Thursday, January 03, 2008

Kenapa percaya?


Tarikh: 10 Juni 2005
Lokasi: Stadium Jugra, Banting

Walaupun aku tak pandai main bolasepak... bola sendiri aku pandailah main
Yang orang gelar kaki bangku... aku tak pernah sekolah duduk atas bangku, aku duduk atas kerusi je, tak pun duduk ramai-ramai atas tikar depan papan hijau, paling teruk pun tak duduk tapi berdiri atas kerusi
Tapi, aku pernah main bolasepak di Stadium, kat Banting sana tu... dekat dengan kampung adik-beradik Sidek, apa kena mengenanya?
Malam pulak tu... memang aku selalu main bola sendiri malam-malam
Siap lampu spotlight every corner... walaupun tak semua mentol (orang dulu-dulu sebut 'bal', bukan 'bulb') nya menyala
Siap ada 4 bayang-bayang sendiri atas padang tu... mungkin sebab bayang-bayang aku asyik marking aku tight gila, teammates aku tak pass bola kat aku pun
Siap pakai full jersey, sponsored cukup atas bawah, boot bagai, shin pad, complete lah... aku tak pakai spender malam tu sebab syarikat spender tak sponsor spender

Korang pernah ke main bolasepak kat stadium?
Korang, korang, yang pandai main bolasepak laaa...
Korang, korang, korang, yang tiap-tiap malam minggu tengok bola orang putih... bulu diorang putih jugak ke?
Korang, korang, korang, korang, yang semuanya tiba-tiba jadi Shebby Singh bila pasukan harimau kalah... aku jentik kondek kang! ehh takde kondek...
Korang, korang, korang, korang, korang, korang... pernah ke?

Aku pernah!
Dalam dvd gambar tu, aku lah yang tepi sekali belah kiri...


Tak percaya jugak?
Tanyalah orang yang jual ubat tu...

Tak percaya jugak?
Macam ni, saya letak jawatanlah...



No comments:

Related Posts with Thumbnails