Friday, December 05, 2008

Tak besar-besar


Aku takde mood nak update ni. Post menstrual birthday syndrome ke? Tapi sebab aku kesiankan Jijo yang tak boleh bukak blog aku kat rumah selama tujuh entries aku sebab takut anak-anak dia tengok gambar Tyra Banks tu. Silap-silap anak-anak dia cakap, "Ayah, nak mama macam tu..." Adoiiii... mesti Jijo senyum sampai ke telinga baca paragraph ni.

Anyway, thanks to all birthday wishes. All the wishes tu aku wish kat korang balik laa. Mana yang wish mimpi aku jadi kenyataan tu, well, lately aku asyik mimpi basah je. Apa yang nak dijadikan kenyataan tu, aku tak sure. Yang wish cepat bertemu jodoh tu, aku pasrah! Hahahah...

Ada satu birthday message kat facebook aku from Zarina Gojes. Dia cakap, "Happy birthday Azrul! tak besow2 awak ni..hehe." Ada satu lagi birthday dialogue in YM dengan 4-year junior aku kat high school. We agreed that I didn't change a bit since I left school... dari segi ketinggian lah.. chet!

And as I grow older ni, aku rasa nak buat benda-benda yang high profile je. Macam, saman tempat kerja aku for discriminating pekerja-pekerja yang vertically challenged macam aku ni. (Well, at least aku tak laa nak saman company ni sebab tak sediakan lif untuk pejabat 4 tingkat dan memayahkan orang-orang berbadan besar)

Cuba korang tengok gambar sebelah --->
Ada ka patut overhead cabinet (d) kat pantry tu so high above. Pastu payah laaa aku nak capai mug aku untuk buat air. Untuk mudahkan korang bayangkan berapa tinggi the black panel (b) tu, kira tempat makan laa tu, aku boleh makan berdiri je.

Ataupun kalau korang ingat waktu kat sekolah meja science lab tu, especially meja untuk cikgu science. Kalau cikgu science tu perempuan, siap boleh parking her boobs dengan selesa kat meja tu. That's how tall the table is.

And in most cases bila aku nak amik mug aku dalam compartment (d) tu, aku kena step on palang kaki kerusi merah tu (a), baru aku boleh capai mug aku. Itupun kalau mug aku kat barisan depan dalam (d) tu. Kalau mug aku belah-belah dalam, kena aku panjat kerusi merah tu.

Tapi, luckily Kak Ita (pantry keeper) baik hati sangat, menyedari kepayahan yang aku alami, dia tak simpan mug aku dalam (d) tapi dia just letakkan kat rak pinggan je (c). So, most of the time, ada satu je mug kat (c), which is mug aku. Hahahah.... Thanks Kak Ita! Disebabkan Kak Ita, tak jadi aku nak saman company ni. :-p

Apa lagi ek benda-benda high profile yang aku boleh buat? Err... please don't suggest buat pengakuan bersumpah!


1 comment:

jojet said...

hah saman2.. 2 juta.. kabinet/mender tinggi2 nih mmg menyosaahhkan.. hahaha tumpang emo skali..

slamat raye weh~!

Related Posts with Thumbnails