Mengantuk gila. Tahap gaban. Aku rasa memang betul soul aku takde bersama badan aku kat JB ni. Semalam (Isnin) dan hari ni (Selasa) mandom. Semandom cuaca JB yang mendung. Semandom kedinginan dan kesunyian suasana office aku ni. Badan aku pun macam lesu je. Nak makan pun sekadar mengikut kehendak badan yang perlukan makanan. Bukan mengikut selera.
Arrgghhhh...
Status YM dan facebook aku: Semangatku tertinggal di Shah Alam.
Yupp! Tiga hari cuti weekend lepas memang menyiksakan untuk dilupakan. Orang tua kata jangan suka-suka sangat, nanti sedih. Itu yang menimpa aku kot? Tapi aku takde lah suka-suka sangat. Cuma Jumaat, Sabtu, Ahad - tak sunyi aku di kala breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Ada je yang menemani. Kalau tidak seorang yang menemani, 23 orang yang temankan aku. Ceria hidup aku. Seceria panasnya hari-hari itu di Shah Alam.
Cuma beberapa ketika aku 'transit' di rumah, sempat aku reformat DVD Wings untuk aku upload ke dalam iPod aku. Itu je. TV di rumah pun bukan untuk ditonton. Namun hanya sekadar untuk menghilangkan kesunyian di tingkat 12. Biarlah havoc AC Mizal, Sarimah sekalipun. Tak sama dengan keceriaan aku bersama kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku.
Ye! Aku berjaya beli DVD Wings Alive at Orange, 2006. Show yang dulu-dulu aku pergi bersama dua orang daripada "kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku". Rupanya Life Rekod tu tempatnya kat rumah-rumah papan yang macam dah nak roboh kat Jln Raja Chulan, bersebelahan area Bursa Malaysia, bertentangan betul-betul dengan stesen Shell.
Nasiblah aku tak pakai lawa-lawa kot-kot terjumpa mana-mana artis. Rupanya situ tempat distribute cd je. Takdenya artis-artis datang situ. So, sebagai nak cover line sebab tangan aku menjinjit kamera (konon nak ambik gambar dengan artis), aku buat-buat laa ambik gambar beberapa anugerah-anugerah gold/double platinum untuk penjualan album yang tergantung kat situ. He he heh...
So, sepanjang weekend lepas memang tak sunyilah aku. Kalau tak dengan "kalau bukan seorang, 23 orang yang temankan hari-hari aku", aku spent time aku dengan Awie, Black, Joe dan Eddie. Kalau tak gelak koh keh koh keh wakakaka wahahaha, aku ber"apa ada dalam kamus, ada juga di dalam diri... apa amma yenna yengge... konde kone tom mere saktey..."
Pusss... mode bosan balik. Aku pun tak tau apa yang aku tulis ni.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment