Tuesday, February 05, 2008

Aku terasa cantik


Semalam...
Tengahari ke atas dan pusat ke atas, aku terasa cantik. Aku diperbotokkan.
Terjilat-jilat bibir aku jadinya. Terhidu-hidu jari jemari aku.
Itu penangan botok, bau melekat di jari sampai ke malam. Memang sedap botok ikan tenggiri Tupai-Tupai!

Hari ini dalam sejarah.
Ini pertama kali aku makan di Tupai-Tupai!
Not bad, untuk orang yang rajin masak di rumah, kan? (suara latar: booo piraahh) Lainlah, kalau aku ni orang yang tong gas sampai bertahun-tahun tak berganti... Ataupun yang balik kerja, terus selak tudung periuk atau tudung saji... :-)


1. Ikan pari bakar, botok ikan tenggiri, air asam. 2. Daging bakar, sambal. 3. Pucuk paku goreng berlada. 4. Jus buah naga dan longan. 5. Ulam raja.


Ambience pun best.
Macam makan dalam hutan!
Aku makan, sambil terdengar bunyi ayam mengerang tak tau sebab apa. Aku makan, sambil burung merak mengerbangkan ekornya, bangga dia duduk KL! Aku makan, sambil tengok kambing tu baik je, takde bunyi sikit pun...


Kambing tu pakai blue tooth rupanya....

Dan selepas aku diperbotokkan, tengahari ke atas, aku tak terasa kulit muka aku menegang. Tapi aku terasa kulit perut aku yang menegang.


==
Tarzan: Hari-hari makan buah, sampai aku naik fed-up! Hari ni aku tak nak makan buah, aku nak makan nasik


4 comments:

Jingga Studies said...

yes tupai2 memang best ..harga pun 'best'!!!...next time try la ikan tengiri masak asam..kaw kaw! burung merak tu ade lagi??? tapi macam kambing tu je yg occupy sangkar dia??

Elf said...

Kat mana tuh?

Deo said...

jingga studies,
yes, memang best berpuasa dinner semalam dan breakfast serta lunch hari ini, selepas best lunch di tupai-tupai semalam... aku baru tau (read: buat research) kambing tu new addition to the place. tapi memang dia je yang conquer habitat (lama aku tak guna perkataan ni) merak tu.

elf,
belakang dbp, sebelah rumah pena. di belakangnya masjid, di sebelahnya mini market.

Nor Razi said...

dekat dgn wisma putra lama
la elf

Related Posts with Thumbnails