastu pulak, awal-awal cerita tu, keluar pulak Rochang Nor berlenggeng... adehh cerita Rochang Nor, mana boleh tengok sekejap-sekejap? Alih-alih, sampai dah 90 minit, tak muncul-muncul dah Rochang Nor, cameo je ke ni? Mulalah aku rasa macam nak mintak rebate je tiket yang aku beli ni (ehh tengok free je kat rumah, mana boleh rebate?)

Dalam kehampehan Anak Halal tu, aku tunggu jugak laa sampai habis sebab kot-kot Rochang Nor keluar lagi. Berbaloi jugak aku tunggu sebab keluar jugak akhirnya Rochang Nor. Cuma yang tak puas hatinya, ada ke patut Farid Kamel tinggalkan je Rochang Nor nak mati lepas kena tembak, pastu sempat peluk-peluk dengan Mak dia? Gi laa panggil ambulan dulu ke, selamatkan Rochang Nor.

Pastu, cerita tu takde polis pun kecuali yang last sekali. Part gaduh kat gerai burger, gerai burger kena bakar, mamat tu kena tembak kat lorong belakang, Fasha Sanda terjun bangunan, semua takde polis. Tidur ke polis? (atau gi jaga Hindraf time tu?) Lagi satu aku tak puas hati, apsal nama cerita tu Anak Halal? Bukannya cerita anak luar nikah ke, sindiket pelacuran ke. Aiyoooo... Ini satu lagi cerita yang aku pelik macam mana boleh main kat wayang. Tapi, Maya Karin memang lawa laaa...

Haa... amik! Aku review filem pulak kali nih. Tu dia movie weekend aku. Yang hampeh!


Saturday, December 06, 2008

Dating kat bowl? Booo!


Aku kat Pelangi Leisure Mall sekarang ni. Bosan sungguh kat rumah, takde apa yang menarik. So, aku cadangnya nak tengok wayang lah ni. Cerita yang ada cuma Twilight, Antoo Fighter, Los and Found, Transpotter 3 dengan satu cerita Cina. Ahh Twilight pun Twilight lah.

Sementara tunggu show, aku lepak kat tempat bowling ni, Ampang Superbowl branch. Kelass juga lah Pelangi Leisure Mall ni, ada GSC, ada Ampang Superbowl dengan ada Giant, selain kedai-kedai lain. Hahahaha.... ehhh kelas apa.

Kat tempat bowling ni, aku perati orang je laa kerja aku. Ada satu lane tu ada satu couple Melayu. Kadang-kadang aku terfikir, best ke dating kat tempat bowling ni? Aku rasa tak best. Sebab aku tengok couple tu macam azab je... nak kata dating pun tak, nak kata main bowling pun tak, asyik masuk longkang pastu tarik muka.

Aku cukup tension kalau tengok awek-awek yang ajak balak diorang main bowling, pastu bila diorang tak terrer, bola masuk longkang ke, pin split ke, atau tak dapat spare ke, pastu duk tarik muka, mencebik. Pastu buat-buat moody waktu duduk tu, balak nak hi-5 pun tak nak, peluk tubuh. Pastu buat-buat check jari konon-konon jari sakit laa... pastu melilau gi cari bola, konon-konon bola tak sesuai laaa....

Bengong sangat aku tengok awek macam tu. Azab sangat. Hmmm.... sudahlah, baik aku tengok awek Chinese pakai seluar setakat line border ponggong kat lorong sebelah....


Friday, December 05, 2008

Tak besar-besar


Aku takde mood nak update ni. Post menstrual birthday syndrome ke? Tapi sebab aku kesiankan Jijo yang tak boleh bukak blog aku kat rumah selama tujuh entries aku sebab takut anak-anak dia tengok gambar Tyra Banks tu. Silap-silap anak-anak dia cakap, "Ayah, nak mama macam tu..." Adoiiii... mesti Jijo senyum sampai ke telinga baca paragraph ni.

Anyway, thanks to all birthday wishes. All the wishes tu aku wish kat korang balik laa. Mana yang wish mimpi aku jadi kenyataan tu, well, lately aku asyik mimpi basah je. Apa yang nak dijadikan kenyataan tu, aku tak sure. Yang wish cepat bertemu jodoh tu, aku pasrah! Hahahah...

Ada satu birthday message kat facebook aku from Zarina Gojes. Dia cakap, "Happy birthday Azrul! tak besow2 awak ni..hehe." Ada satu lagi birthday dialogue in YM dengan 4-year junior aku kat high school. We agreed that I didn't change a bit since I left school... dari segi ketinggian lah.. chet!

And as I grow older ni, aku rasa nak buat benda-benda yang high profile je. Macam, saman tempat kerja aku for discriminating pekerja-pekerja yang vertically challenged macam aku ni. (Well, at least aku tak laa nak saman company ni sebab tak sediakan lif untuk pejabat 4 tingkat dan memayahkan orang-orang berbadan besar)

Cuba korang tengok gambar sebelah --->
Ada ka patut overhead cabinet (d) kat pantry tu so high above. Pastu payah laaa aku nak capai mug aku untuk buat air. Untuk mudahkan korang bayangkan berapa tinggi the black panel (b) tu, kira tempat makan laa tu, aku boleh makan berdiri je.

Ataupun kalau korang ingat waktu kat sekolah meja science lab tu, especially meja untuk cikgu science. Kalau cikgu science tu perempuan, siap boleh parking her boobs dengan selesa kat meja tu. That's how tall the table is.

And in most cases bila aku nak amik mug aku dalam compartment (d) tu, aku kena step on palang kaki kerusi merah tu (a), baru aku boleh capai mug aku. Itupun kalau mug aku kat barisan depan dalam (d) tu. Kalau mug aku belah-belah dalam, kena aku panjat kerusi merah tu.

Tapi, luckily Kak Ita (pantry keeper) baik hati sangat, menyedari kepayahan yang aku alami, dia tak simpan mug aku dalam (d) tapi dia just letakkan kat rak pinggan je (c). So, most of the time, ada satu je mug kat (c), which is mug aku. Hahahah.... Thanks Kak Ita! Disebabkan Kak Ita, tak jadi aku nak saman company ni. :-p

Apa lagi ek benda-benda high profile yang aku boleh buat? Err... please don't suggest buat pengakuan bersumpah!


Thursday, December 04, 2008

0412


On my birthday I got a really funny card from a friend. It joked about how our bodies might be getting older...


Happy birthday, Tyra!



Wednesday, December 03, 2008

Kesengalan that never changed...


Remember yesterday I said it was like deja-vu, almost everything did not change since I left three years ago? Yes, that's right! Including the stupidity of the HR, it never changed!!

Aku happy jugak laa bila keluar dari bilik meeting tu. Lepas meeting tu, aku lepak sampai kepam dengan member-member lama. Ramai jugak yang expressed their happiness kalau aku rejoin the company. Ada jugak yang confidently cakap "kau sure dapat punya..." macam diorang pulak MD. Ada jugak yang nampak aku tapi macam buat-buat tak nampak. Segan atau tak puas hati, I don't give a damn.

Ok, back to the kesengalan HR yang dari dulu tak berubah-ubah. Surprisingly, the guy yang aku akan (insyaallah) report kat dia tu, tak tanya banyak pun. He just go through CV aku, takde tanya dulu aku kat situ buat apa, macam mana prosesnya, etc. Yang banyak tanyanya this Haji HR.

In the first place, dah le tak greet aku good afternoon ke, tanya things like "are you coming all the way from JB ke?" and not even introduced themselves, nama pun tak sebut. Then he went straight to the point lah, asking why did I leave and want to rejoin. Aku memang dah prepared untuk soalan ni. So, conveniently aku stated my arguments lah.

Then he raised the issue of sensitivity among existing employees about the company hiring ex-employees. Dia tanya how should we handle that? Dalam hati, aku cakap "Well, itu bukan kerja HR ke?" and "If you couldn't handle it or the sensitivity is a big issue, why invite me for interview in the first place?"

Tapi, aku composed dan jawab jugaklah, among other things yang aku cakap, "People will complain in all situations, good or bad." Aku pun cakap yang dulu aku ada feel the same way, orang masuk gaji tinggi, yang kat dalam takde promotion/upgrading. Aku cakap kat dia, "Knowing that the situation and surrounding didn't help me much, I challenged myself to stop complaining and prove myself that I'm worthy of elsewhere. Then, if I ever want to come back or not, it's up to me." Another thing, aku blah dulu "in good terms and with proven track record."

Aku pun pelik laa benda ni jadi isu. Yang datang semalam saing dengan aku, ada laa dalam 4-5 orang external candidates. What's the difference between aku dengan the other candidates. We're all external people regardless you're ex-employee or not. Perception of existing employees, sama je, i.e. "orang luar baru masuk, gaji besar..." Kalau betul diorang tak nak that perception, tak payah sibuk advertized that position to public, cukup untuk internal advertizement je.

My conclusion, that "KESENGALAN" still has not changed.

Btw, got a first hand information - they're mixed reaction to yesterday's interview - good and bad. Anyway, I'm very happy.


Tuesday, December 02, 2008

Deja-vu


Semalam aku drive JB-KL, exiting USJ around 6.10pm. Instead of making my way straight balik rumah aku kat Sek. 13, aku stop by kat tepi satu padang bola ni. And one by one memories datang balik dalam kepala aku. Tapi semua tu bukan imajinasi je, it truly happened.

There I was, sitting in my car. Tengok budak-budak bola training. Some similar faces, almost all of the coaches I've known before. There was Yunus Aliff who is now the head coach of the football team. Padang bola yang memang dulunya jadi port aku, almost everyday.

Then, suddenly somebody knocked on the window of my car. Dia suruh aku keluar dari kereta. Again, a same face yang dulunya pun lepak sekali dengan aku kat tepi padang bola tu. Then, sorang sorang datang jumpa aku tanya khabar. And at the same time around 6.35pm, budak-budak yang baru habis buat OT baru keluar dari kerja.

Lepas Maghrib, lepak minum kat kedai atas bukit sampai lebam. Familiar drink mates, same old stories. Sampai malam pun, aku tak sampai-sampai lagi ke rumah aku. Instead, spent a night in a friend's house, helping him out with his assignment. Same thing like before, always been intelligently bullied by the others - tolong buat paper laa, tolong buat surat laa, tolong translate documents laa...

Pagi tadi, on the way home (finally) went through the familiar traffic, only on the reverse direction. Petang ni, I'll be in a room which I've probably been there before. So dejavu, kan?

Nak effect dejavu yang lebih tegar, nahhh aku post gambar ni. Personally, aku suka gak laa gambar ni walaupun time tu rambut macam tahpahapa tah... (errkkk... aku baru bangun dari tidur kat ofis ke time tu? heheheh)



Monday, December 01, 2008

Seringgit si dua kupang


Pagi tadi aku dengar seorang caller perempuan kat Mix FM (bukan Elf atau Farra), tak sure apa ceritanya sebab aku baru masuk dalam kereta waktu tu. Tapi aku sempat dengar, dia kata "I'm a proudly owner of ONE handbag... and 10 pairs of shoes." Aku takde komen on the shoes but on the handbag... hmmmm aku pun tak sure how to comment, whether she is a cheapskate or whether she is being practical. Kalau guys, it's ridiculous to even have 2 wallets, kan? Tapi for a woman to have only 1 handbag?!!

Ok, korang pernah tak waktu beratur nak bayar dekat cashier. Depan korang, ada laa makcik gayanya ala-ala mak datin dengan handbag bersangkut kat tangan, rambut berkarat. Tapi yang tak ala-ala mak datinnya, bila time nak bayar tu, duk sibuk korek-korek purse diorang cari duit syiling (duit kecik). Ada laa dalam dua puluh saat duk korek-korek, sambil mulut terkumat-kamit, "I know I have the spare change..." atau cakap kat cashier tu, "Auntie (instead of makcik) ada duit kecik, kejap ye..." And there were you, behind her rolling your eyes.

Normally for guys, diorang tak berapa nak seluk-seluk kocek seluar untuk small change. Even, seldom wallet lelaki ada zipped or buttoned slot for coins. Kalau ada pun, guys buat letak tooth picks je. Betul tak LB?! But in the end, coins bersepah-sepah dalam kereta, atas dining table, dalam bekas kat meja ofis and even dalam mesin basuh kat rumah. Dulu waktu kat US, we normally have problems with having 1-cent coins (penny). Sebab every purchase tu ada sales tax (except in Oregon), so mesti selalu dapat balance duit sesen, sesen... sampaikan member aku ada satu balang penuh duit sesen je.

Tapi aku tak pernah ada problem of having excessive coins, whether it is sesen, sesepuluhsen atau seduapuluhsen. Yang limapuluhsen pulak, aku masukkan dalam tabung jam bontot tonggek aku.

What I do and at the same time not to look like so mak-mak datin is... setiap sehari atau setiap kali aku keluar rumah (kecuali gi gym atau main badminton), aku akan bawak coins bernilai seringgit with different combination. Kalau waktu duit sesen tu masih laku, aku akan bawak juga 9 keping duit satu sen. So, aku akan bawak RM1.09 dalam poket spender seluar aku setiap kali aku keluar rumah. How it differs from mak-mak datin yang terkorek-korek, terkorek-korek purse diorang tu is that... aku tau exactly how much coins I have in hand dan tak payah nak korek-korek and save time orang yang beratur belakang aku.

Ok, adios. Have a good day!

Oh, aku balik SA today, ada hal. Wish me luck!


Monday, November 24, 2008

Lepak JB je ker? Iyo laa...


Soalan lazim di pagi Isnin, "Kau tak balik KL last weekend?"

Jawapan lazim sejak dua minggu lepas, "Tak..."

Soalan lazim terlampau yang mengada-ngada yang kalau tak kena mood time tanya tu boleh buat sakit hati yang dah tanya soalan pertama, kau nak tanya soalan ni lagi buat apa, "Kau lepak JB je?"

Jawapan aku, "Tak..."

Soalan yang tak lazim yang tak pasal-pasal kena tanya sebab dah gatal-gatal tanya soalan lazim terlampau tadi, "Habis tu kau gi mana last weekend?"

