Waktu aku remaja (ptui….), takdelah aku teringin nak pakai kasut Converse. Mungkin waktu tu aku tau mana kemampuan aku. Lagipun waktu sekolah menengah dulu, ada sepasang 'black warriors' pun jadi laa. Alaaa… kasut brand Warriors tu. Cuma yang bestnya kat sekolah aku dulu, budak-budak lebih gemar pakai yang warna hitam (sebab malas nak basuh kot?) daripada putih, kecuali budak-budak Form 1 laa yang takde immunity lagi nak pakai warna hitam.
Tapi, aku tak minat brand Warriors, aku prefer Carefree yang in-sole dia ada gambar bunga-bunga kecik-kecik tu. Sama je bentuk Cuma brand lain-lain. Kasut 'black war' ni lah yang setahun ada lah tukar dalam tiga-empat pasang sebab tapak dia haus buat training/main basketball. Dan kasut 'black war' ni laa jugak yang bawak team aku menang basketball Piala Tun Hamdan mengalahkan budak-budak SAS yang kasut diorang branded habis.
Bila masuk PPP/ITM, aku bergaya dengan Reebok hi-cut hitam aku. 2 ½ tahun kat PPP/ITM aku pakai kasut tu, lenjan habis. Then di US, setakat Converse ni aku tak berapa heran sangat la. Sebab kasut yang aku pakai untuk ke kelas dan kerja dan jalan-jalan, ialah sepasang boot Timberland aku. Kelasss siot time tu, college student pun dah pakai Timberland boot.
Sekarang ni, dah kerja pun aku tak mampu nak pakai kasut Timberland original lagi. Hahahaha… waktu tu aku ada jugak sepasang Nike basketball shoes, sama macam Jeff Hornacek (Utah Jazz) pakai. Kasut ni untuk dipakai waktu basketball class aku, waktu gi tengok college basketball games dan jugak waktu gi jalan-jalan pada bukan waktu Winter.
Entah bila agaknya yang aku start terfikir yang aku tak pernah ada kasut Converse? Mungkin waktu lalu-lalu kat Kota Raya ke ataupun lepas baca blog Suhaimi Sulaiman pasal Converse dia. Tapi aku tak peduli sangat pasal ni sebab aku rasa macam tak kena je orang usia macam aku ni pakai Converse. Jangankan kata Converse yang ada design huru-hara dan carik barik yang macam kena gigit tikus tu, yang simple design yang ada bulan sabit dengan bintang tu pun aku rasa tak sesuai sangat. Terus aku pun terfikir yang aku takkan memiliki sepasang Converse dan takde makna sangat bagi aku kalau tak pernah ada Converse ni.
Last weekend waktu ke Batu Pahat, aku ter-lalu satu kedai kasut dan pakaian-pakaian untuk remaja ni. Kedai tu ada laaa pulak jual Converse shoes. Kan waktu tu aku tengah melancong di Batu Pahat? Aku ni, nafsu shopping memang mencanak-canak time aku melancong. Santai gitu… Aku pun belek-belek laa kasut-kasut Converse kat situ. Takde jugak satu pun yang aku rasa sesuai design nya dengan usia aku ni. Waktu aku nak keluar dari kedai tu, aku ternampak satu Converse yang body dia pakai kain corduroy. Perghhh… cun habes, merembes!!!
Tapi aku terfikir lah pulak, kalau terpijak air ke, time hujan ke, tak cun laa dan rosak lah jadinya nanti Converse corduroy aku tu. Tapi aku tetap tanya awek jaga kedai tu, “Ni kalau kena air rosak tak?” Awek tu cakap, “Sama je bang dengan kasut yang lain. Yang lain pun kain jugak, cuma yang ni kain corduroy.” Aku balas, “Hmmm… takpelah.” Dalam hati aku cakap, “Tak payah laa nak pakai-pakai Converse lagi…” Sepantas langkah pertama kaki aku keluar dari kedai tu, sepantas tu laa jugak awek tadi panggil aku, “Bang, bang… kalau abang risau kain rosak bila kena air, abang angkat yang leather laa…” Aku pun tanya, “Ada ke Converse leather?”
The rest is history.
So, at 32 years and 10 days old, I got my first Converse (dan yang terakhir laa jugak rasanya) - a pair of brown ox leather Converse…
Happy siot, siap aku terus beli socks dan pakai terus kasut tu. Aku pakai selipar je sebelum tu. Dan, at least ada laa something yang akan mengingatkan aku kepada Batu Pahat, selain Farra kan?
Kasut ini juga aku rasa sesuai dipakai bersama beraneka jenis pakaian dan pakaian dalam. Ia juga boleh dikenakan dengan pelbagai warna pakaian. Lepas ni, takdelah orang akan menyah-sesuaikan kasut Adidas hijau aku dengan baju melayu peach aku lagi. :p
==
Gambar-gambar aku kat Batu Pahat...
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
8 comments:
Wo! Converse satu masa dulu jadi 'agong' dlam jiwa gua. Gerek!
sama ngan kasut saya tu!!
peh, cantik siot..nak sambar 1 gak ah combers (lidah jawa)
nampak mcm lawa ek, kena cari 1 ni.. opsss
-ojij-
Lan Bingka,
Adehhhh sama pulak. Beli kat Batu Pahat Mall jugak ke?
Murnie,
Hahahahah combers bunyinya ekekeke...
Jijo,
Bukan nampak je lawa, memang lawa laaa tambah pulak kalau aku yang pakai. ahai....
Azam,
Wo... dulu gua tak mampu beli agong. Kini agong boleh dibeli-beli... ahaks... isu immunity ni.
apasal Kak Jie click for large nampak bulu kaki je...hahahaha
mcm anak2 remaje kak jie je...gile Converse
beli kat Berjaya Times Square..hehe
Post a Comment