Wednesday, February 20, 2008

The best of Mak IV


Previously: The best of Mak III

Mak aku, yang 59 tahun tu…

Dulu….
Takdelah melanggan majalah-majalah fesyen atau kecantikan.
Takdelah berebut-rebut nak beli majalah-majalah tu setiap hujung bulan atau setiap hujung minggu.
Adalah baca sikit-sikit (kot?)

Makan di luar pun jarang sekali.
Apatah lagi menghadiri majlis makan malam rasmi.
Jadi, tak perlulah kasut tinggi.
Tak perlu juga baju berlabuci, bling-bling.

Cukuplah sekadar sedap mata memandang.
Terutama mata Bapak aku lah, kan?

Mak aku...
Dialah perunding ketrampilan aku waktu aku kecil dulu.
Sampai sekarang pun aku ingat dan ikut ajaran-ajaran Mak aku.

Kalau pakai baju melayu, Mak aku akan pastikan...
Butang baju melayu tu complete, memenuhi setiap lubang butang baju melayu aku.
Butang baju melayu tak boleh lain-lain corak, warna. Kena seragam.
Kalau ada lima lubang butang, kenalah juga ada lima butang.
Kalau satu butang bulat warna silver, yang empat yang lain pun kena butang bulat warna silver.

Kelasss mak aku.
Korang ada sekelasss Mak aku?

Caya laaa Mak aku! I love you! Uwooooppppp…uwoooooppppp buat Mexican wave.

Picture taken in 1974. Mak, back row 3rd from right was 26 years old. Along, front row 4th from right was 6 years old and Abang Wa (Angah) was 4 years old, front row 2nd from right (rambut sama sikat tepi!).


tak sure lagi to be continued ke tidak...



3 comments:

Lord Budak said...

wooooo baju rama rama laaaaaaaaa

che det said...

kou kek mano haa.. dlm perut omak ke...ke dlm process haneymoon

deOughtred said...

lord budak,
hahahhah aku ingat mak aku minat ella laaa... seumpama rama-rama, terbang bebas di udara... hahahaha

che det,
aku not even in perut mak, dalam perut bapak aku lagi... hahahahah

Related Posts with Thumbnails