Tuesday, April 29, 2008

Less rice or less bath?


"Affluent Singaporeans Feel Pinch of Inflation - New Straits Times-AFP, 28 April 2008

From taking fewer taxi rides to eating out less and shortening shower time, residents of affluent Singapore are trying to cope with inflation, which has soared to 26-year highs. Rising costs of housing, food, and transport have eaten into family budgets of Singaporeans as well as the large number of expatriates working in the city-state, consumers and analysts said. Except for the ultra-rich, the impact of the sharp price increases has cut across social classes in one of Asia's wealthiest nations, they said."


Beruntung diri aku ni, aku bukan Singaporean.

Aku tak bergantung dan tergantung-gantung kepada perkhidmatan (or shall I say, penderaan) teksi. Aku pun tak kurangkan makan di luar. Dan aku pun tak pendekkan masa untuk mandi, especially waktu mandi hadas... mana boleh pendek-pendek?! Hahahahaha...

So, aku ni boleh diklasifikasikan sebagai ultra-rich ke? In this context, at least!

So Anne, kau kurangkan makan di luar ke kau kurangkan mandi?! :-p



Monday, April 28, 2008

Gelapnya rambut kekasihku


Entah apasal hari-hari minggu macam ni aku suka pulak dengar lagu Ungu - Kekasih Gelapku. Lagu ni tak luntur-luntur popularitinya. Apa istimewanya lagu ni? Apa istimewanya lagu ni kepada aku?

UNGU: "Ku mencintaimu, lebih dari apapun. Meskipun tiada satu orang pun yang tahu..."
AKU: "Ku mencintaimu, lebih dari apapun. Meskipun dengan engkau-engkau sendiri pun tak tahu..."

UNGU: "Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku. Meskipun kau hanya, kekasih gelapku..."
AKU: "Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku. Meskipun kau hanya, gelapnya kekasihku..." err... yang gelap itu rambut, maksud aku. Wakakakaka...

Siapa?
Mana boleh cakap?
Kan UNGU kata, "Meskipun tiada satu orang pun yang tahu..."

Kau? Dia?
Meskipun kau hanya, kekasih gelapku...


Friday, April 25, 2008

About shoeshine and claypot


Hari ni aku mula bermesyuarat dengan orang luar. Tanpa kehadiran boss aku yang sekarang berada di Selatan, aku terpaksa membawa tanggungjawab jabatan di tempat kerja baru aku. Walaupun ada seorang lagi colleague aku yang attend meeting tu, tapi bak kata orang putih, "we're wearing different cap/hat." Dan cap yang aku pakai ni berat sekali rasanya. Aku rasa macam aku pakai claypot yang macam Heliza pakai waktu menyanyi duet dengan Mawi waktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lepas.

Anyway, tadi pun first time aku jumpa colleague aku yang seorang lagi tu. Dia boss sebenarnya. Tapi bukan boss aku. So, aku anggap dia colleague aku je lah.

Aku perati je dia ni... smart, pakai suit datang meeting. Biasalah, meeting dengan orang-orang 'lengan pelaburan' (investment arm) kerajaan dan orang-orang Dato' Ikm@l Hij@z. Pakai kasut kulit warna brown. Aku perati tali pinggang dia, brown. Matching! Memang itu etika berpakaian, warna tali pinggang dan kasut mesti seiring. Bukan macam ramai orang tu, kasutnya bergaya brown warnanya, tapi tali pinggang... alahai hitam pulak!

Dan aku perasan lagi, kuat minum air dia ni... sekejap-sekejap dia tuang air putih/masak, sekejap-sekejap dia tuang air putih/masak. Mesti banyak jugak air dia keluar ni. Dan kerap juga dia keluar, ke bilik air rasa hati aku, sebab dia tak bawak pun handphone BlackBerry, pardon me, kot-kot nak buat/jawab calls. Adalah dalam meeting selama 2 jam setengah tu, 3 kali dia keluar.

Tapi bukan berapa kali dia tuang air yang aku nak cerita. Atau bukan juga berapa kali dia keluar ke bilik air yang aku nak cerita.

Yang aku nak cerita, pasal setiap kali dia masuk balik ke dalam meeting room (yang aku assume dia pergi bilik air tu), first thing yang dia buat lepas duduk kat kerusi dia ialah polish kasut dia, dengan shoeshine yang most hotels kasik complimentary tu. Aku perati shoeshine dia ada logo hotel Sheraton. Boss-boss pun rembat benda free... haahahahah...

Mulut aku ni gatal je nak bertanya apasal dia buat benda tu. Dan satu lagi yang mulut aku gataaalll je nak buat lawak, "you should polish your top too..." sebab kepala dia licin. Tapi nak mampos? Tak confirm aku nanti (walaupun dia bukan bos aku)!

Tapi, dia ok lah walaupun dia boss, dia tumpangkan aku balik ke office sebab aku gi meeting tu naik lrt je. Dalam kereta pun dia sembang-sembang dengan aku, tapi mostly pasal kerja je. Aku pun menyembang jugaklah berdasarkan knowledge aku yang belum sampai seminggu kat company baru ni. Entahlah apa dia kata dalam hati dia, kan? Gasaklah...

