Monday, December 15, 2008

Cik Gigi goes to Batu Pahat


Sejak aku dapat komen daripada Lan Bingka (blogger yang berasal dari Batu Pahat) last week, entah tiba-tiba je aku beria-ia nak ke ‘bercuti’ ke Batu Pahat. Dalam masa seminggu minggu lepas, aku dok google perihal Batu Pahat, tanya ex-colleague aku places to go and eat (penting ni…), google map. Tapi, takde lah extensive research sangat sebab alaa… Batu Pahat je. Kalau takde apa sangat kat situ ataupun tak jumpa jalan, aku balik lah ke JB kan, apa susah?

So, pagi Sabtu lepas aku bangun tidur awal dari biasa. Tengok ke luar tingkap, elok cerah je hari tu. Memang confirm aku akan ke Batu Pahat jadinya. Memang aku letakkan syarat macam tu. Kalau kat kawasan aku hujan pagi Sabtu tu, aku tak akan ke Batu Pahat (walaupun Batu Pahat mungkin berlainan cuaca). Dalam jam 9.30am aku pun gerak ke Batu Pahat.

Senang jugaklah jalan ke Batu Pahat ni. Dari JB, exit di Ayer Hitam, teruuuuuuuuussssssss je sampai nampak mercu tanda Batu Pahat (ini aku cakap je laa… hahaha), Batu Pahat Mall yang baru bukak tu. Tapi aku tak stop kat Mall tu sebab perut lapar gila, tak breakfast pun. Terus aku ke pusat Bandar, cari signage Hospital Batu Pahat sebab colleague aku recommend Nasi Bariani Power kat Taman Soga dekat dengan hospital.

The rest…
Is history. Aduuhhh malas aku nak cerita kisah weekend aku di Batu Pahat ni. Tapi memang best laaa jugak Batu Pahat ni. Maksud aku, untuk one weekend excursion tu, best lah sebab aku rasa jadual aku padat betul, vrooommm sana vroooommm sini, perut pun tak sempat nak lapar dah disumbat lagi dengan macam-macam makanan enak-enak. Tapi, kalau suruh aku tinggal situ dalam seseminggu ke, mau keras aku dalam bilik hotel. Mana taknya, bandar Batu Pahat tu dah 56 kali aku pusing, dalam masa seweekend tu. Kalau seminggu, mau aku hafal posisi setiap kedai kat Batu Pahat tu.

Places yang aku pergi (ikut kronologi):
Nasi Bariani Power Taman Soga… memang powerrr! Taman Rekreasi Tasik Y… ada dinosaur! Tengahari rembang time aku ke Tasik Y ni. Dataran Penggaram… ada tiang bendera kedua tertinggi di Malaysia (aku assume je) dengan tugu tangan menukul batu. Masjid Sultan Ismail… masjid biru, turquoise laaa ala-ala smaller version of Masjid Shah Alam. Batu Pahat Mall, saje tengok apa yang bestnya mall ni sampai Farra letak gambar dalam blog dia. Ok lah ada local coffee, Dagan… the Rengit Coffee. Kelassss Rengit!

Then, baru boleh check-in dalam jam 3pm. Aku lepak Katerina Hotel je laa.. alaaa hotel tuuu… alaaa yang ada cctv yang buat video tuuuu… mana laa tau kalau tiba-tiba video aku keluar di pasaran, ada chance aku jadi Timbalan Presiden UMNO kan? Anyway, hotel ni yang paling best kat Batu Pahat. Tapi gym tarak, swimming pool macam tak menyelerakan je, live band pun tarak. OUT. Lepak-lepak, golek-golek, strip-strip sat dalam bilik. Petang aku ke Benteng. Ini macam food arena, opposite Hospital Pakar Putera. Aku pekena mi racun dengan putu piring. Mi racun ni aku rasa laaa macam mi kungfu tapi base nya tomato paste.

