Wednesday, March 26, 2008

Makan tak berperasaan


Life is not like title of a song...
Seribu Tahun - Imran Ajmain

Korang pernah tak mengalami situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'? Mesti pernah, kan? Kalau tak pernah, fikir semula... Kes macam ni kalau berlaku, memang menghiris hati dan sanubari (at least pada aku laa). Tak kisah lah hal besar ke hal kecik ke, tapi terasa macam mata pisau tu menghiris kulit jari telunjuk kau. Ngilu tak?

Katakan, ada kawan A dah janji makan tengahari dengan kau, kan? Nothing special, makan pun kat tempat biasa je. Tapi dalam kepala kau, kau terfikir nak makan di gerai X di tempat biasa tu. Selera kau hari ni memang nak makan di gerai X.

Sementara menunggu waktu yang dijanjikan, kawan A kena pergi 'somewhere in the building' untuk urusan rasmi. Kebetulan pulak, adalah kawan B, C dan D ajak makan ramai-ramai. Mesti lagi meriah, kan? Lagipun lama tak jumpa kawan-kawan B, C dan D ni. Tapi, sebab dah janji dengan kawan A, terpaksalah tolak pelawaan kawan-kawan B, C dan D, walaupun kau sendiri tak pasti kawan A ni sempat ke nak siapkan urusan rasmi dia.

Tiba masa yang dijanjikan dengan kawan A, kawan A tak muncul-muncul, tak settle lagi. Kawan A hantar mesej kata, pergilah dulu... kau pulak tak boleh nak tunggu lama-lama sebab tak tau berapa lama lagi baru kawan A settle urusan rasmi dia dan kau pun ada urusan rasmi kau kemudian.

Walaupun berat hati, nak tak nak, kau kena pergi juga, tanpa kawan A, B, C atau D. Tiba di gerai X pulak, macam dah ramai yang berbaris, memang tak berbaloi nak tunggu. Ended up, nak tak nak, kau beli makanan di gerai Y.

So, makan tak berperasaan lah hari tu. Terhiris tau.. mata pisau tu, brand Super Nacet. Korang ingat tak?

Macam kata Imran Ajmain, "rela ku menunggumu, seribu tahun lama lagi..." piiiraahhh sape tulis lirik lagu ni?! Tapi ada juga kenanya lirik lagu ni - "tapi benarkah hidup, aku kan selama ini... biar berputar ke arah selatan, ku tak putus harapan..."


7 comments:

meg said...

yang pastinya..kawan A tu bukan aku ye...kawan A lagi satu tu dah sibuk sejak dua menjak jadi AGM ni..

tulah pasal... aku rasa ade aura pelik je hari ni....

Anonymous said...

Hmm.. aku rasalah kan, kawan A tu pun tak nak jadi begini, tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan sebab tertahan dek masalah yang datang..

Aku rasalah kan.., kawan A tu masih berharap nak makan sama seperti yang dijanjikan.. tapi mesti dia fikir dia akan menyusahkan kawan dia kalau kawan dia terpaksa menunggu jadi dia suruhlah makan dulu ( dengan hati yang berat..)

Aku rasalah kan..kawan A rasa bersalah bila tengok kawan dia dah makan.. tapi apa kan daya..kita merancang, Tuhan yang menentukan..

Aku rasalah kan, kawan A mesti rasa bersalah sampai sekarang tapi rasa itu kan mendewasakan.... entahlah, aku cuma rasa jer..

Anonymous said...

mesti makan sambil &*^$#%&^& [aku pun hangin gak kalau camtu]

arc

Jingga Studies said...

at least ko boleh jugak pi makan..just imagine kalau kawan A ko tu banyak kerja sampai tak boleh pi makan...next time ko tapau utk kawan A..pasti luka2 terubat for u as well as for her...another perspective maybe?

deOughtred said...

meg,
ada aura? mawi kah aku?!

anon,
banyaknya yang kau rasa... masak tiga rasa ke ni?

arc,
tak berperasaan, jadi mana ada makan sambil &*^$#%&^&

jingga,
mana boleh tapau?! double ration tuuuu!!! wakakakaka

sity29 said...

tu laa aku ajak ko makan aritu eksyen :P
hehehhee

deOughtred said...

sity29,
eksyen?! eksyen tu tinggal kat seksyen mana, ek? hahahaha

Related Posts with Thumbnails