Tuesday, November 18, 2008

Dull... bukan kuah dal!


Dulu ada satu masa sekitar tahun 1990an, orang sibuk-sibuk cerita yang roti canai kat kedai mamak tepungnya dipijak-pijak dengan kaki. Ramai yang geli. Ramai yang berenti makan roti canai di kedai mamak. Ye lah. Mana nak lalu bila bayangkan kaki mamak yang tumitnya keras merkah pecah-pecah. Yang melekat di rekahan-rekahan tumit diorang tu, tak tau laa segala macam germs. Itu belum cerita part kuku kaki lagi. Dengan taik kuku yang kalau dikorek, lepas tu dicium, perghhhh boleh pengsaannnnnn.... Kalau selak sikit kain mamak-mamak tu, tu diaaaa.... bulu betis kerinting-kerinting, lebatttt.... dan hitammmmm berkilat... sihat bulu-bulu depa ni.

Ramai yang beralih makan roti canai di kedai Melayu. Ramai juga Melayu yang mula belajar tebar roti canai. Berpusing-pusing tangan. Macam kunta kinte. Mak aku dulu pun buat jugak roti canai untuk santapan aku sekeluarga. Tapi mak aku tak tebar pusing-pusing. Mak aku pakai talam. Talam yang isi lauk waktu nak hidang-hidang tu. Distretchkan tepung roti tu memenuhi talam. Lepas tu dicantumkan balik, kemudian digulung-gulung. Lepas tu tempek atas kuali panas. Makan dengan kari sardin (ini yang paling best). Lagi sedap kalau kari tu kari semalam dipanaskan. Pow wow!

Aku tak berapa gemar makan roti canai kedai Melayu ni. Salah satu sebabnya, takde kari ikan pow wow. Yang ada cuma, kari dal atau bapak aku sebut kuah parpu. Ni satu lagi hal. Bila aku sebut kacang parpu, puas aku kena gelak dengan orang KL. Orang KL sebut DAL... macam huruf jawi yang alif ba ta sa jim ha kho DAL zal ro.. bukan PARPU. Lepas tu kuah dal tu pulak letak sambal ikan bilik. Adehhh tak mari laa dengan rasa roti canai, ikut tekak aku laa. So, kalau aku nak makan roti canai, aku tetap pergi kedai mamak. Pijak pun pijak laaa....

Itu je laa aku nak cerita. Aku takde idea sebenarnya nak update blog ni. DULL sungguh hidup aku kan. Kalau ada benda yang interesting, mesti aku update punya. Ini sebab takde benda yang interesting, takde lah berupdate. DULL nyaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Err... boleh hantar dayang-dayang untuk hiburkan hati beta?!


8 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

dayang ke GunDik? woweeee

kak nik said...

dah baca blog kau ni, sebulan lah kak nik tak akan makan roti canai ..wakakakaka..

JinGGa stuDieS said...

weh parpu bukan dal laaaa...eh ye ke?

syok aku baca entry ni klakar nak mampos! hahhahaha

Anonymous said...

Mak aku pun sama mcm mak hang deo buat roti canai pakai talam besaq tu. Style org perak kah itu?

Anonymous said...

Deoooooooooooooo.........meh sini Ahkak hiburkan...

Ahkak Limah

Nota kaki : sama ya style mak org perak dgn mak org selangor..pakai talam...

deOughtred said...

kiahronggeng,
dayang + gundik = dangdut... ekekekek

kak nik,
ekekeke kaknik nampak ke diorang pijak tu? :-p

jingga studies,
which part yang kelakar and which part yang nak mampos?! wahahahaha

ahkak limah,
kau anak angkat mak aku ke? Wahahahahah

Anonymous said...

Bro, pasal diaorang pijak roti canai tu benda tu jd sedap....tp tk lawan roti canai talam mak ko bro...ya tak? Tp i ingat la ni talam tu pun dah gantung...nak mkn depa pun pi kedai....

suealeen said...

mak aku buat roti canai pun pakai talam.. sampai le ke hari ini....

js.. parpu memang dal kannn... aiyaaa

Related Posts with Thumbnails