Zasss… ke Pantai Minyak Beku, tengok sunset. Nice! Sayang tak berapa commercialized tempat tu except kat jetty yang pergi Tanjung Balai Karimun tu. Aku tak gi pun jetty tu. Nantilah nak gi Tanjung Balai one day. Ada jugak Perigi Batu Pahat kat situ. Ada history perigi tu yang bersangkut-paut dengan nama Batu Pahat. Lepas Maghrib, aku ke Pasar Lambak Pesta (member aku cakap). Pasar malam je sebenarnya. Like other pasar malam, ada aneka kuih, aneka buah, aneka sayur, aneka lauk – basah dan kering, aneka spender dan coli pun ada. Hahahaha….

Malam tu aku round-round cari bapok. Ramai gak melepak kat tugu tangan tadi tu. Rupanya ada skrin besar, tayang Sehati Sedansa… adehhh… aku pun jalan-jalan kat Batu Pahat Walk (ingat Bukit Bintang je ada Walk neh?). Takde laa apa sangat except food stalls. Aku ingat nak datang balik lepas aku tengok midnight movie nanti dalam jam 2am macam tu nak pekena sup. Lepas aku tengok “The Day the Earth Stood Still” yang sungguh hampeh (macam lancau tak naik walaupun Britney Spears bogel depan mata), aku lalu kat Batu Pahat Mall tu semula, dah tutup semua kedai-kedai makan tu. Balik bilik je laaa, hampa bak kata To’ki.

On Sunday, aku gi Hutan Lipur Soga Perdana. Perghhh… trekking kauuu… nak tercabut lutut. Aku rasa kalau nanti Batu Caves runtuh, Thaipusam boleh sambut kat sini. Tapi aku, slow-slow sampai gak kat Wakaf yang boleh tengok bandar Batu Pahat. Just make sure korang pakai a good pair of sports shoes laa kalau nak datang sini. Lepas check out at 12pm, aku round-round tengok shop houses yang lama-lama kat town area. Hari mendung je, hujan rintik-rintik tak berapa best nak amik gambar. Then, lepak Summit jap before lunch. Kali ni kat Nasi Bariani Mohd Shah kat Benteng. Power yang Taman Soga tu best lagi. Last sekali sebelum gerak balik JB, aku gi Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, cantik gak. Macam masjid Pasir Pelangi pun ada.

So, itu je laa cerita ‘percutian’ aku yang tak seberapa ni kat Batu Pahat. Tapi aku just masuk bandar je, takde aku pergi ke kampong-kampung, Parit-Parit kat situ. Sure lagi best.

Kalau korang malas baca, korang tengok gambar je laa…
Yang ni kat photobucket... click sini.
Yang ni pulak, kat facebook lagi best! Boleh romen-romen... oppss boleh komen-komen. Click sini dan sini

Ooo ye… apsal Cik Gigi? Sepanjang trip aku ni, kat Era radio asyik keluar iklan “Cik Gigi, Cik Gigi… kenapa gusi berdarah?” Adehhhh hampeh nok! Sakit jiwa aku dengar “Cik Gigi, Cik Gigi… Cik Gigi, Cik Gigi… Cik Gigi, Cik Gigi…”


5 comments:

erk,nino pon bole said...

haha..
cute ok iklan cik gigi tuh..
next weekend bercuti laa kat pasir gudang pulak..
hihi..

:p

sity29 said...

hahaha ko apsal la tak tanya aku azrul oii.. umah azrai kat taman soga tu je pun :P

Anonymous said...

OMG!

aku sejak lahir lom pernah pon ke pantai minyak beku .. tasik Y tuh sebelah dia hostel aku, tmpt aku skodeng bap*ok2 dan jugak org rom*en oppsss

fara

Lan Bingka said...

hehe..sampai jugak ke batu pahat ye.. erk..terus terasa nak mkn nasi beriani..;)

deOughtred said...

Nino,
Tak mau laa gi PG, sesak nafas udara tercemar... hahahaha

Sity,
Mesti kau tak pandai masak bariani gam sebab asal balik kampung je gi Bariani Power

Fara,
Wooo!!! Aku jumpa bapok kat dataran penggaram je jam 2.30 pagi. Rugi tak gi Tasik Y pagi-pagi macam tu

Lan Bingka,
Sampai jugak le... 56 kali round bandar tu.

Related Posts with Thumbnails