Jawapan aku yang tak pasal-pasal kena jawab sebab aku jawab soalan kedua tadi macam gitu, "Aku lepak Permas je..."

Yes, it's real. Aku lepak Permas je last weekend. To be exact, aku lepak kat dalam kawasan apartment aku je sampailah jam 8.30pm Ahad semalam. Lepas Isyak, barulah aku keluar ke Jusco Permas Jaya. Tu pun sebab aku nak alihkan kereta aku ke uncovered parking sebab housemate aku balik dari KL malam tu (bulan ni giliran housemate aku park kat covered parking).

Aku pergi Jusco tu pun semata-mata bawak bakul kosong keluar dan masuk ke Supermarket Jusco tu tak tau nak beli apa lagi dan semata-mata aku beli McD's choc-a-top ice cream (ini semua pengaruh housemate aku makan benda ni). Lepas tu, ada lah dalam 20 minit je, aku balik semula ke apartment aku.

'Kuah dal' kan life aku last weekend. But, that's life for me, at least, than spending eight hours on highway back and forth JB-KL-JB, kan? Kuah dal pun kuah dal laa... mana laa tau kuah dal ni just untuk minggu-minggu terakhir aku kat JB ni, kan? Iye ye je...


Wednesday, November 19, 2008

Eye of the tiger


Dear all (ekekekek... macam tulis email pulak). Haa.. cerita pasal tulis surat ni, kan? Since aku kecik-kecik dulu dah duduk kat hostel. Rumah pak aku pulak takde telefon. Handphone pun takde lagi back in late 1980s and early 1990s. Cuma waktu aku form 2 atau form 3 ada rumah jiran aku (Mak Gayah) baru masuk telefon rumah. Rumah Mak Gayah adalah selang 5 pintu dari rumah pak aku kat quarters KTM dulu. Kalau ada emergency, aku terpaksa call rumah Mak Gayah dan one of Mak Gayah's daughters, Tweet ke Ijah ke akan pi panggil mak aku.

Back to tulis surat tadi. So, aku adalah few times berutusan surat dengan pak aku. Dan setiap kali hari raya, aku tak pernah tak hantar kad raya kat pak aku. Dan disebabkan aku tengok pak aku bila tulis surat kat to'ki aku, dia gunakan ayahanda, bonda, anakanda, etc... aku pun terikut sama tulis "Ke hadapan ayahanda dan bonda yang diingati selalu. Anakanda di sini sihat-sihat sentiasa..." Tapi time dalam surat je laa.. tapi kalau kat rumah pun aku bahasa diri aku anakanda, kan best?! Sure jiran-jiran aku akan kagum je. Heheheh...

Laaa... melalut pulak cerita pasal surat. Ni, aku nak cerita pasal rakyat Malaysia yang dibaham harimau kat Zoo Singapura dulu. Korang sure dah tau, kan kisahnya? (baca sini kalau tak tau lagi) Kesian gak laa.. dah ditakdirkan penghujung hayat mamat tu macam tu, kan? Tapi, ada juga persoalan kenapa waktu tu, takde pekerja yang tembak harimau-harimau tu? Mungkin diorang takde kat situ waktu tu atau mungkin tak dilengkapi peralatan untuk menembak atau mungkin harimau-harimau ni endangered species untuk tidak ditembak. Ni gambar aku dapat dari forwarded email.



Tapi kalau betul endangered species dan tak nak ditembak mati pun, tembak dengan bius je lah, kan.. macam lagu "Dibius Cinta" nyanyian Yusry dengan Melly Goeslaw tu. Mesti harimau-harimau tu akan nyanyi, "kau membiusku dengan cinta, cinta yang malu kukatakan; kau membiusku dengan cinta, sampai aku tak bisa berkata..." Ahaks! Anyway, jokes aside... takziah kepada keluarga si mati dan kita sedekahkan Al-Fatihah lah pada si mati.

(pause seminit)




Ok, tadi aku dapat satu sms, satu email dan satu call. Tiga penjuru! Tapi sms dan email tu, takdelah pulak tulis anakanda, nenda semua tu... persoalannya, 2 Disember nanti, aku kena pakai costume harimau ke? Mana aku nak cari?!! Aummmmmm!!!



Tuesday, November 18, 2008

Dull... bukan kuah dal!


Dulu ada satu masa sekitar tahun 1990an, orang sibuk-sibuk cerita yang roti canai kat kedai mamak tepungnya dipijak-pijak dengan kaki. Ramai yang geli. Ramai yang berenti makan roti canai di kedai mamak. Ye lah. Mana nak lalu bila bayangkan kaki mamak yang tumitnya keras merkah pecah-pecah. Yang melekat di rekahan-rekahan tumit diorang tu, tak tau laa segala macam germs. Itu belum cerita part kuku kaki lagi. Dengan taik kuku yang kalau dikorek, lepas tu dicium, perghhhh boleh pengsaannnnnn.... Kalau selak sikit kain mamak-mamak tu, tu diaaaa.... bulu betis kerinting-kerinting, lebatttt.... dan hitammmmm berkilat... sihat bulu-bulu depa ni.

Ramai yang beralih makan roti canai di kedai Melayu. Ramai juga Melayu yang mula belajar tebar roti canai. Berpusing-pusing tangan. Macam kunta kinte. Mak aku dulu pun buat jugak roti canai untuk santapan aku sekeluarga. Tapi mak aku tak tebar pusing-pusing. Mak aku pakai talam. Talam yang isi lauk waktu nak hidang-hidang tu. Distretchkan tepung roti tu memenuhi talam. Lepas tu dicantumkan balik, kemudian digulung-gulung. Lepas tu tempek atas kuali panas. Makan dengan kari sardin (ini yang paling best). Lagi sedap kalau kari tu kari semalam dipanaskan. Pow wow!

Aku tak berapa gemar makan roti canai kedai Melayu ni. Salah satu sebabnya, takde kari ikan pow wow. Yang ada cuma, kari dal atau bapak aku sebut kuah parpu. Ni satu lagi hal. Bila aku sebut kacang parpu, puas aku kena gelak dengan orang KL. Orang KL sebut DAL... macam huruf jawi yang alif ba ta sa jim ha kho DAL zal ro.. bukan PARPU. Lepas tu kuah dal tu pulak letak sambal ikan bilik. Adehhh tak mari laa dengan rasa roti canai, ikut tekak aku laa. So, kalau aku nak makan roti canai, aku tetap pergi kedai mamak. Pijak pun pijak laaa....

Itu je laa aku nak cerita. Aku takde idea sebenarnya nak update blog ni. DULL sungguh hidup aku kan. Kalau ada benda yang interesting, mesti aku update punya. Ini sebab takde benda yang interesting, takde lah berupdate. DULL nyaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Err... boleh hantar dayang-dayang untuk hiburkan hati beta?!


Saturday, November 15, 2008

Dada melantunlantun - Not OK


Office aku kat JB empat tingkat termasuk Ground Floor. Takde lif. Budak-budak Projects di tingkat atas sekali. Kesian berkali-kali! Alasannya, diorang should not be in office, they should be at the site most of the time.

