Sunday, March 02, 2008

PRU12: 6 hari lagi


Macam ceramah pilihanraya.

Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai tak kurang seribu. Ada Polis. Ada FRU. Ada Rela. Ada yang pegang dan cakap-cakap ikut walkie-talkie. Ada yang bertugas, yang pakai 'lesen anjing' gantung di leher. Ada tempat duduk VIP. Ada parking VIP. Ada yang ikut je ponggong VIP. Ada wartawan. Ada cameraman. Ada yang maki. Ada yang hamun. Ada yang bincang strategi. Ada bendera, banyak. Ada yang pakai baju sama ikut kem mana yang disokong, ramai. Ada yang menjual makanan, mahal - harga barang naik. Ada yang menjual minuman, mahal - harga barang naik.

Ada aku!

Baju merah, seluar merah masuk gelanggang dulu. Kemudian baju putih, seluar hitam ikut masuk sama. Beradu tenaga! Bukan beradu macam lu punya Perlana Menteli! Ada aksi panas di gelanggang.

Macam ceramah pilihanraya. Tapi ini Liga Super, Selangor lawan Terengganu.

Ada janji Melayu, macam. Perlawanan mula jam 10 malam, 1 jam 15 minit lebih lewat dari yang dijadualkan. Lampu lipah separuh gelanggang tak menyala. First-class facility, third-class 'mentol'ity.



Macam ceramah pilihanraya.

Ada ni... 'Pemuda Selangor'.
Di dadanya ada logo parti komponen yang ada dua keris bersilang - alif mim nun wau.
Confident menang ke, brader?
Dapat elaun, agaknya?
Take a break, mungkin.
Take laa break tu...
5 tahun pun takpe!










5 comments:

jingga studies said...

uih pedas tu!!! tapi line: 'First-class facility, third-class 'mentol'ity' ni paling best..hahaha ..we need someone like u in the parliment!! best best keep it coming!

deOughtred said...

jingga studies,
aku tak pandai menipu, so tak qualify to be in parliament. hahahahah...

Anonymous said...

sanggup ko layan & tunggu deo... game mlm td tu ada pun siaran langsung kat tibi(layan lah jap sebelum carekerama), masa aku dok tengok tu dah 9.30.. fuhhh kebaran tahap tertinggi tu...
-ojij-

lilinbiru said...

idup ganu!!!

deOughtred said...

ojij,
first time tahun ni aku gi tgk bola kat stadium. ingatkan ada perkembangan positif, rupanya makin malap... lampu pun malap. hahahah

lilinbiru,
idup!!! taik cicak!!! hahaahahah

Related Posts with Thumbnails