Friday, February 29, 2008

Kalau dia suruh makan t**k?


Aku ingat dulu waktu kecik-kecik. Kalau lepas buat benda yang salah, the easiest escape clause was "dia yang suruh buat !"

Dan jawapan lazim daripada kebanyakan parents, "Kalau dia suruh kau makan t**k. kau makan t**k jugaklah?!"

...this is the time election candidates gamely take part in all manner of activities to endear themselves to voters. (The Sun, 29/02)



Musim pilihanraya ni, ramai yang makan t**k agaknya?!


Mari makan nasi kandar


Hari ni hari Jumaat.
Dalam hari Jumaat ada waktu untuk solat Jumaat.
Dalam waktu untuk solat Jumaat ada khutbah Jumaat.
Dalam khutbah Jumaat ada orang tidur.
Tak salah tidur, ibadat juga sambil ber'iktiqaf. Cuma jangan sampai terbatal wudhu'.

Tapi, kenapa diorang tidur? Hari-hari lain tak tidur pun?! Penatkah diorang bekerja, mengerjakan atau dikerjakan di malam Jumaat?!

Mungkin terlebih makan nasi kandar!

Hari ni hari Jumaat. Aku teringin nak makan nasi kandar!

Nasi kandar yang paling best di Lembah Klang ialah di Restoran Pelita. Di Bangsar pun sedap, di USJ pun sedap. Aku dah cuba kedua-duanya. Tapi orang kata di SS2 PJ paling sedap. Aku belum cuba.

Menu aku biasa saja. Nasi putih, kuah campur-campur. Kuah daging hitam jangan lupa. Sayur, kobis boleh, kacang panjang pun boleh. Telur rebus atau telur masin, itu optional ikut tahap keseleraan aku ke atas telur. Ayam goreng bahagian peha dipotong-potong... mesti kena potong! Cili hijau sebagai ulam, jika ada. Papedom bulat itu penambah selera, jangan lemau sudah!

Seperti biasa, aku yang rakus lupa ambil gambar qabliyatan. Hanya ada gambar ba'diyatan...

Liciiiinnnn.... kalau tak makan sehingga licin, kau mesti rasa tak di'appreciate' dan mungkin kau takkan datang lagi.



Dalam orang tidur, aku tak nampak apa-apa.
Sebab aku pun tidur... :-p


Thursday, February 28, 2008

Mari makan benda putih


Aku layan benda putih (haa... mulalah tu ingat yang bukan-bukan). Aku pun teringat benda makan warna putih. Aku layan benda makan warna putih, terus aku teringat kisah kakak ipar aku dan benda makan warna putih.

Dulu...
Al-kisahnya kakak ipar aku sewaktu mengandung anak pertama. Amatlah dia mengidam makan makanan yang putih-putih sahaja. Daging itik, tau fu fah, air soya, minum susu pun banyak... apa lagi aku tak ingat. Walaupun kicap itu dibuat dari kacang soya yang putih airnya, kakak ipar aku tak suka sebab kicap itu hitam. Hasilnya, putih lah kulit anaknya yang dikandungkan itu sewaktu kelahirannya....

Benda putih yang aku suka makan, antaranya ialah pau dan air soya. Dan tempat paling best untuk dapatkan pau dan air soya yang paling best di bawah satu bumbung ialah di Yik Mun, the Famous Tanjung Malim pau. Memang best.


Aku...
Dari dulu kalau makan pau, aku hanya makan pau daging dan pau ayam sahaja. Aku tak pandai makan pau kacang dan pau kaya. Entah mungkin sebab dulu, makan pau di luar (yang bukan mak masak) hanya sekali sekala. Jadi, aku belasah pau mahal laa... hahahaha....

Tapi, kalau korang tanya geng yang pakai tali leher maroon belang-belang miring setiap hari Rabu, diorang akan kata pau Yut Loy pun tidak kurang hebatnya. Betul tak Jingga Studies?


Soalannya...
Kenapa kicap hanya bewarna hitam? Kenapa tiada kicap putih since air soya tu kan putih...


Wednesday, February 27, 2008

Kau kunci cintaku


She's the oldest candidate in the XIIth GE. At 89 year old, Maimun Yusuf is contesting the Kuala Terengganu parliamentary seat. (It's her fifth attempt to contest, the first four attempts were disqualified due to technical and documentation errors).


She told the press, so far she's been spending RM10,000 to register as a candidate and some RM3,000 for her campaign preparations. And that her daughter isn't very happy with the way she spent her savings.


He's your Prime Minister and his wife (so-called the First Lady of the First Family). Son-in-law is not in the picture. He didn't tell the press, so far how much he and his party has been spending for his and his party campaign preparations. And that his daughter and son-in-law don't care with the way he and his party spent the people's money.


And Maimun said, "Ingat ya, undilah untuk anak kunci"


==
Kenapa lagu Ramlah Ram "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu" melekar di kepala aku pulak ni?!



Mari makan laksa


Aku layan satu filem Melayu di Astro. Berulang-ulang kali, Astro tayang filem ni. Terus aku teringat nak makan laksa. Aku layan laksa, terus aku teringat kisah mak aku dan laksa.

Mak aku, boleh dikategorikan sebagai 'hantu' laksa. Mungkin sekarang dah kurang sikit keterujaan dia kepada laksa, tapi dulu memang 'hantu' laksa. Bukan setakat makan, kuah laksa mak aku lah yang the best tip-top kuah laksa. Sampaikan ada orang propose mak aku untuk berniaga, mak aku hanya buat kuah laksa sahaja, laksa dan bahan-bahan lain orang tu yang sediakan.

Tapi mak aku tak nak, dia masak untuk kitorang anak beranak je. Heheheh... Bila mak aku buat laksa je, berhari-hari kitorang makan laksa sampai kering kuah laksa dalam periuk.

Dulu...
Makan malam sekeluarga di luar bukan perkara biasa, jarang-jarang sekali. Sesekali makan malam sekeluarga di luar pun, pesan individual menu, macam nasi goreng ayam, nasi pattaya. Bukan macam sekarang, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, bla bla bla... Cuma, sedikit special jika ada satay. Mesti ada special occasion tu.

Al-kisahnya, satu malam yang sesekali makan sekeluarga di luar tu, di medan selera Stesen Keretapi Ipoh...

Kami adik-beradik dah pesan individual menu masing-masing. Mak aku masih berfikir nak makan apa. Lalu mak aku bertanya, "Laksa ada?" Sebelum sempat pelayan tu menulis pesanan laksa mak aku, bapak aku berkata, "Makanlah yang lain (nasi, yang lebih kenyang, yang lebih 'worth the money'). Mak aku tetap dengan laksanya. Kitorang adik beradik tak kisah. Gasaklah, itu selera mak aku. Hahahah...

Aku pun, boleh dikategorikan hantu laksa juga. Banyak laksa yang aku dah cuba. Antara yang best yang aku ingat...

Laksa asam Old Town White Coffee.
Laksa lemak manis Warung Kita, KL Sentral.
Laksa Kuala Kangsar Kg Busung, Kuala Kangsar (walaupun aku tak berapa gemar laksa Kuala).
Laksa Penang Maksu aku di Kg Jawi, Penang.
Laksa kat kedai hujung tepi pagar, Stesen Bas Ipoh (sekarang dah takde; kalau abang aku makan kat sini, sekerat botol otak udang dia belasah...)
Laksa Johor aku kurang minat.
Laksam pun aku suka!

Last but not least, laksa mak aku laaa dan laksa Along aku yang inherit skill mak aku.


Soalannya...
Filem melayu apakah yang aku layan di Astro itu?



Tuesday, February 26, 2008

Mari makan tempe


Aku layan Bujang Lapok, teringat part Polis, Sudin dan isteri Pak Mat Tempe.

Sudin: Makcik... Makcik! Encik... Encik ni cakap... Pak Mat... wroooooooo ruhhhhhh kelepok... keceper... pon pon pon… berlanggar! Motokar!
Makcik: Pak Mat kau selalu begitu... naik basikal... tak pernah naik motokar...
Sudin: (nada geram) Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrr...

Sudin: (kepada Polis) Encik! Sound dia rosakkk!!!

Dan aku teringat khasiat memakan tempe...


Lepas PRU12 ni, siapa yang jadi Menteri Pertanian bolehlah lancarkan kempen, "Makan Tempe". Barulah cantik orang-orang Malaysia. Barulah orang-orang cantik Malaysia dapat jadi Miss Werl, bukan hanya jadi Miss Ja-Werl...



Monday, February 25, 2008

Mari makan ketam


Last week, we head to Taman Megah, near Damansara/Kelana Jaya area for our monthly 'ignore the cholesterol level' ritual. It was also to celebrate the birthday of our beloved sexy-cum-secretary.. :-)

This time it was superduperlicious fatty crab dinner.


Armed with little hammer and tongs and wearing only our thongs, we walloped three kilograms of crabs, a dozen of chicken wings, a large serving of prawns and fried rice and I couldn't remember how many pieces of toast breads (dip into the crab gravy). And we went home smiling. Trust me That's why many people are saying food is much better than sex!

Tips to have fatty crab dinner:
1. Wear dark clothes (pink thong is ok).
2. Not advisable for a candle-light dinner
3. Also, not advisable as a place for your first dinner date, as you don't want to look like this in front of your date...


4. Also, not advisable to take your future in-laws along for dinner, as you don't want them to look at you like this...



Sunday, February 24, 2008

Hari penamaan calon


Hari ini, 24 Februari 2008.
Hari penamaan calon.


(lakonan semula)
Meg: "Menyampahh! Mesti nama aku tak naik sebab aku pregnant! Kesian Fong Poh Kuan (DAP, Batu Gajah) kena postpone pregnancy, agaknya..." Joq: "Aku ingat dapatlah aku Parlimen Kota Samarahan, rupanya dia pass down kepada anak dia. Ini sudah kira dynasty goverment. Itulah dia!" Tgm: "I'm going to change my address to Lembah Pantai. Pretty chicks contesting there! Hehehe..."




Mari kita lihat, siapa yang kena tipu!
Dan siapa yang akan menipu kita!!



Friday, February 22, 2008

Gendang gendut tali kecapi


Kenyang perut, suka hati.

Soalan lazim di hari Jumaat, "Makan sebelum solat atau solat sebelum makan?" (macam solat sunat qobliyatan dan ba'diyatan lah pulak).

Minggu lepas, aku ke Masjid Jamek untuk solat Jumaat. Sambil-sambil tengok orang berniaga. Benda baru yang aku jumpa, 'minyak kijang'. Wangi! Boleh wangikan satu rumah. Macam bunga sejambak! Bukan bunga sekuntum. Kalau setakat bunga sekuntum, wangikan ketiak je. Ada juga orang jual minyak keris. Minyak untuk 'keris' pun ada!

Ombak kasi aku soalan lazim, "Makan sebelum solat atau solat sebelum makan?" Aku kata, "Makan qobliyatan lah."

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Gendang gendut getah seluar, yang tak bestnya kenyang perut, kena solat kat luar.

Ombak: (nak sedapkan hati) Takpelah, solat kat luar ni terasa zuhud sikit.
Aku: Iya laaa... elok juga. Kalau kat dalam, dah tentu kau tidur.
Ombak: Tajam tu...
Aku: Ini belum lagi aku beli minyak untuk 'keris'



... gendang gendut batu bersurat, kenyang perut mata pun berat.

Jenuh aku menahan mengantuk hari tu, penangan nasi kandar. Aku tahan dari tertidur, bukan apa... nak juga terasa ke'zuhud'an macam yang Ombak rasa.



Thursday, February 21, 2008

Sudahlah tua, hitam pula...


Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni dah melewati tiga generasi. Lewat 1940-an generasi kakak ipar aku memilikinya. Rabak juga poket bapak mertua abang aku dalam RM100 campur campur.

Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni bukan calang-calang barang. Ini barang baekkk, memang mahal. Barang import. Besi padat, bukan lembek macam tin milo. Datangnya dari Nottingham, England. Sekarang lagi mahal! Setakat RM2,000 campur campur tu, abang aku jeling sebelah mata.

Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni, banyak kegunaan dan jasa-jasanya. Dulu, mak mertua dia susukan abang ipar dia (uish... habis keluar semua ahli keluarga dalam entry ni!) sambil duduk belakang si tua yang hitam ni. Bersila katanya. Nampak saja tua, tapi laju! Dua kali ganda kelajuan yang muda-muda.

Abang aku tak kata...
Berapa RM campur campur yang boleh buat dia jeling kedua-dua belah mata. Berapa kali ganda kelajuan si tua yang hitam ni daripada kelajuan abang aku berlari.

Aku...
Tak kisah apa yang abang aku kata dan apa yang abang aku tak kata pasal si tua yang hitam ni. Tapi memang si tua yang hitam ni memang menyenangkan kerja aku.


Abang aku tak kata...
Apa yang boleh dan apa yang tak boleh diperlakukan dengan si tua yang hitam ini...

Aku...
Belasah je....


Wednesday, February 20, 2008

Mungkin lebih biru


Mawi kata,
"Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ. Mungkin lebih hijau, lamanmu di sempadan sebelah sana."



Aku kata,
"Kertas ni biru, boss. Thank you, boss. Last, 14 April, boss."


The best of Mak IV


Previously: The best of Mak III

Mak aku, yang 59 tahun tu…

Dulu….
Takdelah melanggan majalah-majalah fesyen atau kecantikan.
Takdelah berebut-rebut nak beli majalah-majalah tu setiap hujung bulan atau setiap hujung minggu.
Adalah baca sikit-sikit (kot?)

