Thursday, February 21, 2008

Sudahlah tua, hitam pula...


Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni dah melewati tiga generasi. Lewat 1940-an generasi kakak ipar aku memilikinya. Rabak juga poket bapak mertua abang aku dalam RM100 campur campur.

Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni bukan calang-calang barang. Ini barang baekkk, memang mahal. Barang import. Besi padat, bukan lembek macam tin milo. Datangnya dari Nottingham, England. Sekarang lagi mahal! Setakat RM2,000 campur campur tu, abang aku jeling sebelah mata.

Abang aku kata...
Si tua yang hitam ni, banyak kegunaan dan jasa-jasanya. Dulu, mak mertua dia susukan abang ipar dia (uish... habis keluar semua ahli keluarga dalam entry ni!) sambil duduk belakang si tua yang hitam ni. Bersila katanya. Nampak saja tua, tapi laju! Dua kali ganda kelajuan yang muda-muda.

Abang aku tak kata...
Berapa RM campur campur yang boleh buat dia jeling kedua-dua belah mata. Berapa kali ganda kelajuan si tua yang hitam ni daripada kelajuan abang aku berlari.

Aku...
Tak kisah apa yang abang aku kata dan apa yang abang aku tak kata pasal si tua yang hitam ni. Tapi memang si tua yang hitam ni memang menyenangkan kerja aku.


Abang aku tak kata...
Apa yang boleh dan apa yang tak boleh diperlakukan dengan si tua yang hitam ini...

Aku...
Belasah je....


4 comments:

lilinbiru said...

macam gerek tok wan i..haha

deOughtred said...

lilinbiru,
ye ke? warna biru jugak ke? hahahah...

lilinbiru said...

ey.no la...warna itam.we used to said gerek tokwan berantu..sbb tayar belakang dia pusing sdr if u tongkat like in the pic.haha.memories.

Anonymous said...

ni komen dari kak ipar blogger: memang cantik...tapi sayang sangat sampai malam si hitam ni dalam rumah you...sabar ajela...

Related Posts with Thumbnails