Friday, December 12, 2008

Tragedi buah epal


Tajuk entry bukan main! Alaa macam cerita Melayu laaa, tajuk tu penting. Jalan cerita porak peranda, no problem. Cerita pasal filem lagi. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku ada orang berkata-kata cerita "Twilight" yang vampire putih macam tepung gomak tu best. Aku langsung tak faham dari sudut mana yang best tu? Aku rasa, kalau ada filem "Geng Bas Sekolah The Movie" pun lagi best dari "Twilight" tu.

Ohh mungkin syndrome membudayakan barangan import ni. Macam headline beritan sukan TV3 semalam yang lebih kurang macam ni bunyinya, "peminat-peminat bolasepak tempatan terus mengkritik prestasi skuad bolasepak negara sedangkan mereka mengagung-agungkan bolasepak BPL (liga Inggeris)." Aduuuuhhhh budak darjah tiga punya analisis ke ni?

Dah tentu laa. Korang pun kalau diletakkan baju brand Idexer atau D'urban dengan brand Polo RL atau Ferragamo, sure korang pilih yang Polo RL dengan Ferragamo. Sure korang kata apahal Idexer atau D'urban. Tapi, with the income yang korang ada, you have to make do with Idexer or D'urban laa. Sama jugak dengan bola. Like it or not, you have to support your national team la, which is Malaysia. Don't tell us untuk puji menggunung kalau nak dapat top 4 ASEAN pun tak dapat.
Lagipun, fair laa sebab hari tu menang Pestabola Merdeka walaupun teams yang bertanding tahpahapa je, kita dah puji menggunung.

Samalah tu dengan movie Twilight tu. Letak sikit balak-balak hensem omputih, awek-awek boleh tahan sikit, letak sikit pemandangan menghijau pokok-pokok, gunung-ganang, ada lautan sikit, hasilnya... BESSSTTTT laaaa cite Twilight tu.

Takde apa nak cerita pun pasal epal. Cuma dua malam lepas, aku mimpi makan epal. Epal hijau. Bukanlah epal tu sedap ke atau so special. Tapi dalam mimpi tu, setiap gigitan aku jelas sekali. Siap nampak bekas gigitan aku meraaaahhh je kat tengkuk. Tapi about to finish epal tu, mimpi aku bertukar. So, tak dapatlah aku tahu kesudahan tragedi epal tu like ke mana aku buang atau aku sambung makan another epal. Yang jelasnya, epal hijau.

Ok, this weekend, kalau tak hujan pagi-pagi esok, aku nak bercuti ke Batu Pahat. Few of the things yang aku nak buat, nak tengok tugu tangan yang macam Karl Marx tu, nak tengok best ke pantai Minyak Beku (siap standby bawak passport, kalau BP tak best aku nak gi TB laaa... korang carilaaa apa makna TB tu). Pastu nak try makan mi racun. Amende laa racun-racun tu? Yang paling penting, aku nak cari hotel yang tak pasang CCTV dalam bilik. Manalaa tau aku nak cabar KJ satu hari nanti, tak nak laa dia senang-senang menang hanya kerana rakaman video aku, kan?

Alright, have a good weekend.
Adios!


2 comments:

Hazelsyd said...

TB = tanjung bidara??

ahaks ahaks ahaks!

Anonymous said...

erm...sebenarnyer adat manusia xnak mengaku kesilapan sendiri...dah tau kalah @ pastu skill x capai tahap sepatutnyer..jgnlh salahkan rakyat tgk EPL laks...eeeeeee geram gak tgk berita sukan smlm...

Related Posts with Thumbnails