Friday, December 19, 2008

Fesyen Batu Pahat


Malam nanti company aku buat Annual Dinner. Mulanya, bajet besar gak. Dengar cerita artis jemputannya, Faizal Tahir dan sorang dua superstars yang lain. Superstars ke? Ptuiiii.... Tema pun bling bling bling. Mulalah aku terfikir-fikir apa yang aku nak pakai waktu dinner tu nanti. Mulalah wajah P. Diddy bermain-main di fikiran aku. Paling koman pun, aku akan pakai rantai silver pastu kat rantai tu, aku gantungkan cd, jadikan loket. Dah macam 4U2C dulu-dulu pulak pakai cd gantung kat leher. Bling bling bling...

Waktu aku pergi Batu Pahat, aku ada gak laa survey-survey kat situ apa benda yang nak dipakai waktu dinner ni. Walaupun aku tak berapa confident laa Batu Pahat ni ada jual benda-benda bling bling, aku usha-usha gak laaa... ternyata sangkaan aku meleset! Waktu aku jalan-jalan kat Batu Pahat Mall tu, aku ternampak fesyen budak-budak Batu Pahat. Oooo mak ai... ada gaya P Diddy laaa. Tak sangka aku! Tak percaya, tengok gambar ni....



Dan mulalah aku terbayang sorang-sorang kawan-kawan aku yang ada kena-mengena dengan Batu Pahat ni...

Aku terbayangkan Hamid, husband si Farra kalau balik kampung kat Batu Pahat, pakai macam tu ke ataupun dulu waktu nak meminang Farra, Hamid pakai macam tu. Pastu aku terbayangkan laa, agaknya sity29 dulu jatuh cinta kat husband dia, sebab husband dia dressed macam tu kot. Pastu, aku bayangkan lagi Lan Bingka bila balik kampung time raya, pakai macam tu gi jalan-jalan rumah sedara-mara. Pastu, paling tak tahan bila aku bayangkan Cik Cak Jojet mencangkul kat Parit Haji Ali Darat pakai macam tu. Ya ampuuunnnnnn.....

Tapi, sebelum imajinasi aku merayau lebih jauh, company aku keluarkan satu email. Tema annual dinner tahun ni, casual je... bajet kena potong separuh kekdahnya... hmmm... tak jadilah aku dressing macam P Diddy. Jadi Jalil Hamid je laaa....


==
Gambar-gambar aku kat Batu Pahat...
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini.


5 comments:

Lan Bingka said...

cit..saya balik kg pakai selipar/sandal je la.. xde bling bling de..

jojetjojet said...

brani kaooo tudo kami pakai feshen bling2

~ memula aku tgk gambar tu cam adik aku je.. mujurlah bukan ahahahah ~

famil said...

tak leh koemn pun dlaam FB?

adakah aku dalam golongan limited profile..

hmmmm...marah ni..

hi hik

all jazzed up said...

Batu Phat... that's what I call it.. Batu Phat... geddit?

si puaka said...

knp ko ban aku aa deo?? apa salah aku

Related Posts with Thumbnails