Wednesday, February 27, 2008

Mari makan laksa


Aku layan satu filem Melayu di Astro. Berulang-ulang kali, Astro tayang filem ni. Terus aku teringat nak makan laksa. Aku layan laksa, terus aku teringat kisah mak aku dan laksa.

Mak aku, boleh dikategorikan sebagai 'hantu' laksa. Mungkin sekarang dah kurang sikit keterujaan dia kepada laksa, tapi dulu memang 'hantu' laksa. Bukan setakat makan, kuah laksa mak aku lah yang the best tip-top kuah laksa. Sampaikan ada orang propose mak aku untuk berniaga, mak aku hanya buat kuah laksa sahaja, laksa dan bahan-bahan lain orang tu yang sediakan.

Tapi mak aku tak nak, dia masak untuk kitorang anak beranak je. Heheheh... Bila mak aku buat laksa je, berhari-hari kitorang makan laksa sampai kering kuah laksa dalam periuk.

Dulu...
Makan malam sekeluarga di luar bukan perkara biasa, jarang-jarang sekali. Sesekali makan malam sekeluarga di luar pun, pesan individual menu, macam nasi goreng ayam, nasi pattaya. Bukan macam sekarang, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, bla bla bla... Cuma, sedikit special jika ada satay. Mesti ada special occasion tu.

Al-kisahnya, satu malam yang sesekali makan sekeluarga di luar tu, di medan selera Stesen Keretapi Ipoh...

Kami adik-beradik dah pesan individual menu masing-masing. Mak aku masih berfikir nak makan apa. Lalu mak aku bertanya, "Laksa ada?" Sebelum sempat pelayan tu menulis pesanan laksa mak aku, bapak aku berkata, "Makanlah yang lain (nasi, yang lebih kenyang, yang lebih 'worth the money'). Mak aku tetap dengan laksanya. Kitorang adik beradik tak kisah. Gasaklah, itu selera mak aku. Hahahah...

Aku pun, boleh dikategorikan hantu laksa juga. Banyak laksa yang aku dah cuba. Antara yang best yang aku ingat...

Laksa asam Old Town White Coffee.
Laksa lemak manis Warung Kita, KL Sentral.
Laksa Kuala Kangsar Kg Busung, Kuala Kangsar (walaupun aku tak berapa gemar laksa Kuala).
Laksa Penang Maksu aku di Kg Jawi, Penang.
Laksa kat kedai hujung tepi pagar, Stesen Bas Ipoh (sekarang dah takde; kalau abang aku makan kat sini, sekerat botol otak udang dia belasah...)
Laksa Johor aku kurang minat.
Laksam pun aku suka!

Last but not least, laksa mak aku laaa dan laksa Along aku yang inherit skill mak aku.


Soalannya...
Filem melayu apakah yang aku layan di Astro itu?



8 comments:

sitynuress said...

aku tau!!

MAN LAKSA kan?
kan? kan? kan?

aku suka loloq lam cite ni
jadi apek!!

:)

alamak... terasa nak makan laksa lak :P

lilinbiru said...

yeay..laksa kuala top sedap weh.
laksa teluk kecai, kedah pun sedap
Laksam mak aku paling sedap.

Hazelsyd said...

aku pon hantu laksa gaks! Laksa feveret is laksa kuala. Huh best! Sentiasa singgah situ on my way to/fro Machang dulu..

Sejak di Sydney lom penah buat or makan laksa huhuuuuuu

Anonymous said...

delinn pun suka laksa [masuk citer dak nih?]

arc

Elf said...

lapar la pulak

Deo said...

sity29,
hampirrrr tepat... aku tengok cite Laksamana Do Re Mi sebenarnya... hahahahah tak jadi nak belanja makan.

lilinbiru,
ye ke? mai secawannn

hazelsyd,
kat sydney tu buat le laksa, nescaya secara otomatik kau dapat makan juga.. hehehehe

arc,
delinn? siapa tu? oooo dia tu... bukan ke dia suka tengok aku je waktu aku makan laksa? hahahaha

elf,
lepas makan, "ehh kenyang laa pulak" hahahaha

Anonymous said...

deo ko kena try gak laksa penang yg mak aku masak.(sedapp ooo).err maksu ko dak jawi/sg bakap ke? kena pi try ni..(ehhh apa kess) wakakakak
-jijo- mamposlah taip komen je arini

Deo said...

jijo,
hahaha jom kita buat trip laksa pusing satu malaysia, nak?!

Related Posts with Thumbnails