Aku nampak penjaga kedai runcit baru kat bawah apartment aku. Satu hari tu, sewaktu aku membeli sebiji bawang putih, tiga biji bawang merah kecil, dua biji telur dan segenggam cili padi, aku berdialog dengan Anand.
Aku tanya, "You speak English or Malay?"
Dia jawab, "English can, Malay sikit-sikit"
Wahh.. kagum aku!
Anand ni orang India, berasal dari negara India. Aku lupa India di bahagian/daerah mana. Anand lebih kurang umur aku. Tak sampai setahun hijrah untuk bekerja di Malaysia dan baru dua bulan bernikah sebelum datang ke Malaysia. Isteri dia di India baru melahirkan anak lelaki. Anand belum pernah tengok anak lelaki dia.
Setelah tahu dia boleh berbahasa Inggeris...
Aku tanya, "You don't miss your wife?"
Dia jawab, "Very much! Three days, I call" (once in three days)
Aku tanya, "You don't want to find girlfriend here?"
Dia geleng kepala.
Aku cakap, "Here many you can get... Indonesia, Malay... many..."
Dia geleng kepala lagi, sambil senyum-senyum (mahu tapi malu kot?)
Lepas tu dia cakap, "I marry my wife... because low"
Aku tanya, "What?"
Dia ulang, "I marry my wife... because low"
Aku geleng-geleng kepala, sambil senyum-senyum (bukan mahu, tapi tak faham)
Dia tanya aku balik, "You speak English?"
Aku angguk-angguk, tapi tak senyum (bukan mahu, tapi aku speak English)
Dia bertegas, "Low... low..."
Sambil menguncupkan jari-jari kedua-dua belah tangan (macam buat simbol Chup!) dan melaga-lagakan kedua-dua tangan seperti gaya orang bercium.
"Hahahahahah...." aku gelak.
"LOVE!!!" aku kata kat dia.
"Yes, love..." dia sengih-sengih sambil golek-golekkan kepala dia (tak tau laa apa yang dia mahu...)
"Huh... tak habis lagi aku belajar bahasa Inggeris nih..." aku blah.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
L-O-V-E love.
L-U-V luv.
Love is cinta.
Cinta satu anugerah kan?
hahahaha....love to read all ur entries... makes me giggle..
ah tok,
love is cinta.
tapi loveless is tiada cinta, bukan kurang cinta...
hehehehe...
suealeen,
you low to read my entries? sampai hati!!! hahahahah
deoughtred,
dah2.. pi blajar english kat guru kalari payat lagi bagus.. ngahaha
Post a Comment