"Ehh Sudin, ini bacanya apa macam, bacanya?"
"Alif mim nun wau, alif tendang wau, sarkis daa..."
"Apalah sarkissss?"
"Ehh... tulisnya itu panjang, bacanya sikit sarkis?!"
"Itu yang panjang itu bunga saje. Yang sikit tu lah sarkis. Tak reti?!"
"Tulis pakai bunga?!"
"Habis?! Takkan hutang saja pakai bunga?"
Petikan dari filem Pendekar Bujang Lapok sini
P.Ramlee lama daaaaahhhh dia tau, kita ni lepas PRU12 baru tau!
Monday, March 31, 2008
Alif mim nun wau
Posted at 12:24 PM 2 comments
Spongebob squarepants
Aktiviti biasa aku di minggu malam - menggosok baju kerja stok seminggu. Dimulakan dengan menggosok pakaian untuk hari Jumaat diikuti untuk hari Khamis, Rabu, Selasa dan Isnin. Cara ini mampu mengelakkan aku daripada berhenti menggosok di tengah jalan, i.e. gosok pakaian untuk Isnin, Selasa dan Rabu sahaja. Menggosok secara 'longgok' atau secara pukal juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana sterika menggunakan kuasa elektrik yang tinggi pada peringkat 'warm-up'.
Selain daripada menggosok pakaian, aktiviti melipat pakaian juga menjadi rutin pada minggu malam. Dan tadi malam, aku tengok sehelai boxer favorite aku warna merah gambar Coca-Cola aku beli kat Taipei, koyak. Di celah kangkang pulak tu. Aku pelik, kenapalah kalau spender atau boxer selalu koyak di celah kangkang. Bukannya aku selalu korek atau dikorek di celah-celah itu pun?
------------------------------
Selama ni, sebelum-sebelum ini kalau aku dalam keadaan seperti yang berlaku pada aku hari Jumaat lepas (baca entry bawah), siaplah ada lah yang kena maki ke perli ke kena 'bahasa' ke. Adalah pintu yang kena hempas, meja yang kena hentak, buku/kertas yang kena 'tegheban' dan awek yang kena gomol.
Macam berus dawai, aku ni. Lagi berdaki dinding bilik air tu, lagi kuat aku sental. Lagi kuat sakit hati aku, lagi kuatlah protes aku, lagi kuatlah aku maki, lagi kuatlah pintu aku hempas.
Tapi aku lega... lega sangat-sangat, yelah puas aku sental daki dinding bilik air tu, dah cantik berkilat-kilat puaslah hati kan. Tapi, dalam sedar tak sedar, dinding tu bercalarlah sebab kena sental dengan berus dawai. Adalah pintu yang senget kena hempas. Adalah hati-hati di sekeliling aku yang terhiris dan terguris, bukan sebab apa. Kadang-kadang time aku maki tu, bersembur air liur aku.
Hari Jumaat yang lepas, berkat hari Jumaat aku rasa. Entah mana hilang dawai-dawai aku. Aku pun pelik, aku jadi lembut youuu... awwww... nak gi mana tu, bang?! Aku jadi macam span.
Menyerap je perbuatan jahat orang menoda kesucian aku dan meragut dara hak aku. Aku rasa pintu, meja, buku/kertas dah kecut-kecut kot bila tahu masalah aku hari tu, takut dihempas, dihentak dan di'tegheban' lagi. Tapi hari tu aku serap, macam span! Walaupun berdaki dinding tu, aku gosok pelan-pelan guna span, sampailah bersih. Tapi adalah sesekejap aku perah span tu. Yelah mana tahan nak mengendong air yang banyak, air dah naik ke kepala!
Hasilnya, takdelah bercalar dinding tu. Takdelah pintu yang senget kena hempas. Takdelah hati-hati di sekeliling aku yang terhiris dan terguris.
Tapi kepala aku peningnya tak tahu macam mana aku nak cakap, menangkap di urat tengkuk aku nih. Yelah, ingat senang ke nak gosok dinding berdaki dengan span, mahu bengkok pinggang dan rebeh ponggong nih, kan?
Anyway, aku suka dan puas hatilah jadi span daripada jadi berus dawai. Cuma kena training banyak sikit. Bila jalan.. tangan tu kena bengkok sikit umpama menggantung handbag di bahagian siku dan pergelangan tangan dilembikkan supaya tapak tangan berada dalam kedudukan seperti tergantung atau longlai. Tak kuasa!
Posted at 12:19 AM 2 comments
Saturday, March 29, 2008
Bloody goodbye
Teringat my first lady boss dulu-dulu, Wan K. Dia ni kalau bercakap Inggeris, memang accent Inggeris habis. Kalau becakap Kelantan, memang accentnya Kelantan habis. First time aku dengar dia cakap Kelantan, memang aku gelak habis.
Kalau dia bengang, memang keluar semua bahasa bloody-bloody ni. Ada sekali tu, dia bercerita dengan Adnan H., "that bloody meeting bla bla bla..." Dan Adnan H dengan skema dan ever cool dia tanya balik, "Uish... sampai berdarah-darah dalam meeting tu ye?" Memang aku gelak habis.
------------------------------
I just don't understand why some or maybe most companies when its staff tender resignation (obviously for career advancement), there is this 'tension' or 'cold war' develop between the outgoing staff and the employer? Instead of "we thank your service, all the best for your future (who knows you'll be our big boss in the future here)", it's always "blah laaa... go to hell, we'll make your life miserable in the remaining days you're here"
------------------------------
Hari semalam, company aku bayar bonus untuk performance tahun 2007. Seperti biasa, aku check akaun bank aku sekitar jam 8 malam sebab biasanya gaji aku akan dikreditkan sekitar waktu tu. Tapi, takde bayang bonus. Aku check setiap setengah jam sampai aku tertidur jam 11 malam dan terjaga semula jam 1.30 pagi dan check lagi. Memang takde!
Aku check juga page performance rating aku. Takut juga kalau tiba-tiba diorang tukar daripada 'dapat' kepada 'tak dapat' sebab kebiasaannya, di syarikat ini, orang yang dah hantar surat letak jawatan akan diperlaku begitu. Tapi performance rating aku macam sebelum ni, tak berubah i.e. 'dapat'. Tapi, aku tak dapat bonus.
Pagi semalam, aku sms Pengurus Besar HR aku tanya samada 'bonus pun aku tak dapat ke?' Selepas kes aku tak dapat ESOS which aku boleh faham sebab itu untuk 'retention' dan 'loyalty' walaupun Group CEO yang dapat paling banyak lot ESOS tak lama lagi akan ke Maybank dan semua orang dah tau yang dia akan resign dan dia tak 'loyal'! Lama jugak aku tunggu, baru aku dapat reply yang cakap aku tak dapat bonus aku.
Tak payah cakaplah betapa sebaknya aku waktu tu, mata aku mula dah berkaca-kaca. Kalau aku hantukkan mata aku ni ke skrin komputer ni, mau jatuh berderai mata aku.
Aku reply sms tu, aku tanya balik, atas alasan apa yang aku tak dapat ni. Masa yang sama, aku consult someone dalam CEO Office. A check with HR staf ke pegawai haprak mana ke, orang tu kata surat perletakan jawatan aku bertarikh lebih awal daripada tarikh mensyuarat Lembaga Pengarah yang membuat keputusan tentang pemberian bonus.
Aku kata, mana kita staf biasa nak tahu bila tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah. Ataupun mungkin mesyuarat tu ditunda ke tarikh lain. Atau mungkin Lembaga Pengarah tak puas hati dan kertas kerja tu kena dibentangkan semula di mesyuarat akan datang. Atau mungkin Lembaga Pengarah bersetuju untuk membincangkan hal pemberian bonus dalam mesyuarat bulan Jun. Mana kita tahu?
Kesimpulannya, surat perletakan jawatan aku bertarikh 5 hari lebih awal daripada tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah yang membuat keputusan tentang pemberian bonus.
Aku balik ke ofis, aku sms dengan bos aku. Aku mintak dia release aku lebih awal supaya aku dapat mula di tempat baru lebih awal. Dapat juga aku setengah bulan gaji di tempat baru. Boss tak jawab sms aku. Aku start packing, siap! Ready to go. Aku call tempat baru tanya boleh tak aku report awal, 4 hari dari semalam? Tempat baru aku check, dan kata boleh!
Tak lama lepas tu, aku dapat call dari Pengurus Besar HR tadi tu, dia kata alasan aku tak dapat bonus sebab surat perletakan jawatan aku bertarikh lebih awal daripada tarikh pembayaran bonus, which was yesterday.
Aku argue dengan dia, aku kata kalau aku tahu macam ni, baik lepas aku dapat bonus aku, aku hantar notis 24 jam kepada bos aku dan dia sebagai bos HR. Aku boleh cakap sambil gelak-gelak kepada bos aku, "thanks boss, good luck (in finding my replacement within this 24 hours)" Lepas tu apa yang aku kena bayar, aku bayar lah guna duit bonus. Lagipun aku masih bergaji di sini sehingga hujung bulan Mei. Dan best sekali, aku boleh terus mula kerja di tempat baru keesokannya. Aku tanya dia, "to you, is it FAIR and ETHICAL or not?" Dia diam.
