Tuesday, December 23, 2008

My first G-Shock!


Hahahahaha...
Holiday mood, shopping mood, kemut-kemut.
Aku dah kata, aku ni pantang kalau tinggal kat hotel (ala-ala vacation), memanglah nafsu shopping tu datang mencanak-canak.

Ingat tak yang aku excursion kat Batu Pahat hari tu, aku gi shopping for my first Converse? Haa... sekarang ni pun aku tinggal kat hotel ni. Kat Johor Bahru je. Hahahah... apa ke halnya kan? Housemate aku bawak his family datang JB. So, instead of the family staying in hotel, yang dah sure kena amik at least one family suite around RM400-RM600 per night, housemate aku sponsor aku je duduk kat hotel for three nights sebelum aku balik Shah Alam for Christmas/Awal Muharram break.

Yang bestnya, siap aku boleh demand nak hotel yang serve breakfast in bed, ada newspapers depan pintu, ada gym segala macam laa... hahahahaa... padahal hari-hari biasa yang lain, takde laa sempat nak breakfast ataupun sesape nak hantar suratkhabar depan pintu. Aku saje je demand tu, bukan serius pun. Walaupun aku akhirnya tinggal kat hotel yang bukan full-service (tak sampai hati nak cakap budget hotel), housemate aku siap datang check bilik tu ok ke tak. Hahahahah...

Pastu the first night tu sebab bilik banyak dah penuh, aku dapat bilik yang tak bertingkap. Itu pun dah RM90++. Terus, the next day dia upgrade ke bilik yang bertingkap around RM120. Mahal gak kan budget hotel, pun. Dan walaupun hotel tu seblock away je dari office aku, still aku rasa macam vacationing sebab duk kat hotel. So, nafsu shopping aku mencanak-canak lah.

Petang semalam, waktu dalam mengantuk-ngantuk kat office lepas makan asam pedas kat Kg Pendas, aku terfikir. Dah sesebulan aku jogging pagi-pagi, ada ke logik aku bawak handphone untuk dijadikan jam aku? Tak sesuaaaaiiii sungguh... Adakah logik kalau aku ada sports watch yang ada stopwatch, ada timer, yang rubber strap. Aku terbayang-bayang je nampak cun dan sesuuuuuaaaaaaaiiiii sungguh kalau aku pakai sports watch waktu berlari tu. Dan tiba-tiba terpacul G-String dalam kepala aku... oppsss maksud aku, G-Shock.

Dicouplekan kesesuaian aku berlari memakai G-Shock dengan nafsu shopping aku yang mencanak-canak, aku pun cruising for G-Shock malam tadi. Aku masuk satu kedai ni. Aduuuhhh... stim aku tengok berbagai-bagai G-Shock dalam cermin tu. Pastu amoi yang layan aku pulak tolong pakai-pakaikan jam-jam tu kat tangan aku, pastu terlaga-laga jari-jari dia kat tangan aku kan?

Mata aku terus tertancap pada G-Shock Giez. Mak aiiiiii cun nya.... harga pun boleh dikatakan dalam kemampuan aku laa. Pastu amoi tu kata pulak ada diskaun 30%. Perghhh... itu dah jimat RM210. Adehhh... nyaris je aku nak tangkap satu. Tapi bila difikir balik kepraktikalan jam tu, aku rasa tak berbaloi laa... sebab jam tu analog, termasuklah stop watch nya pun analog. So, susah laa nanti aku tengah-tengah jogging, nak perati jarum tu dah berapa lama aku jogging ke, macam tu, kan?

Akhirnya, dalam terstim-stim aku tengok G-Shock Giez, aku masih berfikiran waras dan aku ended up with G-Shock G7710-1. Aku tak kira laaa ini model lama ke, korang nak kata murah ke, aku tak kisah. Janji the practicality suits my needs. Dan aku suka je, malam tadi pun tidur tak bukak jam. First night le, katakan. That's my first G-Shock.

Dan pagi tadi waktu jogging kat Danga Bay, aku rasa lajuuuuuuuuuuuuuuu je aku lari. Ahaks!


3 comments:

edrina said...

Mekasih deo! Jasamu tatap kukenang ehehe. Oh dan jgn risau kitaorg dah suh maid lap, sedut dan mop segala2 habuk so umah kau dah bersih & berkilat tau ehehe.. Cuma kan haris dah curik ice cream kau dlm fridge tu huhuhu, nanti hubby ganti balik ek.

si puaka said...

G-shock 1st aku ... aku kumpul duit belj skolah huhuhuhuhuhu sadis sungguh waktu itu.. ikat perot! btw knp ko ban aku aku aaa?

Deana said...

I am fancy admirer of G-Shock too, tak dapat ja, dapat collect katalog pon jadikla..Dulu waktu 1st Casio G Shock keluar, iklan Singapore bertalu2 tayang.. lagila terliur jek tgk.. last2 aku dapat my 1st G-Shock as a present for PMR cemerlang result.. now it has been 12 years am having it, and it still ticking..tp time jogging kat stadium tetap jugak tengok jam kat henfon..sesuwaaii

Related Posts with Thumbnails