Suatu hari tu...
(Sari berita penting channel 103)
Kak Dah K.K. (bukan Kementerian Kesihatan, bukan juga K*t# K#r@s atau K*ngk#k K$@t) berkata, "Negara rugi jika tak guna tenaga wanita."
Aku, "Mak nak ke mana pagi-pagi minggu ni?"
Mak, "Biasalah dah dekat-dekat hari nak memangkah ni. Kenalah survey cari rumah Kasim Baba. Kenalah banci rumah-rumah yang bercat biru tua."
Kesian mak aku. Dah umur 59 tahun pun kena pergi buat banci pagi-pagi minggu. Sepatutnya mak aku goreng nasi pagi-pagi minggu. Kesian bapak aku. Kesian aku.
Mana perginya puteri-puteri pink yang buahnya masih montok, masih pejal? Yang masih bergetah? Yang susunya mengalir laju?
Mana perginya hero-hero bersongkok hitam? Masih mengasah keris, diasap-asap dan dicium-cium? Asah keris kontot sudah laa... atau mungkin diorang sibuk duduk sebelah 'menteri goyang gerudi' itu, memakai songkok tapi tak berkeris, menjawab soalan-soalan wartawan.
Kesian mak aku.
Bapak, "Ehh apsal kau tukar channel 512?"
Aku, "Kesian kat bapak. Takde orang nak goreng nasi untuk bapak di pagi-pagi minggu ni..."
Boleh ke nak tolak kereta rosak?
Sedangkan selama ini signal kiri dan kanan pun tak kenal.
Hood kereta pun dibuka sekali setiap 5,000km sahaja. Itupun Ah Chai atau Ah Chong yang tolong buka.
Boleh ke nak tolak kereta rosak?
Sedangkan selama ini hanya kenal hon kereta dan cermin pandang belakang (touchup sikit).
Hanya tempat penutup minyak yang sering dibuka, itupun nasib bukan Maududur Rahman atau Ghulam yang tolong bukakan.
Kesian mak aku.
Silap pangkah, terpangkah jamban. Bau taik satu badan.
Aku, "Tak payah banci-banci, pangkah-pangkahlah Mak. Pangkah-pangkah ni sifat penyamun. Kalau diorang nak pangkah rumah sendiri, biarlah diorang pangkah. Kalau diorang nak cat rumah diorang biru muda atau hijau tua, biarlah. Kita bukan penyamun. Penyamun bau taik!"
Bapak, "Jom lah pekena roti canai..." berkopiah putih.
Coming soon: The Best of Mak
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
5 comments:
Aku kesian dgn bapak ko dan ko sekali hehehehehehehehehe
lord budak,
alaaa takpe setakat tak makan nasi goreng je... bukannya bau taik! hahahaha cemerlang, gemilang, temberang... hahahahah
salamzzz,
aku kesian kat bapak ko, mak ko & termasuk mak & pak mertua aku sekali... huhu
suealeen,
salam! kenapa kesian mak & pak mertua kau? sebab menantu dia tak pandai buat nasi goreng ke? hahahahah
pandai la ko ni... kesian mak & pak mertua aku bukan takat pi banci... bagi rumah kat penyamun lagik...
aku pencen la buat nasik goreng ni... pencen 2 bulan.. ngahahaha
Post a Comment