Bawah sekali, lebih kurang lounge and showroom laa. CEO di tingkat dua. Errr... bukan orang besar-besar ni suka duk tingkat yang tinggi-tinggi ke, penthouse ke. Oh lupa, office aku takde lif. Aku, di tingkat tiga. Balance laa.. Tapi aku lebih banyak turun dari naik. Bila dah turun, tak naik-naik. Heh!

Baru-baru ni, waktu aku turun tangga sambil berlompat-lompat anak. Terasa dada aku melantun-lantun. Aku lekap/pekop dada aku dengan tangan, dapat aku rasa lantunannya. Adehhh... lemak perut dan naik ke dada. Sesuatu perlu dilakukan sebelum lemak di dada naik ke pipi. Botox?!

Housemate aku dari dua minggu lepas asyik tanya aku bila nak sign up for membership kat Club Hatch? Club Hatch is just one block away dari ofis aku. Aku cantas caras housemate aku, "gym kat rumah yang free tu pun tak terpergi..." Aku bukan marahhhh, nasihaatttttt....

Dengan dada aku dah melantunlantun dan gym kat rumah yang free tu pun aku tak terpergi, aku tekad weekend ni nak mula berkecimpung dengan exercise semula.

Walaupun housemate aku balik KL weekend ni seperti biasa (dia ada membership club kat KL kot, tak pun exercise tekan tubi dgn bangkit tubi je kat rumah... heheheh), seawal jam 8am aku dah siap turun ke bawah. Kunci pulak pintu gym. Bila ditanya tokey kedai runcit kat situ, katanya kena amik kunci kat management office.

Aku ke management office, jam 9am baru bukak. Apa barang, matahari dah rembang baru nak exercise. Nasib aku tak naik semula tidur je. Nasiblah masih tertanam dalam jiwa aku moto "Majulah Sukan Untuk Negara".

Visi: Dada padat, tak melantunlantun in one month time. Aku kasi korang cubit/picit kalau nak tengok improvement nya nanti.


Friday, November 14, 2008

A phone call away


Aku tengah nervous ni. Dag dig dug bunyi jantung aku. Aduuhhhh itu bukan bunyi jantung sebab nervous. Itu bunyi jantung waktu menari dangdut.

Dup dap dup dap... baru betul bunyi jantung waktu nervous. Anytime soon, I'll be receiving a call. A call which will determine whether I'll be working on 1st January or I'll be observing a public holiday.

*mode mulut terkumat-kamit terkumat-kamit ni, bukan membebel tak henti-henti tapi berzikir dan berdoa. Heh! Dan tiba-tiba je Stevie Wonder terpacul dalam kepala aku sambil menyanyi, "I just call to say I love you..."

--
Nota buku lali: Johor tak cuti pada 1 Januari.


Wednesday, November 12, 2008

One thing...


Sekarang aku tengah kemaruk dengan lagu Leona Lewis "Better in Time". It is so happened lagu ni bermain kat Mix FM on almost every night aku drive home. Liriknya takde lah so kena mengena dengan aku. It's just the song, arrangement (pandai le pulak aku komen pasal arrangement) so ngam! Kacip dengan jiwa aku.

Aku suka especially part yang, "Going, coming. Thought I heard a knock. Who's there? No one. Thinking that I deserved it. Now I realize that I really didn't know..." Korang just bayangkan laa aku kat JB spending time over the weekend, pastu terasa-rasa macam ada orang ketuk pintu. Thinking that I deserved it (moving to JB). Haa macam tu laaa...

Tadi lepas lunch, berulang-ulang suara aku dengar lagu ni. Lepas tu, berulang-ulang tayang aku tengok clip lagu ni kat sini.

Terus aku teringat aku pernah satu ketika dulu teringin sangat nak berlakon dalam video clip tengok/join pembuatan/penghasilan video clip, dari mula sampai akhir.

Yang menterujakan aku especially bila part yang gabungkan three or more scenes into one full song. Contohnya, satu scene kat dalam bilik tengah terbaring golek-golek atas katil, pastu satu scene pakai blouse putih, jalan-jalan pakai tepi pantai sambil blouse tu ditiup-tiup angin. Pastu, satu scene lagi tengah duduk sorang-sorang kat meja makan dalam satu restoran mewah, ada candle kat meja tu. Then, these three scenes combined macam cut and paste here and there, untuk dijadikan one complete video clip.

Aku wonder, do they have to sing a complete song in each scene? Contohnya, kat tepi pantai, nyanyi lagu tu dari awal sampai akhir. Ataupun ada certain parts of the song je yang nyanyi kat tepi pantai? Then, aku nak tengok proses combining the scenes tu. Best aaaa....

So, sesiapa yang ada nak terlibat dalam buat video clip nanti ajak laaa aku. Tapi aku nak video clip artis yang terkenal laaa... aku tak mau laaa video clip untuk karaoke. Tahpahapa je.

Ok lah sambung nyanyi balik...
"But that's the path I believe in. And I know that, time will heal it.... quickly I'm learning... all I know is, I'm gonna be okay."


Tuesday, November 11, 2008

Archilles heel


Semalam aku belek-belek buku-buku dalam drawer aku (is it a sign of packing up?!! no...) dan aku terjumpa this one buku about MBTI personality test. Korang google je lah apa ke bendanya. It has been at least 5 years ago when I last took the test. They said, the results can change over time, through experience and change in the phases of life, e.g. job promotion, fatherhood, etc.

So, I took the test again online. And true enough, there is one change from the four criteria. Aku punya 'way of perceiving or understanding (of things, situation, information)' dah berubah daripada Sensing to Intuitive. Aku rasa faktor kerja yang banyak mempengaruhi perubahan ni. Person with Intuitive trait 'seeks to understand, interpret and form overall patterns of all the information that is collected and records these patterns and relationships. It speculates on possibilities, including looking into and forecasting the future.'

I got my result. Aku baca interpretation of the results. Dan sampai ke paragraph yang ni, rasa nak menangis pun ada....
"Personal relationships, particularly romantic ones, can be the INTJ's Achilles heel. While they are capable of caring deeply for others (usually a select few), and are willing to spend a great deal of time and effort on a relationship, the knowledge and self-confidence that make them so successful in other areas can suddenly abandon or mislead them in interpersonal situations."

Heh...

Achilles heel tu definition nya. An "Achilles' Heel" is like a fatal weakness or deadly flaw in anyone or thing or idea or plan.

Chet! Nak kena gi operate ni. Ambillah kapak, belah laa dadaaaaaa.... tapi kira ok laa daripada ada sorang member aku (link blog dia ada kat sebelah ni jugak), first line description of her personality was, "Where's the party?" Party girl gitu... kekekekeke....


Sunday, November 09, 2008

Sunday, 4.20pm




Lokasi: Nasi Kandar Utara (NKU), SS15, Subang Jaya
Objek dalam gambar: Sepinggan licin nasi kandar, segelas teh o, meja makan yang telah dilipat-lipat, kerusi-kerusi makan yang telah dilanggat-langgat (ada ke perkataan langgat, stacked it is), dinding-dinding restoran yang telah dikatup (diturunkan).

