Tuesday, March 04, 2008

PRU12: 4 hari lagi


USJ12, 10pm.
Macam ada ceramah pilihanraya. Kereta berbaris di tepi jalan kedua-dua belah jalanraya. Aku parking tepi jalan juga. MPSJ tak saman kot? Ini demam pilihanraya. Kalau MPSJ saman, aku bayar. Tak pun aku claim sama calon wakil rakyat. Aku jalan ke padang tempat ceramah, dekat 1.5km.

Di tengah padang...
Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai. Tak nampak Polis. Tak nampak FRU. Tak nampak Rela. Aman, tiada ribut-ribut. Ada tempat calon wakil rakyat bercakap-cakap - biasa saje, raised platform, tiada kerusi. Ada khemah - satu sahaja untuk PA system. Tiada yang ikut je ponggong VIP. Tiada yang bersongkok dan salam cium tangan VIP. Tiada wartawan - tapi esok ada dalam berita! Tiada makan malam free, tiada minuman jenama pangkah dacing free. Ada penonton/pemerhati, ramai. Kenyang belaka semua, agaknya.

Baru sempat aku tangkap 5-6 gambar, semua pakat buka payung. Hujan lebat, bulan, roket dan dacing anjing dan kucing. Aku pun buka payung aku yang kuncup dari tadi. Besar payung aku, tak habis guna seorang diri. Pahala aku lebih malam ni. Kiri, lelaki India tumpang payung aku. Kanan, awek cina tumpang payung aku, bergesel lengan. Belakang, lelaki Cina tumpang payung aku, serammm awwwwww..... Aku nampak ratus-ratus payung. Yang bercakap di atas pentas pun berpayung dan bermicrophone.


Setengah jam, hujan dah tak lebat puppy and kitten. Payung-payung dikuncupkan semula. Tadi ada ratus-ratus payung. Sekarang ada ribu-ribu orang! Lima ribu tak kurang orang! Tak percaya?! Susah nak cakap, dalam tv, radio dan suratkhabar mesti tak cerita.


Macam-macam isu malam ni. Isu keselamatan, kesihatan, kualiti kehidupan, ekonomi, infrastruktur, perwakilan dalam pihak berkuasa tempatan, kadar jenayah (berdasarkan indeks jenayah), rasuah, cost of living, intenational competitiveness, bla bla bla... tiada tuduhan tidak berasas. Tiada maki. Tiada hamun. Tiada keji. Tiada caci. Tiada fitnah.

Malam tu...
Ada Loh Gwo Burne (P104 Kelana Jaya). Ada Lee Poh Lin (P105/N34 Bukit Gasing). Ada Nik Nazmi Nik Ahmad (P104/N32 Seri Setia). Ada Syed Shahrir - Presiden MTUC. Ada Gobind Singh Deo (P103 Puchong). Ada Deo (P63 Tambun, N23 Manjoi - pengundi je...)

Kemuncak malam tu...
Ada Hannah Yeoh Tseow Suan (P104/N31 Subang Jaya). Ada satu komen kat blog mana tah aku baca, boleh accident tengok poster dan kain rentang si Hannah ni. Hahahaha....

Kemuncak mencanak-canak malam tu...
Ada Lim Kit Siang (P064 Ipoh Timur).

12.35 pagi. Aku jalan lagi 1.5km dari tempat ceramah ke kereta. Esok malam cerita lagi.



No comments:

Related Posts with Thumbnails