Thursday, March 06, 2008

PRU12: 2 hari lagi


Seksyen 11, Shah Alam (sebelah restoran Syed's)

Aku malas sebenarnya malam tadi nak pergi mana-mana ceramah. Lagipun aku rasa cukup dah apa yang aku dengar untuk aku buat pilihan pada 8 Mac nanti. Tapi, komen makcik dalam entry bawah ni buat aku macam terpaksa untuk pergi juga malam ni. You owe me, makcik!

Aku sampai di sana, nampak sekumpulan perempit-perempit berbaju seragam berkeliaran dengan motorsikal masing-masing. Aku disambut macam YB juga, dua tiga orang bersalam dengan aku, jemput aku masuk ambil tempat. Tapi ada juga yang pandang tajam kepada aku, mungkin sebab aku pakai baju biasa, takde logo atau apa-apa yang tulis aku sokong parti diorang, macam yang diorang pakai.

Tempat ceramah, ada khemah dengan struktur yang kuat, kerusi plastik disusun elok dan banyak, ada backdrop yang dibuat dari bendera parti diorang cantum-cantum. Ada air mineral yang ada logo pangkah parti diorang dah diletak siap-siap di atas setiap kerusi. Wahhh.... aku tak pernah nampak macam ni sepanjang aku pergi ceramah sebelum ni. Tapi aku dah beli air Iced Lemon Tea botol Lipton, rugilah aku!



Lagi beberapa minit nak mula, pengacara majlis dah ajak yang di luar supaya mengambil tempat masing-masing. Ini pun aku tak pernah experience sebelum ni. Lima minit lepas tu, dia buat pengumuman lagi. Pengumuman yang sama. Dua kali! Lepas pengumuman yang sama untuk kali kedua tu, dia buat lagi satu pengumuman, minta yang di belakang supaya penuhkan kerrusi-kerusi di hadapan. Wahhh.... tak sia-sia aku datang ni, banyak benda baru malam ni! Tapi aku tetap di kerusi barisan belakang sekali, senang aku nak makan kuaci yang aku beli tadi. Bukan kuaci free, ok?!

9.50 malam, acara bermula. Aku kira, ada 36 orang penonton/pemerhati, empat orang di meja depan (meja penceramah), seorang pengacara majlis dan dua orang yang jaga P.A. system. Daripada 36 orang penonton tadi, majoriti 2/3 pakai something yang endorsed parti diorang, samada t-shirt (macam-macam design dan tulisan yang aku nampak), topi pun macam-macam, vest/jaket, badge, bandana pun ada (tapi budak tu pakai kat tengkuk macam koboi). Bandana pun ada!!! Bandana pun diorang buat!!! Entah-entah semua pakai spender seragam, lupa aku nak tanya/check.

Waktu tu, calon P108/N40 Kota Anggerik belum sampai. Yang ada, dua orang penceramah jemputan, aku tak sure dari mana dan apa jawatan diorang. Aku fikir mungkin nanti bila dia tiba, mungkin dia bawak sekali 3,000 orang pengundi hantu penyokong. Sedang penceramah jemputan kedua bercakap kosong, tibalah calon N40. Aku nampak lagi benda yang aku tak pernah experience sebelum ni - orang salam dia tertunduk-tunduk, cium tangan pun ada! Penyokong, adalah bertambah tapi aku tak sempat kira. Korang kira sendirilah kat dalam gambar ni...



Sikit je orang?
Tapi dua-dua penceramah jemputan tu dengan angkuh, riak dan sombongnya cakap, "Ini perkara biasa di mana-mana pun ceramah UMNO atau Barisan Nasional, lebih kerusi daripada orang. Kita siapkan PA system yang canggih supaya yang di dalam rumah dan di kedai-kdai makan pun dapat mendengar apa yang kita cakap. Tapi yang luar biasanya, pilihanraya kita menang juga." WTF?!

Dua orang penceramah jemputan ni memang pandai bercakap. Dan banyak cakap. Banyak cakap pasal apa? Yang seorang tu macam cikgu Sejarah. Cerita tentang asal usul bahasa Melayu dan kerajaan Melaka, pencerobohan Portugis sehingga menjatuhkan kerajaan Melaka. Dia cakap juga sejarah penubuhan PAS yang mendapat suntikan pihak Inggeris supaya dapat memecah-belahkan orang Melayu.

Dia juga cakap tentang perjuangan parti Perikatan, bagaimana konsep dan perjuangannya yang berbeza dengan konsep dan perjuangan PAS, DAP dan KeADILan. Apa yang parti dia nak buat jika menang, dia tak cerita. Isu semasa, dia hanya sentuh tentang peningkatan kes jenayah negara. Itupun dia salahkan dengan perkembangan pesat ICT yang membolehkan kes jenayah di Gerik, misalnya, boleh diketahui oleh penduduk di Johor, tak macam zaman dulu-dulu. Dia juga salahkan pertumbuhan penduduk, dan juga kebanjiran pendatang/pekerja asing. WTF?!

Penceramah kedua, dia ni ahlijawatankuasa Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Dia hanya cakap tentang ketidak konsistennya parti pembangkang dari sudut perjuangan, dan perlembagaan. Dia juga mengupas dan membahas 'fatwa-fatwa' yang dikeluarkan oleh PAS, seperti isu mengumpat. Dia juga bangga dengan status Selangor sebagai sebuah negara maju - lebih awal daripada Wawasan 2020, bercakap macam tiada rakyat miskin di negeri Selangor, macam tiada masalah seperti banjir, jenayah. WTF?!

Tiada cerita tentang manifesto. Jangankan nak kupas manifesto sendiri, sebut pun tidak. Kritik dan kondem manifesto parti pembangkang, itu ada. Tiada cerita tentang cacat cela atau bocor sini sana, apa yang nak diperbaiki dan diperelokkan.

Calon N40 tak berucap. Dia hanya memohon supaya mengundi Barisan Nasioanl berdasarkan track record. Itulah dia, pemimpin BN. Hendak dipilih rakyat tapi nak bercakap pun sub-con kepada orang lain. Itu belum sub-con projek/tender yang diorang dapat lagi tu.

Lepas calon N40 blah, ada makan - kueyteow goreng, kuih koci, kopi o. Wahhh... ini pun aku baru jumpa ni... yang aku tak jumpa, kawan-kawan Cina dan kawan-kawan India yang dengar ceramah sekali. Aku tak silap, aku yakin! Ini bukan ceramah UMNO, ini ceramah Barisan Nasional!!!

Sampai rumah jam 11.45 malam, aku terus mandi wajib, sental satu badan, celah-celah bedah. Aku rasa keji, jijik. Like I just fucked a fat bapok.

You owe me, makcik! Seriously!!


8 comments:

Jingga Studies said...

sampai mandi wajib ..extreme siot! hahahaha

Anonymous said...

Kaedah terkini kempen parti yang ada air mineral free ialah mengadakan majlis membaca Yaasin dan tahlil dengan menjemput jiran-jiran ke rumah host.

Dah di jemput ke majlis begitu, they are oblige to attend lah. Rupanya ada ceramah politik di sebaliknya...

Dah tu ceramahnya memang tak ada unsur-unsur intellect, unsur memaksa supaya jangan berubah adalah...

So, siapa yang bertopeng? Mengadakan majlis begitu untuk mengajak orang datang...

Anonymous said...

ha tu ko dapat makan kuay teow! upah tu! ekekeke...


anyway nice review. kalau tak harap ko sapa lagi deo! aku ada sini sampai jumaat, keep on reviewing ok! *matilah macam cnn plak ko ni ekeke

Anonymous said...

wakakaka,, lawak2 entry hang ni.. ya aku suka style hang tulis in bahasa melayu.. more menyusuk kalbu... mamposlah... peminat setia kedua lepas makcik lepas ni.... muhahahahha
-ojij-

lilinbiru said...

ye la.kalu aku duk sana pun aku jadik pemerhati blog ko je.x yah pi ceramah.komen PEDAS!!!
tapi lepas PRU, ko kene buat ulasan wakil rakyat plak laa..haha

famil said...

tak baik ko mengeji fat bapok tau! terasa budak2 MCKK nanti. muahahah.

Deo said...

jingga studies,
aku stim tengok puteri umno... hahahaha

anonymous,
topeng zorro

makcik,
kuaci aku lagi sedappp. makan tetap makan, lawan tetap lawan... hahahah...

ojij,
undilah saya. calon bebas logo radio rosak.. hahahaha

lilinbiru,
saya bangkang! cadangan ditutup!! hahahaha

famil,
saya tujukan lagu Wasted Time oleh Skid Row kepada ex-TKCians dengan ucapan...

lilinbiru said...

apsal lagu wasted time pulak??..nnt aku pikir lagu ape nak kasik budak MC..mmm...THE ROYAL TEENS lyrics - "Short Shorts" ..hahah
sempena kenangan shorts putih korang.

tkc rocks!!

Related Posts with Thumbnails