Hari ni hari Jumaat.
Dalam hari Jumaat ada waktu untuk solat Jumaat.
Dalam waktu untuk solat Jumaat ada khutbah Jumaat.
Dalam khutbah Jumaat ada orang tidur.
Tak salah tidur, ibadat juga sambil ber'iktiqaf. Cuma jangan sampai terbatal wudhu'.
Tapi, kenapa diorang tidur? Hari-hari lain tak tidur pun?! Penatkah diorang bekerja, mengerjakan atau dikerjakan di malam Jumaat?!
Mungkin terlebih makan nasi kandar!
Hari ni hari Jumaat. Aku teringin nak makan nasi kandar!
Nasi kandar yang paling best di Lembah Klang ialah di Restoran Pelita. Di Bangsar pun sedap, di USJ pun sedap. Aku dah cuba kedua-duanya. Tapi orang kata di SS2 PJ paling sedap. Aku belum cuba.
Menu aku biasa saja. Nasi putih, kuah campur-campur. Kuah daging hitam jangan lupa. Sayur, kobis boleh, kacang panjang pun boleh. Telur rebus atau telur masin, itu optional ikut tahap keseleraan aku ke atas telur. Ayam goreng bahagian peha dipotong-potong... mesti kena potong! Cili hijau sebagai ulam, jika ada. Papedom bulat itu penambah selera, jangan lemau sudah!
Seperti biasa, aku yang rakus lupa ambil gambar qabliyatan. Hanya ada gambar ba'diyatan...
Liciiiinnnn.... kalau tak makan sehingga licin, kau mesti rasa tak di'appreciate' dan mungkin kau takkan datang lagi.
Dalam orang tidur, aku tak nampak apa-apa.
Sebab aku pun tidur... :-p