Thursday, March 20, 2008

Back to life IV


Life is like title of a song
Sampai - KRU
(entah aku tak tahu apa pasal lagu ni, tapi belasah je laa...)

Malam kelmarin aku dinner dengan Ombak, dia pesan makanan dulu. Aku pesan kemudian dan tak ambik kisah apa yang dia pesan. Tak lama lepas tu, apa yang kitorang pesan sampai. Aku punya - nasi putih, ikan kembung masak pedas, kailan ikan masin. Ombak punya - nasi putih, kailan ikan masin.

-------------------------------------

Orang Perak (atau mungkin orang Utara) panggil ikan kembung ni ikan termenung. Kenapa ikan termenung? Semalam, aku termenung sekejap, tenung ikan dalam pinggan tu. Aku tengok bibir dia mencebik, macam orang yang sedang memikir jauh sambil menongkat dagu. Bibir mencebik je sambil menyanyi lagu Aishah, "termenung ku sendiri memendam rindu tidak menentu..." Sebab tu, kot?

--------------------------------------

Aku pun mula makan. Ombak pun mula makan kuis-kuis nasi putih dengan kailan ikan masin, tinggal separuh pinggan jugak lah kailan dengan nasi putih tu. Takde pulak aku tanya dia, makan itu saje ke? Dia pun jual mahal, tak nak sentuh walau secubit pun ikan kembung aku!

Tak lama lepas tu (baca: dah tinggal sekerat ikan kembung aku dalam piring), Ombak pun tanya, "Dik, dik... saya punya tomyam tak siap lagi ke?" Adik waitress tu terpinga-pinga, "err... sorry bang, tengah buat ni."

Alahai... lupa rupanya.
Aku ingatkan Ombak dah jadi vegetarian?

Ini lagu untuk Ombak, "...andai dihantarkan kailan, kan ku tunggu di mejaku; jika ditanya mengapa.. jawapanku menunggu kau hantar tomyamku..." (nyanyi ikut korus lagu Sampai - KRU)

Hahahaha... Selamat Maulidur-rasul!


2 comments:

lilinbiru said...

ikan kembong je?datang sini aku belanja laksa teluk kecai, nasi royale,nasik lemak ALI

deOughtred said...

lilinbiru,
hari-hari makan ikan bilis, nak juga makan ikan kembong... ehh termenong... ehh kembong... ehh termenong...

Related Posts with Thumbnails