Tuesday, September 30, 2008

Puasa hari ke-last


Ini hari last puasa ini tahun. Yabedabedouuu... ooppsss... Dalam satu tazkirah tu, ustaz tu cakap orang kita ni terbalik. Puasa yang last, kita happy. Pastu raya, kita sedih pulak especially bila dengar takbir raya tu. Sepatutnya last puasa kita sedih dan raya kita bergembira. So, aku pun mood sedih gak lah ni last puasa. Tapi, kalau korang yang jauh di perantauan, nak sedih waktu takbir raya tu, can't help it laa kan. Heheheh...

Anyway, aku dah selamat tiba kat Ipoh. Arrived waktu sahur pagi Ahad. Aku gerak dari SA jam 1.30 pagi. Tu pun dua kali aku stop lama sikit sebab nak delaykan sampai Ipoh. Tak nak lah aku kejutkan mak and pak aku bangun. Biar aku sampai ngam-ngam diorang bangun sahur.

Waktu kat SA, sempatlah aku jumpa few good friends yang tak balik kampung lagi. Aku ni time bersalam-salam raya ni mulalah tangkap syahdu especially dengan yang rapat dengan aku. Kalau aku buat-buat 'not see eye to eye' tu dan tunduk je pandang ke tangan yang bersalaman, maksudnya dah berkaca-kaca laa air mata aku tu. Hahahaha...

Last lap puasa ni, seperti diduga lah.. punyalah jenuh aku nak habiskan. Aduuuhhhh dengan kerja yang slowing down, lebih banyak melepek kat ofis je, tu yang buat aku letih tu. Dengan agak-agak malas dah nak bangun sahurnya. Dengan berkejar ke sana ke sini memenuhi tuntutan-tuntutan terakhir nak raya ni. Dengan traveling nya.

Cuma, tahun ni banyak perbezaan pada diri aku dan keseluruhan puasa laa, aku rasa. First of all, masjid-masjid yang aku pergi terawih, relatively masih ramai jemaah after the second week. Alhamdulillah. Aku pun bangun sahur almost every night. Aku sekali pun tak jejak ke Param, which kalau aku jadi menteri berkenaan, akan aku haramkan je. Terawih, tak dapat tiap malam le... aduuuhhh. Cuma, aku rasa aku lebih tawadduq last year laa dari this year. Tahun ni, sekali je aku qiyamullail, tu pun waktu driving nak balik Ipoh, pasang bacaan Quran je. Hiks!

Semalam, aku baru terfikir, sebenarnya dah 5 tahun berturut-turut aku puasa di tempat kerja yang lain. 2004 itu tahun terakhir aku puasa di Shah Alam. 2005 sempat aku berpuasa waktu kerja kejap kat Jln Sultan Ismail, which aku lebih banyak berbuka dalam kereta je on the way balik SA. 2006 aku di Cyberjaya. 2007 aku kat Menara TM. 2008 aku kat JB. 2009 kat mana lah pulak aku puasa agaknya.

Ok, cerita nak raya pulak...

Semalam, pagi-pagi lagi aku dah bawak mak aku buat last lap meround kat Rainbow. Sampai ke rumah pulak dan membawa ke waktu berbuka puasa, aku kena kontrak bahagian pasang memasang langsir. Jenuh laaa dengan adik aku yang kat KL tu malam raya baru tiba (escape laa tu), tinggal aku dengan adik bongsu aku je nih untuk buat kerja-kerja anak dara tahun ni.

Inilah kekurangan punya adik-beradik yang tak berapa ramai. Dah le tu, 4/5 nya lelaki.... hari ni, sambung lagi lah bersih-bersihkan rumah. Petang, acara memasak laa kot. Pak aku, seperti biasa, akan jadi Lead Chef. Akun harap-harap tak terlead tidur je dah le. Hahaha.. ye laa kadang-kadang tu pak aku ni bukan percaya kitorang nak tolong-tolong dia ni, nak tolong basuh ayam pun, nanti dia kata, "tepi, tepi... biar pak buat." Haaa.. anak-anak dara yang malas nak ke dapur tu, carilah suami yang bapaknya rajin macam pak aku. Kekekekeke

Plan raya...
Raya ni belum ada concrete itinerary lagi. Bunyi-bunyinya macam nak gerak ke rumah Opah aku kat Grik, then to Prai rumah Maksu aku macam biasa. Aku on je nak ke mana pun. Kalau mak and pak aku berdulang-dulang nak ajak ke Taiping rumah Ky pun ok, nak ke Tambun rumah Delinn pun aku ok je. Heheheh... dan ini message khas untuk Jijo (first time aku dedicate special message untuk Jijo ni): Aku belum sure bila sampai Kg Jawa tu. Nanti aku calling.

So, aku harap korang semua pun dah menjalani ibadat puasa dengan jayanya. Dan untuk raya pun hopefully dah bersiap-siap dah ni. Let's pray semoga kita dapat berjumpa lagi puasa tahun depan ok.


Thursday, September 25, 2008

Puasa enam hari lagi


Bangun sahur ni umpama orang mengantuk (baca: kita di rumah mak/pak kita ataupun housemate aku) disorongkan nasi dalam pinggan. Lepas makan, umpama orang kenyang disorongkan bantal.

Tapi, aku lain sikit tahun ni. Tahun ni banyak yang umpama orang mengantuk disorongkan kuali. Lepas makan pulak, umpama orang kenyang disorongkan Berry. Elok pulak rhyme kuali dan Berry ek?.

Kalau dah mengantuk disorongkan kuali, ada je lah yang tak kenanya. Sedangkan ibu beranak dua yang hari-hari masak (hari-hari ke?) pun tersilap masukkan serbuk kunyit instead of serbuk kari. Inikan pulak aku, kan? Hehehehe..

Tapi accidents aku tak laa major sangat. Ada sekali tu plan nak goreng nasi. Siap waktu berbuka tu, aku pesan kat housemate aku supaya jangan order nasi goreng waktu berbuka sebab sahur nanti aku nak buat nasi goreng.

Sebabkan malas nak berperisakan ikan bilis ke atau nak tumbuk bawang ke cili ke, aku perisakan nasi goreng aku dengan serbuk perisa sayur goreng je lah. Alih-alih waktu nak tuang tu, aku tertuang ikut lubang besar instead of lubang kecik-kecik yang sprinkle sprinkle tu.

Nahhh setambun laaa serbuk perisa dalam kuali tu. Lepas aku dah jenuh kaut buang serbuk perisa yang excessive tu, aku continue laa goreng nasi. Aku rasa, ok je tak masin sangat. Dah bubuh dalam pinggan, mak aiiiiiii masinnya.

Dan jenuhlah aku paksa housemate aku makan nasi goreng dengan seunding. Sebab serunding tu manis sikit so dia potong lah rasa masin tu. Dah, housemate aku umpama orang mengantuk disorongkan nasi, dia pun bedal laa serunding tu makan dengan nasi goreng. Hehehehehe

Pagi tadi, bangun-bangun je aku potong kacang buncit. Dah siap tumis-tumis, aku masukkan kacang buncis yang telah dipotong ye, puan-puan (suara sengau sikit macam Chef W*n). Waktu tengah goreng sayur tu, dalam kekelabuan pandangan aku, aku tengok apalah yang lainnya kacang buncis aku ni?

Rupanya, ada dua batang lagi aku tak potong. Panjaaaangggg je menjulur. Nasiblah kacang buncis, bukan kacang panjang. Dan nasiblah aku perasan sebelum dihidangkan so, sempat lagilah nak perelok.

Alaaa after all, hidangkan kat housemate je dak? Kalau aku tak goreng kacang buncis tu, aku basuh je dan hidangkan sebatang-sebatang pun, housemate aku makan rasanya. Heheheheh...


Wednesday, September 24, 2008

Puasa tujuh hari lagi


Delinn tanya aku, apa perasaan aku ada housemate setelah sekian lama duk sendirian? Sejak aku ada housemate di JB, frankly I've never given any thought about it. Maksud aku, aku tak pernah fikir jawapan kepada soalan tu.

Sebelum pindah JB, cuak gak aku nak ada housemate ni. Macam-macam bermain di fikiran aku. Walaupun housemate aku ni satu sekolah, lain batch dengan aku, tapi aku tak ingat aku kenal dia dulu. So, aku kenal housemate aku ni pun sejak aku join company baru ni lah, dalam 3 bulan sebelum jadi housemate aku.

Aku terfikir pulak, macam mana lah gayanya dah tua-tua nak ada housemate kan? Kalau roommate tu, atau bedmate tu, lain cerita kan? Heheheh... tapi kesimpulannya, aku can get along well laa dengan housemate aku. Sekepala jugak laa jenis can laugh to the same jokes, berita cina kat tv pun boleh sama-sama tengok. Wakakakak..

Cuma, dekat-dekat nak puasa hari tu housemate aku cakap, dia bangun sahur tapi dia tak masak, even nasi pun dia tak masak. Aiyooo... aku dah le punya lama tak masak, dah lost touch dah skills memasak aku ni. Ekekekek... Teruslah bermain di kepala aku, menu-menu sahur yang akan aku prepare.

Tapi, nasiblah lepas tu housemate aku cakap, telur goreng dengan kicap pun ok. Perghh... senang lah macam tu aku nak fikir menu sahur, hari ni telur masak apa, esok telur masak itu, lusa telur gaya ini... tapi takde lah hari-hari teluuuurrrrr je, aku gorenglah jugak sayur.