Tu sebab jugaklah yang aku rasa kepala aku ni berat macam junjung claypot yang macam Heliza pakai waktu menyanyi duet dengan Mawi waktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lepas.


Have a good weekend!


Thursday, April 24, 2008

You know when...


You know when you need a friend...

When you feel like the world is squeezing and crushing you. When nothing seems to go your way because of discrimination, jealousy, hatred, over expectation. With teary eyes, you wonder why all the hard lucks and unluckiness seem to be thwarting your path and happiness is a hard to come by. When you tell your friend the latest 'hard luck' been thrown to you.


But then, you know you could handle it all by yourself...

When all you get from your friend is, "be patience, God is trying on you and that this is a challenge which will grow you stronger."


And you try to handle it yourself...

When you 'disappear' from your normal world. When you restrict access to your blog. When you appear invisible in chat rooms where you and your friends hang out. When messages left unanswered. When you see your friends are online but you refuse to initiate a conversation. When you just don't care if it's only you to live in this world. When you don't need anybody else. You know you could handle it, yourself...


But, you know when you have a friend...

When you least expected and at unexpected hour, you receive a call from your friend (when you refused to answer at first - because you thought you could handle it yourself). When your friend asks your whereabout and wants to have a small chat over a cup of coffee. When all you could do is to repeat the same stories of your hard lucks. When all your friend could do is to keep on telling you to be patience (duhh!). And in the end, when you feel the sun starts to shine again, even in reality the sun has almost set.


If everyday is the Friendship Day, I'd dedicate 364 days to you and 1 day to the rest of my friends. You know who you are, my friend.



==
Haa... lepas ni jangan pulak ada yang gatal nak call-call aku malam-malam ke at unexpected hours ke or call-call nak bagi anak-anak korang cakap dengan aku ke? Just because you read my blog, it doesn't mean you know me inside out.


Wednesday, April 23, 2008

Aduh Saleha...


This is an interpretation of the Aduh Saleha's lyrics by Loloq (Thanks Bush!)


Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah, bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat. Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya, bukan jauh jarak atau di mana aku berada tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya...

Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung? Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad. Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad. Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya, dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya. Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada...

Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang. Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa). Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan...

Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman. Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita. Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat). Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh. Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri...


Tuesday, April 22, 2008

Evolusi nada dering


1. Tajuk entry ni bunyinya ada lebih kurang tajuk filem Melayu yang antara terbaru, "Evolusi KL Drif". Sesiapa yang dah nonton filem yang ala-ala Tokyo Drift ni, sila buat review. Aku nak tau jugak hebat ke tidak filem ni sehebat propaganda yang ditaburkan oleh media massa. Atau adakah ia seperti UMNO sewaktu PRU12 yang cakap besar, propaganda bukan main tapi hampeh, macam taik lembu jatuh ke tanah, kelepek kelepek kelepek...

2. Aku buat entry ni lepas aku terdengar satu lawak jenaka di radio tempatan beberapa hari lepas.

3. Sebelum aku tulis lebih lanjut, aku nak ingatkan bahawa apa-apa yang disebut dalam entry ni adalah secara kebetulan. Bukan sengaja aku nak bangkitkan apa-apa isu/perkara/terms/suasana tetapi memang dah jalan ceritanya macam tu. Nak buat macam mana, kan? Arc, tadahlah tangan segera... haahahahah...

4. Aku mula guna handphone sejak tahun 1999, bermula dengan model Ericsson GH688 (entry model-model handphone yang aku pernah guna kat sini). Setelah hampir 10 tahun berkepit dan berempit dengan handphone, sedar tak sedar BlackBerry aku sekarang ni (secara kebetulan je timbul term ni...) adalah model phone ke-9 yang aku guna.

Dalam sembilan model handphone tu semua, yang paling happening pernah aku pakai ialah model Nokia 3310 lah. Apa yang happening? Bukannya banyak sangat pun features nya kan? Kalau korang pernah pakai handphone ni korang akan appreciate lah ke'happening'annya.

a) LED - asalnya handphone banyak yang LED kat skrin tu warna kuning. Tapi LED kuning ni telah melalui proses ejakulasi evolusi dari kuning ke putih ke biru. So, berebut-rebut lah waktu tu gi kedai handphone nak upgrade warna skrin handphone ke puith atau biru. Aku ingat lagi satu LED tu harga dalam RM5, rasanya. So, kalau nak tukar semua, kena keluar modal dalam RM30 macam tu lah.

b) Number pad. Ni pun mengalami proses evolusi juga, daripada getah (yang original) ke plastik keras yang warnah silver atau chrome. Nampak kelass sikit kalau chrome/silver tu kan?

c) Casing (ke housing). Ni cukup hot! Setiap kali aku pergi pasar malam, mesti aku tapau casing/housing untuk phone aku. Macam-macam design aku ada waktu tu. Kalau rasa macam Manchester United tengah menang dan ala-ala nak jadi juara, aku tukar casing/housing MU. Kalau rasa-rasa nak penampor orang, aku tukar casing/housing gambar tengkorak. Aku tak ingat lah apa lagi casing/housing yang aku ada waktu tu, tapi tak kurang daripada lima designs aku ada, minimum at one time.

Tapi dalam banyak-banyak design casing/housing yang aku ada tu aku tak boleh terima kenyataan kenapa aku beli casing/housing design rokok 555 (tiga lima)?! Mungkin sebab kawan-kawan lain ada yang guna Marlboro, Dunhill, etc., aku nak kelainan so, aku guna design rokok 555. Mungkin juga sebab aku teringat arwah abah (pak angkat) aku yang hingga ke akhir hayat dia, hisap rokok 555.

Aku stop hobi tukar-tukar casing/housing ni lepas aku upgrade kepada Nokia 8890. Hajat memang nak sambung hobi aku tapi casing/housing Nokia 8890 tu makan ratus-ratus ringgit beb! Ni kalau lepas sembilan tahun aku nak sambung balik hobi aku yang dulu tu boleh ke? Ada ke casing/housing untuk BlackBerry aku ni? Hiks...

d) Ringtone - ini memang evolusi habis... tak payah aku nak sexplain lagi lah how it evolves. Dan kerana evolusi nada dering ni jugaklah satu lawak dulu-dulu dah tak boleh digunapakai lagi... (berbalik kepada item no. 2)

Apakah persamaan telefon dan kain di ampaian?
Mana ada lagi orang guna nada dering kerrrinnnngggg kerrrinnnngggg?! Hiks!

5. Dah tak relevan teka teki ni, macam mana dah tak relevannya UMNNO sekarang ni! Hiks! So, bolehlah buat perumpamaan, UMNO sekarang ni 'umpama nada dering kerrriiinngggg kerrrinngggg'...


Monday, April 21, 2008

A weekend without astro


Came back from work on Thursday night only to find out my astro decoder is kaput. No power/standby lights. Need to call astro serviceman to come over and check with a minimum of RM50 service charge, exclude all the repair parts and charges. Which, rightaway I thought that I'd do it later this week. Little did I realize the weekend is coming and how would I survive without astro?

Weeknights were not so bad as I only have 4 to 5 hours awake at home. But weekends? I depend on astro for my tv and radio programs, as I don't bother to align my tv and radio antenna for those 'classic' tv channels and radio channels.

So, did I survive the weekend without astro? Yes!

But, how? Well, that's the power of internet, especially if it runs on your ThinkPad (hiks!).

I listened to my favorite songs from my iPod, which connects to my home theater system. Then, I listened to radio on DVR Player, to the hourly news on Bernama's Radio 24, I read newspapers on e-browse. I read all the blogs linked in my blog. I have 98 links, to date! and I make sure to read all of them, at least once a week. All these were done with my ThinkPad (hiks!) while sipping my favorite Aik Cheong black coffee. I could also watch TV channels from all over the world, including CBS, HBO and Star SuperSport through TVU Player, but I just don't bother.

And I have my Yahoo!, Google and work emails came in to my BlackBerry (hiks!), I have my Gmail and YM accessible, I have my LimeWire running to do my pirating work - which I managed to download few songs, movies - Juno, Charlie Wilson's War, P.S. I Love You and Shrek The Third. Can you believe even without Astro, I'm still looking for an appropriate time to watch all or any of these movies?! :-p

Lagi? Hmm.. *mode lelaki rajin dan potential husband* kemas-kemas rumah, berus-berus dinding/lantai bathroom, lipat kain baju, dusting, vacuuming.. tak percaya? Except for cooking. I was just too lazy to cook (tunggu bila Famil nak masak dan ajak makan-makan neh) as I was craving for KFC's chicken rice since last week and I had the taste of it on Saturday. The rice was nice, except that they serve it without the kicap and kuah sambal which are the essence of nasi ayam. But, it was ok as I was busy browsing the internet on my BlackBerry (hiks!) while eating.

Did you get to watch AF6 diary or concert?

I'm not a big fan of AF6 (AF5 was worst than the 6th edition, though). But I still catch the concert on Era Radio via DVR Player. It's a singing/vocal contest, in the first place, right? So, why bother watching aksi kangkang dan lembek dan gedik and the ugly wardrobe and the stupid MayFirst commercial on tv?

And trust me, if you listen the students singing on radio, you'd swear it's shame on yourself to discuss about AF6 with your colleagues/bosses in office. And you should consider quitting your current job if you know your bosses are following and discussing AF6 in office. Seriously, I think AF is becoming an entertainment program for the half-deaf or probably half-dead people! And to spend on sms voting for your favorite students, oh c'mon... how many times you turn your back to those begging (or shall I say, selling pocket tissues) while you're having lunch/dinner outside?

What about sports, Asian Badminton Championship (ABC) and Barclays Premier League?

None of Malaysian players make it to the final of the ABC. And I went to Brutal Cafe, Tmn Alam Megah watching Man United versus Blackburn Rovers with Des and Kem. We were not really watching the match, though, except for Des, a die-hard MU fan. I was busy eating my char-kuay teow and looking at the girls from the nearby factories who're on their dinner (or midnight) break while Kem was busy romancing with my BlackBerry (hiks!).

