Monday, January 14, 2008

Monday bulues. Armagoddeng.


Aku bangun awal hari ni, pagi Isnin. Sebab aku nak tengok 2nd half basketball match between Oregon Ducks and Stanford Cardinals live on CBS. Seperti ketidakbiasaannya, aku sempat sarapan pagi di rumah. Seperti kebiasaannya, hanya dengan tiga keping roti dan secawan kopi o. Lepas basketball game habis, aku pun dah bersiap semua nak ke pejabat, cuma nak off kan notebook aku saja.

Perut aku pulak sakit, tapi sikit-sikit je. Aku fikir, sempat lagi nak melampiaskan kat office ni. hahahah... tapi aku berfikir juga (memang aku ni born a thinker laa... kekekeke), now or later? now or never? now and forever? "NOW! That's what I call music volume 3 lah," bisik hati kecil aku walaupun aku akan rugi at least 5 minit to undress, 'do it' and redress. Laju ke? Aku pakai speed dial tu... Hati kecil aku kata lagi, "ada hikmah tu walaupun rugi 5 minit."

True enough, seperti ketidakbiasaannya, lebih kurang 300 meter dari tol Batu 3 di Federal Highway, dah mula jem.


Bila jem macam ni, mulalah aku teringat-ingat filem-filem Hollywood, bila orang berasak-asak nak keluar dari daerah akibat kena attack dengan virus ke, dengan asteroid ke, dengan dinosaur ke. Mulalah aku terfikir dinosaur tu menyerupai Menteri Kerja Raya kita... baru je aku nak fire dinosaurvellu itu, laporan trafik kata ada lori pasir terbalik, merentang jalan. Hmm... orang Malaysia ni, hantar anak ke sekolah pun naik lori pasir ke?

Tersedar aku dari lamunan. Aku pun terfikir, betul kata hati kecil aku tadi. Nasib aku dah 'just do it'. Kalau aku 'now or later' tadi, mesti, aku terkemut-kemut sepanjang 17km perjalanan di kelajuan purata 5.6km/jam. Dah le aku memang tak terfikir nak spare bekas polystyrene....

Eeeeeee.....


Dah, aku nak gi lunch.


3 comments:

OP Zaharin said...

kalau tak, terkemut2lah kau dalam kereta.
hahaha.

Anonymous said...

Kalau tak, nak kentut pun tak konfiden.

Deo said...

op,
kemut-kemut ku sangka api... kekekeke... mesti meremang bulues bulues aku hahahah

anon,
kekekeke... ingatkan kentut pejal sekali preeeeeeetttttt... wahahahahaha....

Related Posts with Thumbnails