Pastu, dah jadi macam satu tanggungjawab ke atas housemate laa pulak aku nak siapkan sahur ni. *mode housemate mithali ni* Nasiblah housemate aku dah pandai masak nasi. Ekekekek... tapi aku kena jugaklah fikir nak meramaikan dan menyemarakkan juadah bersahur kan? Tapi kalau tak tercapai akal aku ni, back to basics lah jawabnya, telur mata kerbau dengan kicap.

Bila aku baca ada entry blog pasal bersahur ni, usually mak/pak kita akan make sure kita makan kenyang-kenyang supaya esok tak lapar. Selalunya housemate aku akan sendukkan nasi ke dalam pinggan. Tapi kelmarin dia bangun lambat sikit, aku lah yang sendukkan nasi. Nah... ada lima ke enam ke tujuh senduk aku buh dalam pinggan dia. "Nak bagi makan kenyang-kenyang, supaya esok tak lapar, tak letih..."

Alih-alih, housemate aku kata, "banyaknya nasi... aku selalu sahur makan dua tiga suap je..." Semalam, dia masak nasi cukup-cukup untuk tiga senduk sorang. Adehhh... letih dan lapar laaa aku nanti... Hehehehe... So, kesimpulannya phrase "makan kenyang-kenyang, supaya esok tak lapar, tak letih..." tu tak boleh dipakai kepada orang dewasa, ye.


Tuesday, September 23, 2008

Puasa lapan hari lagi


Kalau korang biasa buat aerobik kan, diorang akan kira satu sampai lapan. Lepas kiraan lapan tu, kena ulang balik. Macam ni... "one, two, three, four, five, six, seven, eight and again, two, three, four, five, six, seven, eight and again, two..." sampailah kerempot urat belurat korang.

Nasiblah puasa bila dah tinggal lapan hari tak kena ulang balik, kan? Jenuh laa tak habis-habis. Tapi awek-awek yang tiga minggu pertama puasa penuh tu, ada harapan laaa lapan hari terakhir ni tak puasa. Tapi takpe, korang tak payah pening-pening. Raya, raya jugak. Baju raya empat lima pasang yang korang tempah, korang boleh melaram. Bulan Syaaban 1430H nanti korang ganti laaa, awal-awal ganti buatpe kan? Last-last minute baru meriah kan? Ekekekeke....

Anyway, aku dah mood raya sesangat ni. Jenuhlah nak menghabiskan satu dua meeting. Nasiblah ada sesatu, sedua meeting je minggu ni. Semalam aku dah siap gosok baju-baju aku yang akan dipakai minggu raya nanti. Aku dah tau dah, Rabu pakai baju mana, Khamis baju apa, Jumaat baju melayu tahun lepas sebab nak solat Jumaat, Sabtu yang mana, Ahad yang lain pulak, Isnin yang tak berapa glams sebab dah nak balik SA, Selasa lagi tak glams sebab nak balik JB. Tinggal nak packing masuk dalam beg je, aku punya pakaian-pakaian dalam, samping-samping, kain-kain pelikat, butang-butang baju melayu. Itu dalam minggu ni lah aku buat.

So, aku dah mood raya sesangat dah ni. Nak menaip apa kat blog ni pun dah tak berapa semangat dah. Lagipun, life last lap puasa ni sama je day in and day out, nothing special. Pastu aku rasa macam esok je hari raya. Tapi, kalau esok hari raya jenuh jugak laa kipas tak dicuci lagi, sarung kusyen tak diganti lagi, langsir lama tak diturunkan lagi, lantai tak dimop lagi, carpet tak divacuum lagi...

Tapi kalau esok hari raya, kenapa aku tak dengar lagi bunyi mercun ni? Orang JB tak main mercun ke?


Sunday, September 21, 2008

Puasa sepuluh hari lagi


Puasa last lap!

Aku ingat dulu-dulu zaman aku lari pakai spike shoes sponsor/loan sekolah punya. Kalau tak. wakil sekolah track and field, tak dapat privilege loan spike shoes tu. Hehehehe...

Kalau lari 4x400m tu, last lap (last 100m) tu lah yang paling menyiksakan badan. Mana dengan semputnya especially kalau silap pacing waktu first 300m, mana dengan kau tengok nun di finishing line next runner tengah melambai-lambai kat kau suruh laju lagi nak pass baton.

Itu aku panggil last lap pressure. Apa-apa kerja pun, aku rasa mesti ada last lap pressure. Nak exam pun, yang seseminggu nak exam tu lah yang pressure. Nak kawen pun sesebulan sebelum tarikh tu lah yang pressure.

But, hopefully last lap puasa ni kita dah tak pressure lagi dalam menjalani ibadah puasa. Hopefully lagi kacang laa. Senang nak bangun sahur, senang nak berterawih, 23 rakaat tu pejam sebelah mata je laa. Insyaallah...

Tapi ada juga pressurenya dak? Contohnya, yang pressure try buat kuih tak menjadi-jadi, jenuh laaa cari resepi kat internet. Yang ambik upah menjahit baju, dengan banyaknya baju tak siap lagi, customers dah calling-calling track progress (macam PMO pulak, tempah baju pun ada tracking).

Aku pressure gak semalam. Antara nak beli ke tak baju raya jalan-jalan. Baju yang aku beli kat Bandung last year pun elok lagi, jarang pun dipakai. Tapi nak laa juga seselai dua baju baru, kan? As a reward for a one good year. Tak kuasa dek non... dah tua-tua pun pressure nak beli baju raya. Ekekekekke....

Anyway, aku ke The Zon for the first time, semalam. Tershopping gak laa jadinya aku. Ingatkan nak gi usha-usha je tapi aku beli terus lah sebab semalam ada 1-day crazy sale, diorang up 10% discount from existing discount. Pressure lah aku kan, kalau tak beli dan dan tu jugak. Banyak tu additional 10% discount.

Aku beli sekali slacks buat pakai kerja, in anticipation banyak seluar aku yang tak muat nak pakai lepas raya ni. Lepas bayar tu, aku request potong kaki seluar tu. Dah awek tu kata lambat sikit sebab sibuk, dalam 30 minit. Dah aku pressure jadinya sebab 30 minit tu dah masuk time berbuka tu.

Itulah jadinya sebab shopping last lap sebelum berbuka. Nasib baik lah dalam 10 minit je jahitnya. Elok juga 10 minit. Buatnya 30 minit, ada aku terembat lagi seselai dua baju yang aku tengah belek-belek waktu tunggu seluar aku dijahit tu.

Lepas siap je seluar aku, zasss aku keluar nak cari port nak berbuka. Pressure sekali lagi jadinya sebab aku tak tau jalan keluar dari The Zon tu. Berpusing-pusing jadinya sebab aku ingatkan jalan keluar dia tu jalan nak masuk Singapore. Siap ada pegawai kastam jaga. Lorong-lorong dia pun macam kat sempadan Aku dah le tak bawak passport. Rupanya betul laa itu jalan keluarnya. Ish!

Aku berbuka puasa kat Restoran Enam Puluhan je makan mi rebus Stulang. Korang tengok, kat JB ni life macam VIP. Dah masuk waktu berbuka pun, ada je meja kosong yang menanti. Tak payah buat reservation pun. Makan sekejap, zassss aku ke masjid negeri yang on the other end of the main road. Sempat je, macam ada outriders je escort. Kalau kat KL tu, mau abis Imsak pun tak sampai lagi tu.

Ok, selamat berlast lap!


Friday, September 19, 2008

Puasa duabelas hari lagi


Dulu waktu study kat PPP/ITM Seksyen 18 Shah Alam, time banyak duit di bulan puasa, kitorang akan naik bas ke Subang Parade. Nak bukak. puasa buffet Pizza Hut. Waktu tu bayar RM15 berbaloi sebab rasanya apa yang kitorang makan bernilai RM49.99 setiap sorang. Adalah sorang 8 potong pizza sorang pelahap.

Tapi itu semua ada caranya. Tak boleh makan in one go. Kitorang akan pergi in quite a big group. Lepas azan maghrib, makan dalam 15 minit, then satu group kecik akan blah gi solat Maghrib kat Masjid Subang Jaya. The other small group sambung makan atau tunggu meja. Lepas first group balik dari masjid, swap position dengan second group, macam Pak Lah dengan Najib main swap-swap pulak. Lepas second group balik dari masjid, sambung makan balik, cover sahur sekali.

Dan sampai sekarang ni, aku tak tau surau Subang Parade tu kat ceruk mana. Sebab masjid seberang jalan je. Senang...

Sekarang ni, kalau berbuka di luar aku dah tak makan banyak macam dulu lagi. Kalau buffet Pizza Hut tu mungkin nilai makanan aku dah jadi RM9.99 je. Jadi, biasanya aku tak break untuk solat Maghrib. Aku akan makan sampai habis, lepas makan baru solat Maghrib. Tapi, rush jugak lah waktu tu, dan Maghrib aku memanglah mencecah jam 8 malam.

Semalam, aku ke Plaza Kota Raya kat tengah-tengah pusat bandaraya JB. Kagum aku, ada masjid dalam shopping complex. Bukan tahap surau! Ini masjid! Setiap minggu buat solat Jumaat. Korang bayangkan Pertama Complex kat KL tu, haa... kat tingkat 3, ada masjid. Sempoi tak?

