Haa... Termood raya pulak aku hari ni. Kalau dah sampai kat Shah Alam, macam-macam mood boleh mari kat aku. Kalau kat JB tu, nak sebut mood pun takde mood. Mood raya? Ha ha haa... Ye laa... Geng-geng perempuan aku dah start berkira-kira sempat ke tidak, sempat ke tidak nak ganti puasa. Tahpahapa kan? Setakat 7 hari nak ganti pun payah sangat, nak tunggu last minute jugak.
Aku ke Plaza Alam Sentral tadi. Tujuan asalnya nak cari tiket konsert Search. Bila aku dah kat kedai yang jual tiket tu, dia kata lebih baik beli online. Dapat diskaun. Kalau beli kat kedai tu ada handling fee RM10 setiket. So, aku beli online je lah.
Kebetulan kalau nak ke kedai jual tiket tu kena lalu ikut kedai Nagoya. Dan tah macam mana, kaki aku menonong je melangkah masuk ke Nagoya. Dan mulut aku menonong je tanya salesgirl tu kat mana bahagian kain baju melayu. Damn! My mind was controlled by my legs and mouth. Ha ha haa...
So, mata aku tertancap kat seksyen kain yang ala-ala thai silk, yang bertukar warna kalau pandang dari sisi berlainan. Tah macam mana nak explain ni. Anyway, hari tu waktu sembang-sembang pasal tema warna baju raya tahun ni, aku ada laa cakap yang aku nak try light purple lah tahun ni. Tapi, bila aku tengok kain warna purple je, macam tak sampai hati.
Tak sampai hati aku nak pakaikan badan aku ni dengan baju warna purple. Macam tak kacip dengan jiwa aku. Macam jiwa kacau. Macam tak kuasa aku nak purplekan diri aku di pagi raya. Ha ha haa... janganlah aku dapat isteri yang gilakan purple, habis jiwa aku dipurplekan nanti. Aku terminat satu warna biru ni, biru turqoise. Tapi takkanlah asyik-asyik biru je kan?
In the end, aku terambik laa kain warna light green ke cream-creaman. Tak tahu aku nak describe macam mana. Tengok je lah gambar ni, ini pun tak berapa jelas warnanya. Sape-sape yang nak sedondon dengan aku, bolehlah beli warna ni ye. Ha ha haa...
Elok juga laa aku dah beli kain ni. Sebab last year nak jimat punya pasal, aku beli baju melayu dah siap kat Nagoya yang murah punya. Tak puas aku pakai baju tu, macam nak buat kain buruk je sebab kualiti kain dia macam tak kemas bila dipakai, macam lembek, macam menggelebeh.
Biasanya aku beli siap dah kat Jln TAR, tapi bila aku kat Johor, bila masanya aku nak ke Jln TAR tu nanti dah dekat-dekat nak raya. Pastu, dah le harga dekat RM200, dah dekat-dekat nak raya, kena ambik je lah warna apa yang tinggal kan? Hmmm... cma masalahnya, kat mana laa nak aku tempah baju melayu ni? Aku bukannya ada a trusted tailor. Tak macam aku ada a trusted mechanic, trusted launderer, a trusted dentist, a trusted cobbler and a trusted barber.
Jangan sampai tak berjahit dah le kain aku ni... ataupun janganlah tersiap awal baju melayu aku ni, ada yang aku berbaju melayu gi tengok konsert Search nanti nih...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment