Wednesday, May 27, 2009

I had a quickie today


Since aku dah gosok baju kerja aku malam tadi, that means aku ada 15 minit extra pagi ni. Since aku ada 15 minit extra pagi ni, that means aku siap-siap mandi dan berhias semua jam 7.45am, normally jam 8am. Since aku dah siap-siap mandi dan berhias semua jam 7.45am, I decided to have a quickie. Maksud aku, a quick breakfast! and a simple one too.

Two slices of white bread, a slice of cheese and a toaster. Jadilah, cheese sandwich. Though it is quick and easy to prepare, it is still not my favorite breakfast. Bukan makanan sarapan kegemaran aku! Ye laa, kalau nak buat sarapan kegemaran aku, mau aku masuk jam 12 tengahari ke ofis, nak tangkap then siang udang lagi, nak petik, kukur dan perah kelapa lagi. Nak buat nasi lemak sambal udang, bukannya senang, kan?

Berbalik kepada makanan sarapan kegemaran tadi.

Kelmarin, aku tertengok satu drama melayu ni kat tv. TERTENGOK, okay?! Tertengok pun sebab it is KRU Production punya drama. Then, it's about bionic man or something. Ok lah kan, lain daripada drama melayu yang melodrama tu macam Jijo selalu dok ulas tu. Tak macam drama Melayu lain yang meeting Board of Directors macam takde stress, macam tak payah stay back sampai tengah-tengah malam the day before nak siapkan presentation. Bongok!

Since aku expect drama KRU ni ada unsur sains fiksyen dan futuristik, aku pun tertengok laa... Dia pasal ada sorang mamat ni involved in accident, pastu dah takde harapan nak hidup. Then, bapak dia seorang scientist gunakan mamat ni jadi bahan eksperimen untuk kajian dia. And it works. Cuma mamat ni now live as a robot, a bionic man. Tapi bila dia gerak-gerakkan tangan dia ada bunyi laa.. bunyi macam transformers tu... so mamat ni tension laa. Dia kata lebih baik dia mati daripada hidup as a robot.

Satu hari tu mamat dia baru boleh keluar dari makmal dan balik ke rumah. Sampai di rumah, dia tak nak laa makan or minum or anything sebab dia tension jadi robot. Nak makan pun asyik bunyi macam transformers je kan? Ha ha haaa.... so dia terus masuk bilik tension tension.

The next morning tu dia keluar lah dari bilik. The family was having breakfast. Pastu ada satu dialog mak dia cakap, "Nik... marilah minummmm.... Mak dah siapkan makanan (sarapan) kegemaran Nik.... SCRAMBLED EGG....." Dan aku terus tutup tv. Dan rasa nak penampar je penulis skrip drama tu. Ehh c'monlah, dalam banyak-banyak makanan sarapan kat Malaysia ni, takkan lah makanan kegemaran Nik, SCRAMBLED EGG!!!

Tulislah skrip makanan kegemaran Nik, NASI LEMAK SAMBAL UDANG ke takpun makanan kegemaran Nik, LONTONG ke takpun makanan kegemaran Nik, BUBUR AYAM ke... Bengang je aku jadinya. Kalau susah sangat nak masak Nasi Lemak Sambal Udang atau Lontong atau Bubur Ayam untuk dibuat shooting, tukar je laa skrip tu jadikan, "Nik... marilah minummmm.... Mak dah siapkan makanan (sarapan) quickie untuk Nik.... SCRAMBLED EGG....." Haa.. barulah kena gayanya.

Sebab tu laa aku malas nak layan drama melayu. Buat sakit hati je.


4 comments:

Anonymous said...

Hahahhahahah..hangat ati nampak... hhehehe.. Scrambled Egg baru nampak bfast org kaya2..hehhehehe
minum pulak tu dgn air oren..hehhehe

Ahkak Limah

edrina said...

kah kah kah tak dapat aku bayangkan soundtrack bunyi transformers tu hahah sengal betul la

mok said...

hmm... bagus gak ade revew mcm ni.. dah lama tak tgk TB... tengok la lagi n revew la lagi... hahahaha...

Anonymous said...

wakakakak.. aku pun tengok lah Bio -Nik ni.. ,episod pertama haritu lagi dasyattt ,accident mengerikan...

errr skrip drama melayu ko jgn le layan sangat ,memang le hampeh.. but sabtu ni cuba ko layan carekarama.. akak ogy berlakon di samping mamat yg semakin improve berlakon.. Eizlan yusopp.. opss terpanjang ,ekekeke

-ojij-

Related Posts with Thumbnails