Weekend lepas, macam-macam hiburan kat tv sepanjang cuti Hari Pekerja yang aku tonton. Mulanya aku dok merindukan kumpulan Wings. Aku tertanya-tanya Wings ada perform kat kelab or hotel mana-mana tak sekarang? Tak jumpa pula bila aku google. Official website Wings pun dah tak boleh masuk.
Then this American Idol top 6. Aku sempat tengok result episode je minggu lepas. Nampak gayanya macam ada harapan je si Adam Lambert nak menang walaupun bottom three jugak dia last week. Tapi, macam tak percaya pulak si Kris Allen tu boleh top three last week.
Then, on Friday tah macam mana datang mood aku nak flipping channels. Termasuklah aku ke channel NTV7. Ada pulak OIAM, final pulak tu. Padahal satu apa episode sebelum ni pun aku tak tengok OIAM musim ke-4 ni. Last year pun aku tengok final je. Tah apsal OIAM ni macam takde tarikan dah pada aku. Dan tak tau pulak aku sebelum ni yang Tomok bertanding.
Dan pelik aku apa laaa yang orang dok tergila-gila dengan Amweera tu. Siap, tak silap aku, waktu awal-awal OIAM aku dapat invitation masuk fan page Amweera kat facebook. WTF?! Yang Si Cherry cherry lady tu pun... adehhh macam mana laaa boleh jadi finalist. Tomok pulak, aku tengok performance dia macam biasa je especially yang dia nyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu tu. Macam hampeh! Tapi Paul Moss dengan Syafinaz kata sedap. Hmmm... tapi antara bertiga tu eloklah jugak Tomok yang menang. Janji tak momok... ekekekke...
Then Sabtu malam, dilema nih.... antara AF dengan AIM16. So, aku dengan Jijo bersepakat nak tengok AIM16. Tengok AF ulangan je hari Ahad. Lagipun aku dah tiga konsert AF aku tinggal dan macam dah bosan dan dah stagnant je persembahan diorang aku tengok. Tapi waktu iklan AIM16 tu sempat gak tukar channel. Macam best je konsert muzikal AF kali ni. Tapi aku tetapkan iman (heh.. boleh pakai ke dalam konteks ni?), tengok AIM16 dulu.
AIM16. Mula-mula aku teruja jugak laa dengan opening act M. Nasir. As usual, menancap jiwa. Then, slowly aku jadi lost bila tengok AIM16 tu. Dengan kebosanan presenters, pastu aku tak tau which award goes to who? Kejap ada Siti, kejap ada Misha kejap ada MUH. Lost lost. Yang aku confirm, Rabbani tu sure menang kategori Nasyid. Tu je. Sampai the next day aku baca paper, baru tau yang lagu tahpahapa Misha Omar tu menang Song of the Year. Siti yang menang banyak kali tu dapat Album of the Year. MUH pulak menang New Artist of the Year.
Persembahan malam tu ok gak laa. Selain M. Masir menyanyi lagu Langgam Pak Dogo tu aku suka jugak Faizal Tahir dengan Rossa. Cuma part Rossa menyanyi lagu Cuba tu agak tak berapa best kalau dibandingkan dengan Faizal Tahir yang menyanyi solo. The best performance is of course laaa MUH dengan Hujan. Walaupun aku tak berapa gemar Hujan, tapi MUH memang best laaa. Gempaq! Entah apsal sekarang kalau aku tengok MUH perform je aku rasa macam nak meloncat je naik atas stage tu nyanyi dengan Lan tu. Wakakakak...
Korang boleh tengok performance MUH-Hujan waktu AIM16 kat sini. Korang abaikanlah tiga peserta sumo waktu permulaan klip ni. Ekekekeke...
Then, on Sunday ada pulak prelude cerita Mentor. Tahpahapa laaa peserta-peserta dia ke laut perginya. Yang sorang tu menyanyi lagu Jeffridin tapi takde pulak berjoget twist. Yang sorang tu, menyanyi lagu MUH tapi mentornya si Mas Idayu. Apa barang? Kalau mentor Mas Idayu, menyanyilah dangdut kan? Wakakakak... aku tengok tiga orang je pastu aku bosan. Oh ye, rupanya Awie Wings jadi mentor so mungkin dia sebok dan takdelah agaknya show Wings kat mana-mana buat masa terdekat ni, aku rasa.
Sabtu ni, konsert Search pulak kat JB. Adehhh time tu laa aku nak balik SA tak boleh postpone dah ni. Actually best gak tengok konsert kat JB ni daripada kat KL sebab tak pack sangat. Santai je macam konsert MUH-Samson hari tu. Tapi, hmmm tengok yang kat KL je laa 1 Ogos nanti. So, korang yang nak join gua kat Bukit Jalil nanti boleh sms sama gua (nak tengok konsert Search kena pakai lu, gua, lu, gua...)
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
ekekekek deo, pakatan tak jadilah , aku lebihkan tengok Af drp AIM sebab tengok AIM pengacara bosan, persembahan awal pun nampak bosan, err oklah misha omar nyanyi tu aku tengok.., 1 ogos? macam boleh join ni tapi gua kena minta permit dulu, lu sabar okey, ekekekkeke
-ojij-
gua sudah inform gua punya laki soh kawtim sama lu.
arc
Post a Comment