Secanggih-canggih Bukit Bintang, yang korang agung-agungkan dengan Pavilionnya yang where Malaysians with highest GDP per capita spend (aku tak pernah sampai di Pavilion) dan sebesar-besar Berjaya Times Square yang siap ada theme park dalamnya, pun takde masjid.

Walaupun masjidnya agak kecil, tapi sungguh menyamankan, aircond sejuk, carpet tak kasar, tak bau masam. Aku diberitahu, kalau masa solat Jumaat, gerai-gerai peniaga akan ditolak ke tepi dan akan dibentangkan tikar dan sejadah untuk orang bersolat Jumaat. Aku belum cuba lagi solat Jumaat di situ.

Aku berbuka dengan bekalan air aku beli. Then, solat Maghrib berjemaah. Lepas solat, turun tangga masjid, nahh... pilih je nak makan kat kedai mana? Singgah Selalu? Sedap Corner? Makan pun boleh relax sambil menjamu selera dan mata tengok orang lalu lalang, tawar menawar harga barang.

A. Menjamu selera. Aku makan mi claypot, something like that, je semalam.
B. Menjamu mata. Tak berapa terjamu laa...
C. Gerai-gerai jual kuih-muih raya.
D. Tangga-tangga ke pintu masjid.


Selesai makan, ada masa sebelum masuk waktu Isyak. Aku jalan-jalan kejap tengok barangan yang dijual (sepatutnya aku membaca quran lah kan?). Biasa je, yang banyak dijual, kuih muih macam-macam bentuk dan rupa. Rasa mungkin sama, aku tak tau. Pakaian pun banyak. Aku tak teruja.

Proses tawar menawar di salah satu gerai kuih-muih raya. Harap-harap dah tawar-menawar tu, kuih tu tak tawar lah ye...

Tak lama lepas tu, terdengar azan Isyak dari masjid tu. Aku pun pergilah semula ke masjid tu untuk solat Isyak dan terawih. Kan senang? Makan, minum, jalan-jalan jamu mata, shopping. All in one place. Kalau tak nak pergi masjid tu awal-awal waktu azan pun takpe, sebab waktu iqamah pun kuat, satu kompleks boleh dengar. Kalau itupun awal lagi, tunggu dah "aaaamieeeennnnnn" pun sempat lagi berjemaah. Hehehehe...


Thursday, September 18, 2008

Puasa tigabelas hari lagi


Semalam, aku dapat kad raya company bagi. Komen aku, "Tak cantik! Cheapskate! Sape lah punya idea buat design kad raya macam tu? Takde unsur-unsur kekreativitian langsung. Pastu, ada pulak gambar tangan makcik yang bersalam dalam kad tu, macam tangan lelaki pun ada, macam tangan hantu pun ada." Wakakaka... Tapi, aku amik laa jugak, kan. Dah diorang nak bagi, kan? Lantak laa tak lawa pun, aku nak bagi kat orang, bukannya aku nak bagi kat diri aku sendiri, kan? Tapi, 30 keping je dapat sorang. 30 tu celah gigi je daripada jumlah peminat-peminat aku nih. Ehehehehe...

Aku tak sure samada aku ni dah tua atau has grown more IT-savvy. Yang aku tau, benda yang aku enjoy buat in previous years, i.e. hantar kad raya, kekadang sampai 50-70 keping kad raya aku hantar, dah aku tak enjoy lagi sekarang ni. There were too much hassles. Dah le benda-benda remeh, pastu kena buat dengan teliti dan dengan penuh tawwaduq keikhlasan dan kerelaan hati pulak tu.

The moment aku dapat kad raya tu, aku kena go through list of all contacts. Disebabkan aku dapat 30 keping je, aku kena select aku punya top 30 contacts lah. Pening wo... aku siap kena buat several stages of screening and elimination process. Hahahah...

Pastu kena consider few things macam how much impact the recipient tu bawa dalam hidup aku? Then, samada recipient tu personally baca ke kad aku or just secretary dia je yang baca? Pastu, kalau recipient tu baca blog aku macam korang, tak payah laa rasanya aku hantar kad raya sebab nanti aku letak virtual kad raya je kat korang. Pastu, recipient tu ingat tak nak balas kad raya aku, kalau tak tahun ni, tahun depan ke... tu semua tu kena ambil kira tu. Kekekekek...

Oleh kerana kad raya company aku tahun ni jenis bukan lipat dua je, tapi kena empat kali lipat (bukan lipat empat), so ini semua mengambil masa aku dan menensionkan aku. Lipat bukan sebarang lipat, bila dah lipat pakai tangan kena rapikan line lipatan tu pakai pen, baru cantik, tajam je lipatan tu. Kalau kad raya tu aku dapat waktu 1st Ramadhan, dan le jugak aku lipat sehari sekeping sampai 1 Syawal. Dah lipat, kena masukkan dalam sampul surat pulak.

Lepas proses tapisan contacts, proses lipatan dan kemasukkan dalam sampul surat, kenalah taip alamat diorang menggunakan Microsoft Word, kena buat table, select the most appropriate font type, size, bold ke idak, then type satu persatu alamat. Aduuuhhhh... dah siap taip, kena print the addresses tu. Lepas print, nak kena potong address labels tu. Aku malas (or tak reti sangat) guna Avery label yang macam sticker tu sebab kadang-kadang alignment lari, herot berot. Dah lagi menensionkan aku.

Dah potong siap alamat-alamat tu, kena gam pulak tampal atas setiap sampul surat. Mulalah jari aku ni melekit-lekit dengan gam. Pastu, kena bawak keluar semula kad raya tu dari sampul satu persatu. Kena tulis lah sikit-sikit. Prinsip aku, bab salutation tu kena personalize laa, macam "Assalamualaikum Cikgu Bedah," Lepas tu nak kena sign. Dah tulis dan signed, kena masukkan balik dalam sampul.

Dah siap tulis dan signed semua kad-kad tu, barulah gam sampul surat tu semua sekali. Main gam lagi aku jadinya, berbirat-birat laa meja aku kesan gam. Malas nak lapik dengan kertas sebab nanti sampul surat tu melekat pulak pada kertas lapik tu, tension pulak aku. Dah siap tu semua, kena gam stem pulak dah. Haa... yang ni aku tak buat lagi.

Tadi aku baru pergi post office BBU pos kad raya untuk kawan-kawan aku kat Indonesia dan beli stem untuk kad-kad raya yang lain. Entah bila laa aku nak mulakan proses tampal stem pulak ni? Leceh betul laaa... tahun depan aku rasa aku malas dah laa nak hantar kad raya lagi.

Nota: Kalau korang tak dapat kad raya daripada aku tahun ni, korang yakinlah pada aku yang korang tu adalah orang ke-31 dalam senarai contacts terhot aku. Korang salahkan Marketing department company aku, sebab diorang tak kasi lebih. Hahahahaha... tapi korang tetap di hati aku....


Wednesday, September 17, 2008

Puasa empatbelas hari lagi


I'm back in JB, tenang setenang tenangnya... 6.40pm baru aku keluar dari ofis cari tempat nak berbuka puasa.

Ok, ni nak cerita pasal zakat fitrah. Kalau korang follow blog ni sejak sebelum raya tahun lepas, ada satu entry aku pasal kesedihan aku waktu nak membayar zakat fitrah ni. Part paling sedih tu, waktu nak duduk kat meja amil tu. Walaupun aku dah keluar duit ngam-ngam RM5.20, amil tu still tanya aku lagi, "sorang je?" Aduuhhhh waktu tu rasa nak tangkap je mana-mana awek yang lalu kat tepi-tepi tu. Then, instead of salam nak baca niat zakat, amil tu nikahkan aku terus. Entry tu korang boleh baca kat sini

Tapi tahun ini, tidak sedih lagi! Nak tau sebab apa? Aku malas nak banyak songel, nak sentap sentap dengan amil. Aku bayar tiga sekali. Tak kiralah sesapa tanggungan aku yang lagi dua orang tu, mak dan pak aku lah yang afdal nya kan, aku bayar untuk tiga orang. Biarlah pak aku dah bayar untuk dia, aku bayar sekali lagi, takpe. Dan takde pulak amil tu tanya aku, "tiga orang je?" takde pulak. Kalau dia tanya jugak macam tu, next year masuk bulan ramadhan je, aku nak compile list kat blog ni, sape nak aku bayarkan zakat, aku bayarkan. Hehehehe...

Tahun ni, first time aku bayar zakat fitrah kat Johor. RM6.50 seorang. Mahal sikitlah dari Selangor. Yang bestnya, kalau kat Selangor tu, amil akan bagi je resit zakat tu. Tapi, yang aku bayar semalam kat Plaza Angsana, siap amil tu tulis nama aku dalam tulisan jawi kat atas resit tu. Alif zai ro wau lam ba nun ha sim nun. Klasik!

Itu je lah cerita semalam. Kalau sembang dalam phone dengan kawan-kawan, aku akan akhiri dengan ucapan, "kalau ada apa-apa, calling calling laa..." tapi dengan korang pembaca budiman, aku akhiri dengan ucapan, "kalau ada apa-apa, tinggal-tinggalkanlah komen kat comment box or kat tagboard kat sebelah kanan tu."

Ok, aku bobom jap... sedap ni tidur lepas sahur.


Tuesday, September 16, 2008

Puasa limabelas hari lagi


Aku rasa blog aku ni dah jadi macam Nek Rock's Boutique pulak. Mana taknya, aku pun hairan macam manalah diorang ni boleh sampai ke blog aku bila cari benda-benda ni...