Ada lagi few points yang aku argue dengan dia. Lepas tu dia kata, dia pernah raised isu ni dan points yang hampir sama dengan apa yang aku cakap kepada Senior Vice President Group HR dato' yang mangkok hayun kalau aku jumpa memang aku tak salam dengan dia sebab entah gong bak kata orang Terengganu pastu muka macam entahlah cakap pun buat dosa je, memang kalau aku nak doa apa-apa, dunia akhirat aku akan doakan kepada dia yang tak elok tapi tak berjaya. Lepas tu, yang Pengurus Besar HR aku tadi tu suruh aku email buat appeal. Aku cakap balik, "you've not been victorious before, how confident are you to challenge for my case?" Dia cakap, dia akan cuba, email je. Aku kata, "Forget it lah, wasting my time. I'll take this up with my CEO" wahahahah aku cakap je tapi mampos telor aku kecut nak gi jumpa CEO.
To cut story short, after some feathers ruffled, my case got to the CEO's attention and meetings between my CEO and the GM of HR and SVP of Group HR were held.
Sebelum aku tahu keputusan tu, bos aku tanya aku apa aku rasa keputusan meeting ni. Aku kata sweet and sour. If it's favorable to me, it's just too bad that it creates uneasiness to some quarters (especially those egoistic Dato' SVP). Tapi bos aku kata, something like 'if it is not correct in principle, there may be someone who'll get hurt but we should correct the principle.'
And a new policy was made. "Whoever eligible for the bonus and still in the payroll at the day when bonus is paid, gets the bonus"
Aku tak tau berapa orang yang dah victimized by the old policy tapi alhamdulillah with bosses support and friends' support and best of all friends' shoulders to cry on (takdelah aku pergi kesat hingus hidung aku kat bahu kawan aku pulak, kan? tapi ok gak kan next time aku nak gi saje je tenyeh-tenyeh hingus kat hidung aku ni kat bahu kawan-kawan aku.. hahahaha), insyaallah aku akan dapat hak aku tu. Tarikhnya aku tak tau!
Tapi ada pulak sorang kawan aku tanya, "kau tak mintak black and white ke? kau kan tau HR ni lemau?" In other words kalau HR buat-buat lupa meeting petang semalam, apa cerita?!
Alahai...
Posted at 7:55 AM 14 comments
Friday, March 28, 2008
Satu perjuangan terakhir
Life is like whatever song you listen to in the morning
One - Metallica
Aku tahu aku patut berjuang. Kerana itu hak aku. Dan aku masih di sini. Berdiri. Hak aku diragut di depan mata aku.
Tapi, entah kenapa aku rasa lemah? Seperti perjuangan ini tiada ertinya. Kerana permainan tamak dan hasad dengki yang berleluasa. Seperti perjuangan ini tiada penghujungnya.
Aku layu, tunduk ke bumi. Merenung rezeki yang dikurnia Tuhan di bumi ini. Seperti kata sahabat aku, mungkin rezekiku bukan di sini. Malah, rezeki aku lebih di tempat yang lain. Biarlah Tuhan Yang Maha Kuasa membuat ketentuan.
Metallica - One:
Now that the war is through with me, I'm waking up, I cannot see. That there's not much left of me, nothing is real but pain now.
Posted at 8:56 AM 3 comments
Thursday, March 27, 2008
Our brains are on fire
Life is like whatever song you listen in the morning
Seek and Destroy - Metallica
Kebelakangan ni aku sering didatangani orang-orang yang bertanyakan soalan macam ni kepada aku... "Aku dengar kau nak berhenti ye? Kenapa?!" (read: company ni kan da best da boom, kenapa kau nak tinggalkan company yang da best da boom ni - yang average bonusnya 2.5 bulan, lepas tu boleh dapat ESOS, bla bla bla? kenapa kau nak pergi company lain yang belum tentu da best da boom?)
Sebelum sempat aku jawab, orang yang bertanya tu dah tolong jawabkan, "Kau dapat better offer ke?" Dalam hati aku jawab, "kalau bukan better offer pun, korang boleh masukkan cash dalam akaun aku every month ke?"
Satu lagi soalan yang orang company ni nak tau jawapan dari aku, "kau dapat tak ESOS?" Kan dah ada terms and conditions circulated dalam email, korang tak baca ke?! Mungkin korang confuse? Sebab aku pun confused! Hahahahaha...
Dalam circular yang mula-mula, ada satu clause kata, "Masih berkhidmat pada tarikh Opsyen ditawarkan (Tarikh Tawaran)" - note: last official date aku kat sini ialah 21 Mei 2008, dan tarikh tawaran ialah 17 Mac 2008, so obviously aku dapatlah kan.
Tapi ada satu lagi clause dalam syarat-syarat terperinci katanya, "Once resignation notice is given, the offer shall be become void." So, obviously lah aku tak dapat kan? Oklah sebab hari tu pun, Group CEO aku kata ESOS ni untuk 'staff retention and loyalty to serve the company throughout the demerger process." So, aku ni tak loyal lah pun sebab aku tak sempat pun nanti nak tengok company ni demerged.
Lepas tu, keluar pulak satu lagi clause dalam buku 555 company yang da best da boom ni katanya, "Kecuali aku seorang CEO syarikat, aku akan dapat ESOS 200,000 lot (200,000,000 unit saham), tak kisahlah last day aku esok ke semalam ke, 1 Mei ni aku start kerja jadi CEO kat Maybank ke.." So, obviously lah aku tak dapat kan? Sebab aku bukan CEO dan nama aku bukan Abd*l Wah*d *mar.
(Gambar cilok dari Memo Ubi Rebus)
Corrupt! Corrupt! Corrupt!
Correct! Correct! Correct!
That's why...
Kalau ada lagi orang tanya aku soalan, "kenapa you nak berhenti?" aku akan jawab, "Aku tak boleh lama-lama kat sini, boleh menimbulkan fitnah" tak pun aku bagi penampar je.
Metallica - Seek and Destroy:
Our brains are on fire, with the feeling to kill; and it won't go away until our dreams are fulfilled. There is only one thing on our minds. Don’t try running away `cause you’re the one we will find.
Running, on our way. Hiding, you will be. Dying, a thousand deaths. Running, on our way. Hiding, you will be. Dying, a thousand deaths. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Searching, seek and destroy. Ahahahaha.......
Posted at 8:44 AM 3 comments
Wednesday, March 26, 2008
Makan tak berperasaan
Life is not like title of a song...
Seribu Tahun - Imran Ajmain
Korang pernah tak mengalami situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'? Mesti pernah, kan? Kalau tak pernah, fikir semula... Kes macam ni kalau berlaku, memang menghiris hati dan sanubari (at least pada aku laa). Tak kisah lah hal besar ke hal kecik ke, tapi terasa macam mata pisau tu menghiris kulit jari telunjuk kau. Ngilu tak?
Katakan, ada kawan A dah janji makan tengahari dengan kau, kan? Nothing special, makan pun kat tempat biasa je. Tapi dalam kepala kau, kau terfikir nak makan di gerai X di tempat biasa tu. Selera kau hari ni memang nak makan di gerai X.
Sementara menunggu waktu yang dijanjikan, kawan A kena pergi 'somewhere in the building' untuk urusan rasmi. Kebetulan pulak, adalah kawan B, C dan D ajak makan ramai-ramai. Mesti lagi meriah, kan? Lagipun lama tak jumpa kawan-kawan B, C dan D ni. Tapi, sebab dah janji dengan kawan A, terpaksalah tolak pelawaan kawan-kawan B, C dan D, walaupun kau sendiri tak pasti kawan A ni sempat ke nak siapkan urusan rasmi dia.
Tiba masa yang dijanjikan dengan kawan A, kawan A tak muncul-muncul, tak settle lagi. Kawan A hantar mesej kata, pergilah dulu... kau pulak tak boleh nak tunggu lama-lama sebab tak tau berapa lama lagi baru kawan A settle urusan rasmi dia dan kau pun ada urusan rasmi kau kemudian.
Walaupun berat hati, nak tak nak, kau kena pergi juga, tanpa kawan A, B, C atau D. Tiba di gerai X pulak, macam dah ramai yang berbaris, memang tak berbaloi nak tunggu. Ended up, nak tak nak, kau beli makanan di gerai Y.
So, makan tak berperasaan lah hari tu. Terhiris tau.. mata pisau tu, brand Super Nacet. Korang ingat tak?
Macam kata Imran Ajmain, "rela ku menunggumu, seribu tahun lama lagi..." piiiraahhh sape tulis lirik lagu ni?! Tapi ada juga kenanya lirik lagu ni - "tapi benarkah hidup, aku kan selama ini... biar berputar ke arah selatan, ku tak putus harapan..."
Posted at 12:07 AM 7 comments
Tuesday, March 25, 2008
Tolong! Tolong! Monyet gatal!!!
Dulu-dulu... berapi-api!
Dulu-dulu... bolehlah, waktu tu 198 vs 20! (13+1) -1!!
Sekarang...
Sekarang-sekarang... berangin-angin, air'con'!
Sekarang-sekarang... baru nak insaf, sekarang ni 140 vs 82! (13+1) -(5+1)!!
Lari! Lari! Monyet (gatal) datang menyerang!!
(yang tak lari, pastilah Puteri Umno dan Mat-mat rempit Umno...)