Hmmm... macam makan tengahari dalam kedai mamak di bulan puasa. Ehh, aku agak je...

Ahad, di Shah Alam. Hujan di tengahari. Aku bermotorsikal sahaja weekend ni, tak boleh keluar. Di rumah, menahan lapar.

Jam 3.45pm, hujan masih rintik-rintik. Aku keluar juga. Kadar bekalan isi dalam perut aku dah merah berkelip-kelip. Alangkah mudah kalau perut boleh dicharge macam battery handphone. Makan tengahari aku pada jam 4.05pm.

Ahad, di Shah Alam. Disebabkan hujan di tengahari. Disebabkan makan tengahari aku pada jam 4.05pm. Disebabkan official working hours NKU sampai jam 4pm. Pekerja-pekerja Nasi Kandar Utara dapat bayaran overtime untuk 30 minit. Ehh, aku agak je...

Critt critt... bunyi message masuk. "Aku ambik kau jam 9pm ok?" Argghhhh... kena tune kepala pulak nak balik ke JB. Hilang selera makan. Nasib baik nasi kandar dah licin sepinggan.


Saturday, November 08, 2008

I'm commminggg errr... I'm baccckkkk


I'm back in SA/KL for another week that comes by...
Though it's just for a short while...
For some reasons, please don't ask why...
One thing for sure, it's not the time yet to say goodbye...


Thursday, November 06, 2008

The land of....


4th November 2008: American created history. Barack Obama became the nation's first black president of the USA. Though Obama is not the youngest President when moving into the Oval office at 47 years, 5 months (Ulysses S. Grant was 46y10m, Theodore Roosevelt was 42y,7m, John F Kennedy was 43y,7m, Bill Clinton was 46y,5m), he was one with the least of experienced in national political affairs, serving only his first term a Senator before he announcing that he is running for the presidency.

Somehow, aku ada subscribe mailing list 'Obama for America' and have been getting emails either from Mr. President, the next First Lady, Mr. Presidents's friends and most of the time, the Campaign Manager, David Plouffe. Dan aku lebih tertarik bila baca profil David Plouffe ni. Memang gempak! Memang mastermind. Especially bila Obama decided to go for private donations (instead of public financing) which allows him to spend more than $84.1 million (maximum amount to spend if using public financing), aku rasa it was the start of 'the change'.

Dan memang kagum laa aku baca profil mamat David Plouffe ni (baca sini). Agaknya, kalau dulu aku amik Political Science, entah-entah aku jadi campaign manager untuk Joe Biden ke Hillary Clinton ke. Tak pun Pak Lah ke? Adoiii... harus kena sack lepas 8th March punya election hari tu. Hahahaha... anyway, anything is possible kan? Daripada just tengok Morgan Freeman jadi black American President, kini dah jadi nyata. Itulah the land of free, and the home of the brave.

Yang kita pulak...
The land of? Public holidays...
Tak percaya?
Korang check sikit 2009 public holidays.

Chinese New Year (26, 27-Jan) - Isnin dan Selasa
Thaipusam (8-Feb) - Ahad
Maulidur Rasul (9-Mac) - Isnin
Labor day (1-Mei) - Jumaat
Wesak (9-Mei) - Sabtu
Agong's birthday (6-Jun) - Sabtu
National Day (31-Ogos) - Isnin
Hari raya puasa (20, 21-Sep) - Ahad dan Isnin
Deepavali (17-Okt) - Sabtu
Hari raya haji (27, 28-Nov) - Jumaat dan Sabtu
Awal muharam (18-Dis) - Jumaat
Christmas (25-Dis) - Jumaat

Haaa amik semuanya either Jumaat, Sabtu, Ahad atau Isnin. So, kepada cik wokz-cik wokz yang nak plan merayap tu, bolehlah plan dari sekarang, boleh buat booking AirAsis awal-awal. Yang nak plan buat kenduri-kendara, plan laa elok-elok. Tak payah laaa tunggu cuti sekolah, susah orang nak datang banyak sangat kenduri time cuti sekolah. Tahun 2009, buat time tak cuti sekolah pun takpe, most of the time long weekends. Kenduri aku? Aku buat weekday je time breakfast, makan roti canai. Save budget, boleh?

Kalau korang nak full calendar tu, korang carilah sendiri.


Wednesday, November 05, 2008

Dressed for success


Semalam waktu nak ke ofis, Mix FM pasang lagu lama Roxette ni. Aku rasa macam pernah dengar lagu tu. Dan aku masih ingat sikit-sikit liriknya. Not that I'm a big fan of Roxette tapi waktu aku sekolah menengah dulu, best jugak lah dengar lagu-lagu Roxette ni. Bagi chance lah budak-budak lain dengar Metallica ke Megadeth ke, aku layan Roxette je. huhuhuh...

Anyway, aku pun termenyanyi laa lagu tu. Tapi still aku tak tau apa lirik lagu ni sebab for sure lagu ni takde lagi dalam iPod aku. Luckily, Serena C mentioned tajuk lagu ni, Dressed For Success. Huhuhu... baru teringat ada jugak lagu yang title nya macam ni, ek?

"I'm gonna get dressed for success, shaping me up for the big time, baby. I'm gonna get dressed for success, hitting a spot for the big time, baby..."

Agaknya sebab tu laa kalau aku nak gi interview je, kalau boleh aku akan shop for new clothes, kalau boleh sepersalinan luar dalam baru. paling kurang pun, aku akan shop for tie baru kat Tie Shop. Atau paling-paling kurang pun, aku beli singlet/baju dalam baru or boxer or socks baru. It does feel good, ok bila pergi interview wearing something new. Dressed for success gitu...

Tapi, sekarang ni aku rasa 'dressed for success' pun tak berapa menjanjikan success. Aku rasa, yang lebih menjanjikan success is when you undressed for success. Lagi menjamin, kot? Errr... tapi make sure the hirer is of opposite sex laaa... kui kui kui....


Tuesday, November 04, 2008

An evening in Paris


Atas tu saje je title macam tu sebab peristiwa semalam berlaku waktu petang.

Semalam, aku dapat peluang duduk semeja dengan CEO Jaring Communications, Dr Mohamed Awang Lah, or fondly known as Dr MAL. Aku noticed Dr MAL seorang yang fatherly figure, very very knowledgeable and expert about the industry, and most importantly a humble guy.

Dr. MAL ni pada awal 1980-an, dia bersama-sama Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Dr Muhammad Ghazie Ismail, Dr Mohd Arif Nun dan Dr Mohd Zawawi Ismail pernah membentangkan satu cadangan kepada Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan 'Institute of Microelectronics R&D' with the purpose of "the Institute was to provide critical infrastructure for the advancement of local electronic industry so that the nation can design, produce and market high quality electronic products by indigenous capabilities due to the importance of industrial and economic growth" (source here) sehinggalah tertubuhnya MIMOS pada tahun 1985.