Yang cari baju pregnant tu ok lagi, yang cari seluar dalam Que Haidar tu, apa ceritanya? Masak laa korang ni. Entah Que Haidar tak pakai seluar dalam, mana korang tau, kan?

Anyway, semalam aku busy agak gila kat office, meeting back to back dari jam 9.30 pagi membawa kepada 6.00 petang. Yang seronoknya, petang tu aku meeting dengan Director Projects. Interesting gila, ini baru aku minat, dapat tahu perkembangan projek semua tu. Lepas tu, ada pulak idea daripada Director Projects aku nak masukkan aku kat bawah one of his functions, bawah Investments. Wahh.. best tu. Macam tau-tau je diorang ni yang aku nak blah, barulah nak mengsexcitedkan life aku ni.

Siap diorang nak rope in aku dalam investment initiatives meeting dengan orang-orang projects. Yang bestnya, diorang tanya aku, nak invite si Puaka ke? Aku kata terpulanglah. Diorang kata tak payahlah, aku je cukup. Pastu diorang tanya, nanti si Puaka cakap apa-apa ke kalau aku masuk meeting tu tapi dia tak masuk (si Puaka ada request kat Director Projects aku nak masuk meeting tu sebelum ni). Aku kata, paling kuat pun dia akan cakap kat aku, "Are you trying to be a hero?" Cakap laaaa... aku sikit pun dah tak heran kat si Puaka.

Tapi aku terbersemangat jugaklah kerja jadinya sebab aku involve dengan things yang happening on the ground. Selama ni dengan si Puaka, dok buat theoretical, baselining macam cibai tak sudah-sudah, templates, terms of reference. Aduuuhhhh.... tapi, bak kata Shidee, sayang semuanya sudah terlambat... hahahahah...

Dah meeting habis jam 6 petang, nak mengejar ke KL Sentral lagi, aku ingat nak beli air dan minum dalam komuter, dalam perjalanan balik je lah ke SA. Siap berbungkus 1-foot long Subway sandwich tapi takde lah aku plan nak makan dalam komuter, just nak minum je. Rupanya dalam komuter tak boleh makan atau minum. Adehhh macam mana aku boleh terlupa. Kalau nak minum curi-curi pun, aku berdiri, tak kuasa tangan sebelah nak bukan botol air, tangan sebelah nak pegang tempat pemegang. Buatnya komuter tu sway, brek mengejut, air ke mana, bukak puasa ke mana, aku tergolek.

Sampai waktu berbuka, nak korek hidung, orang ramai. Telan air liur je lah makan hati tengok jarum jam bergerak seseminit seseminit. Tapi betul lah tak friendly komuter ni. Tak friendly kepada orang berpuasa. kekekekek...

Semalam jugak, tiba-tiba feel raya datang menderum-derum dalam diri aku ni. Tak tau laa kenapa. Mungkin feel tu datang lepas aku jumpa ex-boss aku kot. So, aku dah tukar banner blog aku ke suasana raya.

Banner tu tribute kepada Mak aku. Tu empat jenis kuih raya yang mak aku buat tahun lepas. Respect lah mak aku! Walaupun dah tak berapa larat, dah tak sebanyak not less than 10 jenis kuih raya dia buat 15-20 tahun lepas dan satu tupperware je instead of 3 balang setiap jenis kuih, mak aku still buat untuk kitorang bawak balik ke kota. Thank you, Mak! Tu tak campur ketupat daun palas dengan ketupat daun pisang lagi.

15 hari lagi berpuasa. Dalam mengejar feel/mood raya tu, amalan kita pertingkatkan, lailatul qadar kita kejar juga, ok! Wassalam.


Monday, September 15, 2008

Puasa hari ketigabelas dan keempatbelas


Biasa saje puasa aku weekend lepas, takde cerita menarik.

Jadi, meh aku nak cerita kisah appointment aku dengan ex-boss aku kat tempat kerja lama aku hari Jumaat lepas. Recap: Lepas aku jumpa Director Corp Services aku dan lepas dia cakap it's a bit difficult to transfer me internally, especially when my two VPs are resigning, aku dah tekad to find a way out. One of the ways, aku ada email kat ex-boss aku tanya possibility of returning to my old workplace.

Tapi, seminggu berlalu. Senyap je, no reply. So, sesambil tu aku cari-carilah tempat-tempat lain juga. Surprisingly, Khamis lepas waktu aku baru sampai dari JB, tengah golek-golek nak tidur, aku dapat email daripada ex-boss aku ni tanya, "What happened? :O " Dia nak aku call on Friday. Aku cakap ok, kebetulan aku ada kat KL. So, ex-boss aku suruh aku drop by kat office dia je.

Aku pun happy je, malam tu tidur lena. The next day aku kat office, dengan si Puaka pun aku boleh senyum. Colleagues aku pun pelik. Wakakaka... Then, secretary ex-boss aku called. She said, dia nampak ex-boss aku ada appointment dengan aku petang tu. She also mentioned, GM HR pun dah tau kisah aku ni. Aku tak tau mana diorang tau. Aku agak, ex-boss aku check dengan diorang procedures and HR policy kot. Company lama aku tu memang macam ni. Kucing jiran beranak pun satu company tau.

To cut the matter short, aku dengan ex-boss aku siap discuss the job scope yang aku akan assume (insyaallah), how it changed from the last time I was there and how the scope has grown bigger and the role now which is more structured than the last time. Cuma he needs time to clear with HR tentang policy of hiring resigned staff sebab katanya, staff yang amik VSS tak boleh kerja balik within three years.

Salary wise, aku tak pasti. Yang aku pasti, aku pasrah berapa aku akan dioffer nanti. Cuma, ex-boss aku nak tau my last drawn salary dulu dengan gaji+elaun sekarang. Macam kata Ombak, duit tak menjanjikan kebahagiaan. Ye ke, bro? Hehehehe...

So, aku mode tunggu je lah ni... tak tau bila aku dapat balik ke KL. Janganlah buatnya HR aku counter offer dengan mengoffer aku one of the two vacant VP posts kat aku. Haruslah aku terima offer tu. Duit menjanjikan kebahagiaan jugak, kan? *jeling kat Ombak. Aku harap semua goes well lah nanti.

Katakanlah, aku dapat dan terima offer dari company lama aku. Macam yang aku cakap kat ex-colleague aku, aku macam menghulur tengkuk aku lah. Maksudnya, tak boleh lah aku suka-suka cari kerja lain. Aku kenalah macam setia pada ex-boss aku yang ambik aku balik kan? Kena sign akujanji ni, sehidup semati, turih tangan ni berdarah-darah jadi blood brothers. Hehehehe... tapi, boleh ke kalau aku mintak nak outstation ke JB, waktu bulan puasa je? Kat KL ni, puasa karut lagi kalut laaa... hahahaha...


"Anonymous said...
Deo, mai balik KL lah Deo, dekat ngan Ipoh.....kat KL ada ayam golls, ada Limah, Angah, Yam, LB n Arc (LB nak ke german plak...)ada Jijo...tak de Ina ..(kat sintok nun...)ada Elf, sempoii dan yang seangkatan dengan nye...ada OMBAK tengah bandar...tudia....panjangnye...

September 14, 2008 8:45 AM"



"Anonymous said...
salam,
Deo, balik lah ke KL....take the offer yg kat KL....jauh la JB tu...nak blk Ipoh jengok mak/apak jauh.....blk KL k?....

ME
August 31, 2008 4:22 PM"



Tu dua comments yang aku dapat in previous entries. Insyaallah, aku akan balik kerja kat KL...



Sunday, September 14, 2008

Match Day 3: Oregon at Purdue


#16 Oregon Ducks 32
Purdue Boilermakers 26


video



(from http://www.espn.com)

LaGarrette Blount ran 3 yards for a touchdown in the second overtime to give No. 16 Oregon a come-from-behind 32-26 win over Purdue on Saturday. Oregon (3-0) trailed 20-3 early in the second quarter, but tied the game late in the third, and Purdue's Chris Summers missed a 44-yard field goal as time expired in regulation. It was Purdue's 15th consecutive loss against a ranked team.

Oregon got the ball first in overtime, and quarterback Justin Roper was stopped on a third-and-2 at the Purdue 17. Matt Evensen made a 33-yard field goal to give Oregon its first lead, 26-23. On Purdue's first play of overtime, Painter threw down the sideline for Greg Orton, and Oregon's Walter Thurmond was called for pass interference to give Purdue the ball at the Oregon 10. Summers made a 22-yard field goal to force a second overtime.

Painter fumbled on the first play of the second overtime, but Justin Pierce recovered for the Boilermakers. Summers was forced into a 47-yard field goal try, and he missed wide right to set up Oregon's winning drive. Blount finished with 12 carries for 132 yards and two touchdowns, and Jeremiah Johnson added 17 carries for 96 yards.


Go Ducks!


Puasa hari keduabelas


Jumaat, 12 September. Aku di KL/SA untuk puasa hari keduabelas dan ketigabelas, atas 1) urusan kerja dan 2) urusan masa depan (datang secara kebetulan). Nothing great, lagi bosan dan menyakitkan hati. Tapi aku lebih ambil sebagai menguji keimanan, tatkala berpuasa di KL ni.