Makan di luar pun jarang sekali.
Apatah lagi menghadiri majlis makan malam rasmi.
Jadi, tak perlulah kasut tinggi.
Tak perlu juga baju berlabuci, bling-bling.

Cukuplah sekadar sedap mata memandang.
Terutama mata Bapak aku lah, kan?

Mak aku...
Dialah perunding ketrampilan aku waktu aku kecil dulu.
Sampai sekarang pun aku ingat dan ikut ajaran-ajaran Mak aku.

Kalau pakai baju melayu, Mak aku akan pastikan...
Butang baju melayu tu complete, memenuhi setiap lubang butang baju melayu aku.
Butang baju melayu tak boleh lain-lain corak, warna. Kena seragam.
Kalau ada lima lubang butang, kenalah juga ada lima butang.
Kalau satu butang bulat warna silver, yang empat yang lain pun kena butang bulat warna silver.

Kelasss mak aku.
Korang ada sekelasss Mak aku?

Caya laaa Mak aku! I love you! Uwooooppppp…uwoooooppppp buat Mexican wave.

Picture taken in 1974. Mak, back row 3rd from right was 26 years old. Along, front row 4th from right was 6 years old and Abang Wa (Angah) was 4 years old, front row 2nd from right (rambut sama sikat tepi!).


tak sure lagi to be continued ke tidak...



Tuesday, February 19, 2008

MYOB II


Aku suka! Tandas awam di Sunway Pyramid sudah cantik.
Aku suka! Menonton wayang pada Jumaat malam di Sunway Pyramid.
Aku suka! Masuk tandas awam yang sudah cantik selepas menonton wayang pada Jumaat malam di Sunway Pyramid.

Orang tak ramai.
Selalunya aku sorang sahaja yang melunaskan tugas aku.
Jadi tak hancing lah baunya sebab kencing aku sorang sahaja.

Fasa terakhir aku melunaskan tugas aku.
Aku nampak ini.



Press to wash yourself only.
Mind you, yourself only!
Yourself only?!

Ada jugak ke orang yang nak basuhkan orang sebelah punya?!
Eeeiiiuuuuuuoooooo...

Aku suka! Masuk tandas awam yang sudah cantik selepas menonton wayang pada Jumaat malam dan ambil gambar-gambar di Sunway Pyramid.


Monday, February 18, 2008

Perangkap TRAP


Ini kali kedua aku terperangkap di TRAP!
Kali pertama, aku terperangkap kurang lebih 4 jam.
Kali kedua ni, aku terperangkap lebih daripada 7 jam!
Kalau ada kali ketiga, aku tak tahu berapa lama aku akan terperangkap.

Ini kali kedua aku dapat notis pemberitahuan di TRAP!
Kali pertama, bayaran masuk akan dinaikkan mulai 1 Januari 2008.
Kali kedua ni, makanan tidak dibenarkan dibawa masuk mulai 15 Februari 2008!
Kalau ada kali ketiga, aku tak tahu apa lagi notis pemberitahuan yang aku akan dapat.

Toll + Petrol + Bayaran masuk = RMXXX.XX campur campur.

Piknik dengan seluruh ahli keluarga (exclude family-members-to-be) = PRICELESS...

Lukisan anak saudara aku, Muhammad Jamil Khair, 6 tahun = PRICEDOUBLESS



Muka aku, a.k.a. bapa saudara favorite dia dalam kedua-dua gambar = PRICETRIPLESS.

-----------------------------------------------------

Trivia:
Berapakah jumlah periuk yang terdapat di dalam gambar di bawah?



==
TRAP =
Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah, Perak.



Saturday, February 16, 2008

Selesai dahhh...


Selesai sudah...
Sementara menunggu 'hasil'nya sembilan purnama lagi, kita layan hasil sementaranya ini...


The 'khemah khas'. Aku wonder pakcik-pakcik depan kita tu selalu chat kat tag mana ye?



The 'terunas' dan 'teruna tigas'...



The 'models' for handbag, tote bag and wallet from Butik Nekrock... (sila ambil nombor)



The arrival of the 'pengantins'... lewat sampai, dengarnya pengantin terlewat bangun tidur? Ye ke?



The arrival of the 'tah le, tak tau aku nak describe apa diorang ni..."



The 'pengantins'...



The 'pengapit' at work... very dedicated and multiskilled...



The 'pengantins' and the 'semuas'...



Trivia: Kain pelikat siapa yang Yam pakai itu?

















