Friday, May 15, 2009

Feeling multiplily old today


Heh!
Ada ke perkataan multiplily tu? Gasak lah kalau takde pun. Maksud aku, bermutiple multiple, berkali-kali. Ok, cerita tu kejap lagi.

Sekarang ni, aku kat parking depan masjid Putrajaya. Awal lagi ni, baru jam 12.30pm tapi parking dah penuh. Bagus orang gomen ni, awal betul keluar gi solat Jumaat ek? He he he... Lepas solat Jumaat aku ada meeting kat MOT. Aku baru dapat tahu yang aku kena attend meeting ni petang semalam.

So, lepas kerja semalam aku kena balik rumah dulu pack sikit barang-barang. Sempat dulu singgah gunting rambut aku yang dah sebulan setengah tak dipotong ni. Kena laa kemas sikit kan nak meeting dengan orang gomen.

Then, aku singgah Brother's suruh adjust speaker aku yang langgar lubang sikit je, tak berbunyi sebelah. Langgar lubang sekali lagi, bunyi balik. Tapi standard laa Brother's ni, aku suruh tengok kan wiring kot-kot ada yang longgar, dia dok kata radio aku rosak laa, tak cukup power supply nak kena ganti lah. P***m@k betul diorang ni berniaga.

Aku kata aku tak nak tukar apa-apa, kalau radio rosak ke lantaklah aku tak nak tukar. Biar takde radio, takpe. Aku suruh dia pasang balik, lepas tu aku suruh dia check wiring. Memang betul pun RCA cable dari amp aku je yang dah rosak, macam apa yang aku sangkakan. Then, aku balik rumah kemas-kemas sikit, jam 9.30pm aku gerak keluar.

Baru je jalan 1 jam aku dah tak tahan punyalah mengantuk. Last-last aku tidur kat Machap sampai jam 12.30am. Then, aku drive balik. Around, 2.30am tu aku mengantuk balik je kedip-kedip dah mata aku ni. Aku stop kat Seremban, aku tidur lagi. Jam 4am aku terjaga balik. Aku dah kalut sebab dah dekat nak siang.

Aku pun gerak, dekat-dekat nak sampai KLIA aku mengantuk lagi. Mak aiii... tapi takkanlah nak tidur lagi kat KLIA. Aku gagahkan jugak balik ke Shah Alam. So, sampailah aku jam 5am. Teruk betul ni. Tak pernah aku mengantuk macam ni. Agaknya sebab kepala aku tak tune yang aku akan balik SA malam tu. Adehhhh... sejak dah tua-tua ni, kepala aku ni kena tune betul-betul, tak boleh buat benda mengejut-ngejut ni. Ha ha haa...

Haaa... cerita pasal feeling multiplily old today pulak. Ok, firstly aku tak berapa gemar tengok orang yang bulu hidung tak terurus, yang terkeluar-terkeluar dari lubang hidung. Buruk benar rasanya. Dulu, waktu aku kat kolej aku dengan member aku guna codename BH kalau bulu hidung one of us terkeluar. Bila sorang cakap "BH! BH!", yang kena sound tu pandai-pandailah parking balik bulu-bulu hidung yang terkeluar dari kotak parking tu.

Sekarang ni, dah takde orang nak remindkan aku "BH! BH!". So, selalu laa aku check bulu hidung aku sendiri. Kalau time tengah driving, selalunya je jari aku spot check bulu hidung. Mana-mana yang aku terasa panjang je, akan aku cabut. Cabut je, senang! Tapi ada gak BH yang degil. Itu yang sampai berair mata bila dicabut tu.

So, tadi waktu driving ke Putrajaya, jari-jari aku buat spot check lagi. Dan tercabut laaa seutas BH aku. PUTIHHHHHHH!!!!! Uwaaaaaa.... dah le aku ada 5 utas janggut putih, 2 utas rambut putih. Sekarang ni, tambah pulak 1 utas BH putih!!!!
Hu hu huuu...


5 comments:

Kujie said...

mcm laki kak jie je arrr...time kat trapik lite merah tu...

berenti tu suka suruh cabut BH dia ke...

misai yg putih2 ke...


tak sedar diri dah tua.


hahahahaha..kalau nampak laki bini berkepit je dlm kereta....tu mesti laki bini jenis mcm kak jie..bersangka baik tau...

Puding Melo said...
This comment has been removed by the author.
Puding Melo said...

biar betul. BH pun boleh puteh ker?

Lan Bingka said...

dah tua...dah tua...

The Rough Diamond said...

I think it should be multiplicity. tp bunyi feeling multiplicity old tak sedap.

noreen

Related Posts with Thumbnails