Friday, February 22, 2008

Gendang gendut tali kecapi


Kenyang perut, suka hati.

Soalan lazim di hari Jumaat, "Makan sebelum solat atau solat sebelum makan?" (macam solat sunat qobliyatan dan ba'diyatan lah pulak).

Minggu lepas, aku ke Masjid Jamek untuk solat Jumaat. Sambil-sambil tengok orang berniaga. Benda baru yang aku jumpa, 'minyak kijang'. Wangi! Boleh wangikan satu rumah. Macam bunga sejambak! Bukan bunga sekuntum. Kalau setakat bunga sekuntum, wangikan ketiak je. Ada juga orang jual minyak keris. Minyak untuk 'keris' pun ada!

Ombak kasi aku soalan lazim, "Makan sebelum solat atau solat sebelum makan?" Aku kata, "Makan qobliyatan lah."

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Gendang gendut getah seluar, yang tak bestnya kenyang perut, kena solat kat luar.

Ombak: (nak sedapkan hati) Takpelah, solat kat luar ni terasa zuhud sikit.
Aku: Iya laaa... elok juga. Kalau kat dalam, dah tentu kau tidur.
Ombak: Tajam tu...
Aku: Ini belum lagi aku beli minyak untuk 'keris'



... gendang gendut batu bersurat, kenyang perut mata pun berat.

Jenuh aku menahan mengantuk hari tu, penangan nasi kandar. Aku tahan dari tertidur, bukan apa... nak juga terasa ke'zuhud'an macam yang Ombak rasa.



5 comments:

Jingga Studies said...

ko pi bawling dak???

Deo said...

jingga studies,
bawling?! aku suka pergi brawling je... hahahhaha

Jingga Studies said...

ish silap eja pulak..ko pegi dak??? haha this time ko kena jawap betul2 haha

Deo said...

jingga studies,
aku tak pergi. aku jawab betul2 nih...

Jingga Studies said...

ok no worries bro...hehe ni macam cakap 2 org nanti org suruh masuk cube! haha + uwwwooooppp

Related Posts with Thumbnails