Mana taknya, pagi lagi dah bergesel-gesel dalam komuter dan LRT. Apa lagi dengan menahan caci maki dan sakit hati dengan commuters yang jalan terhegeh-hegeh, yang tolak menolak waktu nak naik train dan potong queue waktu nak keluar gate stesen. Jauh berbeza dengan di JB. Semua tu menguji keimanan betul. Sungguh!

Tengahari aku dengan Ombak ke Masjid India mengusha-usha baju raya. Aku bukan nak beli sangat, lebih kepada mengambil feel nak raya dan killing time sebelum solat Jumaat.

Petangnya, aku ada meeting sampai 6.30pm. Unofficial meeting, dengan ex-boss aku (nanti aku cerita lain kali). Lepas meeting aku dengan Ombak bergerak ke KL Sentral untuk berbuka puasa. Kebetulan Ombak naik LRT ke KLCC, aku pulak naik Komuter ke Subang Jaya.

Cadangnya nak berbuka di Food Court tingkat 3, KL Sentral. Ya salam, takde pun dua kerusi yang kosong. Yang ada, cuma baby chair/stool je. Kalau ada pun kerusi yang kosong, queue untuk order/beli makanan pun aku rasa sama panjang dengan LRT. Jauh berbeza dengan di JB.

Then, kitorang decided untuk turun ke bawah dan tengoklah mana-mana kedai makan yang ada tempat kosong. Nan ado gayanya... kedai yang sebelah 7-E, yang setentang dengan 7-E, Ayamas, Chicken Rice Shop, semuanya penuh. Entah dari jam berapalah diorang tu dah mula memenuhi setiap ruang makan? Semangat betul orang-orang KL aku tengok time berbuka puasa nih.

At last, kitorang decided untuk menghala ke Sooka. Waktu dalam LRT tadi, aku nampak Sushi King macam kosong je. Mensushi hening dosa lah ni gayanya, bak kata makencik. Waktu naik tangga ke atas, ada dua restoran nampak macam tak banyak orang. Satu serve briyani, satu lagi Kelantan Delight. We decided to go for Kelantan Delight. Itupun, kitorang ditanya samada buat reservation ke tak, which we didn't. Luckily ada meja kosong, yang bersila lagi.

Meja-meja lain penuh. Bukan saja penuh dengan manusia, makanan pun penuh atas meja tu. Aku tengok cute je mulut-mulut awek-awek kat situ. Tapi bila aku tengok makanan depan muka diorang, aku tak lalu nak bayangkan macam mana rupanya awek-awek tu menganga nak masuk makanan-makanan yang diorang ambik tu. Ngeri!

Yang aku perasan, lagi sesepuluh minit nak berbuka, setiap meja dah penuh dengan makanan tapi queue masih panjang. Macam aku kata tadi, semangat betul orang KL ni time berbuka. Sebab kitorang malas nak beratur nak ambik nasi dan lauk-pauk, kitorang ambih kuih-muih je dulu.


Ada cucur bawang, ada caramel, ada buah melaka, ada tembikai, ada buah naga, ada air kiwi, ada cocktail.



Lepas tu, baru laa kitorang ambik nasi dan lauk-pauk. Makanannya so-so je, nothing great. For the selection of foods, it's a bit pricey at RM77 for 2 person. Bagi aku pricey laa, tak tau laa kalau standard orang KL itu kira murah dah tu. Aku kan orang JB, Chewah!! Tapi tak lama lagi nak jadi orang KL balik ni, ehemm ehemmm...

Dalam 30 minit kitorang makan, kitorang pun blah mengikut haluan masing-masing. Seperti biasa, mengemut-ngemut naik komuter. Berkepam kat stesen komuter tu dan berpeluh-peluh segala celah badan aku ni. Ingatkan nak solat isyak dengan terawih kat Masjid Subang Jaya, tapi dah agak lambat dan tak selesa dengan berpeluh-peluhnya, aku terus balik ke Shah Alam.

Gila tak best berpuasa kat KL!

Nasiblah lepas tu aku jumpa kawan aku yang best, lepak sampai lebam sampai 1 pagi. Haa... nasib baiklah kawan-kawan ada, yang dapat mengebestkan life aku kat KL. Hehehehe...


Friday, September 12, 2008

Puasa hari kesebelas


Bulan-bulan puasa ni, aku dapatlah macam-macam soalan berkaitan orang bujang. Umpamanya, "berbuka kat mana hari ni?" atau "berbuka kat masjid ke?" atau "bangun sahur ke tak?" atau "sahur makan apa, masak ke?". Soalan-soalan macam tu lah...

So far, aku berbuka puasa ada yang kat rumah, ada dalam kereta, ada kat luar (kat kedai makan dan hotel) dan ada jugak kat masjid. Kat rumah, waktu mula puasa waktu aku kat kampung dengan last weekend, aku tapau nasi lemak Senibong, makan kat rumah. Kat dalam kereta, waktu aku balik dari KL ke JB. Kat kedai makan, ada lah for three days dan sekali tu waktu ada function kat Persada Convention Center.

Kat masjid, dua kali. Sekali kat Masjid Pasir Pelangi yang aku cerita makan dalam talam tu. Dan sekali lagi kat Masjid Abu Bakar. Makan dalam talam juga. Only that, makanan yang ada dalam talam tu hanyalah mi goreng dan kurma, untuk dikongsi empat orang setalam, besides bubur lambuk semangkuk seorang. Aku noticed kat JB ni, berbuka puasa di masjid tak semeriah di Shah Alam atau KL laa. Bukan makanan je yang simple, yang datang makan pun tak sampailah 20 orang.

Tapi, aku belum tengok Masjid BBU atau Masjid Kota Raya, yang dengar ceritanya mewah juga lah waktu berbuka tu. Nantilah aku survey. Heheheh...

Bangun sahur ke tak? Yes, aku belum miss sahur lagi. Cuma ada sehari tu, aku bangun untuk minum air dan makan kurma je. Waktu tu aku sahur sendirian, housemate aku balik KL. Makan apa? Biasanya aku masak nasi lepas balik dari terawih. Then, aku potong sayur siap-siap, jam 4.30 pagi aku bangun, aku tumis je sayuran tu. Housemate aku ada bawak bekal sambal kacang dengan ikan bilis kering. So, ok lah aku goreng ikan masin buat stok. Jadi lah, kan...

Ini aku nak share satu menu aku waktu sahur... perrghhh aku sendiri tak percaya aku siapkan menu ni...

Sambal tumis udang version kaw kaw punya

dengan...

Sayur kacang buncis berawaskan sotong... ni pejam sebelah mata je aku masak.


Alaa sambal tumis udang tu senang je masaknya. Ahad lepas, aku pergi pasar beli udang setengah kilo, RM10. Lepas tu, aku gi beli nasi lemak Senibong untuk buat berbuka puasa. Since aku tak berapa minat sambal nasi lemak Senibong tu sebab dia manis, aku beli nasi lemak berlaukkan ayam masak merah. Tapi aku still suruh orang kedai tu tapau sambal, siap mintak lebih.

So, untuk sahur aku panaskan minyak, masukkan udang, goreng sikit-sikit bagi empuk, masukkan bawang yang telah dihiris, dan akhir sekali masukkan sambal yang aku tapau tu. Jadilah sambal tumis udang aku. Heheheh... Dengan kemanisan sambal tu tadi, dicampurkan dengan manisnya air udang tu. Perghh....bakal mak mertua pun boleh terus confirmkan jadi menantu, silap gaya siap sponsor hantaran.

Yang kacang buncis tu memang aku tumis betul-betul laaa cuma sotong tu leftover sotong masak kicap yang housemate aku bawak dari KL. Ok apa?! Idea yang penting untuk menyemarakkan masakan, kan?

Hahahaha....


Thursday, September 11, 2008

Puasa hari kesepuluh


Dah sapartiga dah puasa ini tahun ya...

Takde apa pun kejadian yang best-best nak diceritakan semalam. Kelmarin, aku dapat peluang gi solat kat Masjid Negeri - Masjid Sultan Abu Bakar. Indah sungguh panorama, bagai bunga nirwana, tropikaaa... ooo lala... dah jadi macam hos jalan-jalan cari masjid aku ni kekdahnya bulan puasa ni.

Anyway, memang cantik. Aku kan minat architectural design yang colonial type ni. Masjid ni siap dibina pada tahun 1900. Tersergam indah di atas bukit dekat Jalan Abu Bakar, overlooking Selat Tebrau tu. Since masjid ni kat atas bukit, aku agak kalau time ramai orang, macam solat Jumaat, kereta banyak kena park kat bawah dan kena mendaki tangga lah nak ke masjid, macam kat RMC. Jenuh jugak lah kan.

Tapi, memanglah best walau macam manapun. Selain daripada keindahan dari luar, di dalam dan pemandangannya, solat pun best je... mana taknya, 23 rakaat terawih + witir, settle semua jam 9.40pm. Pak Imam dok baca surah Al-Ikhlas dalam rakaat kedua, dari mula sampai habis. Heheheh... So, enjoy gambar je lah ye.



Ini, gambar aku kat luar masjid tu. Mesti nanti Arc kata muka aku macam Paki laa pulak. Nasib baik macam Paki, kalau macam donkey?!



Ni aku paling suka, mimbar untuk khatib baca khutbah. Very classic, steel semuanya. Sesekali tengok, aku teringat robot Star Wars yang C-3PO tu. Heheheh...