The 'pengantins' and the 'bakal pengantins lain-lain pelamin'...



And the 'kek' for post-mortem gathering (pengantins not included)...



Gambar-gambar lain (termasuk aksi sensasi sesi bergossip yang macam tiada hentinya itu) boleh dicuri di sini (kamera aku tapi bukan picasaweb aku) dan di sini (bukan kamera aku dan bukan picasaweb aku).



Selamat Pengantin Baru
Alangz and Zure
Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat!



Pengumuman berdarah


Pengumuman ini akan berada di atas sehingga 16 Februari 2008. Sila ke bawah untuk entries terkini...


video

Majlis persandingan antara:

Alangz vs dan Zure

yang telah dipertemukan melalui agen mencari jodoh cawangan New York / New Hampshire

Jemputlah ya! Majlis makan (ini yang penting) dari jam 12 tengahari hingga 4 petang. Lepas jam 4 petang, anda tidak digalakkan hadir (sebab waktu tu Alangz dah nyanyi Ku Petik Bintang Bintang dah). Kalau 17 Februari tu ada video apa-apa keluar kat internet, itu bukan kerja aku...

* Kad undangan tak payah upload lah. Makan yang penting, kan kan kan? So, aku upload peta ke rumah pengantin lelaki. Kalau korang rasa akan tersesat barat ataupun jem nak ke Cheras tu, sila spare makanan ringan dan air ringan serta aktiviti ringan-ringan di dalam kereta. Readers yang kepoh, nak jugak tengok kad cantik ke tak pergilah sini, sini, sini, sini...


Friday, February 15, 2008

Siri bercakap di PD IV (finale)


Aku terkojuit.
Siapalah yang sanggup?
Bagi servis macam tu?

Cukup dengan ukuran.
Cukup dengan bayaran mengikut ukuran.
Cukup dengan peluang untuk menjadi agen!

Aku terkojuit.
Siapalah yang sanggup?
Menerima servis macam tu?



Atau adakah bahasaku telah dipolusi?
Seperti polusinya Pak Polisi negarakuku ini?

Sudah!
Aku tak boleh lama-lama di sini.
Aku mahu jadi agen 2'x6'!


Thursday, February 14, 2008

Siri bercakap di PD III


Westernized-kah kita, orang Malaysia?
Sudah cukup westernized-kah kita, orang Malaysia?
Belum cukup westernized-kah kita, orang Malaysia?
Westernized-kah kita, orang Malaysia?

Best lepak di pantai-pantai di Malaysia.
Best lepak di pantai-pantai di Malaysia, tengok orang Malaysia.

(gambar hiasan)

Berjemur, terasa sudah cukup westernized orang Malaysia.
Mandi berpakaian, tutup habis, terasa belum cukup westernized orang Malaysia.
Berpeluk sakan dan melekapkan dua susuk tubuh di dalam air, itu terlebih westernized.
Orang Malaysia!

Berpeluk sakan dan melekapkan dua susuk tubuh di dalam air. Aku 90% yakin bukan suami isteri. Orang lelaki yang sudah berkahwin, dia akan peluk anak atau anak-anak lebih dari peluk bini. Entah kenapa? Mungkin ukur lilit bini dah sebesar pokok merbau dan sudah tidak berbau harum seperti dulu?!

Berpeluk sakan dan melekapkan dua susuk tubuh di dalam air. Aku 90% yakin itu bukan pasangan baru kahwin. Pasangan baru kahwin mesti tak 'main' punya di PD?! Yang belum kahwin (read: Ashraf Sinclair) pun di Bali. Air Asia bagi tiket free, beb! Jauh sikitlah baru 'main' sementara ukur lilit masih seperti kerengge yang memanjat pokok kelapa dan bau badan masih harum seperti sekuntum bunga...

ehh... sekuntum bunga mana cukup harumnya?! sejambak bunga lah, beb...
oh ya tak ya.. patutlah aku bau tak berapa harum. tak berapa lama dulu laa...



Wednesday, February 13, 2008

Macam sos Lingam!


Saw this in The Star today, 13th February 2008.



And later in the afternoon, this appears in the Bernama website.



I reckon, VK Lingam wrote our your PM's press statement earlier. And maybe when someone questioned our your PM's statement yesterday, he would answer, "Irrespective of what others said, it looks like me and sounds like me."

What a joker PM we you have here?!

