Sunday, December 28, 2008

Seating dilemma


Aku kat dalam keretapi ni. Ekspres Senandung Malam Ipoh ke KL, koc K1, seat number 1B. Seat aku betul-betul depan pintu otomatik yang duk terbukak katup, terbukak katup ni. Seat aku, aisle seat so kalau aku tidur ternganga, orang yang lalu lalang nampak je laa. Peduli apa kan? Dan walaupun seat aku nombor satu, tapi seat aku bukan depan sekali tapi belakang sekali dalam koc tu. So, aku bergerak in reverse gear (mengundur) lah ni sampai ke KL nanti.

Yang aku pelik dan geramnya, ada orang naik keretapi ni tak reti-reti nak duduk diam. Berjalan je kerjanya, kejap-kejap terbukak pintu otomatik tu. Kalau orang lain-lain takpe jugak, ini orang yang sama je yang lalu lalang. Tak tau apsal. Sakit perut gamaknya asyik ke jamban je. Kadang-kadang tu, seat diorang dibiarkan kosong je dari awal sampai lah tiba ke destinasi. Kalau nak jalan-jalan, baiklah diorang berjalan kaki je ikut highway ataupun ikut jalan keretapi tu, kan?

Aku baru gerak mengundur ni, baru je keluar dari stesen Ipoh. Dah mula rasa nak tidur dah. Itulah aku ni, mudah sangat tidurnya. Baik dalam keretapi, dalam bas ataupun dalam flight. Pernah aku naik bas ke pantai timur dari Stesen Putra KL, belum keluar KL lagi aku dah tidur. Naik flight pun sama, belum take-off lagi aku dah boleh tidur. Itu nikmat yang diberikan kepada aku, kata sesetengah orang.

Cuti Krismas/Awal Muharam ni, aku decided untuk drive JB-SA-JB. Dan naik keretapi KL-Ipoh-KL. Malas nak drive sebenarnya, lagipun aku rasa perjalanan KL-Ipoh tu sungguh lah membosankan dan tak mind challenging. Kalau JB-SA tu, sesekelip mata je dah sampai Ayer Keroh, sesekelip mata lagi dah sampai PD. Mana taknya, kepala dok melilau fikir apa-apa program yang patut dan tak patut dibuat setibanya di SA dan sesambil tu jugak aku dok bersms dan calling-calling kerabat-kerabat dan konco-konco aku di SA/KL.

Ahh... melalut pulak. Back to the title of this entry, "Seating Dilemma". KL-Ipoh aku try amik yang 1st Class seat, which is RM22 more expensive than the 2nd Class yang aku biasa amik. Saje aku nak merasa. Aku amik yang seat solo. It's like buses yang executive class tu, 3 seats in a row (twin and single). Tapi waktu aku nak booking 1st Class solo seat tu, terdilema jugak aku jadinya.

Aku terfikir gak kot-kot kalau ada peluang duduk sebelah an interesting person, yang aku boleh sembang sampai ke Ipoh, boleh ketawa terbahak-bahak sampai orang lain tak boleh tidur. Ataupun yang boleh sama-sama buat Sudoku. Ataupun yang boleh dibawa ke jinjang pelamin. Fewwiitttt... and at the same time, aku nak merasa naik 1st Class coach. Sudahnya, return ticket Ipoh-KL tu aku amik yang 2nd Class, yang duduk berdua. Hopefully, ke Ipoh takde yang interesting tapi yang ke KL nanti, siap ada yang boleh duduk atas riba. Heheheheh....

Luckily waktu balik ke Ipoh, takde anyone yang aku nampak interesting enough for me to regret choosing the single seat. Cuma, takde langsung nampak keciri-cirian 1st Class nya. Sarung kusyen buruk, lusuh, kusam. Seat pun takde laa lebar mana (mungkin aku tak terasa sebab saiz ponggong aku tak macam ponggong orang lain) dan tak lah seempuk mana pun (seat, not ponggong aku).

TV pun nun jauh ke depan. Satu coach ada dua je TV, takde personal screen. Pastu takde pulak disediakan air mineral ataupun roti. Keretapi Jakarta-Bandung pun siap kasi air dan roti. Dan takde lah pulak pramugari datang tolong selimutkan aku atau angkat kepala aku letakkab bantal. Penat je aku buat-buat tidur. Hampeh.... mahal je lebih.

Dan hari ni, balik KL. Aku amik yang double seat. Dalam sejarah aku, tak pernah laa yang bila aku duduk kerusi sebelah-sebelah ni, aku dapat duduk sebelah orang yang interesting. Bosan! Anyway, I wasn't born to talk pun. Baiklah aku tidur, kan... errr... aku ni born to sleep ke pulak?! So, takde bezalah kalau aku nak amik 1st class ke 2nd class ke bunk ke room ke, bukan ada orang yang interesting pun, baik aku tidur kan?

Dan, aku belum pernah cerita lagi kan waktu aku amik seat yang tidur (bunk) KL-Tanah Merah dan aku dapat bedmate (a stranger yang tidur katil bawah) duk kentut berbau je sepanjang perjalanan dan kentut dia menyelinap naik ke katil aku. Siot je! Waktu tu bukan lagi born to sleep dah. Jadi born to smell someone else farts pulak.

Ok aku nak tidur ni.
"Mr. Checker! Can you please wake me up 15 minutes before reaching KL Sentral? Thanks..."


6 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

menarik jua naik keretapi...

deo boleh dak tumpang hang ke jb? lariiiiiiiiiii

KNizam said...

Jadi born to smell someone else farts pulak.

hahaaha yang ni mmg lawak giler. patut ko kentut budu je balas balik. hehehehe

cardozas02 said...

hahhaha... tergelak aku baca born to smeel someone else farts....
lainkali ko balas gak la bau telor tembelang ker.

Jingga Studies said...

weh next time ko naik pulak keretaapi mel/ 3rd class..berenti every stop..baru flashback from the past!!! try la boleh tidur ke haha!

Elf said...

Awat tak naik train yang seringgit reganya tuh..tengah promosi kan...

tapi, takdak tempat duduk la, seat tu pandai2 la carik kalau ada.

Mighty Jacksparrow said...

ha. org keluar masuk tu either sebab menggatal nak pergi buffet coach, nak isap rokok kat tepi pintu atau sebab sejuk nak mati dalam coach.

kesian. nanti kalau pergi kaunter tiket mintak la koc hujung sekali, takpun mintak ADNS sleeper car. tutup tirai, tido sepanjang jalan.

Related Posts with Thumbnails