Monday, March 03, 2008

PRU12: 5 hari lagi


Macam ceramah pilihanraya.

Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai tak kurang seribu. Tak nampak sangat Polis. Tak nampak sangat FRU. Tak nampak sangat Rela. Aman, tiada ribut-ribut. Tapi suratkhabar, tv, radio kata ganas, bahaya, bikin kacau?! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!

Ada tempat duduk VIP calon wakil rakyat - biasa saje, raised platform, kerusi kayu - tiada sofa empuk, imported leather. Tiada yang ikut je ponggong VIP. Tiada yang bersongkok dan salam cium tangan VIP. Tiada wartawan - tapi esok ada dalam berita! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!

Ada pembentangan manifesto. Ada janji berasas. Ada tuduhan - juga berasas. Ada bukak pekung - penuh dengan bukti. Tiada yang maki. Tiada yang hamun. Tiada keji. Tiada caci. Tiada fitnah. Tapi suratkhabar, tv, radio kata ada?! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!

Ada bendera, banyak. Ada poster, banyak. Ada sepanduk, banyak. Ada kain rentang, banyak. Biru muda - putih, hijau - putih, putih - biru- merah. Biru tua - putih saja tiada. Ada Melayu. Ada Cina. Ada India. Ada Benggali. Ada ke Kadazan, Bidayuh, dll - aku tak sempat check. Ada India, ke hulu ke hilir bawa bendera hijau - putih!

Ada DSAI. Ada Teresa Kok Suh Sim (P122 Seputeh, N30 Kinrara). Ada Ahmad Idzam Ahmad (N29 Seri Serdang). Ada Yaakob Sapari (N40 Kota Anggerik). Ada Gobind Singh Deo (P103 Puchong). Ada Deo (P63 Tambun, N23 Manjoi - pengundi je...)


Takde makan free. Takde minum free.

Takpe, aku datang bukan untuk makan atau minum free! Aku datang untuk merasa kehangatan. Aku datang untuk beri sokongan. Aku datang untuk lihat perubahan.

Tak payahlah takut, banyak 222 kerusi Parlimen tu. Kau ambil 111 kerusi pun cukup lah... takdelah kau tak cukup tidur, nanti!



==
Sekadar ramalan:

I'm 70% confident, Gobind Singh Deo will win (siapa berani nak betting dengan aku nih? hahahaha). Then, we'll have father-son vs father-son in law battle in Parliament! And remember, the father-son combination are both lawyers!! By the way, son-in-law tu confident ke menang P131 Rembau?!



3 comments:

Azzam Supardi said...

Heh!

Anonymous said...

Timang tinggi-tinggi, sampai atas para, Pangkah BN apa jadi? Semua barang 'naik harga'.

Tinamng tinggi-tinggi sampai cucur atap, Pangkah BN apa jadi? Negara boleh bankrap.

Timang tinggi-tinggi, jatuh dalam longkang, ramai-ramai keluar mengundi, Pangkah Barisan Pembangkang.

Timang tinggi-tinggi jatuh dalam semak, Ramai-ramai keluar mengundi, tolak parti penyangak.

deOughtred said...

azzam supardi,
haa!

anonymous,
timang tinggi-tinggi, sampai ke bulan, jangan cakap banyak lagi, keluar barisan, tegakkan keadilan!

Related Posts with Thumbnails