Wednesday, December 10, 2008

Batu Pahat


Aku belum pernah ke Batu Pahat. Dan aku tak terimajin macam mana pekan Batu Pahat tu? Atau berapa besar Batu Pahat itu sendiri? Atau berapa dalam 'parit-parit' yang ada di Batu Pahat?

Yang aku tahu, ramainya orang-orang di sekeliling aku ada kaitan dengan Batu Pahat. Samada dilahirkan di Batu Pahat. Balik beraya di kampung di Batu Pahat. Mak, ayah, datuk atau nenek tinggal di Batu Pahat. Paling busuk bau-bau bacin pun, ada sedare kat Batu Pahat lah.

Just to name a few, fellow blogger geng reban Farra, time raya je, balik Batu Pahat. Semalam ada sorang blogger, Lan Bingka, tinggal komen kat blog ni dan link blog ni (thanks!) Pun lahir kat Batu Pahat. Favorite player bola aku kat Proton, dulu dia pernah main untuk Johor sekali dengan geng-geng Boban pun orang Batu Pahat. Idola aku, director kat tempat kerja lama pun Batu Pahat. Colleague aku yang dah berenti ni pun Batu Pahat. Ramai lagi lah.

So, aku duk imajin besaaaarrrnya Batu Pahat ni. Ataupun diroang sebenarnya tinggal around (bukan dalam) Batu Pahat, tapi sebut tinggal di Batu Pahat. Macam orang yang tinggal kat Lembah Klang laa. Bila orang kampung tanya, tinggal mana atau nak balik mana? Sewenang-wenangnya jawab, KL. Padahal kat Sg. Buloh je, tak sampai pun KL lagi.

Anyway, one day aku kena pergi jugaklah ronda Batu Pahat tu. Tapi kalau pergi ronda je tak best laa. Nak buat ronda-ronda macam Maria Tengku Sabri, sambil makan-makan. Tapi takkan nak taste nasi beryani gam je sepanjang hari? Mau heart attack nanti. Apa lagi yang best Batu Pahat tu?

==
Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku arahkan segala pembangunan kat area Bukit Antarabangsa tu dipindahkan ke Batu Pahat. Antarabangsa jugak pe Batu Pahat tu? World!


8 comments:

Jingga Studies said...

kalau ko gi sana ..ade satu hotel paling tinggi namanya katrina! jgn sekali2 kesana..boleh kena tangkap macam soi lek..aku penah tidur sana...perasaan paranoid masih menganggu ku..arrgh!

sity29 said...

ko lupa ke aku kawin ngan org batu pahat :P

Anonymous said...

Pergi la siasat, mana besar antara Batu Pahat dengan Batu Gajah & Batu Kawan?

aks

famil said...

kakak aku mengajor/tinggal kat batu pahat.

aku penah pegi.. besar sikit dari kuale kangsor

Anonymous said...

rasanya batu pahat lagi besaq dari batu kawan, batu gajah, sebab kat batu pahat dah ada Univ(k) tun huseein Onn. Aku haritu lalu je B.P, batu gajah tu macam bandar kat banting aje , batu kawan harapkan stadium ja besaq
-ojij-

KNizam said...

batu pahat eh !
perghhh terbayang2 aku dengan asam pedas ali tepi sungai, asam pedas depan odeon, mee racun kat tepi jalan, sup cecah roti tepi jalan gak, nasi beriyani mat shah dengan sirap bandung soda depan hospital.... perghhhh lapar plak ! haha

jojetjojet said...

meh sinih aku tambah.. yer aku punn org batu pahat.. kak sity tu pun kawin ngan org batu pahat.. exboss proton ko(Cik Cak aku tu pun batu pahat mari.. Pt Haji Ali Darat~*)

besar tauu BP tu.. KFC ade 3.. pizza hut ade 3.. mcD 24 hours baru bukak depan carrefour

amfarra said...

orang kata, kat batu pahat ada awek paling cun ... tapi, setau aku, awek paling cun tu dah kawen dan duduk klang ... cuma time raya je dia balik batu pahat ...

Related Posts with Thumbnails