Yang ni pemandangan dalam masjid tu. Sungguh menenangkan, sampai termengantuk-mengantuk aku jadinya. Nak kata malam Lailatul Qadar, belum lagi. Terlebih tenanglah tu, gamaknya. Heh!



Yang ni pemandangan wing masjid tu. Pintu-pintu papan, cantik kan?



Yang ini dalam masjid, pillars yang Graeco Romannya style. Ada style lah! Teringat kenangan lima tahun sekolah menengah dulu-dulu... lama daahhh...



Yang ni pulak tingkap-tingkap masjid tu, Tingkap papan, jenis main selak-selak (sebut huruf 'e' tu macam kerak, bukan macam berak, ok. Kalau sebut 'e' tu macam berak, dah jadi selak lain pulak laa...)



Dan yang ini gambar waktu malam hari. Cantik sangat, tapi sebab aku pakai camera phone je, so tak berapa cun lah. Anyway, cantek laa jugak, I like.


So, itu Masjid Sultan Abu Bakar. Lepas ni aku nak try pulak Masjid An-Nur kat pusat bandar macam yang ada reader aku suggested kat dalam comment previously.

Apa-apa pun, weekend ni aku balik Klang Valley. Dah lama aku tak ke masjid kesayangan aku, Masjid Biru (Masjid Negeri), Shah Alam. Aku pun nak try gi Masjid Puchong yang ada tasek tu. Cantek laa...

Ok lah, bye.


Wednesday, September 10, 2008

Puasa hari kesembilan


Dam dam dum bunyi mercun,
Kanak-kanak datang berduyun-duyun,
Mintak si Puaka sign borang cuti raya,
Dia signed tanpa banyak tanya,
Sebab aku banyak tahu rahsia dia….
Wakakaka….

Gaduh, gaduh juga. Time nak mintak sign borang cuti ke borang claim ke, mintak juga. Kita kan professional?! Hahahaha....

Kelmarin (Monday), pagi-pagi lagi dah bertekak dengan si Puaka. Al-kisahnya, dia suruh aku draft email, kasi dia review before dia send it out. Actually, aku pernah sent out similar email to the same recipients pun. Tapi biasalah si Puaka ni, semua benda dia nak credit to himself. Aku pun draft lah email tu, dan hantar kat dia. Siap aku include the recipient list cukup. He just need to review and click the send button je. That’s it. Benda ciput macam tu pun, he needs like three days to do so.

Sampaikan semalam aku emailed kat dia aku kata, “Please review the draft email as soon as possible. We cannot afford anymore delays.” Then, dia reply suruh aku call nak discuss pasal email tu. P*nd*k betul, nak review email pun nak discuss ke, apa l*nc*u tak sunat! Aku buat dek je, tak call pun. Sampailah dia called aku, dia suruh aku hantar email tu. P*nd*k sekali lagi, aku kata, “It was agreed that I draft the email, you review and send it out. If I were to send it out, I would have done it last week.” Si Puaka pun dengan nada-nada katak dia, “Emm.. ok lah ok lah…” Bodddooo!

Sekarang ni, cakap sikit je dengan si Puaka dah nak naik angin. Nasib belum sampai naik tangan dengan kaki je. Kelmarin, VP aku pun sama. Nama dia ter’not included’ dalam email pun dah naik angin. Wakakaka. Al-kisahnya, aku ada hantar satu email, cc to si Puaka dengan VP aku ni since aku dengan VP aku ni have been working on this project initially. Then, si Puaka reply to all without cc-ing VP aku ni. Then, bila aku cakap about the email to my VP, VP aku macam pelik apasal dia tak tau. Rupanya, si Puaka dah keluarkan nama VP aku ni dari cc list.

Aku pun firestone laa VP aku ni, siap aku forward email tu kepada VP aku, cc kat si Puaka. Aku tulis, “Dear S*****y, for your info. Somehow, your name was dropped from the mailing list along the way.” Saje je nak perangat si Puaka. Then VP aku replied, “Many thanks, Az**l. I am going to take that positively, I supposed that it’s important for everybody - or somebody -that my name is dropped off the list.” Lagilah si Puaka hangat hati, lepas tu si Puaka balas email VP aku (dia tak copy aku), lebih kurang macam ni lah, “We can discuss about it.”

Haaa.. itu lah si Puaka. Kitorang ni dah bukan lagi zero tapi dah sub-zero respect kat dia nih.

Anyway, cuti raya aku dah approved.
Tuan-tuan, puan-puan, pak long, mak long, pak ngah, mak ngah, pak su, mak su sekelian. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Bagin-Deo, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh cuti hari raya puasa telah ditetapkan pada hari Sabtu, 27 September hingga hari Selasa, 7 Oktober 2008. Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lalalalalala….


Tuesday, September 09, 2008

Puasa hari kelapan


BRRRPPP.... ooppsss alhamdulillah.
Aku baru lepas sahur ni, sambal kentang dan ikan bilis, ikan bawal goreng dengan sotong masak mr. kicap (oppsss sorry Ed, terpinjam nama... kekekek). Haa... ketung ketang ketung ketang dapur aku jadinya. Heheheh... takdelah, itu lauk housemate aku tapau dari KL, aku panaskan lite-lite je.

--------------------

Life is full of making choices, choosing an option over another. That's why we need to have options in life. Betul tak?

Contohnya, options samada nak bangun sahur atau tak nak bangun? Atau nak bangun sahur dan makan nasi yang berat-berat atau minum air kosong sajork? Atau nak bangun sahur at the instant waktu alarm clock bunyi atau nak katup dulu alarm clock tu only to wake up to azan subuh later? Nak beli air tebu atau air tembikai untuk berbuka? Benda-benda tu semua, options lah tu.

And making a choice isn't as easy and straight forward as to choose tekan pedal brek over tekan pedal minyak while driving when approaching a still car in front. And most of the time, we don't know where the option we took will lead us.

Contohnya, tak makan berat waktu sahur will not necessary akan kuruskan badan kita sebab bila time berbuka nanti, balun makanan habis-habisan. Or the murtabak yang kita beli instead of roti john akan buatkan satu family sakit perut. Ataupun, baju warna cekelat yang aku pilih daripada banyak-banyak warna tu nanti rupanya sama dengan sarung kusyen rumah mak long aku, ataupun sama dengan warna baju kurung ex-girlfriend aku. Huhuhuhu...

Terawikh pun kita ada options. Nak buat 8 atau 20? Nak buat kat surau dekat rumah kita atau masjid jauh sikit? Malam tadi, aku ada options nak buat terawikh kat Masjid Pasir Pelangi atau mini masjid kat Permas. Knowing 23 rakaat kat Pasir Pelangi will take me until 10.30pm, aku pilih gi mini masjid kat Permas which 23 rakaat habis by 9.30pm.

Unlike the previous night, malam tadi mini masjid tu lain macam jadinya. Dengan panasnya semacam, karpet pun macam keras je waktu sujud tu, then aBang-la pun ramai diorang, pastu kelkatu pun terbang banyak dan yang aku tak boleh tahan, hidung aku asyik bau ikan je. Berkali-kali aku cium baju aku kot-kot ada bau ikan, almaklum dah mula ke pasar bulan-bulan Ramadhan ni. Aku tak sure datang dari mana bau ikan yang mencucuk-cucuk hidung aku tu? Akhirnya aku buat 11 rakaat je. Kan ke rugi...

On other note, staying kat company sekarang ni bukan lagi an option to me. Dulu, or minggu-minggu sebelum ni it's about staying or leaving? But now, it's about where to go? So far, I got connected with two companies, which aku rasa (ini aku rasa je nih) by end of the year aku akan dapat one of them. Aku pun, unconciously, dah start applying the law of attractions, seeing myself duduk kat tempat kerja baru, commuting to the new workplace, seeing people on my first day of work. Heheheh...

Itu semua Tuhan punya kuasa nak tentukan, kan? Insya Allah, everything will be fine for me.


Monday, September 08, 2008

Puasa hari keenam dan ketujuh


Semalasan aku kelepek je kat rumah puasa keenam dan ketujuh tu, semalasan jugalah aku nak update apa-apa. Ni aku post gambar je dari Masjid Pasir Pelangi tu. Hari Sabtu lepas, aku pergi ke masjid tu lagi tapi tak sempat nak naik ke anjung nak tinjau penternakan buaya sebab dah masuk Maghrib time tu.

Tengok gambar dululah...

Ini gambar Masjid Pasir Pelangi, yang dibina sekitar tahun 1920-an.

Ini gambar aku tengah duduk kat tangga masjid Pasir Pelangi, tengah tunggu time Maghrib (err... time berbuka sekali laaa heheheh...). Later aku found out, background gambar ni ialah tempat solat muslimat. Aduuuhhhh nasib laa takde yang tengah selak-selak telekung...



Haa... ini tanda "buaya dilepaskan". Aku rasa buaya-buaya yang dilepaskan bukan kat sini je, tapi ada satu kat New York, satu kat Bangi, satu kat Canada... kekekekeke



Yang ini gambar juadah berbuka puasa aku, 'nasi ambeng' bak kata Farra. Tapi not really nasi ambeng laa sebab kitorang tak gaul-gaul, just that it saves to wash plates. Anyway, dalam talam tu ada ayam percik, beberapa biji kurma, 4 biji karipap, 2-3 senduk nasi goreng dan kebab bersaiz roti john, semuanya untuk dikongsi 4 orang.


