Friday, January 18, 2008

Pegangan berani-Rani


Cerita tentang down, down ni...

Aku teringat dulu waktu tunggu results SPM, aku kerja di sebuah pusat membeli, lepas bayar belah. Aku teringat si Rani, perempuan India, boleh tahan lawa (bukan versi Tok Rimau*). Dia ni supervisor aku atau nama komersilnya, Buyer, di Gents' Department. Dia memang selalu sibuk, buat paperworks ke check stock ke aku pun tak tau. Aku dengan Ah Leong kerja shift siang, sibuk juga. Sibuk lipat kain, baju-baju yang pelanggan-pelanggan sepah-sepahkan.

Paling aku tak suka, lipat seluar dalam yang dah disepah-sepahkan, lipat elok-elok, cantik-cantik nak masukkan ke dalam kotaknya semula. Ada juga pelanggan yang buka kotak seluar dalam, di 'mix and match'kan dengan seluar dalam kotak yang lain untuk dapatkan combination warna-warna seluar dalam kesukaan dia.

Aku selalu berdoa supaya saiz seluar dalam yang dia dapat tu pun 'mix and match', sehelai S, sehelai XL, sehelai XXL. Bila dia datang nak tukar, aku akan cakap dengan riaknya, "Underwear cannot change, cannot return!" Tapi tak pernah pun sesiapa datang tukar saiz seluar dalam. Hmmm...

Okay, sambung cerita Rani tadi...
Selalu jugak dia dapat phone calls. Pantang berdering je telefon, aku dengan Ah Leong akan bergeragaslah jawab. Selalunya, dialog kami, "You hold on. Rani!!! Call for you..." dan bergeragas jugalah Rani datang menjawab phone call tu.

Suatu hari...
Secara ketidakbiasaannya, Rani duduk dekat dengan telefon. Aku dengan Ah Leong ada juga dekat-dekat situ. Telefon berdering. Dengan mesranya, Rani menjawab, "Hellooo... Rani speaking. (senyap 2 saat). You HOLD DOWN, please... Ah Leong, for you..."

Ah Leong tengok aku, dia senyum. Aku tengok Rani, aku sengeh. Ah Leong tanya, "Rani, lu suruh dia pegang apa?" .


Auuuuuwwwwwwwwwwwwww, berbintat lengan aku, bukannya Ah Leong. Dicubit Rani.


Itu cerita cubit-cubitan sewaktu kerja part time, belum lagi cerita aku part time sewaktu kerja senggol-senggolan...



==
* Tok Rimau kata: Biasanya bila jumpa soalan ini (cun atau tidak?), empunya cerita akan jawab "Boleh Tahan." Maksudnya tidak lawalah tu. Orang Melayu memang cakap berlapis. Tidak jujur. Kalau lawa dia akan kata, "Tak boleh tahan." (Ayah Kita Bos, ms 35)


9 comments:

Brother Lans said...

Rol aslkum. Waaaaah, dpt 'goyang gerudi' atas pentas ke dgn Mas Idayu?:-) Pasti tak lena tidur malam tu *tak tau lah tak dpt tidur pasal sakit pinggang berdangduts atau pasal teringats renungan Mas Idayu* hehehe!

Elf said...

Aku masih lagi speku tentang kenapa Deo pakai Pouch kat depan tuh masa goyang gerudi..

Hmmmmmm....

deOughtred said...

brother lans,
salam... tak boleh lena tidur itu orang kena kejar dengan along. Ni lagi lena tidur sebab kena kejar dengan kak long! hahahahah

elf,
kalau kau biasa pergi strip bar, orang akan selit duit kat stripper-stripper tu kan... haaa... aaa... aaa...

sity29 said...

aku ingat ko nak cerita pegangan tangan yang berani ehhehe :P

skali cerita pegangan berani Rani
ehehehe

stripper? awwwwwwwwwww
jom gi bangkok jom!!!

Elf said...

Deo, aku bukan speku yang itu..hahahahahahahahaha............

*kepada org lain, YM aku untuk tau apadia..wakakaka..

MalimKundang said...

he hee.. yang tengah gelek tuh Deo ghupanya yer... hehehe.. elf aku tau nape Deo tutup depan tuh pakai pouch.. opssss *petirrrrrr

deOughtred said...

sity29,
cerita tu... err... tak boleh kat sini, takut ada pembaca hantu. kena cerita dalam email je, hantar kat semuorang yang dalam mailing list aku... hahahah.. pastu nanti aku tanya, "what's in your inbox? my f*@ck&ng email!" hahahahha

elf,
i like... jadi pusat spekulasi...

malimkundang,
kena panah petir ke? hahahah maybe antenna aku takde penebat kilat!

exit 135 said...

the store ke super kinta?
bukak lagik ke super kinta tu?

deOughtred said...

exit 135,
bro, the store laa dulu. super kinta dah tutup tak tau buat apa tah sekarang... yang pasti yik foong ada lagi hahaha temepat bertendang main game.

Related Posts with Thumbnails