Thursday, January 24, 2008

Ku cari kari di kuali


Ini kisah kari. Bukan kisah kuali. Bukan juga kisah bontot macam kuali. Bukan sekali-kali kisah Islam Hadhari.

Semalam, yesterday... dey! yennadey?!!

Selangor memang cuti. KL baru diisytihar cuti. Aku pun cuti. Cuti-cuti, aku nak makan kari...

Ramai yang pecah kelapa. Ramai juga yang pecah kepala. Jalan ditutup di sini-sana. Anak-anak, awek-awek sibuk mengajak ke mana-mana...

Mana lagi nak ku cari. Kari yang enak, melekat bau di jari-jemari. Gerai Mak Jah terus ku tujui. Sedapnya kari, macam masakan ibu sendiri...

Ini aku buat promosi. Gerai Mak Jah senang nak dicari. Depan Dewan MBSA Seksyen 27, Shah Alam jumpalah nanti. Menjadi tumpuan di tengahari...

Gerai Mak Jah dah macam gerai rasmi aku. Setiap hari di sana pun aku tak jemu. Tapi, kalau BPR tengok, mesti diorang syak ada salahlaku. Mesti diorang ingat aku makan free je tu...


Situ juga tempat aku bertemu. Dengan kawan-kawan lama yang ku rindu. Macam-macam cerita hingga lidah terkelu. Bonus eksekutif 1/2 bulan, bukan eksekutif 1 bulan, walaupun dalam berita kata kereta baru terjual laku beribu-ribu...

Kesian kawan-kawan aku. Diorang tak pergi bercuti walaupun ke Kepulauan Maluku. Makan di Mak Jah aku yang bayarkan, itu selalu. Jadi, siapakah yang BPR siasat itu?

Sungguh jahat orang yang disiasat BPR yang bukan kawan-kawan aku. Patutlah tak hairan bonus hanya sekelumit itu. Setiap bulan masyuuk berpuluh-puluh, beratus-ratus ribu. Tak halal lah anak-anak diorang punya susu... (ehhh bukan ke itu lembu punya susu?)


(baca berita penuh di sini)




3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Jom makan kari kedai mamak sek 13. Hehehe!

Lord Budak said...

Deo

Nanti BPR ingat ko yg bayar rasuah kat kawan ko Deo pasal selalu belanjan makan

baik ko belanja geng rebab makan makan kekekekeekekekek

Kari ke kari nasi kandar papadom

deOughtred said...

blackpurple,
no problem, kalau sek 13 tu aku jalan kaki je tak pun aku jogging... hahaahaha

lord budak,
orang-orang yang kena siasat bpr tu tak makan kat situ laa. aku tak minat papadom, aku minat apalapom.. kau tau tak benda tu? aaa... aaaaa.... hahahahah....

Related Posts with Thumbnails