Tuesday, December 09, 2008

Movie weekend, kononnya!


Kalau cerita pasal watching movies, aku ni can hardly finish even one movie at one go. Banyak lagi movies dalam iPod aku yang aku downloaded aku tak tengok lagi. Ini pun salah satu sebab aku dah stop buying DVDs sebab DVD yang ada dalam laci rumah aku kat SA tu pun belum tertengok. Tapi weekend baru ni yang panjang, aku berjaya tengok bukan satu, tapi dua movies. Kiranya, movie weekend laa...

Macam dalam entry lepas, aku cerita yang aku gi nonton midnight show kat Pelangi Leisure Mall. Aku nonton "Twilight". Mula-mula startingnya macam mengexcitedkan sikit laa sebab dia tunjuk awek ni pindah dari Arizona ke satu bandar kecil kat NY. So, aku agak ni mesti cerita pasal American life dengan latar belakang bandar-bandar kecik macam American Beauty, Ed, pastu yang tv series Superman tu.

Pastu ada pulak scene awek ni tukar sekolah, jumpa macam-macam karakter kat sekolah baru dia. So American laa movie tu, aku agak. Sekali, cerita pasal vampire. Vampire gi sekolah. Vampire putih tepung gomak. Vampire bercinta dengan manusia. Last sekali vampire berlawan dengan vampire. Macam hampeh! Yang part paling keji, waktu vampire tu expose diri dia kat cahaya matahari, badan dia berkilat-kilat macam berlian. Awek tu teruja gila. Pada aku, just berkilat macam tabur benda kilat-kilat waktu parties tu je. Hampeh sangat cerita "Twilight" tu.

Kesimpulannya, balak yang bawak awek dia yang tarik muka tak puas hati main bowling malam tu, patutnya bawak awek dia tengok cerita "Twilight" ni lagi bagus. Dalam cerita macam hampeh tu, boleh lah suap-suap pop corn. Pelik aku macam ni cerita macam ni pun boleh tayang kat sini?!

Malam tadi, lepas tengok bola Piala Suzuki Malaysia lawan Vietnam, aku terus hilang selera makan dan selera nak keluar rumah. Bila laaa pemain-pemain bolasepak Malaysia nak insaf? Kalau bolasepak tu dinilai dari segi amalan baik atau buruk, berdosa besar pemain-pemain bolasepak Malaysia ni.

Anyway, aku pun tertengok laaa cerita Anak Halal. Mulanya aku ingat ini cerita hantu yang budak kecik yang Ida Nerina berlakon tu. So, aku budget tengok kejap je laa. Rupanya bukan. Pastu pulak, awal-awal cerita tu, keluar pulak Rochang Nor berlenggeng... adehh cerita Rochang Nor, mana boleh tengok sekejap-sekejap? Alih-alih, sampai dah 90 minit, tak muncul-muncul dah Rochang Nor, cameo je ke ni? Mulalah aku rasa macam nak mintak rebate je tiket yang aku beli ni (ehh tengok free je kat rumah, mana boleh rebate?)

Dalam kehampehan Anak Halal tu, aku tunggu jugak laa sampai habis sebab kot-kot Rochang Nor keluar lagi. Berbaloi jugak aku tunggu sebab keluar jugak akhirnya Rochang Nor. Cuma yang tak puas hatinya, ada ke patut Farid Kamel tinggalkan je Rochang Nor nak mati lepas kena tembak, pastu sempat peluk-peluk dengan Mak dia? Gi laa panggil ambulan dulu ke, selamatkan Rochang Nor.

Pastu, cerita tu takde polis pun kecuali yang last sekali. Part gaduh kat gerai burger, gerai burger kena bakar, mamat tu kena tembak kat lorong belakang, Fasha Sanda terjun bangunan, semua takde polis. Tidur ke polis? (atau gi jaga Hindraf time tu?) Lagi satu aku tak puas hati, apsal nama cerita tu Anak Halal? Bukannya cerita anak luar nikah ke, sindiket pelacuran ke. Aiyoooo... Ini satu lagi cerita yang aku pelik macam mana boleh main kat wayang. Tapi, Maya Karin memang lawa laaa...

Haa... amik! Aku review filem pulak kali nih. Tu dia movie weekend aku. Yang hampeh!


3 comments:

Lan Bingka said...

rasa cam nak luku je kepala pemain malaysia...*&^%$#

Anonymous said...

anak halal? to me film ni ada jiwanya tersendiri dan 'hidup'.bukan mcm sstgh film picisan kat luar sana tu
just my 2cents

Anne said...

ala deo, ko kena keluar sket dari realiti kehidupan klu tgk citer anak halal tu. ko bayangkan dorang ni dok kat black area kat amerika la konon-konon.
Aku rasa org yg buat citer ni cuba meniru konsep mcm filem 9 naga, mengejar matahari..filem2 arahan rudi soedjarwo.
but to me..not bad la citer anak halal tuh.

Related Posts with Thumbnails