Wednesday, May 20, 2009

Yesterday, they talked about guli and kerusi


Dekat apartment aku di Shah Alam. Malam-malam. Dari tingkat atas. Dari jiran di atas aku. Selalu juga aku terdengar. Bunyi guli jatuh ke lantai. Dan. Bunyi kerusi di tarik. Bunyi kaki kerusi kayu bergesel dengan lantai.

Dan. Setiap kali aku dengar. Mesti aku persoalkan. Jiran atas aku. Kenapa laa main guli malam-malam? Dan. Kenapalah kerusi tu ditarik, tak diangkat. Rasa di hati. Nak je aku naik ke tingkat atas. Tanya pada jiran aku. Agar terjawab soalan aku.

Semalam.

Cerita tentang mistik. Di waktu senja. Seorang kawan aku. Banyak kali berjumpa. Katanya, "kalau ada dengar bunyi 'orang' main guli atau kerusi ditarik, itu adalah sesuatu..."

Aku terkedu. Tak pasal-pasal jiran atas aku dipersoalkan. Entah ada entah tidak jiran aku di rumah atas?!!


7 comments:

edrina said...

adeh..nyesal baca..takut weh..huhuhu

Mama Akif said...

adeh...dh la dok sorang2 jer. mudah2an terlupa la ngan cerita ini

all jazzed up said...

Shoot... dekat my apartment pun sometimes dengar orang main guli malam-malam and tarik kerusi. I KID YOU NOT!!!! Aku ingat aku sorang je yang pelik.. especially the guli part!

famil said...

aku pun penah kena.. siap pegi serang lagi.. tensyen tengah2 malam pindah perabot la, gerudi dinding la, main guli la..

aku ketuk pintu gelap... panas hati.. aku belah.. ok sampai siang..

pagi tu aku gi ngadu kat mgmt, diorg check, "takde penghuni ler bang!"

atas bawah tepi rumah aku semua lot kosong..

hi hi hi..

exit 135 said...

Aku ada dengar bunyi guli jatuh, kerusi kena tarik, tak pun bunyi coins jatuh. Selalu jugak la..Memang ada couple (takde anak)yg dok kat atas,tapi... kalau 'main guli' pun.. 'guli' tu tak bunyi kan? kan?

Unknown said...

aku pun penah hadapi mende yg sama gak.aku dgr bunyi guli & kerusi ditarik. ntah hapa diorang buat ntah. tp selalu lah jiran kat atas umah aku nih
tp aku tak rasa pun mistik2 dan angker2 malam jumaat keliwon ni. biasa je

Az...... said...

Kat umah banyak guli bertaburan..bebudak main B-Daman he..he

Related Posts with Thumbnails