Jangan takut! Jangan lari! Ini monyet, tak bawak keris!!
Posted at 12:01 PM 0 comments
Back to life V
Life is like title of a song...
The final countdown - Europe.
Aku di tempat kerja sekarang ini hanya untuk 21 hari lagi. Hari ke 22 dari hari ini, aku akan di tempat kerja yang lain. Walaupun rutin seharian dan perjalanan ke tempat kerja aku tak banyak berbeza, sehingga Jun. Arghh.. lamanya lagi! Nantilah aku cerita pasal ni.
Bila cerita countdown-countdown ni...
Dulu, waktu Form V, seawal tahun dah ada ditulis di sudut atas papan hijau (kanan atau kiri, aku tak pasti) "COUNTDOWN TO SPM: 350 DAYS". Hari-hari nombor tu akan mengecik atau menyusut, bukan menyonyot tau! Dan setiap kali nombor tu mengecik, aku akan berazam, "Aku start pulun study bila nombor tu jadi 300 days lah."
Bila 300 days tiba, aku revisited azam aku. Aku kata, "Aku start pulun study bila jadi 200 days lah." Beberapa kali jugak lah aku revisited azam aku sampai nombor tu mengecik jadi '10 days' pun aku revisit lagi azam aku.
Yang betul-betul aku dah tak revisit azam aku... bila dah perhimpunan sekolah terakhir dan juniors masing-masing balik ke kampung untuk cuti akhir tahun. Waktu tu, memang dah tak boleh revisit dah azam aku, sebab BM paper 2 hari je lagi! Waktu tu, aku tawakkal je laaa... hahahahha
Jingga and NSE Exit 135, dulu-dulu last korang revisit azam korang, countdown tinggal berapa hari lagi? Mesti tiga digit punya, sebab tu korang excellent! Hahahaha...
==
Anyway, tahniah kepada adik bongsu aku yang dapat results SPM last week, tak sempat nak cerita, sibuk dengan al-kisah post-PRU12. Sekarang, tunggu result permohonan untuk sambung belajar ke Korea lah pulak. Adehh, ni mesti banyak terpengaruh dengan drama-drama Korea nih...
Posted at 12:52 AM 1 comments
Monday, March 24, 2008
Kami bukan gay!
Kami cuma main belakang...
Aku rasa that's the best way to describe the current situation in Terengganu.
Cuit Cuit oleh Nudin
Sesak nafasnya sesak (tak tahu adik tak tahu); Sebak dadanya sebak (tak tahu adik tak tahu); Bengkak
Kelabu matanya kelabu (tak tahu adik tak tahu); Sendu tangisnya sendu (tak tahu adik tak tahu); Sayu jiwanya sayu (tak tahu adik tak tahu); Layu langkahnya layu (tak tahu abang tak tahu)
==
(Blues Terenanu Kita) "Kalu nok tra nasi dagang, kita pakat gi kampong ladang, buat bekal gi merang; Di Setiu pata peranginan, singgah sebetor ke Rantau Abang; Kita tengok penyu telor, penyu tengok telor deme"
Posted at 7:21 PM 0 comments
Menuju puncak
Dalam perjalanan ke KL, di malam minggu, sekitar jam 11 malam. Berkereta Perdana V6, aku - bujang dan kawan aku, Kem - bujang untuk beberapa jam.
Lampu isyarat merah sekitar USJ, lorong kiri. Kereta yang dipandu Kem berhenti di sebelah Kancil kelabu di lorong tengah. Ada aweks! Cermin tingkap kereta aweks diturunkan. Cermin tingkap kereta Perdana V6 kami masih tutup, untuk mengelakkan rambut kami menjadi haru biru. Aku dan Kem senyum kepada aweks. Awek di sebelah kiri senyum balik. Dan kami saling memandang.
Kem turunkan cermin tingkap kereta. Secara tiba-tiba, awek tu berpaling muka, kelat dan cermin tingkap keretanya dinaikkan. Aku dan Kemp keliru...
"Kenapa kau tak perlahankan radio?" tanya aku kepada Kemp. "Mana ada lelaki macho dan hensem dengar radio Era sambil bersiul lagu Menuju Puncak?!" Alahai...
Terpaksalah aku berdating dengan Kem saje, yang bujang untuk beberapa jam, malam minggu itu.
Tapi, rugilah aweks tadi tu. Kalau tidak, boleh aku belanja makan char-kuay-teow di bawah pokok-pokok di tengah-tengah kota sambil melihat kerdipan lampu menara KL. Romantik bukan?
Posted at 12:03 AM 1 comments
Sunday, March 23, 2008
Apa ada pada huruf G?
Teringat soalan dalam filem Nujum Pak Belalang...
Di manakah terletaknya kekuatan Hang Tuah? Jawapannya, di huruf 'T'. Jika digantikan huruf T dengan huruf B, maka jadilah ianya Hang Buah.
Soalan hari ini...
Di manakah terletaknya kekuatan Terengganu? Jawapannya, di huruf 'G'. Jika dibuang huruf G, maka jadilah ianya Terenanu. Hmmm... seperti orang sengau mengajar orang lain berbahasa baku.
Tak perlulah pemimpin Umno hunus dan dicium-cium keris itu. Simpan sajalah di dalam seluar, bersilang dengan keris yang sedia ada dikurniakan Allah. Tak perlulah dicium sendiri, berilah kepada orang lain yang berhak menciumnya. Itu lebih enak, bukan?! Cuma pastikan tiada cctv yang merakam...
Baca sini...
Posted at 3:43 AM 4 comments
Saturday, March 22, 2008
One less lonely people in the world
Two Less Lonely People In the World - Air Supply
Everytime one of my best friends-brothers got married, I'd sing this song.
Today, 220308, is my brother, Mas Adi's wedding! Okay, his real name is Mochamad Luhur Adiwibowo.
Just watch out for the wedding curse - the next time I see you, you shouldn't put more inches to your waistline! Sorry bro, I couldn't attend your wedding but I'll see you later, insyallah. We can still have our men's only outing, right?! That's why I need you to watch your waistline. Hahahaha....
Posted at 10:21 AM 3 comments
Thursday, March 20, 2008
Back to life IV
Life is like title of a song
Sampai - KRU
(entah aku tak tahu apa pasal lagu ni, tapi belasah je laa...)
Malam kelmarin aku dinner dengan Ombak, dia pesan makanan dulu. Aku pesan kemudian dan tak ambik kisah apa yang dia pesan. Tak lama lepas tu, apa yang kitorang pesan sampai. Aku punya - nasi putih, ikan kembung masak pedas, kailan ikan masin. Ombak punya - nasi putih, kailan ikan masin.
-------------------------------------
Orang Perak (atau mungkin orang Utara) panggil ikan kembung ni ikan termenung. Kenapa ikan termenung? Semalam, aku termenung sekejap, tenung ikan dalam pinggan tu. Aku tengok bibir dia mencebik, macam orang yang sedang memikir jauh sambil menongkat dagu. Bibir mencebik je sambil menyanyi lagu Aishah, "termenung ku sendiri memendam rindu tidak menentu..." Sebab tu, kot?
--------------------------------------
Aku pun mula makan. Ombak pun mula makan kuis-kuis nasi putih dengan kailan ikan masin, tinggal separuh pinggan jugak lah kailan dengan nasi putih tu. Takde pulak aku tanya dia, makan itu saje ke? Dia pun jual mahal, tak nak sentuh walau secubit pun ikan kembung aku!
Tak lama lepas tu (baca: dah tinggal sekerat ikan kembung aku dalam piring), Ombak pun tanya, "Dik, dik... saya punya tomyam tak siap lagi ke?" Adik waitress tu terpinga-pinga, "err... sorry bang, tengah buat ni."
Alahai... lupa rupanya.
Aku ingatkan Ombak dah jadi vegetarian?
Ini lagu untuk Ombak, "...andai dihantarkan kailan, kan ku tunggu di mejaku; jika ditanya mengapa.. jawapanku menunggu kau hantar tomyamku..." (nyanyi ikut korus lagu Sampai - KRU)
Hahahaha... Selamat Maulidur-rasul!
Posted at 12:36 AM 2 comments
Wednesday, March 19, 2008
Back to life III
Life is like title of a song...
Indah lelapku - Izwan Pilus
Setiap malam, sudah hampir sebulan. Seperti biasa, aku tidur di atas sofa di ruang tamu. Berbantalkan lengan dua bijik bantal. Berselimut dengan selimut Malaysia Airlines yang aku pau tiga tahun dulu. Lampu ruang tamu dibuka, terang benderang. Muka, aku tekup dengan throw cushions. Laptop aku on - ada windows YM, Skype, Yahoo! mail, blog yang kau baca ni, limewire, total video converter - itu minimum windows yang dibuka. TV pun on - channels depend on mood, TV3 or Awani or Bernama TV or MTV.
Setiap malam, sudah hampir sebulan. Yang luar biasanya (macam orang Umno cakap waktu ceramah di Seksyen 11 dulu-dulu) - aku tidur atas sofa di ruang tamu. Pakai cermin mata aku. Hahahaha... bukan apa. Senang! Nanti, bila YM aku berbunyi - ada orang masuk ke ada orang keluar ke ada email masuk ke, aku boleh terus tengok ke laptop aku. Tak payah teraba-raba cari cermin mata lagi. Senang! Nanti, bila aku terdengar lagu best-best kat MTV, aku boleh terus tengok video clip tu di TV dan kalau aku rasa aku takde lagi lagu tu, aku boleh terus download kat limewire. Tak payah teraba-raba cari cermin mata lagi.
Mesti korang kata, 'gila aku ni' (kaulah gila, bukan aku.. hahahaha! Bukankah kita hidup dalam 'virtual insanity' life? "And nothing's going to change the way we live cos' we can always take but never give. And now that things are changing for the worse. See, its a crazy world we're living in."
Dulu, kawan aku pernah cakap dia tidur pakai contact lense. Sebab, dia tak nak mimpi dia blur. Ye tak ye juga... rugilah kalau mimpi blur especially bila "dalam lelapku ini, terbayang wajah seakan puteri; dalam lelapku ini, munculnya dia bagai bidadari..."
Posted at 12:00 AM 6 comments
Tuesday, March 18, 2008
Cabinet line-up / Jemaah Kabinet
The new cabinet line-up as announced by Pak Lah today at noon.
Click here for full list of Ministers and Deputy Ministers.
Posted at 1:22 PM 3 comments
Back to life II
Life is like title of a song...
Barbie Girl - Aqua.
Aku tengah driving sepanjang Federal Highway. Terlihat dalam cermin pandang belakang kereta aku, awek berambut perang berkaca mata hitam besar. Memandu MyVi merah, mengekori kereta aku.
Aku perlahankan kereta. Masuk ke lorong paling kiri, bagi awek tadi potong kereta aku. Dia potong. Sewaktu kereta dia selari dengan kereta aku, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku kenyit mata, dia senyum. Mungkin dia pun kenyit mata pada aku, tapi aku tak nampak sebab dia pakai kaca mata hitam besar.
Lepas dia potong kereta aku, aku pun masuk semula ke lorong tengah. Mengekori kereta dia. Aku ternampak di cermin belakang kereta awek tu satu sticker...
'Puteri Umno'
Alahai, tak relevan...
Terus aku menyanyi "She's a barbie girl, in the barbie world, life in plastic, it's fantastic! You can brush her hair, undress her everywhere, imagination, life is your creation"
Aku pun bagi signal kiri, keluar ke junction terdekat. Walaupun itu bukan junction ke rumah aku.
Posted at 12:07 AM 8 comments
Monday, March 17, 2008
Back to life
Life is like title of a song...
Fading like flower - Roxette
I've been blogging about politics, one week before and one week after the PRU12 (that's two weeks, still better than those who have been bragging about politics only one week after the PRU12...).
I'm back to 'normal blogging'! You may like it, you may not like it. Malaysia decides! Hahahaha... (I still have my political touch, seperti pepatah aku reka sendiri, 'makan kari mamak di tengahari, tangan masih berbau hingga ke dinihari'). Just to tell you that unique visitors to my blog increased by 50% for the past two weeks, which Ombak told me not to get so excited about it, as they may be Special Branch people or the Puteri Umno cyber squad!
Two weeks blogging about politics, that should be enough I guess. I believe the talks about the PRU12, in office, in mamaks, in public toilets, in lrt, komuter, in bioskop (ehh dalam bioskop tak boleh berbual lah) will start to subside. That's normal. Macam kalau Malaysia menang Piala Thomas, seminggu lepas menang boleh kata semua orang main badminton petang-petang, yang tak pernah ada raket badminton pun sanggup beli baru. Itu tak termasuk pengulas-pengulas sukan tak rasmi, boleh mengalahkan Hasbullah Awang.
I'll keep writing 'light-light' on politics, from time to time (read: bila aku sakit hati sangat rasa nak mencarut-marut, hahahaha). You can view it in We Say Because We Care, where I'm a guess blogger there. Apa, ingat bloggers main-main je ke blogging ni? Hehehe...
Have a good an productive week!
Posted at 12:08 PM 2 comments
Saturday, March 15, 2008
Weekend reading
Excerpts from article titled "Umno must take the blame" by Zainon Ahmad (The Sun, 14th March 2008)
1. On who is to be blamed for the BN poor showing in PRU12 and why?
It is clear who or which party the leaders of the peninsula BN component parties blame for the punishment their parties received at the hands of voters. After all, which party leaders raised the keris, said that "we can go it alone as we are 60% of the population," spoke of the unfinished Malay agenda, shouted to non-Muslims to stay away from matters involving Islam, insisted that Allah is exclusive to Muslims, called for the extension of the NEP and rebuked a delegation of non-Malay ministers when they made representation to the prime minister to register their dissatisfaction? (It was Hishammuddin and Umno).
2. On neglecting the Chinese...
In fact even before Parliament was dissolved and while Umno leaders were going around the country distributing goodies among the rural people, MCA and Gerakan leaders were complaining that they and their people were neglected. "They seem to have forgotten that we are part of the BN too and need all the help we can get," complained one MCA minister.
3. On the state of readiness of Umno election machinery...
The once feared election machinery is no longer functioning. They say when Umno leaders said the party was 95% ready for the general election, nothing significant had been done to prepare. Was Umno a united force during the elections? Not really, said the downline leaders. In Perlis, for instance party leaders fought before the polls, and they were still fighting quite publicly a week after the last vote was counted.
4. On the state of Umno today...
Members have become so greedy, so obsessed with self-enrichment that perjuangan (struggle) has taken on a new meaning. It is no longer the party struggle for bangsa, agama dan tanahair (nation, religion and country), the party slogan of the early years - that has taken a back seat - but the narrow individual struggle to amass wealth. Thus the by-words among many party members these days are compensation, reward, contract, commission, projects and habuan (share). And always at the end of most transactions the question that is slyly asked - no longer shyly asked - is "what is there in it for me?"
5. On the struggle in Umno today...
These days, being mere branch leaders have its rewards and clout too. Rewards for division leaders are even much bigger. He may get contracts worth millions. This explains why even for the previously humble post of branch leader, there is intense fight for it. He also stands to gain more in this election year if he is chosen to be a delegate - and is wooed for his vote.
6. On why Umno will continue to struggle...
And hence the struggle among Umno leaders to be chosen as candidates and the frustration and anger they must have felt when they were not chosen, and it is known that some vindictive ones even undermined those contesting. No doubt some also lost because party workers refused to continue working when the allocation meant for them did not arrive. Thus, many campaign posts had to be abandoned. For Umno, volunteerism is long gone.
(click image to read full article and/or to save a copy)
Posted at 12:06 AM 6 comments
Friday, March 14, 2008
Malaysia, we got brains!
Where have all the Datuks gone? Shredding government documents, perhaps!
I was so inspired, and still am, to hear, watch and read the Kedah Exco members as announced by the newly-appointed MB, Azizan Abdul Razak. There are more 'Ir's and more 'Dr's than Datuks. In fact, there is not a single Datuk in the line-up.
There are Ir. Amiruddin Hamzah (PAS, Anak Bukit), Ir. Phahrolrazi Zawawi (PAS, Pengkalan Kundor), Dr. Hamdan Mohamed Khalib (PAS, Tanjong Dawai) and Dr. Ismail Salleh (PAS, Alor Mengkudu).
Kenapa? Tak percaya orang PAS pun ada Dr. and Ir.?! Sekarang, lepas PRU12, ramai yang sudah percaya, bukan?
I got more inspired when I read the brief background of the 32-year old Mohammad Fairus Khairuddin (PKR, Penanti) who was just appointed as one of the two deputy Chief Ministers of Penang. He is 32 but does not look arrogant as the mother-fucker 32-year old 'you know who'.
Fairus has two MBAs, one in Strategic and Defence Studies and another in Strategic Management from the UK. He also has a degree in Political Science - International Relations from UIA and a Syariah Studies certificate from UM. He is also fluent in Arabic.
He has worked in Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia and Uni Asia Life Assurance before becoming a freelance consultant for human resource and corporate development. Nothing that the mother-fucker 32-year old 'you know who' couth match - oh, that guy was a full-time freelance non-politician politician and wealth-accumulator besides a part-time advisor to the prime minister, before the PRU12.
Fairus is also a qualified sports science instructor, a silat trainer and served as the president of the Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Wilayah Persekutuan and represented the country on numerous occasions. And he is more productive with five children, than the mother-fucker 32-year old 'you know who'.
Impressive, right?! Too bad, the country didn't discover him earlier as we thought there's only one promising 32-year old in the country. Too bad that the current government has failed to utilize the potential of people with talents and brains like Fairus. I don't know how many more Fairus we have out there still not discovered?
The other deputy Chief Minister of Penang is as impressive but isn't as young. At 58, Prof Dr. P. Ramasamy (DAP, Batu Kawan) was a visiting senior research fellow at the Institute of Southeast Asian Studies Singapore for two years, prior to PRU12. He has a diploma in Journalism from New Zealand and a degree in Journalism from the US. He pursued his Masters in Political Science in Canada and later obtained his PhD in Political Science from UM.
He started his social work as director of labor bureau in Insan and has served as adviser at the International Labor Organization's Global Labor University. He was also a former visiting professor as the University of Kassel, Germany, adviser to Sri Lankan and Aceh peace process and Helsinki peace talks. He was a political science professor at UKM from 1981 to 2005 and has been a consultant on labor issues to trade unions since 1981.
I'm impressed. C'mon people, I'm confident we still have many more unearthed talents who have been swallowed and which we have been blinded by the greedy, snobbish, power-, money- and title-craze, bootlicker-loved government.
I'm sure there are many more unearthed talents in Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak and Sabah. Will they be discovered in 2013? We don't need more Datuks, we need more Datukless with brains!
related article: Leadership by braininess
Posted at 3:09 AM 8 comments
Thursday, March 13, 2008
Menteri orang muda
Pak Lah dijangka akan mengumumkan barisan Kabinetnya (Kabinetnya? Dia punya ka?!) seawal Isnin depan yang membolehkan mesyuarat Kabinet pertama diadakan pada hari Rabu.
Temubual berita radio Bernama dengan seorang penganalisa politik pagi tadi ada menyebut, Pak Lah harus menamakan seorang Menteri yang muda bagi mewakili golongan muda di negara ini.
Orang pertama yang aku terfikir yang Pak Lah akan rasa paling sesuai (Pak Lah rasa ya, bukan aku yang rasa...) untuk mewakili golongan muda adalah "the most powerful 30-year old in Malaysia" yang juga "the most corrupted 30-year old in Malaysia."
Kalaulah betul Pak Lah tetap melantik this so-called 'Menteri yang mewakili golongan muda' dalam barisan Kabinet, it's going to be a doom's day for Malay politics.
Soalannya:
1. If KJ to be appointed as Menteri, which portfolio will he holds?
2. Are Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia reserved for MCA? Political experts who have been talking about politics these few days, please answer this. Hehehehe...
Posted at 9:01 AM 7 comments
Wednesday, March 12, 2008
Mari menjilat
It's not just the radios, even the newspapers are reporting all the jilat cases happening now. Marilah mari, kita menjilat...
Tukarlah nama Malaysia jadi Menjilatia... sedap gak tu..
...another case of menjilat but this goes the other way, but still with an intention to tell the one being jilat-ed that he has a nice, solid, fair and smooth ass.
"...a huge bouquet carrying the DAP logo was from Abad Naluri Sdn Bhd, the developer of the controversial multi-billion ringgit Penang Global City Centere (PGCC) project located on the Penang Turf Club site which had drawn protests over density issues. The project, which is expected to take 15 years to complete, will be built on the 104ha Penang Turf Club land which the company bought for RM488 million in 2002. The fate of the project now hangs in the balance...."
Habis tu, aku nak jilat siapa pulak ni?
Kalau aku londehkan seluar, ada yang nak jilat tak?
Posted at 12:15 PM 4 comments
Jilatlah jilat
Semalam, seorang demi seorang, satu lepas satu. Menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Bermula dengan Najib Razak, Mike Tyson, Hishamuddin, Kak Dah, UMNO Bahagian 'somewhere in Kedah' (I can't remember). Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Hari ni dalam berita radio Bernama jam 8 pagi, ada lagi! Kali ni, Najib sekali lagi cakap dia akan beri sokongan 100% kepada Pak Lah. Tak cukup dengan itu, Presiden Cuepacs, yang mewakili semua kakitangan kerajaan, kononnya, akan memberi sokongan penuh dan berada di belakang Pak Lah (jangan main belakang, sudah?!). Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Bukankah secara otomatik orang-orang macam ni kena beri sokongan kepada Pak Lah, or whoever yang dilantik atau melantik diri sendiri menjadi PM?! Tak perlu lah disogokkan dalam media. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Tak pasal-pasal dah rugi 5 minit berita radio Bernama dengan cerita jilat menjilat. Itulah dia, 'budaya mengampu' dalam masyarakat kita. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
Sudahlah aku bergerak dengan keperlahanan 8km/jam pagi ni, budak rambut spiky dalam Kancil depan aku ni bawak kereta macam saranan Samy Vellu dulu suruh naik kereta lembu dari Pulau Pinang ke KL pula. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Pak Lah yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini tidak dapat majoriti 2/3 dan kehilangan lima negeri.
*Bila cerita tentang jilat-menjilat, teringin aku nak mandi kucing... wahahahaha. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Barisan Rakyat yang pertama kali dalam sejarah PRU negara ini menidakkan majoriti 2/3 BN dan menawan lima negeri.
Posted at 9:29 AM 3 comments
Tuesday, March 11, 2008
Tidur-tidur ayam
Dua-tiga hari ni, sana sini orang bercerita tentang keputusan PRU12. Ada yang expressing their shocks. Ada yang bagi pendapat kenapa ini merupakan PRU paling teruk untuk BN. Ada yang meramalkan apa akan jadi kepada 5 negeri yang sekarang di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Rakyat. Ada juga yang meramalkan keputusan PRU13 empat atau lima tahun dari sekarang.
Kalau ikutkan hati, nak je aku sumbatkan telinga aku dengan iPod 80GB aku ni yang setakat ini memuatkan 3,583 lagu dan 148 movies. Itupun masih ada 14.7GB kekosongan. Biasalah, kapasiti memang sepatutnya kena lebih dari isi, macam ceramah BN! Kerusi lebih banyak dari pemerhati.
Anyway, most of the people who have been analyzing PRU12 for the past two days were nowhere in their stance before the PRU12. Suddenly, everyone has turned out to become an expert political analyst.
Siapkan ada seorang mamat tu, dia tau all the reasons of all the happenings. Bila orang kata kesian Koh Tsu Koon kalah besar, dia pun tanya "do you know why?" dan mula beri hujah-hujah dia. Bila orang kata KJ menang nasib di Rembau, dia pun tanya "do you know why?" dan mula beri hujah-hujah dia. Semua dia tau lah... sampai aku naik fed-up!
Ada juga yang tak tau apa yang dia cakap. Dalam perjalanan balik aku ke KL, dua perempuan, A dan B, belakang kerusi aku cerita pasal PRU12. Yang perempuan A ni sibuk cerita dia terkejut itu ini sampai perempuan B tanya dia undi di mana? Jawapan perempuan A: "I blue-collar so I rasa macam tak perlu I undi." WTF?! Lepas tu perempuan B pulak cerita lah how 5 states have fallen to the Barisan Rakyat, to the shock of perempuan A yang mulanya nampak lagi knowledgable daripada perempuan B. Sampai satu ketika, perempuan B berulang kali sebut orang DAP (it's Lim Guan Eng, fyi) akan jadi Menteri Besar Pulau Pinang. WTF?!
Lepas dari tu, terus aku sumbatkan telinga aku dengan iPod 80GB aku ni yang setakat ini memuatkan 3,583 lagu dan 148 movies. Itupun masih ada 14.7GB kekosongan. Biasalah, kapasiti memang sepatutnya kena lebih dari isi, macam ceramah BN! Kerusi lebih banyak dari pemerhati.
Tapi biasalah orang kita ni, suka 'glorifying history' than 'glorifying the battle/struggle'. Sebab tu, aku malas nak cerita-cerita sangat tentang keputusan PRU12 ni, it's all a history now. Kalau BN menang 1 kerusi Parlimen atau 222 kerusi Parlimen sekalipun, ini semua history.
Aku rasa macam nak bercuti ke Maldives atau mungkin ke Iran - ikut perjalanan PRU diorang. Lagi satu, aku nak qada' tidur aku yang tak cukup sebelum PRU12 (bukan macam ramai orang yang tak cukup tidur selepas PRU12 - tunggu keputusan sampai pagi, duduk di kedai-kedai kopi cerita pasal siapa jadi next MB).
Tapi aku hanya tidur-tidur ayam, terngiang-ngiang keputusan pilihanraya P62 <-- kalau korang expert, korang terus boleh tahu ini kawasan siapa... heheheh....
Posted at 9:50 AM 11 comments
Monday, March 10, 2008
PRU12: Finale
"Ini perkara biasa di mana-mana pun ceramah UMNO atau Barisan Nasional, lebih kerusi daripada orang. Kita siapkan PA system yang canggih supaya yang di dalam rumah dan di kedai-kedai makan pun dapat mendengar apa yang kita cakap. Tapi yang luar biasanya, pilihanraya kita menang juga."
Yes, memang luar biasa kali ni... tapi yang luar biasanya kali ni, yang luar biasa tu bukan kepada BN tetapi kepada Barisan Rakyat. Pertama kali dalam sejarah 12 pilihanraya di Malaysia, kerajaan memerintah gagal mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat. Dan yang lebih luar biasanya, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang - Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Kalau Wilayah Persekutuan ada DUN, dia pun jatuh juga.
Barisan Rakyat bukan sekadar menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Yang lebih penting, kita akan menyaksikan 'check and balance' yang lebih mampan di Parlimen. Kita akan menyaksikan hujah-hujah yang lebih berkualiti, terutama dari pihak pembangkang yang membariskan nama-nama seperti Abdul Hadi Awang, Husam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Saifuddin Nasution, Mohd Hatta Ramli, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Lo'Lo', Teresa Kok, Mohamed Azmin Ali... and Anwar Ibrahim (soon).
Posted at 12:06 AM 8 comments
Saturday, March 08, 2008
Hari memangkah
Hari ini, 8 Mac 2008.
Hari memangkah.
Jangan tersilap pangkah.
Chief kata pangkah rumah Kasim Baba.
Bukan pangkah jamban!
Jangan juga terpangkah muka Chief!!
Jangan lupa niat memangkah!
"Sahaja aku ikut Barisan, nak pangkah Pas kerana KeADILan"
Posted at 12:05 AM 3 comments
Friday, March 07, 2008
PRU12: 18 jam lagi
Kepada yang masih belum berupaya untuk membuat keputusan ke arah mana undi akan dibuang, masih ada waktu. Fikirkan APA dan bukan SIAPA. Fikirkan APA - yang dekat di hati kita, APA - yang akan bergelumang secara langsung dalam kehidupan kita seharian, untuk tempoh lima tahun lagi.
Harga barang, harga petrol, tol, pendidikan, keselamatan - ini adalah sebahagian APA yang dekat di hati kita. Kenapa harus fikir tentang NCER, ECER, SCORE sedangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia hanyalah pada kadar 5.6% sedangkan China hari ini sedang tumbuh pada kadar 11.2%, Kemboja 9.2%, India 8.5%, Vietnam 8.3%, Singapura pula 7.5%.
Kenapa terlalu menyanjungi angkasawan naik roket ke bulan dengan perbelanjan lebih RM95 juta, melakukan eksperimen-ekperimen yang entah apa hasilnya? Sedangkan di bangunan-bangunan kerajaan seperti hospital dan mahkamah pun bumbungnya retak?
Kenapa harus fikir untuk belanjakan wang berjuta-juta ringgit lagi untuk membina balai-balai polis sedangkan anggota polis sibuk mengiringi pemimpin, menteri-menteri ke sini sana, pembunuh Nurin belum dijumpai, ibu bapa Sharlini masih mencari-cari?
50 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Kenapa selepas 50 tahun, baru kita disogokkan dengan manifesto 'Selamat, Aman, Makmur' sedangkan keselamatan, keamanan dan kemakmuran telah patut tertanam dan menjadi tanggungjawab kerajaan sejak hari pertama kemerdekaan, tak perlu manifesto!
Najib kata - jangan tukar kerajaan seperti menukar baju. Kita tak tukar kerajaan setiap hari. Tidak juga kita tukar kerajaan setiap lima tahun. Malahan kita tidak pernah tukar kerajaan selama 50 tahun ini. Baju kalau dipakai lama-lama dan tak tukar-tukar, akan busuk jadinya, akan koyak sini sana. Baju perlu ditukar, dengan yang baru, yang lebih cantik - supaya orang tidak memandang hina dengan bau yang menusuk hidung dan kecompang-campingannya.
Kenyataan Pak Lah semalam, jika harga petrol dinaikkan sekalipun, ianya tidak akan membebankan rakyat. Don't be a fool and be fooled. Tiada erti kata bebas dari bebanan jika harga petrol naik. Dia boleh cakaplah, bagi amaran "Jangan naikkan harga barang" tetapi harga barang naik juga. Kita tak boleh salahkan peniaga, di Malaysia banyak 'orang tengah' dalam perniagaan. 'Orang tengah' tak dipantau oleh KPDNHEP dan Pak Lah. 'Orang tengah' tak kena amaran.
Kerajaan Barisan Nasional merayu kepada rakyat Kelantan supaya mereka diberi peluang sekali lagi untuk memerintah Kelantan. Lima tahun sahaja, kata mereka. Jika tidak suka, jangan undi mereka lagi pada PRU13. Bukannya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memerintah Kelantan sebelum ini?! Kenapa rakyat Kelantan tolak mereka sebelum ini? Mesti ada 'proven track record'.
Tidak salah dan tidak 'busuk' lah kalau pihak pembangkang merayu kepada rakyat Malaysia supaya mereka diberi peluang untuk memerintah negara. Lima tahun sahaja. Jika tidak suka, jangan undi mereka lagi pada PRU13.
Tidak ada negara yang bankrap bila berlakunya peralihan kerajaan - lihat Thailand, bertukar kerajaan tetapi ekonomi (GDP growth) lebih mampan dari Malaysia, US bertukar kerajaan - masih lagi kuasa ekonomi dunia. Lima tahun, tak sempat pun kalau nak bangkrapkan negara. Kita bukan KJ, boleh buat macam-macam, kaut segala untung dalam masa yang singkat - dia pun kerjanya "full time non-politician politician", dia banyak masa.
Undi untuk APA dan bukan untuk SIAPA. Fikirkan APA - yang dekat di hati kita, APA - yang akan bergelumang secara langsung dalam kehidupan kita seharian, untuk tempoh lima tahun lagi.
Kita bukan undi untuk SIAPA. Kita undi untuk APA. Kita undi untuk turunkan harga petrol. Kita undi untuk pendidikan percuma - sekolah rendah, menengah dan universiti. Kita undi untuk pastikan PDRM betul-betul menjaga keselamatan rakyat, bukan hanya keselamatan pemimpin. Bila harga petrol turun, bila pendidikan percuma... orang UMNO ke orang DAP ke orang MIC ke orang KeADILan ke orang MCA ke orang PPP ke orang Gerakan ke orang PAS ke orang PASOK ke... semua akan rasa. Tak perlu tunjuk kad keahlian bila nak isi minyak atau bayar tol.
Kita undi SIAPA yang boleh memberikan APA yang dekat di hati kita, dearest to our heart. Kita undi Barisan Rakyat.
Posted at 3:02 PM 5 comments
PRU12: 23 jam lagi
...and Pak Lah hasn't been seen sleeping in public for the past two weeks. Hmmm... that's another record breaking.
Posted at 9:08 AM 1 comments
PRU12: 1 hari lagi
Yet, they still talk about DS Anwar Ibrahim as if he's contesting against Pak Lah. What a waste of time?! He's not contesting, obviously he's not a threat (so they said in the ceramah). So, why wasting the time and people's time talking about DS Anwar when you should be talking about things dearest to the people - local issues, aspiration towards zero-corruption, meritocracy, bla bla bla, or at least explain and elaborate your "Selamat, Aman dan Makmur" manifesto.
Here's what The Star reported today, a full-page of article which has something to do with DS Anwar. They have other pages of news about Anwar, too (at least eight more stories/articles which talked about Anwar.
In fact, this is a classic example of "Forget me... not!"
On Valentine's Day, Pak Lah was quoted as saying, "dissident politician Anwar Ibrahim was not a factor in upcoming elections, saying he had 'forgotten' about him. (read on)
But, now... 2 days before the PRU12, he seems to have awaken from his sleep... not for long, I think...
Posted at 12:37 AM 0 comments
Thursday, March 06, 2008
PRU12: 1-1/4 hari lagi
E-mail from a British friend in UK, the way Electoral Commission should be...
"...All political systems around the world appear to be corrupt to a greater or lesser extent but it is worrying when this corruption has spread to to the Electoral Commission. The one consolation here in the UK is that the Electoral Commission appears to be honest - they have just forced the resignation of a Cabinet minister who was given a contribution for his re-election campaign and did not declare it. He did not keep the money for himself but merely did not make the donation public as the law requires.
Another Commission is investigating 2 other Members of Parliament and the Speaker of the House of Commons for employing and paying for members of their family in their offices out of their state-given allowance. This was first exposed in the newspapers. One of these has already resigned. That gives me some confidence in the system, especially as the press is free and is prepared to expose any corruption..."
So Malaysians, let's dream on...
Posted at 6:03 PM 0 comments
PRU12: 1-1/2 hari lagi
Nearing the PRU12, there have been two famous phrases that people have been chanting, throughout all the ceramahs I've been to, besides "Allahuakbar!". They were not "Reformasi!" or "Hidup si polan si polan!".
Synonym with the reformation wave that we're seeing (but still not a guarantee to win the PRU12, given the corrupt SPR), people have been chanting "Makaal Sakti!" which means 'people's power'.
The other one, usually chanted when giving confirmation to what the speakers were saying, is...
Clue: The biggest judiciary scandal in the country.
Shame on you if you still don't know!
Here's a pictorial clue...
If you want to spice up your election fever and voting mood, you can download that mp3 here and use it as your ringtone or sms alert. But, make sure to turn it off while casting your vote! :-)
Posted at 12:07 PM 2 comments
PRU12: 2 hari lagi
Seksyen 11, Shah Alam (sebelah restoran Syed's)
Aku malas sebenarnya malam tadi nak pergi mana-mana ceramah. Lagipun aku rasa cukup dah apa yang aku dengar untuk aku buat pilihan pada 8 Mac nanti. Tapi, komen makcik dalam entry bawah ni buat aku macam terpaksa untuk pergi juga malam ni. You owe me, makcik!
Aku sampai di sana, nampak sekumpulan perempit-perempit berbaju seragam berkeliaran dengan motorsikal masing-masing. Aku disambut macam YB juga, dua tiga orang bersalam dengan aku, jemput aku masuk ambil tempat. Tapi ada juga yang pandang tajam kepada aku, mungkin sebab aku pakai baju biasa, takde logo atau apa-apa yang tulis aku sokong parti diorang, macam yang diorang pakai.
Tempat ceramah, ada khemah dengan struktur yang kuat, kerusi plastik disusun elok dan banyak, ada backdrop yang dibuat dari bendera parti diorang cantum-cantum. Ada air mineral yang ada logo pangkah parti diorang dah diletak siap-siap di atas setiap kerusi. Wahhh.... aku tak pernah nampak macam ni sepanjang aku pergi ceramah sebelum ni. Tapi aku dah beli air Iced Lemon Tea botol Lipton, rugilah aku!
Lagi beberapa minit nak mula, pengacara majlis dah ajak yang di luar supaya mengambil tempat masing-masing. Ini pun aku tak pernah experience sebelum ni. Lima minit lepas tu, dia buat pengumuman lagi. Pengumuman yang sama. Dua kali! Lepas pengumuman yang sama untuk kali kedua tu, dia buat lagi satu pengumuman, minta yang di belakang supaya penuhkan kerrusi-kerusi di hadapan. Wahhh.... tak sia-sia aku datang ni, banyak benda baru malam ni! Tapi aku tetap di kerusi barisan belakang sekali, senang aku nak makan kuaci yang aku beli tadi. Bukan kuaci free, ok?!
9.50 malam, acara bermula. Aku kira, ada 36 orang penonton/pemerhati, empat orang di meja depan (meja penceramah), seorang pengacara majlis dan dua orang yang jaga P.A. system. Daripada 36 orang penonton tadi, majoriti 2/3 pakai something yang endorsed parti diorang, samada t-shirt (macam-macam design dan tulisan yang aku nampak), topi pun macam-macam, vest/jaket, badge, bandana pun ada (tapi budak tu pakai kat tengkuk macam koboi). Bandana pun ada!!! Bandana pun diorang buat!!! Entah-entah semua pakai spender seragam, lupa aku nak tanya/check.
Waktu tu, calon P108/N40 Kota Anggerik belum sampai. Yang ada, dua orang penceramah jemputan, aku tak sure dari mana dan apa jawatan diorang. Aku fikir mungkin nanti bila dia tiba, mungkin dia bawak sekali 3,000 orang pengundi hantu penyokong. Sedang penceramah jemputan kedua bercakap kosong, tibalah calon N40. Aku nampak lagi benda yang aku tak pernah experience sebelum ni - orang salam dia tertunduk-tunduk, cium tangan pun ada! Penyokong, adalah bertambah tapi aku tak sempat kira. Korang kira sendirilah kat dalam gambar ni...
Sikit je orang?
Tapi dua-dua penceramah jemputan tu dengan angkuh, riak dan sombongnya cakap, "Ini perkara biasa di mana-mana pun ceramah UMNO atau Barisan Nasional, lebih kerusi daripada orang. Kita siapkan PA system yang canggih supaya yang di dalam rumah dan di kedai-kdai makan pun dapat mendengar apa yang kita cakap. Tapi yang luar biasanya, pilihanraya kita menang juga." WTF?!
Dua orang penceramah jemputan ni memang pandai bercakap. Dan banyak cakap. Banyak cakap pasal apa? Yang seorang tu macam cikgu Sejarah. Cerita tentang asal usul bahasa Melayu dan kerajaan Melaka, pencerobohan Portugis sehingga menjatuhkan kerajaan Melaka. Dia cakap juga sejarah penubuhan PAS yang mendapat suntikan pihak Inggeris supaya dapat memecah-belahkan orang Melayu.
Dia juga cakap tentang perjuangan parti Perikatan, bagaimana konsep dan perjuangannya yang berbeza dengan konsep dan perjuangan PAS, DAP dan KeADILan. Apa yang parti dia nak buat jika menang, dia tak cerita. Isu semasa, dia hanya sentuh tentang peningkatan kes jenayah negara. Itupun dia salahkan dengan perkembangan pesat ICT yang membolehkan kes jenayah di Gerik, misalnya, boleh diketahui oleh penduduk di Johor, tak macam zaman dulu-dulu. Dia juga salahkan pertumbuhan penduduk, dan juga kebanjiran pendatang/pekerja asing. WTF?!
Penceramah kedua, dia ni ahlijawatankuasa Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Dia hanya cakap tentang ketidak konsistennya parti pembangkang dari sudut perjuangan, dan perlembagaan. Dia juga mengupas dan membahas 'fatwa-fatwa' yang dikeluarkan oleh PAS, seperti isu mengumpat. Dia juga bangga dengan status Selangor sebagai sebuah negara maju - lebih awal daripada Wawasan 2020, bercakap macam tiada rakyat miskin di negeri Selangor, macam tiada masalah seperti banjir, jenayah. WTF?!
Tiada cerita tentang manifesto. Jangankan nak kupas manifesto sendiri, sebut pun tidak. Kritik dan kondem manifesto parti pembangkang, itu ada. Tiada cerita tentang cacat cela atau bocor sini sana, apa yang nak diperbaiki dan diperelokkan.
Calon N40 tak berucap. Dia hanya memohon supaya mengundi Barisan Nasioanl berdasarkan track record. Itulah dia, pemimpin BN. Hendak dipilih rakyat tapi nak bercakap pun sub-con kepada orang lain. Itu belum sub-con projek/tender yang diorang dapat lagi tu.
Lepas calon N40 blah, ada makan - kueyteow goreng, kuih koci, kopi o. Wahhh... ini pun aku baru jumpa ni... yang aku tak jumpa, kawan-kawan Cina dan kawan-kawan India yang dengar ceramah sekali. Aku tak silap, aku yakin! Ini bukan ceramah UMNO, ini ceramah Barisan Nasional!!!
Sampai rumah jam 11.45 malam, aku terus mandi wajib, sental satu badan, celah-celah bedah. Aku rasa keji, jijik. Like I just fucked a fat bapok.
You owe me, makcik! Seriously!!
Posted at 1:18 AM 8 comments
Wednesday, March 05, 2008
PRU12: 2-1/2 hari lagi
Kecepek ludah itu jatuh ke
Posted at 12:09 PM 2 comments
PRU12: 3 hari lagi
Dataran Glomac, Kelana Jaya.
I was there, early, with some two or three thousand strong supporters. As usual, there were no free drinks, no free nasi lemak, no 'turn-up' allowance, no Siti Nurhaliza, no Mawi, no first Malaysian astronaut, no Nazir Razak.
Instead, there were bunch of young speakers, three of whom are the candidates in the P104 Kelana Jaya constituency - Loh Gwo-Burne (P104 Kelana Jaya), Hannah Yeoh (N31 Subang Jaya) and Nik Nazmi (N32 Seri Setia). Nurul Izzah didn't show up as planned - she was advised to stay put in Lembah Pantai after Pak Lah-Najib-Nazir-Mawi-Siti Nurhaliza's S.O.S. help to Shahrizat on Monday night. I heard Lembah Pantai people were promised to be millionaires if Shahrizat wins.
Other speakers who are also in their 20s and early 30s include Nurul Izzah's younger sister, Nurul Nuha, who I think is more blatant and outspoken than Izzah. There was also Gaddafi, an ex-auditor in Petronas, who explained how reducing petrol price (if Opposition wins) is nothing impossible.
They talked about quality and cost of living - petrol, toll, price of goods; quality and intergrity of leaders - nepotism, cronyism, corruptions; intergrity of police and people's safety - the steep hike in crime index which all Pak Lah could say was "I'm shocked!"; quality of education and promise to provide free education from primary school to university level; international competitiveness of Malaysia which has disgracefully fallen in recent years, competing with the likes of Vietnam, Indonesia, Myanmar, instead of competing against more developed countries.
Last but not least and could be the deciding factor whether BN or BA would win the election - the corrupt Election Commission and unfair election process. The u-turn decision on the usage of indelible ink three days before the election and after spending some RM2 million to buy the ink from India; the 100,000 voters of age 100 and above in the electoral roll; the double usage of police and army identity number - each identity number is being registered as normal citizen (without the prefix T and P) besides being registered as police or army personnel voters. No wonder why they said SPR stands for 'Sial Punya Rashid'.
...and if you ask me today, who'd be the Prime Minister in the next 30 or 20 years? It won't be the arrogant, ugly, corrupt Khairy Jamaludin. But, my vote goes to this 26-year old, clean, very humble, able and capable Nik Nazmi Nik Ahmad! Watch him in this video.
My vote: Seripah Norli can start thinking whether to sell nasi lemak or beauty products after the election as people of the N32 Sri Setia will definitely go Nik Nazmi's way.
Posted at 2:05 AM 2 comments
Tuesday, March 04, 2008
PRU12: 3-1/4 hari lagi
She's quite pretty (well, prettier than Samy Vellu, at least)...
...but with rotten, stinky heart.
The Malay Mail, 04/03
Maybe she has given up to contest Teresa Kok but, she hasn't finished her campaign budget. This explains the spending on billboards.
My vote: P122 Seputeh seat is easily a DAP seat.
Posted at 6:04 PM 0 comments
PRU12: 3-1/2 hari lagi
Vote for BN...
Vote for the people who accused others as bullies, gangsters, sexists, character-assasins in election campaigns, unlawful, name-calling people.
...when they, themselves are the bullies, samsengs, gangsters, character-assasins in election campaigns, unlawful, name-calling people (remember when they called the opposition leaders monkey in the zoo parliament).
GANGSTER and SEXIST (click for bigger image)
The Sun, 04/03
SEXIST and CHARACTER ASSASINATION
(click here to read further)
UNLAWFUL - dia ingat ini bapak dia punya negara?!