Aku sempat kongsi pendapat aku tentang artikel Dr MAL, entitled "The way forward for high speed broadband" yang diterbitkan dalam The Edge pada 1 September 2008 (read here). Bagaimana industri internet negara yang sepatutnya tidak dimonopoli oleh satu syarikat gergasi, supaya wujudnya competition yang seterusnya akan menggalakkan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna. Lihat sahaja perniagaan telefon bimbit di mana tiga syarikat berlumba-lumba untuk meningkatkan kualiti, menawarkan perkhidmatan tambahan dan di waktu yang sama, berlumba-lumba menurunkan harga pasaran bagi meningkatkan jualan.

Ada juga di satu ketika, kelihatan Dr MAL seperti mengeluh dan berputus asa dengan matlamat yang diperjuangkannya. Tapi aku dapat rasa yang Dr MAL ni bukan seorang yang mudah tewas. Cuma keluhannya atau frustrationnya mungkin umpama melepaskan lelahnya sebelum meneruskan perlumbaan. Apatah lagi seorang 'genius' seperti dia yang mungkin negara ini tak senang untuk perkotak-katikkan dan masih diperlukan.

Jika aku diberikan kesempatan, Insyaallah akan bersama-sama Dr MAL berjuang untuk kepentingan negara. Jika tiada rezeki aku, aku akan simpan perjuangan Dr MAL di dalam dada aku (close to my heart, orang putih kata).


Monday, November 03, 2008

Polis wanita dan facebook?


Malam kelmarin, aku duk sibuk prepare sikit-sikit untuk interview aku. Apa nak cakap, apa nak cerita pengalaman kerja aku, apa nak kelentong sebab-sebab aku nak berhenti kerja sekarang. Ekekeke... dan adalah sikit-sikit sampai terbawa-bawa preparation interview ke dalam mimpi aku.

Mimpinya macam ni. Aku naik motor aku. Pastu kena tahan dengan polis. Perempuan pulak tu. Lawaaaa pulak tu. Aku pun tunjuk lah road tax dengan lesen aku. Dia kata, dia nak tengok aku bawak apa dalam tong yang bawah seat aku (aku naik skuter). Dalam hati aku, apa kejadahnya polis perempuan ni kerek gila nak tengok aku bawak apa bagai?! Nak tengok aku bawak cd blue ke?

Aku pun angkatlah seat tu. Ada laptop aku dalam tu. Polis tu suruh aku bukak laptop aku. Laa... aku pun on kan laptop aku, dan terpacul lah page Facebook aku. Polis wanita tu bukan main lagi godek-godek facebook aku. Jenuh aku tunggu. Sorang-sorang dalam friends list aku tu dia tengok.

Pastu, pelan-pelan polis perempuan tu bisik kat telinga aku, "You add I dalam facebook you, ye... nama I..." errr.... alaaa aku lupalah apa nama polis perempuan tu. Bila aku terjaga, aku terasa yang nanti waktu interview, orang yang interview aku tu akan tanya aku, "You ada facebook tak?" Adehhh....

So, kepada polis perempuan yang muncul dalam mimpi aku tu, kalau you ada baca blog ni, tolonglah add aku dalam facebook you, k? Heheheheh


Sunday, November 02, 2008

Falling and falling... into places


Aku ingat lagi kali terakhir aku pulun cari kerja. Awal tahun 1999, lepas raya puasa exactly. Adalah tak kurang daripada seratus resume aku hantar. Aku ingat lagi, aku hantar kepada semua bank yang kat Malaysia sebab aku rasa macam glamer je kerja bank. Huhuhuh... dan aku hantar juga ke manufacturing and other companies yang ada advertise in papers or their websites. Dan dalam seratus resume yang aku hantar tu, ada lah dalam sepuluh interviews yang aku attended.

Bulan Mac 1999, aku start kerja di bank. Alhamdulillah dalam kegawatan ekonomi, ramai kawan-kawan aku menganggur waktu tu. Aku cuma sempat menganggur selama 11 minggu je, from the day aku arrived in Malaysia to the day I reported to duty. Elok juga pun sebab by the time gaji pertama aku hujung bulan Mac tu, duit yang aku bawak balik dari US dah susut pun. Mana taknya, hampir setiap hari aku ke cyber cafe cari kerja-kerja kosong, print resume kat cyber cafe, cover letter tu aku print atas conqueror paper pulak (mahal tu), beli sampul surat besar, setem lagi.

Cuma jodoh aku dengan bank tak panjang, 11 minggu jugak. Tak glamer sebenarnya kerja bank ni. Aku rasa macam pencacai je, masa ikut time orang lain, bukan ikut time sendiri. Time makan pun nak kena ikut shift. Kadang-kadang tu, geng-geng aku kena makan shift lain daripada aku. Makanlah aku seorang diri.

Then aku ke second job aku kat Shah Alam in manufacturing. Ini aku apply secara tak sengaja. Atuk kepada kakak ipar aku yang tiba-tiba suruh aku mintak kerja kat company ni. Aku pun cakap kat dia, takde pun keluar dalam suratkhabar ke jawatan kosongnya. Atuk tu kata, mintak je, hantar je. Aku pun surf website company ni nak cari alamat. Alih-alih ada jawatan kosong untuk International Business department, which aku pun applied.

Dan aku dipanggil interview tapi untuk IT department sebab yang International Business tu advertisement lama, dah expired. Laa... aku tak perasan pulak. Tapi kenapa pulak IT department? Aku takde langsung tahu menahu pasal IT, kecuali Microsoft Word, Powerpoint dengan Excel je. Tapi aku tunjuk confident, aku cakap aku fast learner, aku sanggup terima cabaran. Heheheh... biasalah tu. Dan aku dipanggil semula untuk second interview tapi untuk Corporate Planning, sampailah interview ketiga dengan CEO, dan aku dapat kerja situ, which aku kerja selama enam tahun (June 1999 to October 2005).

Lepas daripada episod hantar 100++ resume tu, aku takde dah hantar resume secara mass, dah takde sembarangan aku mintak. Dah lebis focused, more targeted gitu. The next job yang aku dapat ialah dengan merchant bank kat KL. Yang ni, aku apply ikut Jobstreet. Ironinya, jodoh aku dengan bank ni pun 11 minggu jugak sebab aku dipancing oleh satu syarikat telekomunikasi kat Cyberjaya. Yang ni, aku tak apply tapi head-hunter yang cari aku. Setahun jugak aku kat Cyberjaya sebelum diserapkan ke parent company dekat-dekat Bangsar tu.

Waktu aku kat Bangsar, aku takde cari dah kerja-kerja ni. Yelah, aku nak laa kerja lama kat company ni, lagipun ilmu aku pasal komunikasi memang zero. Banyak betul nak kena belajar, tak sebanyak manufacturing. Tapi, dalam waktu aku kat situ, aku attended dua interviews je. Satu yang orang refered kan aku (insurance company kat KL) dan satu yang head-hunter aku pancing, which is company yang aku kerja sekarang ni (property kat JB).

In between 1999 to 2005 tu, ada dua lagi kerja yang aku dapat tapi aku tolak. Satu dengan mobile manufacturing kat Bukit Jelutong dan satu lagi dengan syarikat media cetak kat Cheras.

