Monday, May 18, 2009

Those days when I complained so much


Korang tau kan yang teambuilding company aku yang baru lepas ni. Yang aku boring gila tu, kan? Yang berjela-jela aku komplen tu, kan? Ha ha haa...

Gambar-gambar di sekitar teambuilding tu barulah diuploadkan ke intranet kitorang. Dan seperti biasa laa gambar aku boleh dikira satu sampai tiga je. Entah apasal tah bila function ramai-ramai gini aku ni tak camera friendly. Ataupun aku yang tak photogedik kan? Macam ada kawan blogger aku tu yang bergedik bagai kat dalam studio amik gambar. Ahai...

So, bila dah tak berapa nak ada gambar solo aku, aku pun kenalah tengok group photo. Sure ada laa kan muka aku dalam group photo? Tapi puas lah nak kena enlarge gambar tu baru laaa nampak muka aku.

Nak recap balik sesi bergambar ramai-ramai hari tu. Entah apa gila diorang suruh pergi ke tengah padang dalam tengah panas terik waktu tu. Kitorang kena buat bentul tiga segi (macam logo company kitorang), pastu photographer panjat satu macam pencawang elektrik yang tinggi. Then photographer bagi instruction suruh ke kanan, ke kiri, rapatkan, ke depan, ke belakang sikit, etc dari atas. Kalau amik gambar dalam dewan macam biasa kan senang? Ketiak pun tak berpeluh, kan?

Anyway, korang tengoklah sini, aku tampalkan gambar-gambar waktu group photo session hari tu. Ini je lah yang ada muka aku. Ha ha haa...

Ini waktu mula-mula sampai kat padang, tengah bersepah tak tau nak buat apa... nampak tak muka aku? Nampaklah sesikit kan? Korang clicklah kat gambar tu kalau nak tengok besar sikit.



Then, ni gambar dah nampak sikit bentuk segi tiga nya. Korang nampak lagi kan muka aku? Aku dah termasuk ke dalam sikit dah waktu ni...


Then, ni gambar yang dah jadi segi tiga betul-betul. Kira gambar final, gambar official lah kan.


Puas aku dok cari mana aku pergi? Takde beb!!! Cisss dah le gambar aku beberapa kerat je, group photo pun takde gambar aku?! Yang peliknya, dalam dua gambar kat atas sebelum tu ada muka aku? Takkan lah time gambar kat atas ni aku duduk mencangkung ke sebab panas ataupun aku keluar barisan sebab sakit perut?!!

Rupanya, tu haaa ada pun aku... korang tak percaya itu aku? Aiseh, perati topi tu betul-betul... Hard Rock Cafe Philadelphia tu... heh!


Adehhh... apa ke halnya aku buat aksi macam tu? Dah tahap boring rasa nak tembak photographer pun ada waktu tu. Kalau dulu gambar kelas buat aksi macam ni, mau kena rotan dengan cikgu disiplin ni. Ha ha haaa...


psssttt... korang nak tau mana satu Si Puaka? Korang tengok gambar no 3, sebelah kiri korang, line tepi sekali. Korang cari mamat pakai topi merah, then sebelah kanan mamat topi merah tu ada mamat pakai topi warna beige kan? Si Puaka tu kat belakang mamat pakai topi beige tu. Sebelah kanan Si Puaka, ada awek. Standardlah Si Puaka sure dengan awek punya kan?!!



4 comments:

Elf said...

Haha, berkali kali aku klik carik puaka tu..Kata kiri kitaorg, kiri dari pandangan hadapan ke, kiri bahu korang..

Tapi, aku rasa kiri yang dari pandangan hadapan eh, (ataupun bahu kanan korang), yang pakai spek tu ker?

Member aku yang awek pakai cap, selang satu orang je depan ko. Dah nak berenti end of the month.

deOughtred said...

yes elf, sebelah kiri korang, i.e. sebelah kiri dari pandangan pembaca-pembaca yang budiman. yang pakai spek, yang tak hensem tu laa si puaka.

sape ek member kau tu aku tak cam sape.. huhuhu...

all jazzed up said...

Eh, mana abang kesayangan aku??

deOughtred said...

jazz,
abang kesayangan kau takde dia baru balik dari abu dhabi so dia tak join. kalau dia ada sure kau boleh jumpa kan dalam gambar tu, bersilau je... ha ha haa

Related Posts with Thumbnails