Or maybe he was half-asleep and the original question asked was, "Tomorrow is Valentine's Day, do you plan to take sometime off to have a special getaway with your wife?". And he answered, "It won't be tomorrow (read: It will be after the election in Australia)"


The best of Mak III


Previously: The best of Mak II

Mak aku, yang 59 tahun tu...
Tak berlesen menunggang motorsikal.
Apatah lagi lesen memandu kereta, lori, kren, treler, keretapi, kapal, kereta F1.
Kalau ada pun, tak guna juga...
Dulu, ada basikal je kalau nak ke mana-mana.
Kalau nak pergi jauh sikit, naik keretapi...
Dapat diskaun, Bapak orang keretapi!
Dulu laa...

Bapak tak payah pening, nak bayar tambang bas aku ke sekolah.

Mak aku...
Dialah pemandu aku, aku duduk belakang, naik basikal laa...
Aku duduk belakang, atas besi tu.
Jalan ke sekolah berbatu-batu, besar-besar pulak tu.
Sakit wo! Ponggong aku.
Aku komplen. Mak buat dek je.
Dua hari lepas aku buat komplen rasmi.
Bontot aku tak sakit lagi.
Mak buat special, customized, home-made pelapik/cushion untuk aku duduk.

Mak aku hantar aku sampai betul-betul depan pintu pagar sekolah.
Mak aku tengok aku dah masuk kelas, baru mak aku balik.
Waktu habis sekolah, tak pernah aku tunggu mak aku.
Mak aku yang tunggu aku. Aku selalu keluar last, sebab aku suka bodek cikgu.
Mak aku hantar aku balik rumah, sampai betul-betul depan pintu rumah.
Tak payah risau dah kalau ada yang nak culik aku. Aku ni kan cute...

Kelasss Mak aku.
Korang ada sekelasss Mak aku?
Takde lesen memandu pun, tiada masalah hantar aku ke sekolah.
Siap boleh respond to complaint within two days, delighting complainant with perfect solution!
Caya laaa Mak aku! I love you! Uwooooppppp…uwoooooppppp buat Mexican wave.


to be continued...



Tuesday, February 12, 2008

I NAILED IT!!!


And now, the end is near and so I face the final curtain. My friend, I'll say it clear, I'll state my case, of which I'm certain. I've lived a life that's full. I've traveled each and every highway. And more, much more than this, I did it my way.

Regrets, I've had a few but then again, too few to mention. I did what I had to do and saw it through without exemption. I planned each charted course, each careful step along the byway. But more, much more than this, I did it my way.

Yes, there were times I'm sure you knew when I bit off more than I could chew. But through it all, when there was doubt, I ate it up and spit it out. I faced it all and I stood tall and did it my way.

I've loved, I've laughed and cried. I've had my fill, my share of losing. And now, as tears subside, I find it all so amusing. To think I did all that and may I say - not in a shy way. No, oh no not me, I did it my way.

For what is a man, what has he got? If not himself, then he has naught. To say the things he truly feels and not the words of one who kneels. The record shows I took the blows and did it my way!



==
I'll miss my o'town, which I've been living in for more than ten years now. I'll miss you, my friends. Some who've been around me for more than eight years now. Some who've just been around me for less than a year but with a promise of many many years of friendships. After all, we'll just be some 350km apart :-)


Siri bercakap di PD II


There's one safe, magic banana!
Note: banana or pisang sometimes (or most of the time) is a taboo word in our culture*

There's one safe, magic banana!
Not only it requires you to put on a safety jacket.
It is okay for a guy to sit on and enjoy this one banana.
It is okay for a girl to sit on and enjoy this one banana in public.
It is okay for many girls to sit on and enjoy this one banana in public at the same time.
It is okay for guys and girls to share, sit on and enjoy this one banana.
It is okay for guys and girls to share, sit on and enjoy this one banana at the same time.
It is okay to scream or laugh out loud while on and enjoying this one banana (guys included).

Note: banana or pisang sometimes (or most of the time) is a taboo word in our culture*

Clue: banana was one of the most common swear words used in high school, circa 1989 to 1993. I strongly believe it still is!

*Tak percaya banana ni selalunya taboo word? Cuba sebut atau makan pisang di depan seseorang yang berlainan jantina sambil sengih-sengih dan mengangkat-ngangkat kening.

But I still don't understand why people call it 'banana ride'? The tips look like pencil to me.


Why? Why? Tell me why?



Monday, February 11, 2008

Siri bercakap di PD I


Lari dari kesibukan kota tak semudah lari dari terlihat oleh ex-girlfriend. Berpisah dari keselesaan rumah tak semudah ikut jalan jauh semata-mata tak nak lalu depan rumah ex-girlfriend. Dua hari hidup tanpa peti sejuk dan jauh dari convenient stores tak semudah buat keras kejung macam peti ais bila ex-girlfriend ajak pergi jalan-jalan window shopping.