Oppsss lagi satu aku terlupa nak update...
College football season dah started, dah masuk minggu kedua dah ni. Oregon Ducks started the season ranked 21st, won its first match against Washington Huskies 44-10. Last weekend, #18 Oregon Ducks menang lagi, trumping Utah State 66-24. Next match will be on road against Purdue.

Ok, itu saje. Wassalam...


Saturday, September 06, 2008

Puasa hari kelima


Perjuangan puasa hari kelima aku teruskan. Perjuangan mencari kerja pun aku teruskan. Tapi , semalam memang aku hilang semangat nak buat apa-apa kat ofis. Pagi-pagi sampai di ofis je, aku nampak VP aku bertekak dengan si Puaka over presentation to management meeting.

Aku pun sentaplah, kan tengok diorang bertekak. Dah macam ahli gusti acara tag team yang kat luar gelanggang je aku jadinya, tak sabar je tunggu kalau VP aku hulur tangan dia, aku nak sepp, pastu aku pulak sambung bertekak dengan si Puaka. Punya bengang VP aku lepas tu sampaikan dia kata, "tak pernah aku kurang ajar macam ni dengan mana-mana bos aku sebelum ni..."

That shows how disrespectful of us towards si Puaka. Aku even cakap kat Director Corp Services aku, "I have zero respect towards him as a leader of our department. All the respects I reserved have long gone down the drain." Macam tu sekali! Akhirnya, aku melangut lah sesambil mengemail resume aku ke sana ke sini semalam.

Petang semalam on the way balik ke Permas, aku singgah di Masjid Pasir Pelangi untuk Maghrib dan terawikh. Selalunya, aku lalu je masjid ni pergi dan balik. Semalam aku decided to make a stop there. Klasik masjid ni, cantik! Dibina sekitar tahun 1920-an. Nanti aku post gambar masjid ni, guna Berry tak boleh nak post gambar lah pulak.

Dan first time jugak semalam aku buka puasa makan bertalam share empat orang. Dalam talam tu ada setengah ekor ayam golek, dua-tiga senduk nasi goreng, empat biji karipap, 12 biji kurma dengan sebijik roti john bersaiz kebab, untuk dikongsi empat orang. Ada juga bubur lambuk. Mulanya aku ingat kena makan gaul-gaul dalam talam tu tapi rupanya hidangan je secara lambak dalam talam. Nak jimat masa dan tenaga untuk tak payah basuh pinggan, agaknya.

Anyway, seotai masjid tu, otai juga jemaah yang hadir. Baik-baik belaka, jenis sebelum solat sebelum angkat takbir tu, sesi salam-menyalam dengan jemaah di kiri, kanan, dua dari kiri, dua dari kanan, belakang, belakang kiri dan belakang kanan. Salam dan pandang ke muka. Sungguhpun otai, ada yang terbongkok-bongkok, respect sungguh aku dengan kecekalan diorang, steady je solat terawikh+witir 23 rakaat, imam baca surah panjang-panjang pulak tu, habis satu juzuk rasa aku.

Aaaa... lagi satu, kat belakang masjid tu ada kolam buaya, berpagar. Aku tak sure berapa besar. Tapi ada signage kata, "awas, buaya dibebaskan." Aku tanya rakan makan setalam aku, dia kata ada 1000++ buaya dalam tu. Aku tanya balik, itu buaya-buaya yang ditangkap di mana-mana, pastu lepas kat situ ke? Dia jawab balik (dalam nada berbisik), "buaya tu tu*nku su*tan punya." Wallahu'alam.

Next time aku gi masjid tu, aku nak naik atas lepak kat balcony masjid tu, nak tengok kot-kot ada buaya yang ada iras-iras kawan-kawan aku. Hehehehe...

Anyway, happy gila aku weekend dah tiba. Boleh aku teruskan aktiviti tidur selepas Subuh. Hehehehe... Ok, have a good weekend everyone!


Friday, September 05, 2008

Puasa hari keempat


It was the first day of Ramadhan in office this year. Dengan takde meetingnya, just looking at sets of data, cuaca pulak mendung dan hujan renyai-renyai, mengantuknya Tuhan sahajalah yang tahu.

Apa-apa pun, it was an uneventful day, nothing interesting to share except one event yang buat aku terpaksa make some important decision in life. The day was like a vanilla ice-cream with mengkudu topping. Boleh gitu?

Anyway, ni aku nak share gambar taken last raya antara aku dengan si Darwish, yang aku cerita in my previous entry. Comel dak si Darwish ni? Yang dukung tu pun comel dak? Hehehehe...

Ok, back to the vanilla ice cream with mengkudu topping story. Had a discussion with my Director of Corp Services about my current situation and my plan. In conclusion, she's not supportive of my plan for internal transfer, especially with the two VPs resigning and it'll be unfair to my SVP, si Puaka tu laahh.

Walaupun Director HR aku ada janji nak tolong aku in any way to make me stay sungguhpun Director Corp Services tak setuju dengan plan aku, aku rasa tak molek lah nak guna cara ni. After all department aku reports to Director of Corp Services. So, pilihan lain... resign lah and look for other job, somewhere else.

It's just a matter of time. Aku still contemplating whether to speak to my ex-boss or not since aku tak berapa favor going back to my previous workplace. But, it's still the best option I have at this moment. Cuma sekarang ni aku agak buntu, tak tau what, where, when, who and how about my next job, kalau ada.

Anyway, kepada yang dah start bagi moral support, tolong forward-forwardkan CV aku dan wish me good luck, TQVM dan aku really appreciate it. Yang sedihnya, last Ramadhan I was hoping and praying to get in (this company) but this Ramadhan, I am hoping and praying to get out...


Thursday, September 04, 2008

Puasa hari ketiga


Puasa hari ketiga umpama seniman jalanan aku jadinya, kembara seniman jalanan. Cadangnya aku nak gerak dari Ipoh ke SA lepas berbuka Selasa kelmarin. Tapi, tau lah lepas berbuka, dah macam ular sawa, mata pun mengecik, hari pun hujannn je. Tak larat lah aku nak memandu di malam hari dengan hujan tak henti-henti sambil mata kian mengecil.

Lagipun, kalau aku balik malam tu, mak aku nak tapau lauk macam-macam untuk bersahur. Part tapau-tapau makanan-makanan 'un'kering ni aku bosan sikit laaa. So, pagi Rabu lepas Subuh baru aku gerak. Tak perlu cari alasan tak nak tapau apa-apa. Senang! On the way tu, tak boleh tahan jugak mengantuknya. Almaklum dah berapa hari cuti, lepas Subuh je punya sedap berselimut.

Sampailah area yang dah start sibuk, kat Bukit Beruntung tu yang aku dah hilang mengantuk. Sampai rumah aku dah dekat jam 9. Settle down sikit-sikit, terus aku tidur. Ya salammm punyalah sedap tidur pagi tu. Dah le kat luar hujan renyai-renyai. Pastu ada background lagu-lagu raya dari blog Joe pulak.

Siap aku bermimpi-mimpi di siang hari. Mimpi salam-salam raya sekali. Pastu aku mimpi dalam mimpi. Kisahnya, sedang aku sedap tidur tu, ada orang bukak grill dan pintu rumah aku, pastu selamba je masuk tak nampak aku. Then, dalam mimpi tu, aku tau aku bermimpi, aku pun bukak mata. Then, ada sorang lagi masuk rumah aku. Aku bukak mata lagi. Ada lagi orang masuk.

Sampailah last sekali datang si Darwish, si comel anak kawan aku Des, aku pun main-main dengan dia. Laaa dah pandai membaca si Darwish ni baru masuk 2 tahun. Ekekekeke yang peliknya, tak jumpa pulak ayahnya dengan mamanya. Pastu dah tak larat dah rasanya aku bukak mata tapi still dalam mimpi, bukak mata still dalam mimpi, aku pun bangun lah dekat jam 11.

Lepak-lepak sat surf internet. Ingatkan nak sambung tidur balik sebab macam tak puas je. Tapi takpelah, banyak lagi benda berfaedah lain aku boleh buat seperti melipat spender dan sebagainya. Aku gerak ke JB jam 3pm. Singgah sat kat Proton jumpa Des. Oooo patutlah aku mimpi anak dia, aku nak jumpa ayah dia rupanya. Ish...

Mengantuk juga kekdahnya aku drive petang semalam. Nak menguyah tak boleh, nak menyonyot (asam masin) pun tak boleh. Alih-alih, aku tengok kat YM, yang menyala hanyalah kiahronggeng. Kiahronggeng pun kiahronggeng laa aku ajak sembang jap buat hilang mengantuk. Sampai Pagoh, hujan non-stop sampailah aku tiba di Permas. Berbuka dalam kereta aku jadinya. Tapi dalam mengantuk-ngantuk tu, non-stop gak aku SA-JB.

Sampai kat Permas gi Jusco jap sebab housemate aku kata dia bawak barang bekal nak bersahur. Aku pun beli lah beras. Ya ampunnn baru ku tau mahal nau beras sekarang ni. 5kg pun sampai RM27. Dah kemas-kemas barang semua, aku pun masak nasiklah... Orang bujang nak bangun sahur ni jam 4.30 pagi nanti.

So, Ed kau jangan risau. Aku dah ajar husband kau masak nasi, ukur air ikut hun semua tu. Nanti 4.30 pagi nanti, aku gorengkan telur. Biar dia tengok cara-cara aku buat semua tu, lepas ni dia pulak masak nasi dengan goreng telur untuk aku. Hahahahah...