Anyway, it was so much of fun than watching at home. Especially when the place was flocked by MU fans and best of all when MU was a goal down with 2 minutes left. They were really anxious with the ooohhhsss and ahhhhsss for the near missed chances. Luckily MU managed to score the equalizing goal in the dying minutes. Otherwise I'd boo them and curse one of them who was wearing Juventus shorts (or maybe it's ok to wear La Liga or Serie A attire?!).

So, would you go through another weekend without astro?

Hell no! Even when everyone knows how sucks astro is and has been!


Friday, April 18, 2008

Petrol hijau percuma?


Entry kebendaan aku semalam yang mendapat sambutan komen yang memberansangkan (aku yang kebendaan ke pembaca-pembaca blog ni yang kebendaan?). Ini memberi ransangan untuk aku continue bragging about the wonderful world of ThinkPad and BlackBerry.

Tapi, untuk tidak menimbulkan spekulasi atau skandalusi terhadap perhubungan aku dengan orang HR di tempat baru yang melayakkan aku untuk diberi ThinkPad dan BlackBerry, aku tidak akan bercerita tentang ThinkPad dan BlackBerry lagi walaupun aku sungguh happy melayari kehidupan ini bersama ThinkPad dan BlackBerry. (dah 4 kali aku sebut ThinkPad dan BlackBerry ni, ehh lima kali termasuk yang ini...)

-----------------------------

Malam tadi, buat pertama kalinya setelah beberapa tahun aku singgah di stesen minyak Hijau untuk mengisi petrol. Sebelum-sebelum ini aku singgah di stesen minyak Hijau hanya untuk melepaskan cecair dan pepejal sahaja.

Bukan aku tak sokong parti Hijau atau aku tak sokong jenama Malaysia. Tapi, apa baranggggggg guna jenama tempatan?! Korang pun pakai handbag jenama LV, NineWest, Gucci, bla bla bla... biarlah walaupun hanya dibeli di Petaling Street, kan? Kalau korang tak pakai handbag jenama-jenama macam tu, tak untung berniagalah Nek Rock! Tapi Nek Rock jual yang original belaka, ok!

Alaa... yang isi petrol Hijau pun bukannya sebab apa, sebab nak menang BMW katanya! Yang isi petrol Kuning bentuk kerang bukannya sebab apa, nak buat koleksi kereta mainan, katanya! Itulah orang Malaysia, selalu terpedaya dengan tarikan murahan.

Malam tadi, buat pertama kalinya setelah 14 tahun aku mengisi petrol ke kenderaan yang aku tunggang/pandu, aku tak bayar satu sen pun untuk petrol yang aku isi! Wahhh... terasa nikmatnya, seperti melepaskan pepejal setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sambil berkerut-kerut muka mengemut dan meremang-remang bulu roma ni.

Pernah juga aku membayar petrol yang dituang dengan menggunakan mata bonus. Tapi itu lain perasaannya. Mata bonus itu pun aku berjaya kumpul setelah membelanjakan wang yang banyak sebelum ini. Tapi kali ini, aku boleh juga kumpul mata bonus walau tanpa membelanjakan satu sen pun. Boleh tak aku guna ayat, "satu sen pun tak guna!"

Bukan sahaja selama aku menunggang dan memandu, aku membayar untuk setiap titis petrol ke dalam kenderaan aku. Kadang-kadang, aku membonceng dan menumpang pun kena bayar juga! Tapi kali ini, tidak lagi!!

Jadi sesiapa yang perlukan teman untuk ke mana-mana di hujung minggu ini, aku masih belum ada apa-apa rencana. Paling tidak, aku boleh sponsor petrol! (mati aku kena D.I. nih). Sila hubungi aku atau email sahaja aku. Kalau aku tak check email melalui ThinkPad aku pun, aku masih boleh membaca email melalui BlackBerry!

Selamat berhujung minggu!


Thursday, April 17, 2008

ThinkPad, BlackBerry and Aquamarine gem


What more you could ask for on your first day working at a new workplace?

On the day I reported for duty at this new place, I was given the welcome pack, which includes the job T&C and all the necessary forms I was required to fill up, as expected. But the time I spent on filling up the form on personal particulars was cut to half since I skipped the details of spouse and children part. Phew! How could they expect one to remember spouse's IC no. and birthday?! :-p

But, it wasn't just the welcome pack. Look what I've got on my first day of working (err.. did I really work yesterday? hahahaha)



A BlackBerry with company-registered sim card that includes unlimited GPRS usage, a Lenovo ThinkPad laptop which comes with two sets of mouse and battery charger, which means I could leave one set at home and another set in office. Very cool! And the ThinkPad uses fingerprint to log in! Ever cool!!

That's not all... heheheh... a Petronas petrol card with my name and my car registration number printed on the card! Really cool but darn! I should've not filled up my petrol tank just before I went to office yesterday morning.

But, anyway...
All those are nothing much compared to what I got from my colleagues in the old workplace as my farewell gift. Besides a framed Class of 2007 picture, I got this one from them. Thank you, I love you all!



The aquamarine stone arouses feelings of sympathy, trust, harmony, friendship and good feelings which are based on mutuality and which prove their worth in lasting relationship (from Gem by Gem). And according to Meg, aquamarine is a stone of courage; enhance one's ability for rapid intellectual response; accelerate reasoning process and unconquerable through learning (aku tak tau mana source dia ni).