So, aku pun pergi lah window shopping apa-apa yang patut untuk pertapaan aku di Port Dickson. Antara barang yang dibeli (kebanyakan barang tak habis makan/minum/pakai dan aku bawak balik ke rumah), sebotol air mineral semulajadi dan sebotol air minuman.


Obviouslah kan, tak kan aku nak 'cuci' pakai air mahal?! Alaa... korang pun, katakan bekalan air terputus... korang nak ambil wudhu', korang guna air yang murah kan, kan, kan? Kalau hujan, korang sanggup tadah air hujan sebab free kan, kan, kan?

So, yang murah itu lagi mulia, kan? kan? kan?



Friday, February 08, 2008

Licking the love wound


taken from Your boss needs you!


Situation:

You had fallen in love with a guy who works in the same workplace/building. Almost everyone who knows you and the guy, knows about the love story. Obviously, your colleagues and his colleagues know about the love story, too.

Then, you and the guy broke up. You sent out an email to almost everyone in your contact lists inferring something bad about the guy. Emails got forwarded to almost everyone. Almost everyone who knows you and the guy, knows about the break up story. Obviously, your colleagues and his colleagues know about the break up story, too.

Later, someone close to you replied your email and copied everyone in the 'To:' list asking you, "Do you need to tell the whole world about it? (read: you're silly, grow up!)"

One day, you bumped into your ex's colleague in the elevator. Embarassed with your foolish 'email act', what would you do (to cover up)?


Solution:

Pretend nothing happened.
Pretend you're as joyous as ever.
Greet your ex's colleague cheerfully and loudly.
And say, "Hi your ex's colleague's name!!! Haven't seen you around for a while. We've got so many things to catch up." Eventhough there's nothing to catch up.

Trust me, it saves your balls boobs!



Thursday, February 07, 2008

Rat-ta ri rat tam prom!


As told by Feng Shui expert, Master Yu Yang from Taiwan (Astroview, February 2008). Memang banyak masa lapang waktu aku kat PD sampai majalah Astro ni pun aku baca habis. hehehehe....

It's the Year of Rat.

Love = 3 stars. So, love has to take a back seat again this year.
Health = 3 stars, too? So, I have to take care of my food consumption, regular exercise, and avoid L.O.V.E.

Don't LOVE deteriorates one's health?
Cinta = panas baran = darah tinggi
Cinta = mabuk kepayang = memandu dalam keadaan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan; mungkin juga kerana tersilap tukar 'gear'
Cinta = manis masa bercinta = kencing manis
Cinta = gatal meghenyam = kurap dan panau, parut di kulit kesan cubitan kejelesan atau gigitan asmara

So, ok lah.. it's another year for my career!
Kong Hee Fat Choy!!!

and enjoy the public holidays (again!) as the next one would only be on 20th March...


Wednesday, February 06, 2008

The best of Mak II


Previously: The best of Mak I

Mak aku, yang 59 tahun tu...
Dulu sekolah sampai LCE (bukan SRP, bukan PMR... LCE okay)
Tak pernah duduk dalam kuliah di universiti.

Jauh sekali menggenggam segulung ijazah, jauh lagi sarjana, tak terjangkau doktor falsafah.
Mungkin sebab waktu mak aku kecil dulu, Tok aku tak timang dia sampai cucur atap.

Bapak tak pernah pening nak bayar duit tuisyen atau kelas tambahan atau cari tempat tuisyen terbaik untuk aku.
Bapak tak payah pening nak telefon ustaz/ustazah sana sini tanya ada kekosongan kelas mengaji untuk aku.

Mak aku...
Dialah cikgu tuisyen aku, sampai ke universiti dah aku.
Dia jugalah mengajar aku mengaji, sampai khatam dah aku.

Mak aku...
She's the best teacher!

Kelasss Mak aku!
Korang ada sekelasss Mak aku?
Caya laaa mak aku! I love you! Uwooooppppp... uwoooooppppp buat Mexican wave.


to be continued...



Tuesday, February 05, 2008

Aku terasa cantik


Semalam...
Tengahari ke atas dan pusat ke atas, aku terasa cantik. Aku diperbotokkan.
Terjilat-jilat bibir aku jadinya. Terhidu-hidu jari jemari aku.
Itu penangan botok, bau melekat di jari sampai ke malam. Memang sedap botok ikan tenggiri Tupai-Tupai!

