Monday, November 03, 2008

Polis wanita dan facebook?


Malam kelmarin, aku duk sibuk prepare sikit-sikit untuk interview aku. Apa nak cakap, apa nak cerita pengalaman kerja aku, apa nak kelentong sebab-sebab aku nak berhenti kerja sekarang. Ekekeke... dan adalah sikit-sikit sampai terbawa-bawa preparation interview ke dalam mimpi aku.

Mimpinya macam ni. Aku naik motor aku. Pastu kena tahan dengan polis. Perempuan pulak tu. Lawaaaa pulak tu. Aku pun tunjuk lah road tax dengan lesen aku. Dia kata, dia nak tengok aku bawak apa dalam tong yang bawah seat aku (aku naik skuter). Dalam hati aku, apa kejadahnya polis perempuan ni kerek gila nak tengok aku bawak apa bagai?! Nak tengok aku bawak cd blue ke?

Aku pun angkatlah seat tu. Ada laptop aku dalam tu. Polis tu suruh aku bukak laptop aku. Laa... aku pun on kan laptop aku, dan terpacul lah page Facebook aku. Polis wanita tu bukan main lagi godek-godek facebook aku. Jenuh aku tunggu. Sorang-sorang dalam friends list aku tu dia tengok.

Pastu, pelan-pelan polis perempuan tu bisik kat telinga aku, "You add I dalam facebook you, ye... nama I..." errr.... alaaa aku lupalah apa nama polis perempuan tu. Bila aku terjaga, aku terasa yang nanti waktu interview, orang yang interview aku tu akan tanya aku, "You ada facebook tak?" Adehhh....

So, kepada polis perempuan yang muncul dalam mimpi aku tu, kalau you ada baca blog ni, tolonglah add aku dalam facebook you, k? Heheheheh


7 comments:

edrina said...

polis wanita? apakah? oh.. mungkin jodoh u nanti polis wanita kot ekekeke..amin.. larikss...

Brother Lans said...

Rol aslkum.Ah-ah-ah-ah! *ni ketawa terbalik* Apa-apa pun kembalilah Rol ke Lembah Kelang ni untuk mencari rezeki.Abg doakan Rol dapat keja baru kat Lembah Kelang complete with dapat jodoh yang sesuai :-) Wassalam.
P/s Errr,pangkat apa polis tu?Konstabel?Koperal?ASP?

famil said...

abby abadi kot?

Anonymous said...

apa barang abby abadi....memey la!!

jojetjojet said...

klaka siot.. kao dan polisnita berfacebook kat skuter.

ummu syafiah said...

ko nak tuko profession jadi polis ke pulak? hahahaha....

Deana said...

Heheh. Ironically mlm time 10 muharam ari tuh aku duk mimpi keluar dating dgn org aku kenal ikut Facebook. Sesuatu ?

Related Posts with Thumbnails