Tapi, sebelum bulan puasa lepas aku pulun balik cari kerja. Entah apa gilanya dan dekat sepuluh tahun takde sepulun sebegini. Adalah dalam enam syarikat yang aku hantar resume aku. Kira banyak dan kira dah macam mass jugak lah tu. Itu tak kira yang aku apply ikut website, dan tetiba je aku terajin register profil aku kat website mencari kerja. Sebelum ni aku ada profil kat Jobstreet je, sekarang ni adalah dekat sepuluh. Hehehehe....

Dan korang tau kan, dalam entry lepas aku ada cerita yang aku on track for three jobs setakat ni. Satu internally, satu headhunter aku pancingkan dan satu lagi through website mencari kerja yang aku baru register. Dan ada satu lagi kerja yang aku apply ikut Jobstreet. Kerja ni memang fit gila dengan pengalaman aku dan kelayakan aku. Semua benda yang dalam job description tu, aku dah pernah buat. Tambah pulak, tempat kerjanya adalah lima minit je dari apartment aku kat Shah Alam.

Memang aku confident jugaklah untuk dishortlistedkan. Tapi, lepas tarikh tutup 20 Oktober lepas, agak mengecewakan. Sebabnya, resume aku hanya diview sekali je. Hari-hari aku check, tak bergerak-gerak. Tak diview-view resume aku untuk kali kedua. Dan tambah lagi memfrustkan bila aku tengok yang applicants under consideration ada dalam enam orang, dan resume aku not under consideration. Sedih... dah aku tak mengharap dah kerja tu dan aku tak check lagi dah. Biarlah...

Alih-alih, tengahari semalam aku dapat email dari Jobstreet. Diorang hantar summary activities aku untuk bulan lepas. Resume aku dah diclassified as under consideration. Wow! Tapi ada 12 yang under consideration lah. Oklah tu kan? Ada perkembangan. Daripada 158 yang applied, aku kira top 12 lah paling tidaknya. So, sekarang ni aku mode tunggu dipanggil interview lah. Tapi, still tak berharap sangatlah. Sebab, aku kena concentrate yang tiga yang dah di depan mata ni. Jangan nanti yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong pulak berciciran...

In conclusion, lepas dekat dua tiga bulan bermandoman, I can say that now things have started to fall into places dah ni...


Saturday, November 01, 2008

Rajukku dipujuk?


"Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
Jika di dalam bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah"



Minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya korang tahu kan berapa aku berharap one or some good news to come? Tapi takde apa, kan? Minggu ni aku continue berharap tapi takde lah berharap bermati-matian dan bersyahdu-syahduan macam minggu-minggu lepas. Cuma, aku harapkan atau serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. untuk menentukan.

Dan petang semalam, hari Jumaat, hari penghujung minggu. Nampak gayanya lebih kurang sama je macam minggu-minggu lepas, still no one or some good news. Kecuali yang aku mentioned earlier dalam entry lepas. Yang aku dengar there is one good news although it was not something like what I expected tu. Tapi aku redha dan berserah.

Tapi Jumaat petang bukanlah sebenarnya penghujung minggu. Orang di benua lain masih bekerja waktu kita dah nak balik rumah. Orang di pejabat-pejabat lain mungkin ada phone calls yang lebih penting untuk dibuat di waktu pejabat daripada phone call untuk aku.. Orang lain mungkin ada meetings yang lebih penting daripada berjumpa atau berjumpa dengan aku.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. News yang aku dengar from third party tu, sampai betul-betul ke telinga aku, first hand! "Something is being worked out. Just wait!" katanya lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Ya, dia sibuk dengan macam-macam meeting waktu kerja, Jumaat semalam, meetings yang lebih penting daripada berjumpa atau bercakap dengan aku.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Aku dapat satu email yang mengatakan aku dah dishortlisted dan aku kena isi online interview form untuk diemail balik kepada diorang. Walaupun aku tak menaruh harapan tinggi untuk yang ni, tapi aku redha dan akan mencuba. Itu semua akan ditentukan Allah. Dan aku faham, orang di benua lain masih bekerja waktu kita dah nak balik rumah.

Lepas waktu kerja, Jumaat petang semalam. Aku dapat satu phone calls. Dia suruh aku datang berjumpa dengan orang palis atasan kat tempat yang mungkin rezeki aku kat situ. Ini dah macam sebelah kaki masuk, sebab kalau orang paling atas yang nak jumpa, it's either "Yes, you are in" or "No, thanks for your time" je. Dah takde lagi "We will call you for the next round of interview" ke apa lagi. Dan, aku faham orang di pejabat-pejabat lain ada phone calls yang lebih penting untuk dibuat di waktu pejabat daripada phone call untuk aku.

Nampaknya, weekend ni bukanlah "the beginning of many weekends for me to spend in JB". Weekend ni aku kena jugak pulang ke SA/KL. Kena mula semula buat salinan sijil-sijil, buat research sikit-sikit, anticipate questions, cuci gambar passport, dry clean jacket, grooming trim-trim janggut, misai dan bulu hidung bagi rapi, kilatkan kasut dan errr... shopping sepersalinan baju luar dan dalam?! Dah ada yang pujuk rajuk aku ni untuk tak nak balik ke SA/KL nampaknya.

Yang penting, Allah dah dekatkan dan permudahkan rezeki aku. Alhamdulillah.

Walaupun ini baru permulaan, thanks kat korang-korang sesiapa yang tolong doakan aku dan bagi aku moral support. Tingkatkan doa kalian agar aku memperoleh kejayaan, ye. Hehehe....


Friday, October 31, 2008

Sudah mariiii.....


Weekend is almost here. And it's the beginning of many weekends for me to spend in JB. Ahhh tapi tak juga, I'll have a dinner function next Saturday in KL, so kena balik kejap.

Yesterday, I heard one good news. But, it was not something like what I expected, not as great tapi boleh laa... cuma masih belum confirm, aku just dengar dari third party dan tak tau bila exactly this thing will happen. So, aku masih tetap teruskan perjuangan aku yang lain-lain in case this this tak jadi. Sekarang ni, aku dah macam serampang berbelas-belas mata dah ni. Nanti kalau dah jadi, dah confirm, I'll mention it here. For the time being, cluenya ialah "AWAY FROM SI PUAKA TONYOK PENCACAI PENGANGKAT NAJIS". Hahahahah....

Nothing much happened this week, pergi dan balik kerja je. Cuma ada some improvement sikit lah kat diri aku, colleague aku quote as "QUALITY LIFE" sebab aku sekarang ni siap breakfast pagi-pagi sebelum keluar rumah. Alaa setakat minum teh o dengan dua-tiga keping kek oren Angah tu. Aku rasa mau seseminggu lagi aku akan breakfast dengan kek oren Angah tu. Aku ada juga bawak ke ofis, sekejappp je pulak licinnya. Sayanglah aku tengok kan? Aku nak menghayati dan makan pelan-pelan biar lambat habis kek oren Angah tu.

And, special birthday wish to Joe on his birthday today. Selamat panjang umur, semoga dimurahkan rezeki dan hensem selalu. Joe, just be yourself, you are already a legend, at least to my eyes.

Adios, have a good and safe weekend everybody...


Tuesday, October 28, 2008

Pergiku tak kembali?


Aku masuk jugak office hari ni, walaupun ada bisikan-bisikan syaitan suruh aku tuang je hari ni. Tapi aku tak termakan laa hasutan syaitan tu. Lagi pun aku semangat sikit nak masuk office sebab si syaitan bernama Si Puaka takde kat JB hari ni. Dan seperti yang dijangka, kat ofis JB hari ni, kerusi lagi banyak tiga kali ganda daripada orang. Hmmm... aku rasa tutup je laa ofis JB ni.

Semalam balik dari Subang Parade, aku tidur kejap. Kumpul tenaga untuk balik ke JB, kononnya. Dapatlah aku tidur dalam sejam macam tu. Itu pun terjaga sebab terngiang-ngiang dialog bahasa tamil dari tv menusuk dalam telinga aku. Nasib baik tak sampai termimpi-mimpi menyanyi berguling-guling di kawasan pergunungan.

Aku terjaga je, terus datang kekuatan untuk aku bersiap-siap balik ke JB. Aku tak packing satu benda pun. Tapi takdelah banyak sangat benda nak dipack. Cuma baju-baju kotor aku yang tak sempat dak dibasuh di SA, alat-alat kosmetik aku (wakakaka) sebeg dan semestinya kek oren Angah yang aku menang (15 pendatang pertama, read: orang-orang yang punctual. hahahah) waktu gathering Reban on Sunday. Sampai ke JB tu kek oren Angah. Manalah tau nak buat franchise kat JB ke, kan? Boleh aku jadi agen, aku up je 15%.

Ironinya, jam 5pm aku gerak dari rumah aku. Sama waktu aku gerak dari JB Jumaat lepas. Yang tak berapa ironinya, aku macam syahdu je nak tinggalkan SA. Siap aku bye/kasi salam kat furniture aku, apartment aku semua. Entah apa yang syahdunya tak tau lah. Macam tak puas balik kali ni. Macam ada yang aku tak sempat buat. Macam ada muka-muka yang aku biasa jumpa dan aku nak jumpa tapi tak sempat jumpa kali ni. Dah le tu, bila start kereta nak gerak je, kat radio keluar lagu Rossa Ayat-ayat Cinta pulak. Termanggu aku sekejap dalam kereta.

Jenuh juga aku fikir sebab musabab kesyahduan aku ni. Agaknya salah satu sebabnya ialah aku still tak dpat kepastian atau tandaitanda nak kembali ke SA/KL. Aku target by end of this month, I'd have known my fate. Tapi bisik-bisik pun tak kedengaran lagi. Takpelah.... lepas ni aku nak diam lama-lama kat JB lah. Tak nak dah aku balik ke SA mungkin sampai 2009 baru aku balik. Cuti raya haji ni aku nak balik straight ke Ipoh atau aku diam kat JB je. Then cuti krismas, kalau aku tak ke Langkawi, aku diam kat JB jugak.

Biarlah aku nak live in mode 'pergiku tak kembali'. Biarlah aku nak tengok sape lah yang dapat pujuk rajuk aku ni (read: sape yang panggil aku interview dulu - yang aku terpaksalah balik KL/SA kan?). Biarlaaaahhhh...

Adios!


Monday, October 27, 2008

Open houses - done


Tamatlah sudah episod open house raya yang aku rasa macam tak sudah-sudah ni. Ehh sure ke dah tamat?! Rabu ni ada satu lagi last kopek, colleague aku yang resigned tu buat makan-makan nasi briyani gam kat rumah dia. Siksanya aku bulan puasa ni, perut aku bagai dipam-pam, diuli-uli sampai membengkak. Kalau macam ni punya makan, puasa 11 bulan pun tak mendatangkan kesan.

Anyway, aku kat Shah Alam lagi ni. Mengupdate blog via BlackBerry kat First Floor, Subang Parade, duduk kat bench berdekatan dengan Celebrity Fitness. Kot-kot laa ada selebriti-selebriti yang datang buat senama kan, mana laa tau Mawi ke nak tambah stamina sebelum kena kerah tenaga dengan Ikin kan? Tapi takde pun selebriti yang lalu. Yang adanya, pekerja-pekerja Celebrity Fitness tu yang aku perasan macam pandang-pandang kat perut aku. Adehhh time to go to gym, ke?

Hari ni Deepavali, tu yang aku keluar dari rumah tu saje lepak kat Subang Parade ni. Dah lawa tempat ni. Outlets nya pun dah best-best, macam-macam cafe ada. Semalam aku bergegas je ke sini sebab nak beli kek birthday Jijo. Tu yang aku kata nak datang balik ni on Deepavali. Lagipun kat tv, takde yang menarik laa kecuali pagi tadi je aku tengok MHI, sepanjang-panjang jalan cerita pasal Deepavali.

Petang ni balik JB. Tak tau lagi jam berapa aku nak gerak. Mungkin jam 3, atau jam 4, atau jam 5 atau jam 6 atau mungkin pagi esok je jam 4 atau mungkin aku tuang je esok tak masuk ofis. Alaaa bukannya ada orang pun kat ofis JB tu, semuanya pakat buat meeting kat ofis KL, mengelat nak long weekend kat KL. Si Puaka? Hmm... dah tentulah dia takde, tu lanun cacai pengangkat najis tu, colleague aku tanya dia dah cari rumah ke kat JB. Dia geleng kepala, pastu dia kata lagi dengan riak dan angkuhnya, "Never!"

Korang bayangkan, Si Puaka tu based in JB since August tapi tak nak cari rumah kat JB. Sekarang ni dia manipulate the system so that he only spend max two days kat JB and stay in hotel for one night and arrange meeting apa-apa tah termasuk lah dia punya doctor's appointment kat KL for the other three days and at the same time claim RM160 outstation allowance for everyday dia kat KL.

So, yang dia duk kat hotel JB for one night tu dalam RM160/night, dah covered by one day of outstation allowance. Cibai! Tu tak termasuk RM2500+10% of salary every month untuk relocation allowance. Pastu, waktu transfer bulan august hari tu, dapat lagi 1.5xmonthly salary (one time). Orang lain, dengan duit relocation allowance tu laa yang diorang guna buat bayar sewa rumah kat JB. Yang 1.5x tu buat bayar deposit dengan lori ka apa. Aku? Aku tak dapatlah sebab offer letter aku memang based in JB.

Ehh.. pundek laa melalut pasal Si Puaka tonyok lanun pencacai pengangkat najis laa pulak. Ekekekeke....

Haaa... korang ada baca tak entry Sempoii yang sekarang ni amatlah sensitif dalam waktu-waktu kecederaan nak bersalin ni? Sampaikan kat ofis pun dia boleh tersedih bila ingatkan kucing dia tinggal kat rumah. Aduhai.... Tadi, aku masuk Toys "R" Us, saje je nak tengok-tengok. Ada laaa sorang budak perempuan ni tengok doll, pastu dia jerit-jerit, "Mummy mummy... I want..." Korang tau mak dia kata apa, "No! Just see only. It's not your birthday, yet!" Huh! Aku yang terdengar ni yang sentap! Isn't there anymore appropriate ways of saying no to kids?

Ok lah, aku nak sambung jalan-jalan di Subang Parade.


Related Posts with Thumbnails