Hari ini dalam sejarah.
Ini pertama kali aku makan di Tupai-Tupai!
Not bad, untuk orang yang rajin masak di rumah, kan? (suara latar: booo piraahh) Lainlah, kalau aku ni orang yang tong gas sampai bertahun-tahun tak berganti... Ataupun yang balik kerja, terus selak tudung periuk atau tudung saji... :-)


1. Ikan pari bakar, botok ikan tenggiri, air asam. 2. Daging bakar, sambal. 3. Pucuk paku goreng berlada. 4. Jus buah naga dan longan. 5. Ulam raja.


Ambience pun best.
Macam makan dalam hutan!
Aku makan, sambil terdengar bunyi ayam mengerang tak tau sebab apa. Aku makan, sambil burung merak mengerbangkan ekornya, bangga dia duduk KL! Aku makan, sambil tengok kambing tu baik je, takde bunyi sikit pun...


Kambing tu pakai blue tooth rupanya....

Dan selepas aku diperbotokkan, tengahari ke atas, aku tak terasa kulit muka aku menegang. Tapi aku terasa kulit perut aku yang menegang.


==
Tarzan: Hari-hari makan buah, sampai aku naik fed-up! Hari ni aku tak nak makan buah, aku nak makan nasik


Monday, February 04, 2008

Detached and recharged


This entry is published at delinn's request. I didn't wish to publish it as it was just a short outing in Port Dickson. Ye lah... mana nak compare to week-long outing in Japan, in Australia, in Bali. huhuhu...

It was a gruelling, relentless and sleep-less (I still sleep, whatever it takes!) nights for the whole week last week. Last week was about past performance and future performance. Past performance will determine how much incentives we'll get this year and/or whether the current CEO will still continue to be the CEO. While future performance will determine where these feet will land and where I'll be blogging most of the time, three months from now.

By the end of the week, I feel the need to detach myself from the city busyness, away from my laptop, disconnect from the propaganda shown on tv (especially when the General Election is around the corner), and closer to nature (in relative term... hahahah).

I just need to detach myself but at the same time, I don't want to much money detached from my pocket. I don't want my RM2,000 magically turn into some 800++ AUD!!

So, there I was... in Teluk Kemang Beach, Port Dickson



I didn't bring generator set to light up my tent, so at night it was all about listening to the sound of the wave, birds chirping (ye laa tuuu), songs and movies on my iPod, finishing some readings under the light of my torchlight (I tied my torchlight to the tip of the tent), sleeping and some err err err...

Ini gambar bonus, aksi terlampau dalam kegelapan...



Friday, February 01, 2008

WL = E-squared


My colleagues and I have been working late for the past three weeks. No, trust me, it's not because of the performance appraisal season. I still have last year's bonus in my bank account. Hahahaha...

It's the beginning of the year, targets for this year need to be in place and most importantly, achievable. The initiatives supporting the targets need to be in place and most importantly do-able. Last year's performance need to be reported to the stakeholders in a politically correct manner. Bla bla bla... and not forgetting, realigning one's career track also need to be done!

If Einstein said E=MC to the power of 2,
I'd say WL=E to the power of 2.
Which in laymen term is Work Late equals Lots of Foods! and Foods! Consumption.

If we have to stay back for a meeting which starts at 10pm, we'll have dinner or 'heavy tea' at around 6.30pm and if we manage to go home, say by 10pm, we'll have heavy late dinner. How's that sound? That doesn't include the delivery of pizzas, take-aways of McDonald's burgers and tapaus of mi goreng mamak.

Yes, we're stressed out! And we eat more when we're stressed out! and now the stomach is stretched out! Awek-awek suka tidur peluk lelaki berperut buncit, kan?

Yesterday, we sneaked out from office to have rojak mi in Batu Pahat. Looks very luscious, mouth watering (and juicy) ehh? How we manage to escape to Batu Pahat in between end of official office hour and a meeting which started at 8pm? Heheheh... we're Houdinis, and we need no red underwear and cape to do that! You just go to somewhere near Universiti Hospital and there is this Grand City Restaurant, it's mamak ok, nama sikit punya grand! and you'll find one of the bestest of the bestest rojak mi in town. And this mamak really know how to cut cost... by using Hospital Pantai Batu Pahat napkins! Mamak oh mamak...



And in office... when we're stressed out, not strecthed out or stretched UP ok!, we just have this cookies... sesuai dimakan ketika kepala berserabut macam nak pecah sampai bersepai-sepai otak ni berkecai-kecai! atau ketika isteri atau isteri-isteri anda datang bulan. Melt in your mouth, boleh ditelan begitu sahaja... emmmmm....

Thank God, it's F#!day and it's public holiday!!!








Related Posts with Thumbnails