Aku baru lepas lunch dekat area flat near The Zone sambil merasai tiupan angin selat tebrau ni. Nasi panas, ayam goreng, rendang daging, kari ayam, dua ketul kacang bendi, the o ais. Sedap tapi tak menyelerakan.
Salah satu sebab, aku duduk betul-betul bertentangan dengan bilik gerakan barisan nasional. Nama je barisan nasional, tapi yang ada logo umno. Is barisan nasional is about umno?! Dan tah apahal, tekak aku loya tengok logo umno tu, seloya aku dengar geng-geng dia berborak kat meja sebelah aku ni.
Hari ni, hari pekerja. Hari untuk pekerja-pekerja tidak bekerja. Katil, bantal, kipas bilik aku pulak bekerja overtime di hari pekerja. Sampai jam 11am aku masih berlingkar atas katil. Nasib je kena gi masjid, kalau tidak mau jam 3pm baru aku bangun dari katil.
Kepala aku dah setting, lepas solat Jumaat nak pergi makan nasi daun pisang Kerala, one of my handful favorite kedai makan kat JB ni. Siap parking tepi jalan kat masjid tu dah menghala ke arah Kerala tu.
As usual, kat kedai tu diorang akan tanya makan dan minum. Lepas tu dia taruk daun pisang, serve nasi putih, then tiga jenis sayur. Not long after, dia bawak papadom, taruk kari ikan tiga senduk, taruk ikan goreng rangup dan air lassimango yang aku pesan.
Bila aku gaul je nasi tu, I felt something wrong with it. Dua tiga saat aku fikir, baru aku tau apsal. Rupanya nasi sejuk yang diorang serve kat aku. Panassss laa hati aku kan? Walaupun Kerala tu ada lah few times buat palat dengan aku but nothing compare to this - serve aku nasi sejuk.
Aku panggil waitress dia, aku tanya apsal kasi nasi sejuk? Dia macam tak tau nak jawab apa. Aku suruh dia pegang nasi sejuk tu. Dia agree dengan aku. Lepas tu dia pergi cakap dengan tokey dia. Tokey dia tengok aku, aku cakaplah apa ni nasi sejuk. Toke dia cakap apa korang tau? "Mestilah sudah sejuk, you sudah lama sini." P*#i&@k betul! Aku duduk je, diorang serve then terus aku gaul nasi tu. Siap aku cakap, "how come the fish is still hot?"
At last, aku pergi basuh tangan. Aku pergi kat kaunter, aku cakap kat toke tu, "Uncle, I've been eating here for many times and been eating the same food. I know what is wrong and what is right with the food. I know if you serve me cold or hot rice." Dia boleh jawab, dia kata, "You come at the wrong time." Lagi laa aku bengang kan?
Aku jawab, "Don't be bullshit with me. It's still lunch hours. And even my mother never serves me cold rice." Pastu dia boleh cakap, "You can go if you don't want to pay." Aku amik RM10, aku campak kat dia. Sial betul.
Waktu aku jalan keluar tu, nak je aku terbalikkan meja yang aku duduk tadi tu. Nak je aku pecah-pecahkan hancur papadom yang aku baru makan setengah keping tu. Dan yang aku sedihnya, aku tak sempat jamah lassimango aku. Huhuhuh... And that'll be the last time laaa aku makan kat Kerala.
Aku masuk dalam kereta, tersedih aku jadinya. First sebab air lassimango aku tu. Kedua sebab lepas ni tak best laa tak dapat makan nasi daun pisang kat JB lagi. Yang paling aku sedihnya, apa yang susah sangat nak replace nasi sejuk tadi dengan nasi panas? Sayur dan ikan tu aku still boleh makan.
Dan kenapa ada jugak orang berniaga yang tak fikir common sense like serving hot rice. Kenapa dia tak fikir macam mak aku or bapak aku, even kalau makan malam pun kalau boleh tak nak kasi aku makan nasi tengahari yang dipanaskan, biar dimasakkan nasi baru.
Dan bermain-mainlah phrase "even my mother never serves me cold rice" kat kepala aku. Dan terfikir jugak, kenapa aku tak makan saje laa nasi sejuk tu, it's not such a big deal. Kenapa jahat sangat aku benda macam tu pun nak berkira kan?
So, akan takde mood lah aku sepanjang hari ni. Akan takdelah mood aku nak ke gym, nak shopping sikit, nak tidur, nak membaca, nak lipat kain. There goes my labor day, a stormy labor day. Spoil je 1st May aku.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
wahai bakal2 bini deo!! ini point terpenting nih .. nasik mesti panas so that tak panas hati :-D
tersedih plak aku baca entri ni ..
aku pun sedih,, betul betul.entry penting untuk bakal bini..deo
patutlah ko ada elemen fire (yg di buat dekat facebook tu)
kena banyak bersabar deo waima ko hangat hati tak salah ko minta elok2 tukar nasi aje kan... (ke memang takde nasi panas time tu. huhuhu)
ojij
Post a Comment