Saturday, December 13, 2008

Ayam katok... ehh ayam penyet laa!


Dulu-dulu. Kalau kat US, haram makan ayam katok! Ayam yang dipenggal kepala (tak sembelih) yang dijual di kedai-kedai serbaguna macam Safeway semua tu. So, kitorang kena lah order ayam halal daripada pak-pak arab through phone dan pak arab ni akan hantar order tu sekali dalam seminggu macam tu. Harganya pun mahal sikit laa daripada yang dijual kat Safeway.

Macam aku ni, yang jenis sekor ayam boleh tahan 2-3 minggu, takdelah aku call Pak Arab tu untuk order, tapi aku tumpang order through budak-budak perempuan satu universiti dengan aku laa. Kadang-kadang, aku tumpangkan terus ayam aku tu dalam freezer diorang. Siap tumpang kuali, tumpang periuk. Suruh diorang masakkan untuk aku terus. Hahahah... thanks Surya, Bess and Sueriey.

Hari tu aku ada ternampak some conversation kat chat room tanya apa rupanya ayam penyet yang banyak terdapat kat Johor dengan Singapura tu. So, ni aku nak letak gambar ayam penyet kat sini...




Cara masaknya aku tak tau laa tapi ayam tu digoreng garing. Lepas dah goreng tu, dikatok atau dipenyetkan dengan... aku rasa diorang pakai something heavy macam sebongkah kayu. Then, ditaburkan jintan-jintan atau rempah ratus goreng atas ayam tu. Then disajikan bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang, tomato, tempe goreng, kobis dan lain-lain beserta sambal, sup dan nasi.

Selamat menjamu selera!


1 comment:

nino said...

kat jb ayam penyet plg best kat LC KATERING..
setakat nih lah kan..

:)

Related Posts with Thumbnails