That was my first day at the new place. Hari yang gelap, kini telah terang (although I still haven't been paid the bonus due to me).

Also, did I mention earlier that my boss is outstation and will only be back on Monday?! Owh! That's a 3-day honeymooning and 'gentel'ing with my BB (bukan bontot besar atau boobs besar; it's BlackBerry, dude!)

Adios!


Wednesday, April 16, 2008

I'm moving on...


My Wish (for myself)
by Rascal Flatts


I hope that the days come easy and the moments pass slow. And each road leads you where you want to go. And if you're faced with a choice and you have to choose, I hope you choose the one that means the most to you. And if one door opens to another door closed, I hope you keep on walkin' till you find the window. If it's cold outside, show the world the warmth of your smile.

But more than anything, more than anything. My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to. Your dreams stay big, and your worries stay small. You never need to carry more than you can hold. And while you're out there getting where you're getting to, I hope you know somebody loves you and wants the same things too. Yeah, this is my wish.

I hope you never look back, but you never forget. All the ones who love you in the place you left. I hope you always forgive and you never regret. And you help somebody every chance you get. Oh, you find God's grace, in every mistake. And you always give more than you take.

This is my wish, I hope you know somebody loves you. May all your dreams stay big.


Tuesday, April 15, 2008

Once before I go


Once before I go, I want you to know. That I would do it all again. I'm sure I'd make the same mistakes. But I could make it through the pains and joys and aches I knew back then. I'd do it all, I'd do it all again.

Before I go, I want you to know. That I look back with no regrets. And when our luck was wearing thin and we were down and out, and still came back to win against all bets. Now when I look back, I still have no regrets.

And it's so hard to say good-byes, when there's so much that's left unspoken in your eyes. But unless I spread my wings again, I'm afraid I'll never soar. So hang on to the memories and hold me close once more.

Once more, just once before I go. I want you to know that I have loved you all along. And even when we're far apart, I only need to feel you're living in my heart. And I'll be strong, love you just the way I've loved you all along.

You are the light that shines on me. You always were and you'll always be. So I had to let you know. Just this once, just this once. Before I go.


Monday, April 14, 2008

Buat bodoh...


Waktu KFC baru introduced Chicken Rice Combo, aku ada tanya sama Ombak, "Ada ke orang makan banyak macam tu - nasi ayam, 2 ketul ayam goreng, semangkuk fishball soup dan segelas air berkarbonat?" Ombak kata, kalau lapar mesti boleh habis lah...

Tengahari semalam, aku lapar betul. Jam 3.30 petang baru teringat yang aku belum bersarapan pagi dan makan tengahari lagi. In fact, last meal aku jam 5.30pm kelmarin di Restoran Kayu Nasi Kandar dan malam kelmarin aku hanya makan sepaket kuaci.

Walaupun gerai makan yang baru dibuka di apartment aku ada jual nasi ayam, aku tetapkan hati aku untuk ke Tesco untuk makan KFC Chicken Rice Combo.

Lepas beratur dalam 5 minit, tiba giliran aku di kaunter untuk buat pesanan. Tapi, aku hampa sebab awek di kaunter tu kata, nasi ayam tengah masak, kena tunggu sejam lagi. Aduuuhhh...

Aku pun buat little shopping yang tak sampai 20 minit. Nak tunggu lagi 40 minit. Aku pun decide untuk gerak ke KFC Giant, yang hanya 5km jauhnya dari Tesco.

Sampai di KFC Giant, aku beratur dalam 2 minit. Tiba giliran aku di kaunter untuk buat pesanan, awek di kaunter tu kata, nasi ayam tengah masak. Kena tunggu 25 minit. Aduuuhhh...

Laris betul nasi ayam KFC ni. Aku pun makan nasi ayam claypot sahaja di food court Giant je. Nasi ayam juga! Dan habis!

Itu cerita semalam.


Yours truly... after a late, perutfull lunch and before going blurry today and tomorrow. That explains the b&w picture...



Kalau hari ini dan esok, korang ada terserempak dengan aku tapi aku buat tak nampak je...

Ataupun kalau hari ini dan esok, korang ada sms, tapi aku buat-buat macam aku tak dapat sms tu je...

Ataupun hari ini dan esok, korang email aku tapi aku buat-buat macam email korang masuk spam box je...

Ataupun hari ini dan esok, korang ada YM atau Skype aku tapi aku buat-buat macam aku dah stealth setting untuk block message daripada korang je...

Ataupun hari ini dan esok, sesiapa suruh aku buat itu, ini atau buat kerja itu, ini tapi aku buat macam aku tak faham bahasa melayu atau bahasa inggeris je...

Hari ini dan esok, memang hari aku buat bodoh. Hari aku buat-buat blur. Sebagaimana company aku sekarang buat bodoh dengan aku! Sebagaimana company aku sekarang buat blur dengan pembayaran bonus dan tunggakan kenaikan gaji tahunan aku.

Aku dah switched off anything to do with the current company I'm working with. The same way they switched me off from their radar the moment I submitted my resignation letter.

And it's just a matter of time bila aku akan erase the past 2 1/2-year experience working with this company from my CV.

