Saturday, March 29, 2008

Bloody goodbye


Teringat my first lady boss dulu-dulu, Wan K. Dia ni kalau bercakap Inggeris, memang accent Inggeris habis. Kalau becakap Kelantan, memang accentnya Kelantan habis. First time aku dengar dia cakap Kelantan, memang aku gelak habis.

Kalau dia bengang, memang keluar semua bahasa bloody-bloody ni. Ada sekali tu, dia bercerita dengan Adnan H., "that bloody meeting bla bla bla..." Dan Adnan H dengan skema dan ever cool dia tanya balik, "Uish... sampai berdarah-darah dalam meeting tu ye?" Memang aku gelak habis.

------------------------------

I just don't understand why some or maybe most companies when its staff tender resignation (obviously for career advancement), there is this 'tension' or 'cold war' develop between the outgoing staff and the employer? Instead of "we thank your service, all the best for your future (who knows you'll be our big boss in the future here)", it's always "blah laaa... go to hell, we'll make your life miserable in the remaining days you're here"

------------------------------

Hari semalam, company aku bayar bonus untuk performance tahun 2007. Seperti biasa, aku check akaun bank aku sekitar jam 8 malam sebab biasanya gaji aku akan dikreditkan sekitar waktu tu. Tapi, takde bayang bonus. Aku check setiap setengah jam sampai aku tertidur jam 11 malam dan terjaga semula jam 1.30 pagi dan check lagi. Memang takde!

Aku check juga page performance rating aku. Takut juga kalau tiba-tiba diorang tukar daripada 'dapat' kepada 'tak dapat' sebab kebiasaannya, di syarikat ini, orang yang dah hantar surat letak jawatan akan diperlaku begitu. Tapi performance rating aku macam sebelum ni, tak berubah i.e. 'dapat'. Tapi, aku tak dapat bonus.

Pagi semalam, aku sms Pengurus Besar HR aku tanya samada 'bonus pun aku tak dapat ke?' Selepas kes aku tak dapat ESOS which aku boleh faham sebab itu untuk 'retention' dan 'loyalty' walaupun Group CEO yang dapat paling banyak lot ESOS tak lama lagi akan ke Maybank dan semua orang dah tau yang dia akan resign dan dia tak 'loyal'! Lama jugak aku tunggu, baru aku dapat reply yang cakap aku tak dapat bonus aku.

Tak payah cakaplah betapa sebaknya aku waktu tu, mata aku mula dah berkaca-kaca. Kalau aku hantukkan mata aku ni ke skrin komputer ni, mau jatuh berderai mata aku.

Aku reply sms tu, aku tanya balik, atas alasan apa yang aku tak dapat ni. Masa yang sama, aku consult someone dalam CEO Office. A check with HR staf ke pegawai haprak mana ke, orang tu kata surat perletakan jawatan aku bertarikh lebih awal daripada tarikh mensyuarat Lembaga Pengarah yang membuat keputusan tentang pemberian bonus.

Aku kata, mana kita staf biasa nak tahu bila tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah. Ataupun mungkin mesyuarat tu ditunda ke tarikh lain. Atau mungkin Lembaga Pengarah tak puas hati dan kertas kerja tu kena dibentangkan semula di mesyuarat akan datang. Atau mungkin Lembaga Pengarah bersetuju untuk membincangkan hal pemberian bonus dalam mesyuarat bulan Jun. Mana kita tahu?

Kesimpulannya, surat perletakan jawatan aku bertarikh 5 hari lebih awal daripada tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah yang membuat keputusan tentang pemberian bonus.

Aku balik ke ofis, aku sms dengan bos aku. Aku mintak dia release aku lebih awal supaya aku dapat mula di tempat baru lebih awal. Dapat juga aku setengah bulan gaji di tempat baru. Boss tak jawab sms aku. Aku start packing, siap! Ready to go. Aku call tempat baru tanya boleh tak aku report awal, 4 hari dari semalam? Tempat baru aku check, dan kata boleh!

Tak lama lepas tu, aku dapat call dari Pengurus Besar HR tadi tu, dia kata alasan aku tak dapat bonus sebab surat perletakan jawatan aku bertarikh lebih awal daripada tarikh pembayaran bonus, which was yesterday.

Aku argue dengan dia, aku kata kalau aku tahu macam ni, baik lepas aku dapat bonus aku, aku hantar notis 24 jam kepada bos aku dan dia sebagai bos HR. Aku boleh cakap sambil gelak-gelak kepada bos aku, "thanks boss, good luck (in finding my replacement within this 24 hours)" Lepas tu apa yang aku kena bayar, aku bayar lah guna duit bonus. Lagipun aku masih bergaji di sini sehingga hujung bulan Mei. Dan best sekali, aku boleh terus mula kerja di tempat baru keesokannya. Aku tanya dia, "to you, is it FAIR and ETHICAL or not?" Dia diam.

