Monday, December 29, 2008

Nasi kandar craze


Aku nak balik JB hari ni. The next time aku balik SA/KL maybe during CNY break. So, sebelum aku balik ke JB, the land of no nasi kandar, aku nak update satu entry pasal nasi kandar. At least bila aku di JB nanti dan aku rindu-rinduan kepada nasi kandar, tengok je entry ni balik, hopefully boleh lah terubat rindu aku kepada nasi kandar. Tapi jangan laa buatnya aku termengidam, hari tu jugak aku drive balik SA/KL semata-mata nak makan nasi kandar punya pasal.

Two of my favorite nasi kandar places macam aku dah pernah cerita sebelum ni ialah Nasi Kandar Pelita (anywhere in town) dan Nasi Kandar Utara kat SS15, Subang Jaya. Nasi Kandar Kayu pulak tak boleh masuk dengan aku. Aku dah cuba satu kat USJ Taipan dan satu lagi kat Tesco Extra Shah Alam, dua-dua tak ngam! Nasi kandarnya yang tak berapa melentokkan, pricey sebab siap ada government tax dan pekerja-pekerjanya yang super lembab dan berlagak macam Nasi Kandar Kayu ni on top of the world.

Back in my hometown, in Ipoh. Ada few kedai nasi kandar yang meletop dan melentok. One of them dekat tepi Sungai Kinta (near DBI flat), ada a row of kedai makan. Daripada kedai tu, boleh get a view of Hoover Cinema - panggung wayang yang dulunya tayangkan cerita-cerita blue (entah lee ni orang cakap kat aku). Dah lamaaaa sangat aku tak gi makan kat situ, dan tak sure Hoover tu ada lagi ke tak? Aku rasa takde kot, sejak-sejak boleh download je cite blue dari internet. Opppsss...

Dan satu lagi kedai nasi kandar yang meletopppp habis tip top pasti lentok tiga hingga empat jam lepas makan ada kat Jalan Yang Kalsom. Nama kedai ni ialah Kedai Nasi Kandar Ayam Merah. Tapi dia ni menyewa kat dalam satu kopitiam, Yong Suan Coffee House. Kedai ni pun dikenali sebagai kedai Nasi Ganja sebab kebolehannya melentokkan pemakan-pemakannya. Ada juga orang panggil Nasi Vanggeh, mungkin sebab bila korang sampai kat pintu kedai tu, pelayan-pelayan situ akan panggil, "Vanggeh, vanggeh..." maksudnya "mari, mari..." ataupun "masok, masokkk..." untuk kiahronggeng



Kalau time makan tengahari, dari luar lagi korang boleh perasan kedai ni penuh sesak dengan customers tengah berbaris amik nasi. Sesaknya mengalahkan kedai nombor ekor. Makanannya... perghhhh korang kena cuba laaa... Tapi waktu nak order tu, korang tak boleh terhegeh-hegeh baru nak fikir nak makan lauk apa. Korang ke be very impromptu, korang kena preset kepala otak korang nak makan apa sebab queue panjang so, pelayan dia tak nak buang masa melayan sorang je customer sampai berjam-jam.

Ni gambar lauk-lauk yang ada kat situ. Boleh kata semua ada laaa... ayam, ikan, sotong, telur ikan, telur rebus. Typical lauk kedai nasi kandar lah ni.



Kuahnya a bit pedas. So, kena tahan laa sikit kepada yang tak kuat makan pedas tu. Dan spare laa tisu banyak-banyak kot-kot hingus meleleh, kuah yang pedas jadi masin pulak sebab hingus meleleh termasuk dalam mulut. Macam Pak aku hari tu, mulanya dia komplen pelayan tu tak bubuh kuah banyak-banyak. Sekali... haaa amik pedasnya walaupun kuah dia sikit. Aku rasa pelayan tu memang dah sukat sesedap dan sepedas rasa waktu dia tabur kuah tu ke atas nasi.

Ni gambar lauk aku, which serving mengingatkan aku kepada Nasi Restoran Saudiah, kedai hujung kat bazaar Stesen Bas Kuala Kangsar.



Dan Mak serta Pak aku tengah menjamu selera.



Mak tengah tahan pedas sebenarnya tu tapi sempat lagi senyuuummm je. Biasalah Mak, dulu sambil senyummmm je dan senyap-senyap dia cubit ada sorang anak Benggali yang tengah bising-bising time orang kenduri. Ekekekekek.....

Ok. Lepas makan nasi kandar apa lagi yang sedap untuk dessert kalau bukan cendol, kan?



So, kalau korang dah makan Nasi Vanggeh tu, let's head to Lim Garden, Ipoh. Just about 50m outside of SM Tarcisian Convent, korang boleh jumpa kedai/motor cendol bergerak ni. Nama kedai/motor cendol ni "CANDOL ASLI". Nanti kalau korang ternampak kedai/motor cendol tapi tak sure, whether it's the one I'm talking about here, korang boleh hafal plet nombor motor tu AAQ3914 ataupun print saje gambar ni dan cam kan muka brother tu, manalah tau brother candol tu upgrade motor dia ke kan?



Haaa... siapa kata Ipoh takde apa?
Vanggeh, vanggeh!!!
Hahahahah....


4 comments:

Kujie said...

Kak Jie g Ipoh Ahad lepas..area Simee depan Hospital..area stadium tu.
on the way tu.... teringat kau la Deo sbb sebelum keluar baca entri memori keretapi

Jingga Studies said...

weh hari tu kat star ade article pasal satay endut...ko tak makan satay endut ke?? teringat aku masa kecik2 membesar kat ipoh..!

mkn ipoh yg takde penganti: nasik ayam pasar bulat, satay endut, roti norjehan (ke ape..kat jubilee park), and of course nasik lemak kat tambun inn tu...oh best!

K i a H R o N g G e n G said...

owhhh nasik kandar...!!!! cendol pokok ceri makkkkk..

Lord Budak said...

huhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaa

Related Posts with Thumbnails