Tuesday, May 05, 2009

Today, I plan for Friday


Aaaa...
Petang semalam dekat-dekat nak balik, Training Department company aku baru email evaluation form untuk team building minggu lepas. Ai, dah seminggu baru nak keluar evaluation form. Aku rasa itu taktik basi pertama supaya konon-kononnya orang dah lupa laa segala mak nenek komplen and grouses. Taktik basi kedua pulak, form tu diemailkan kepada semua. Lepas diisi, kitorang kena email balik form tu kepada diorang. Nak tau siapa yang banyak komplen, yang banyak songel laa tu, kan? Macam aku tak tau.

Anyway, sepantas kilat aku isi form tu, berjela-jela aku komplen. Dan takde satu pun category yang aku rate more than 3 (out of 5; 5 being the best). Tak pernah pun sebelum ni aku isi evaluation form secomprehensive as this one. Nak burn the bridge ke, Training Department nak hantar aku gi kaunseling ke, nak hantar aku gi jumpa doktor sakit jiwa ke, lantak laa. Ini responsibility aku, kan? How they want to swallow it, it's not a matter to me.

Otw balik kerja semalam, aku tumpangkan colleague aku. Terplan laa pasal nak tengok konsert Search ni. Dah bergelimpangan laa lagu-lagu Search keluar dari mulut kitorang. Yang mana kitorang rasa Search akan nyanyi atau tidak waktu konsert. Tapi, dia tak sure pergi lagi ke tak. Tengok dulu wife dia dah bersalin ke belum. Dan kitorang jugak bersetuju sebulat Limah suara yang Wings is still better than Search.

Wings memang gempak, beb! Lu orang (asal cakap pasal rock je lu, gua, lu, gua kan?) pun tau, sepanjang weekend lepas, gua dok cari kat mana Wings ada perform. Sebab last gua tengok Wings performed live tahun 2006 dulu kat Orange. Best gile, beb! (gua ada buat entry pasal ni tapi gua malu nak link sebab time tu gua tulis entry skema gile, beb! lu orang cari laa sendiri). Dah le show sampai lebih 3 jam. Puas hati, beb! Last-last gua dapat tau Awie sibuk jadi Mentor kat TV3 pulak. So, malam tadi gua dok cari dan layan lah kat youtube video yang diorang perform kat Orange dulu tu.

Lu orang boleh tengok kat sini gua link kan...
Bujang Senang click sini
Belenggu Irama click sini
Enigma sini
SembiluSembunyi click sini
Ranggi Metropolis click sini
Hati KamaHukum Karma sini
Opera Hidup click sini

Pagi tadi, gua pergi kerja gua pun pasang laa lagu-lagu Wings dari iPod gua. Tak puas beb! Tak sama dengan yang diorang perform kat Orange tu. So, gua pun search laa kat mana gua boleh download free (ekekekeke) complete show Wings kat Orange tu. Nan ado yang free, beb! So, gua decided nak kena beli pun gua beli laa. Gua cari laa, susah gak nak jumpa. Gua cari nombor telefon Tower Record pun, yang gua call kat Bukit Bintang tu wrong number, yang kat KLCC, yang kat Midvalley nombor dah tak boleh pakai. Yang kat Sunway Pyramid tak berjawab. Ehh.. ada lagi ke Tower Record kat Malaysia ha? Nak cari kat kedai rekod kat JB ni, gua macam tak menaruh harapan laa tak macam Kak Eton.

Gua pun cari sape produced album/dvd tu. Gua pun jumpa laa... nama album/dvd tu Wings Alive 2006 terbitan Life Records. So, gua pun called Life Records tanya ada peluang tak gua nak jadi rekording artist bawah payung (errkk bell!!) Life Records? Ha ha haaa... tak laaa gua tanya ada lagi tak balance-balance album/dvd tu? Dia kata ada. So, gua tanya kat kedai mana gua boleh beli atau gua beli kat situ je? Dia kata boleh beli terus daripada Life Records kat Jln Rj Chulan, bertentangan dengan the only Shell petrol station. Kat mana ha? Dan gua confirm betul-betul dengan mamat tu, siap tanya Jumaat ni korang cuti tak ganti Wesak, korang kerja jam berapa sampai jam berapa, pastu korang lunch jam berapa sampai jam berapa.

Gua nak pastikan gua pergi Life Records hari Jumaat nanti, gua tak hampa. Life Records tak jamu gua nasi sejuk macam Kerala sabotaj gua Jumaat lepas. Gua kalau dah plan, kena jadi tak boleh offset nanti gua meracau. So, kalau dah dapat dvd Wings tu nanti kalau gua nak meracau pun takpe laa sebab tu meracau baik. So, sesape yang tak nak kena sembur dengan gua atau tak nak kena campak duit sepuluh ringgit dengan gua, janganlah call/sms/email gua ajak gua breakfast ke senaman kat tasek ke makan nasi kandar ke hari Jumaat tu sebelum gua dapat dvd Wings tu. Respect sikit, gua punya vision and mission ni. Wakakakaka...


2 comments:

Lan Bingka said...

tower records kat klcc dah jadi maybank la..

rasanya diorang memang dah bungkus..

Anonymous said...

Ni Gua nak tanya Lu....
Mug.. Gua yg Lu janjikan tu mana?

Janji Lu semua hangit tau..

Pirahhhhhhhhhhhhh


Rockers Limah

Related Posts with Thumbnails