Ada lagi few points yang aku argue dengan dia. Lepas tu dia kata, dia pernah raised isu ni dan points yang hampir sama dengan apa yang aku cakap kepada Senior Vice President Group HR dato' yang mangkok hayun kalau aku jumpa memang aku tak salam dengan dia sebab entah gong bak kata orang Terengganu pastu muka macam entahlah cakap pun buat dosa je, memang kalau aku nak doa apa-apa, dunia akhirat aku akan doakan kepada dia yang tak elok tapi tak berjaya. Lepas tu, yang Pengurus Besar HR aku tadi tu suruh aku email buat appeal. Aku cakap balik, "you've not been victorious before, how confident are you to challenge for my case?" Dia cakap, dia akan cuba, email je. Aku kata, "Forget it lah, wasting my time. I'll take this up with my CEO" wahahahah aku cakap je tapi mampos telor aku kecut nak gi jumpa CEO.

To cut story short, after some feathers ruffled, my case got to the CEO's attention and meetings between my CEO and the GM of HR and SVP of Group HR were held.

Sebelum aku tahu keputusan tu, bos aku tanya aku apa aku rasa keputusan meeting ni. Aku kata sweet and sour. If it's favorable to me, it's just too bad that it creates uneasiness to some quarters (especially those egoistic Dato' SVP). Tapi bos aku kata, something like 'if it is not correct in principle, there may be someone who'll get hurt but we should correct the principle.'

And a new policy was made. "Whoever eligible for the bonus and still in the payroll at the day when bonus is paid, gets the bonus"

Aku tak tau berapa orang yang dah victimized by the old policy tapi alhamdulillah with bosses support and friends' support and best of all friends' shoulders to cry on (takdelah aku pergi kesat hingus hidung aku kat bahu kawan aku pulak, kan? tapi ok gak kan next time aku nak gi saje je tenyeh-tenyeh hingus kat hidung aku ni kat bahu kawan-kawan aku.. hahahaha), insyaallah aku akan dapat hak aku tu. Tarikhnya aku tak tau!

Tapi ada pulak sorang kawan aku tanya, "kau tak mintak black and white ke? kau kan tau HR ni lemau?" In other words kalau HR buat-buat lupa meeting petang semalam, apa cerita?!

Alahai...


14 comments:

Peter said...

Nasib baik engkau tak kesat hingus kau atas baju aku... lingkup bro!

Jingga Studies said...

susah jugak nak tukar kerja ni ye?

deOughtred said...

peter,
kalau kat bahu kau, aku tak kesat hingus, aku kesat lipstick je... hahahah...

jingga studies,
senang je kalau company tu tak di'run' by orang-orang yang sengal dan masing-masing hold a P.H.D.

royce said...

org yg buat keputusan tu tak tahu nak jaga nama baik company.

suealeen said...

macam pernah kena kat aku jekkk

Fauziah Ismail said...

Salam deOughtred
Satu lagi yang one of my friends suka gunapakai is "bloody hell." I cakap kat dia, "kat hell dah tak bloody lagi but burnt ... hangus!"

Elf said...

beladi ful punya HR

deOughtred said...

royce,
dia tahu bila jadi kat dia je.

suealeen,
kesian kau.

fauziah,
hahaha... bergaduh-gaduh nak masuk hell kot, tu yang berdarah-darah tu.

elf,
obladi oblada life goes on lalalala life goes on.

Anonymous said...

hahaha kecut ke na jumpakk ala kezammm tuhhh

sity29 said...

tragis jugak kes ko ni ek
sob! sob! sob!

joQ said...

So prepare marah untuk perbezaan gaji nanti..

sam said...

garang giler seh! sabar bro sabar...hidup ni mcm roda, sekali kita kat atas, lain kali kita kena dok bawah plak...hohoho

lilinbiru said...

oi...dorang mmg cam tu la.kalu ko resign, vss, or even dorang x suke...xde laa bonus ko.HR mmg buduh!!

deOughtred said...

anonymous,
kecut jugak laaa sekali dia suruh aku naik tikar terbang nanti.. hahahaha....

sity29,
sejak kejadian tragis tu, tiap-tiap malam aku buat magis tapi tak jadi. aku buat magis supaya akaun bank aku bertambah. huhuhuhuhu

joq,
aku nak prepare span ke berus dawai ke aku kasik diorang berus jamban je?

sam,
sport rim ke? berapa inci punya rim? kalau 18 inci lambat sikit laa nak pusing.. hahahah

lilinbiru,
ooooo... kalau buduh mesti diorang pakai orang dalam mintak kerja dulu. takpun diorang di mintak kerja tak pakai seluar dalam.

Related Posts with Thumbnails