And if there's any way this current company has a dealing with the new company I'll be working with, and I've got a hand on the dealing, I'll make sure this current company will get the least favorable treatment possible.



Friday, April 11, 2008

Thank god, it's F***ay


Orang dulu-dulu kata jangan suka ketuk-ketuk kepala. Nanti jadi bodoh. Tapi kalau dah terketuk kepala tu, hentak dagu ke atas dengan buku lima. Supaya ilmu-ilmu yang keluar kesan hentukan di kepala tadi, akan masuk semula ikut dagu.

Ye ke?

Aku ikut je. Pandai jugaklah aku ni... hahahahha...

video

Have a good weekend! And good sleep... jangan kacau-kacau orang lain tidur ha!


Thursday, April 10, 2008

Kereta phewwiiiiiittttt...


Ada sebuah kereta Kancil silver. Parking di basement apartment aku, sebelah parking lot aku.

Asal aku berjalan sebelah kereta Kancil tu je, dia bunyi. Asal aku tutup pintu kereta aku je, dia bunyi. Kadang-kadang amusing, kadang-kadang annoying.

Sampai satu ketika tu, aku plan nak beli toy arnab main drum macam iklan duracell tu. Aku nak letak bawah kereta Kancil tu. And by the time, battery duracell dah habis power, battery kereta Kancil tu pun akan 'kong'. Tapi itu plan saje lah.

Tapi, dua tiga hari kebelakangan ni, aku ada cara baru. Cara yang tak merugikan wang dan masa aku. Aku harap lepas seminggu dua ni, battery kereta tu akan 'kong' jugak.

Setiap pagi, bila aku berjalan ke kereta aku dan lalu sebelah kereta Kancil tu, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat. Kemudian, aku masuk kereta dan tutup pintu kereta aku, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat lagi.

Aku start enjin kereta aku, alarm Kancil tu akan berbunyi lagi selama 20 saat. Sementara aku menunggu enjin kereta aku panas (dalam 4-5 minit), aku akan tekan pedal minyak kereta aku sampai kereta aku mengaum. Sekali kereta aku mengaum, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat.

So, aku akan tekan pedal minyak kereta aku setiap 20 saat supaya alarm Kancil tu akan berbunyi berterusan selama 5 minit, a good 5 minutes! Bila enjin kereta aku dah cukup panas, aku akan tekan pedal minyak kereta aku, sebelum aku tinggalkan parking dengan alarm Kancil tu berbunyi untuk 20 saat lagi.

Kita tengoklah nanti selepas seminggu dua, berbunyi lagi tak alarm Kancil tu.


Wednesday, April 09, 2008

Raksasa Gorgon terbang?


Korang ingat tak raksasa Gorgon? Aku try search image dia tapi tak jumpa. Dipendekkan cerita, raksasa Gorgon ni hodoh gila, muka evil, terrible and loud-roaring. Dipendekkan cerita lagi, adalah seorang member aku kat PPP/ITM dulu nih, nicknamenya Gorgok (mengambil sempena nama Gorgon, one of the reasonsnya sebab "loud roaring"lah. Bab hodoh, muka evil tu... no komen sebab bak kata kiahronggeng, semua orang hensem... emmmm).

------------------------------

Satu ketika dalam tahun 1996, kecoh bila MARA ubah polisi untuk hanya menghantar students with CGPA 3.0 and above ke luar negara. Sedangkan JPA masih mengekalkan polisi CGPA 2.5 and above.

So, ramailah budak-budak MARA yang struggle untuk inflate CGPA diorang. Dan ramailah yang kantoi, tak boleh 'fly' on-time.

------------------------------

(cerita ini diceritakan kepada aku, tak tahulah samada mitos atau benar)
Satu weekend yang hening dan sunyi, tengah lepak ramai-ramai dalam bilik tah siapa. Tak banyak dialog waktu tu. Tiba-tiba Gorgok masuk ke bilik tu, dan seperti biasa memecah keheningan dan kesunyian petang tu.

Gorgok, pelajar tajaan MARA yang affected dengan polisi baru tu, berkata (aku rasa lebih kepada menjerit tu)...
"Kalau aku jadi Menteri Pelajaran, budak-budak yang aku pilih untuk 'fly' (further studies kat oversea) ni, budak-budak yang cun-cun dan yang hensem-hensem je..."

Selalunya orang tak berapa nak sanggah kenyataan Gorgok ni untuk mengelakkan gempa bumi dan ribut taufan. Tapi hari tu ada pulak suara yang berani membalas kenyataan Gorgok...
"Kalau macam tu, sure kau tak boleh 'fly' punya!"

------------------------------

Dipendekkan cerita, raksasa Gorgon (raksasa Gorgon, bukan Gorgok) ni hodoh gila, muka evil, terrible and loud-roaring.


Tuesday, April 08, 2008

Bilang sayang sayang...


Life is like a song
S.M.S. - Ria Amelia

"Bang sms siapa itu bang? Bang, pesannya pake sayang sayang..."

------------------------------

Soalan aku: Apakah sms yang korang pernah saved, yang paling korang rasa, tak payah save pun takpe?

Pandangan aku:
Biasanya kan, kita save sms yang special laa contohnya, "Happy birthday, sayang! I wish you bla bla bla..." especially sms yang datang dari orang yang special lah kan?

Tapi, bila aku check message box handphone kawan aku ni, ada satu sms tu yang dia saved, tulis "k" je. Apa barang sms satu huruf pun nak save ke?!

Dia kata itu sms dari awek dia laa...

Ooooooooooooooooooo....

------------------------------

"Mulai dari sekarang, hp aku yang pegang..."


Monday, April 07, 2008

Manual atau otomatik?


Korang pernah tak dengar joke yang berkisar kepada seorang suami cuci baju secara manual atau secara otomatik?

------------------------------

Aku jalan-jalan di Tesco. Adalah mini bazaar kat ground floor Tesco tu. Sewaktu aku sedang usha-usha awek-awek jual carpet dari Iran tu, ada seorang amoi sapa aku, "Incik... incik ada pasang aircond? Mau cuci sendiri ka?"

Aku jawab, "Tak mau laa cuci sendiri. Letih laa..."

Amoi tu bidas, "Senang saja incik, sekijap saja. Lagi boleh jimat duit."

Aku melibas, "Lagipun, kalau semua saya bikin, air cond pun saya sendiri cuci, kesian sama orang buat air-cond service. Mana diorang boleh cari makan. Siapa mau kasi bini, anak-anak diorang makan. Nanti masuk itu Bersamamu, macam mana?"

Amoi tak puas hati, "Tapi incik, ini cuci sendiri incik boleh bikin selalu, tak perlu panggil service datang, hari kilija pun incik boleh cuci."

Aku pun jawab, "Saya lupa laa amoi, rumah saya belum pasang aircond. Memang saya ada plan mau pasang itu hari tapi tak jadi sebab bonus saya belum masuklah amoi."

Amoi tu pun fed-up, tak puas hati dengan aku, "Ok lah thank you!" Muka dia memang tak puas hati betul dengan aku, tambah pulak aku sengih-sengih kat dia.

Aku terus sambung usha awek-awek jual carpet dari Iran tu.


Friday, April 04, 2008

Ibarat air ke daun keladi


Life is like title of a song
Kau Ilhamku - Man Bai

Kadang-kadang idea memblogging ni datang sewaktu aku mandi, ketika aku sedap menggosok badan dan anggota-anggota badan aku, sulit atau tidak. Kadang-kadang idea memblogging datang sewaktu aku menyahut seruan alam (nature's call).

Tetapi selalunya cara paling senang idea memblogging datang ialah dengan keluar dari pejabat tepat pada waktunya, hit the road dan terperangkap dalam jem di Federal Highway. Perjalanan dari Kerinchi ke Shah Alam sejauh 17km kebiasaannya mengambil masa 50 hingga 75 minit di waktu puncak.

Memang waktu macam tu, idea datang mencurah-curah. Sampaikan tengok ekzos kereta depan pun aku dapat ilham.

Tapi, masalahnya idea-idea ni tak sempat aku nak rekodkan sebab aku belum acquire skill menulis sambil memandu. Dan satu lagi masalah aku, bila aku ternampak je awek cun memandu atau dipandu dalam kereta sebelah, idea-idea yang mencurah-curah tadi hilang. Seperti dicurah-curah ke daun keladi. Dah kalau jadi macam tu, sampai rumah je, aku dah takde pulak idea nak update blog.

Korang rasa wajarkah aku harungi (meranduk) jem hanya untuk mencari idea nak update blog?

Takpun korang rasa wajarkah aku car pool je dengan awek cun yang aku selalu terpandang dalam kereta sebelah? Dapat juga aku suruh dia catit idea yang datang mencurah-curah sambil aku mencurahkan kasih dan sayang kepada dia, kan?

Anyway, hari ni aku nak keluar ofis on-time, nak harungi jem dan ikut rapat-rapat kereta awek cun sampai depan pintu rumah dia. Ok tak?!

Have a good weekend!


Thursday, April 03, 2008

Swimming in San Alfonso Del Mar Resort


Normally I don't turned on by forwarded mails. But this is really cool and worth noting! If you've read this somewhere, just ignore it. I just want to keep it somewhere for me to appreciate it later.



If you like doing laps in the swimming pool, you might want to stock up on the energy drinks before diving in to this one. It is more than 1,000 yards long, covers 20 acres, had a 115ft deep end and holds 66 million gallons of water.

Yesterday the Guinness Book of Records named the vast pool beside the sea in Chile as the biggest in the world.

But if you fancy splashing out on one of your own - and you have the space to accommodate it - then beware: This one took five years to build, cost nearly 1billion and the annual maintenance bill will be 2million.

The man-made saltwater lagoon has been attracting huge crowds to the San Alfonso Del Mar resort at Algarrobo, on Chile's southern coast, since it opened last month. Its turquoise waters are so crystal clear that you can see the bottom even in the deep end.

It dwarfs the world's second biggest pool, the Orthlieb - nicknamed the Big Splash – in Morocco, which is a mere 150 yards long and 100 yards wide. An Olympicsize pool measures some 50 yards by 25 yards.

Chile's monster pool uses a computer-controlled suction and filtration system to keep fresh seawater in permanent circulation, drawing it in from the ocean at one end and pumping it out at the other. The sun warms the water to 26c, nine degrees warmer than the adjoining sea.

Chilean biochemist Fernando Fischmann, whose Crystal Lagoons Corporation designed the pool, said advanced engineering meant his company could build "an impressive artificial paradise" even in inhospitable areas. "As long as we have access to unlimited seawater, we can make it work, and it causes no damage to the ocean."

For more pictures, click here. Please pay extra attention to picture 4 of 11 and picture 6 of 11. A very nice view, mesti korang suka. Hahahaha...

For more information on the resort, visit its official website here, and click at "live Camera" or here to view the resort live.


Wednesday, April 02, 2008

Afundi Sufiah


Terdengar borakan-borakan lelaki-lelaki macho bermisai dan berseluar di atas pusat yang akan menjadi simbol kejantanan lelaki-lelaki Sintok (ini personal joke aku dengan delinn; angah dan poii please read between the line tiga jari ok... hahahaha). Walaupun macho, bermisai dan mungkin perut six-pack atau setidak-tidaknya one-pack, mereka tetap marhaen, berbicara tentang AFundi.

AFundi Lufya yang banyak kedengaran. Mungkin kerana sikap Lufya yang banyak bertanya termasuk permintaan supaya cikgu Siti Hajar menjadi lebih garang. Atau keterbukaannya untuk belajar mengaji dengan Saida oklah tew! Atau mungkin juga gelekannya sewaktu menyanyi lagu dangdut Cintaku Seratus Persen.

Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan berita budak pandai tingkat 4 PM's office, Sufiah yang telah mendapat tempat belajar di Oxford ketika berusia 13 tahun. Aku rasa kalau bapak Sufiah ni orang kuat BN, mesti KJ dah lama kahwin dengan dia nih.

Salah satu persoalan di kalangan ibu bapa, mungkin... "how much can you push your kids academically?"

Ok, apa kata baca buku Gifted oleh Nikita Lalwani. Antaranya, Lalwani menulis...

"Rumika longs for normalcy, but as she is forced to study ever harder, her relationship with her cold and scornful father deteriorates further, and her isolation from her friends increase. As she enters adolescence, she has to carve some freedom for herself, but ends up doing things that are risky and stupid – shop lifting, calling the emergency services just because she wants to speak to someone, and harming herself."

"Rumika’s mum, Shreene, is caught up in traditional notions of propriety, and finds it difficult to navigate the compromises that must be made, not only to adapt to British society but also to be able to understand her daughter."

(nota: Rumika adalah karakter utama dalam Gifted)

Untuk review lengkap, sila baca tulisan Dangerous Talent oleh Sharon Bakar.

Kalau ok, sila cari di kedai-kedai buku, beli, simpan dan jadikan panduan untuk membesarkan anak-anak. Kalau best, beritahu kawan-kawan atau mungkin juga boleh share bersama kawan-kawan atau orang yang disayangi.

Aku pun macam rasa nak beli buku ni. Walaupun aku takde anak lagi, tapi aku boleh share untuk parents aku baca, sebab anak parents aku ni kan gifted.



Tuesday, April 01, 2008

Enzime jari


Hari semalam, aku lunch di Plaza Junction. Aku makan nasi putih, ikan kayu goreng, sayur kangkong goreng belacan, kuah lemak ikan patin dan ulam-ulaman selain tempe, untuk mengekalkan kejelitaan aku.

Seperti biasalah aku makan dengan tangan, sebab enzime pencerna makanan yang membantu proses penghadaman makanan yang terdapat secara banyaknya pada celah-celah jari ni.

Tengah sedap aku menyental, ketiak sebelah kiri aku gatal. Gatal seperti terasa ada tungau yang melekat kat ketiak aku. Tungau yang dulu ada dua tiga kali melekat kat skrotum aku akibat berguling di padang tanpa berseluar dalam.

Aku cuba garu ketiak kiri aku dengan tangan kiri aku yang bersih. Tak kesampaian. hanya ibu jari tangan kiri aku je yang dapat sipi-sipi menggaru tempat yang aku gatal tu. Tapi masih tak puas, ketiak aku masih gatal.

Aku cepatkan suapan aku. Supaya cepat habis nasi aku di pinggan. Supaya cepat aku basuh tangan. Dan supaya cepat juga aku garu ketiak aku. Hilang rasa nikmat makan tengahari tu.

Lepas aku basuh tangan je, aku pun menggaru.... nikmatnya tak terhingga. Kiranya, enzime penghadaman tadi tak sempat masuk mulut aku sebab jadi laju aku makan nasi. Sebaliknya, enzime tu semua mengalir ke arah ketiak aku.

Waktu tengah makan tu, aku nak je mintak tolong lunch partner aku tolong garukan ketiak aku. Kalau awek aku, memang aku suruh je dia garu ketiak aku. Dah tentulah awek aku stylo makan guna sudu garpu kan? Kalau aku nak suruh dia garu sepanjang masa aku makan tengahari pun, takde masalah kan? Masalahnya, Ombak jadi lunch partner aku, hari semalam.

Alahai...


Related Posts with Thumbnails