(click for bigger image)
One thing they didn't accuse others of - corrupts; as no one could beat their asses when it comees to corruption!
So, don't forget...
Let's vote for the bullies, gangsters, sexists, character-assasins in election campaigns, unlawful, name-calling people.
...and the sleeping prime minister who claimed he's not 'lembek'
Posted at 12:02 PM 2 comments
PRU12: 4 hari lagi
USJ12, 10pm.
Macam ada ceramah pilihanraya. Kereta berbaris di tepi jalan kedua-dua belah jalanraya. Aku parking tepi jalan juga. MPSJ tak saman kot? Ini demam pilihanraya. Kalau MPSJ saman, aku bayar. Tak pun aku claim sama calon wakil rakyat. Aku jalan ke padang tempat ceramah, dekat 1.5km.
Di tengah padang...
Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai. Tak nampak Polis. Tak nampak FRU. Tak nampak Rela. Aman, tiada ribut-ribut. Ada tempat calon wakil rakyat bercakap-cakap - biasa saje, raised platform, tiada kerusi. Ada khemah - satu sahaja untuk PA system. Tiada yang ikut je ponggong VIP. Tiada yang bersongkok dan salam cium tangan VIP. Tiada wartawan - tapi esok ada dalam berita! Tiada makan malam free, tiada minuman jenama pangkah dacing free. Ada penonton/pemerhati, ramai. Kenyang belaka semua, agaknya.
Baru sempat aku tangkap 5-6 gambar, semua pakat buka payung. Hujan lebat, bulan, roket dan dacing anjing dan kucing. Aku pun buka payung aku yang kuncup dari tadi. Besar payung aku, tak habis guna seorang diri. Pahala aku lebih malam ni. Kiri, lelaki India tumpang payung aku. Kanan, awek cina tumpang payung aku, bergesel lengan. Belakang, lelaki Cina tumpang payung aku, serammm awwwwww..... Aku nampak ratus-ratus payung. Yang bercakap di atas pentas pun berpayung dan bermicrophone.
Setengah jam, hujan dah tak lebat puppy and kitten. Payung-payung dikuncupkan semula. Tadi ada ratus-ratus payung. Sekarang ada ribu-ribu orang! Lima ribu tak kurang orang! Tak percaya?! Susah nak cakap, dalam tv, radio dan suratkhabar mesti tak cerita.
Macam-macam isu malam ni. Isu keselamatan, kesihatan, kualiti kehidupan, ekonomi, infrastruktur, perwakilan dalam pihak berkuasa tempatan, kadar jenayah (berdasarkan indeks jenayah), rasuah, cost of living, intenational competitiveness, bla bla bla... tiada tuduhan tidak berasas. Tiada maki. Tiada hamun. Tiada keji. Tiada caci. Tiada fitnah.
Malam tu...
Ada Loh Gwo Burne (P104 Kelana Jaya). Ada Lee Poh Lin (P105/N34 Bukit Gasing). Ada Nik Nazmi Nik Ahmad (P104/N32 Seri Setia). Ada Syed Shahrir - Presiden MTUC. Ada Gobind Singh Deo (P103 Puchong). Ada Deo (P63 Tambun, N23 Manjoi - pengundi je...)
Kemuncak malam tu...
Ada Hannah Yeoh Tseow Suan (P104/N31 Subang Jaya). Ada satu komen kat blog mana tah aku baca, boleh accident tengok poster dan kain rentang si Hannah ni. Hahahaha....
Kemuncak mencanak-canak malam tu...
Ada Lim Kit Siang (P064 Ipoh Timur).
12.35 pagi. Aku jalan lagi 1.5km dari tempat ceramah ke kereta. Esok malam cerita lagi.
Posted at 2:08 AM 0 comments
Monday, March 03, 2008
PRU12: 4-1/2 hari lagi
Dulu-dulu, orang dulu-dulu selalu cakap, "Jangan jadi bodoh macam lembu!" Sekarang-sekarang, dah kurang dengar orang sekarang-sekarang cakap macam tu.
Mungkin orang sekarang-sekarang dah pandai-pandai. Sekarang-sekarang, dah banyak universiti-universiti. Tak macam dulu-dulu. Di Kelantan pun, baru-baru ni (baca: dekat-dekat nak PRU) pecah tanah nak buat Universiti Malaysia Kelantan.
Kau suka tak?
Aku memang tak suka puteri-puteri pink...
Lagi kau mau tanya?!
Lembu pun tak suka, takkan kau suka?!
Jangan jadi lebih teruk dari lembu!!
Kau jangan terkejut...
Sekarang-sekarang... err... baru-baru ni (baca: dekat-dekat nak PRU), silap-silap lembu pun boleh masuk universiti!
==
*Datin Seri Normala Samsuddin, wife of Dato' Seri Azmi Khalid (P001 Padang Besar)
Posted at 12:08 PM 5 comments
PRU12: 5 hari lagi
Macam ceramah pilihanraya.
Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai tak kurang seribu. Tak nampak sangat Polis. Tak nampak sangat FRU. Tak nampak sangat Rela. Aman, tiada ribut-ribut. Tapi suratkhabar, tv, radio kata ganas, bahaya, bikin kacau?! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!
Ada tempat duduk VIP calon wakil rakyat - biasa saje, raised platform, kerusi kayu - tiada sofa empuk, imported leather. Tiada yang ikut je ponggong VIP. Tiada yang bersongkok dan salam cium tangan VIP. Tiada wartawan - tapi esok ada dalam berita! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!
Ada pembentangan manifesto. Ada janji berasas. Ada tuduhan - juga berasas. Ada bukak pekung - penuh dengan bukti. Tiada yang maki. Tiada yang hamun. Tiada keji. Tiada caci. Tiada fitnah. Tapi suratkhabar, tv, radio kata ada?! "Siapa tak kenal Berita Hairan, Utusan Meloya, Radio Televisyen Maidin, Media Prime Minister?" Malaysia Boleh!
Ada bendera, banyak. Ada poster, banyak. Ada sepanduk, banyak. Ada kain rentang, banyak. Biru muda - putih, hijau - putih, putih - biru- merah. Biru tua - putih saja tiada. Ada Melayu. Ada Cina. Ada India. Ada Benggali. Ada ke Kadazan, Bidayuh, dll - aku tak sempat check. Ada India, ke hulu ke hilir bawa bendera hijau - putih!
Ada DSAI. Ada Teresa Kok Suh Sim (P122 Seputeh, N30 Kinrara). Ada Ahmad Idzam Ahmad (N29 Seri Serdang). Ada Yaakob Sapari (N40 Kota Anggerik). Ada Gobind Singh Deo (P103 Puchong). Ada Deo (P63 Tambun, N23 Manjoi - pengundi je...)
Takde makan free. Takde minum free.
Takpe, aku datang bukan untuk makan atau minum free! Aku datang untuk merasa kehangatan. Aku datang untuk beri sokongan. Aku datang untuk lihat perubahan.
Tak payahlah takut, banyak 222 kerusi Parlimen tu. Kau ambil 111 kerusi pun cukup lah... takdelah kau tak cukup tidur, nanti!
==
Sekadar ramalan:
I'm 70% confident, Gobind Singh Deo will win (siapa berani nak betting dengan aku nih? hahahaha). Then, we'll have father-son vs father-son in law battle in Parliament! And remember, the father-son combination are both lawyers!! By the way, son-in-law tu confident ke menang P131 Rembau?!
Posted at 12:10 AM 3 comments
Sunday, March 02, 2008
PRU12: 6 hari lagi
Ada gelanggang. Ada penonton/pemerhati, ramai tak kurang seribu. Ada Polis. Ada FRU. Ada Rela. Ada yang pegang dan cakap-cakap ikut walkie-talkie. Ada yang bertugas, yang pakai 'lesen anjing' gantung di leher. Ada tempat duduk VIP. Ada parking VIP. Ada yang ikut je ponggong VIP. Ada wartawan. Ada cameraman. Ada yang maki. Ada yang hamun. Ada yang bincang strategi. Ada bendera, banyak. Ada yang pakai baju sama ikut kem mana yang disokong, ramai. Ada yang menjual makanan, mahal - harga barang naik. Ada yang menjual minuman, mahal - harga barang naik.
Ada aku!
Baju merah, seluar merah masuk gelanggang dulu. Kemudian baju putih, seluar hitam ikut masuk sama. Beradu tenaga! Bukan beradu macam lu punya Perlana Menteli! Ada aksi panas di gelanggang.
Macam ceramah pilihanraya. Tapi ini Liga Super, Selangor lawan Terengganu.
Ada janji Melayu, macam. Perlawanan mula jam 10 malam, 1 jam 15 minit lebih lewat dari yang dijadualkan. Lampu lipah separuh gelanggang tak menyala. First-class facility, third-class 'mentol'ity.
Macam ceramah pilihanraya.
Ada ni... 'Pemuda Selangor'.
Di dadanya ada logo parti komponen yang ada dua keris bersilang - alif mim nun wau.
Confident menang ke, brader?
Dapat elaun, agaknya?
Take a break, mungkin.
Take laa break tu...
5 tahun pun takpe!
Posted at 1:20 AM 5 comments
Saturday, March 01, 2008
PRU12: 7 hari lagi
Posted at 12:02 AM 0 comments