Wednesday, September 03, 2008

Puasa hari kedua


Puasa hari kedua. Hari kedua jugalah aku merayau-rayau kat Greentown Mall (of more fondly known to me as Rainbow). Kali ni tak berbondong-bondongan dah, only three of us, mak aku, adik aku dan aku.

Sebenarnya kitorang nak beli something yang abang aku tak sempat beli semalam. Since dia dah balik KL, dia kirim dengan adik aku yang balik KL petang semalam sebelum berbuka. Cari barang yang dikirim tu sekejap je, side events yang lama. Setiap sudut, setiap tingkat Rainbow tu kitorang redah. Nasiblah dua tingkat je. Heheheh...

Dah siap beli barang yang abang aku kirim tu, mak aku masih lagi melilau-lilau kat tempat kain langsir. Kelmarin tak puas tengok katanya, orang ramai sangat. Gasaklah. Aku pun melayan laa just to kill the time, memang ni kira kill sampai ikat tengkuk kat tali gantung ni bosan gila nih.

Dan barulah aku tau yang untuk melangsiri satu rumah sekarang ni boleh cecah sampai ribuan-ribuan ringgit! Dan kerjaya menjahit langsir sungguh lah menjamin pendapatan. Sampaikan ada yang dah tak nak ambik upah jahit baju sebab ambik upah jahit langsir, dek non!

Ye lah... Cuba korang kira, setakat ambik upah jahit baju raya delinn. Walaupun sampai lima pasang, dah le nak kena ukur ikut shape, dada lain saiz, pinggang lain saiz, pinggul lain saiz... Pastu sepasang nak ropol macam ni, sepasang lagi nak ropol cenggitu.

Walaupun lima pasang tapi upahnya tak sampai pun RM200. Gempak je bunyinya lima pasang. Itupun nasib lah labuh baju delinn tu tak labuh sangat. Kuranglah sikit kerja tukang jahit tu.

Tapi kalau amik upah jahit langsir, sepersalinan serumah je boleh caj RM1000 kaw kaw! Itu yang aku rasa nak masuk kelas menjahit langsir lah gayanya ni. Pastu nak kena lentik-lentikkan jari kelinking aku ni waktu menyorongkan kain langsir ke mesin jahit tu. Wakakakak...

Lepas dah tengok-tengok langsir, aku pulak kena tempias mak aku. Aku pun duk meround tengok baju-baju melayu lagi. Memang lah ada yang lagi aku berkenan daripada yang aku dah beli kelmarin. Sampaikan aku nak beli untuk raya tahun depan je rasanya. Heheheh...

Oklah korang, aku nak siap-siap ni. Lepas Subuh aku shoot terus balik SA. Then, tido dengan tido ayam, aku shoot pulak balik JB petang nanti. Berbelanjalah dengan berhemah. Roger and out.


Tuesday, September 02, 2008

Puasa hari pertama


Hari ni aku cuti lagi. Johor cuti sempena Awal Ramadhan. Best kan? Ini baru Islamic! Bila bab-bab cuti barulah nak ambil kira Islamic laa masyarakat majmuk laa... ekekekek anyway, Johor tak cuti Nuzul Quran, ok! Ini yang tak Islamic nih! Hahahahah

Semalam, puasa malam hari pertamaku. Selain daripada berjaya menahan lapar dan dahaga, aku berjaya juga menahan jariku daripada mengorek hidungku. Hahahah... Selalunya lepas makan, sedap je korek hidung. Tapi ni dah tak makan, automatically tak korek hidung lah. Ehh... bukan korek hidung yang aku nak cerita.

Semalam, puasa malam hari pertamaku. Berbondong-bondong aku sekeluarga, satu kereta dan satu MPV, ke Rainbow, Ipoh (delinn marah ni panggil Rainbow, Greentown Mall laa katanya). Selain daripada mak aku yang bershopping sakan kain langsir dengan diracuni taste aku, aku lah yang shopping agak sakan semalam.

Semalam, puasa malam hari pertamaku. Tak pernah dalam hayat aku, siap settle shopping raya pada 1 Ramadhan. Siap settle semua tu bagi aku sekarang ni, bersamaan dengan ready for solat raya laa. Cukup sepersalinan baju melayu. Takdelah banyak sangat pun yang aku beli semalam, sebab songkok dan butang baju melayu, aku pakai yang lama je.

Oklah tu, lantaklah orang nak cakap apa. Dah tak payah aku pening-pening nak fikir dan berkira-kira bila aku nak gi area Masjid India. Dan budget aku pun terkandung semalam. Aku spent half of the price I'd spent kat Masjid India dan aku dapat 3x kain pelikat 5000 benang. Jimat, jimat!!!

Dan sekarang boleh lah aku tumpukan perhatian aku kepada melakukan ibadat puasa sepenuhnya (Tumpuan yang penuh, bukan puasa. Puasa memang penuuuuuhhhh. Hahahah..)

Cuma aku terfikir samada aku nak tempah chapal kat Pasar Keramat tu ke tak? Ikutkan hati, rasa tak berbaloi je sebab aku pakai chapal time solat raya je 2x setahun. Dan bila pulak aku nak pergi Pasar Keramatnya tu. Tengoklah macam mana.

Dan janganlah aku teruja nak pakai baju melayu yang aku baru beli ni weekend ni. Weekend in ada majlis antara company aku dengan anak-anak Johor. Aku ni pantang nampak benda-benda baru dalam plastik, mau je terus pakai. Kena tinggalkan kat Ipoh laa gayanya. Tapi tak best gak sebab aku nak setiap kali aku bukak almari, aku nampak baju raya aku. Dan kalau aku rasa nak try, aku try laa. Ekekekekek

Sesiapa peminat-peminat aku yang rasa nak sedondon dengan aku, baju melayu aku color cekelat.

Ok, nak korek hidung sat sebelum Imsak.


Monday, September 01, 2008

Tentang the two things (part III)


Bila cerita pasal Merdeka celebration dengan bulan puasa, aku teringat the two things that amazed me when I was 8 or 9 or 10 years old.

One of the 'in' things and amazing to me when talking about Merdeka was not the fireworks, the marching bands or abang-abang misai in uniforms (delinn and kiahronggeng suka nih) marching. Kalau Jijo marching, lagi laa tak best kan? Instead, perarakan kereta berhias yang selalu menakjubkan.

Back in 1984/86, kereta berhias ni simple je, takde lah sehebat zaman sekarang atau yang macam the one in the Flora festival. Tapi memang aku teruja kalau tau parents aku nak bawak aku gi tengok perarakan kereta berhias. Tak macam sekarang, dah tak berapa menarik minat aku jadinya.

Dan aku biasanya aku akan amik spot yang depan sekali lah kat tepi-tepi jalan tu. Yang really amazed aku, korang tau tak apa? Bila kereta berhias tu lalu depan aku, then aku lambai kat awek (kakak-kakak) model atas kereta berhias tu, then diorang noticed aku dan lambai-lambai balik kat aku.

Waktu tu, aku rasa macam best gila. Sebab diorang lambai personally kat aku. Wakakaka... macam lah diorang tu glamer sangat, kan? Entah kakak-kakak mana je yang diorang amik kerja part time. But, it still amazed me.

Then, bila cakap bulan puasa, of course buat kuih raya. Zaman mak aku buat not less than 10 jenis kuih raya every year dan setiap jenis tu, not least than 3 tin besar Milo/Ovaltine, ada lah tugas-tugas khas untuk aku.

Antara tugas aku ialah untuk menyusun kepingan atau ketulan-ketulan kuih yang telah masak ke atas talam setelah dikeluarkan dari oven. Setelah kuih itu sejuk, aku kena susun dalam tin pulak. Tak boleh susun dalam tin waktu panas, sebab nanti berwap dan akan mendatangkan kulat.

Sebenarnya aku teringin nak buat portfolio kakak aku iaitu ukur saiz dan potong kertas surat khabar untuk dijadikan pelapik dinding dan bahagian dasar tin kuih. Lepas tu, buat label nama kuih untuk ditampal di atas penutup tin kuih tu. Tapi, aku tak dapat portfolio tu disebabkan kedetailan dan keaccuracyan kakak aku serta tulisan dia yang cantik.

Dan kebiasaannya mak aku akan pasang radio sesambil buat kuih untuk memperlahankan kemengantukan dia. Kekadang tu, errr selalu sebenarnya, mak aku terlelap depan oven je, tersedar balik bila kuih dalam oven dah harum semrbak je baunya. Waktu tu, radio 1 laaa yang paling glam pun.

Anyway, ada satu malam tu waktu aku tolong mak aku susun-susun kuih. Malam tu mak aku buat kuih samprit. Tiba-tiba dj radio tu kata, "yaa... kepada suri-suri rumah yang sedang di dapur, sedang buat kuih raya tu, buat kuih samprit ye malam ni?" Tersentak kejap aku jadinya. Terlepas kuih samprit di tangan aku dan jatuh berderai di talam.

Terdetik dalam hati aku, macam manalah dj radio ni tau mak aku buat kuih samprit ni? Dan misteri ni aku simpan sendiri, tak berani nak tanya sesiapa. Ada laaa dalam sesepuluh tahun after, baru aku cerita benda ni kat orang setelah aku betul-betul yakin dj radio main terkam je nak cakap apa dan kuih samprit tu satu jenis kuih yang common.

Ok, adios. Sambung tidur...


Related Posts with Thumbnails